Ejen khas ketagih seks
Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks….Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dariKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.
Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.
Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.
Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.
Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.
Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.
Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan ‘ujian berat’ melalui hubungan seks dengan suspek.
Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM. -Kosmo
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
Macam ni pun, ada ke? adooii... umati...umati.... memang dah akhir zaman agaknya...
2 ulasan:
Salam menyibuk...Wanita zaman sekarang ni memang kena extra sensitif tentang semua perkara. Ayyo...x paham canne boleh percaya benda2 camtu...Na3uzubiLLAH
P/S:
1. Walaupun sangat terlambat, tahniah atas perkahwinan...dapat cute baby gurl plak tu.
2. Cikgu ker? ingatkan dulu dapat PTD...
3. You don't really know me. Tapi saya junior Abg Raden masa kat UIA...X pernah jumpa masa belajar...tapi pernah musafir bersama dalam perjalanan pulang dari Kemaman masa assessment PTD dulu...kalau masih ingat la...
- Salam ukhuwwah :)
1) thanks... perjalanan dari kemaman dulu.. woa... lama tu.. zaman interview sana-sini...
2) Yup... i'm full time educationist. Educating the ummah; serving the nation! (slogan UIA alumnai ni...) hehehe... PTD? hmm.. tak der rezeki la.. Allah taala susun ana diletak dalam bidang pendidikan ni... sekarang, sangat menjiwai kerjaya ini...
3) tu laa pasal... kenal, tak kenal... ni, nanti, carik abg kat facebook. klik kat gambar kat sebelah... boleh add terus... ok.. nanti, boleh sembang lagi...
4) wanita zaman hari ni, infact, manusia zaman hari ini; sangat besar gap kepercayaan dan iman mereka. Ada yang sangat vulnerable, dan ada juga yang sangat keras hati... sebab tu, perlunya pendidikan sepanjang zaman... tak habis di kampus jer...
Catat Ulasan