2) Orang muda atau orang lama, sama sahaja. Akhirnya, kita akan menurut apa yang kita fikirkan terbaik untuk diri kita. Pada kebiasaannya, ramai orang suka berada dalam keadaan yang orang lain akan bersama mereka. Pendekatan popular bisa menjadikan sesuatu tindakan itu, tidak kekok. Persepsinya, yang ramai itu yang baik. Kan biasa kita dengarkan, "ikut orang ramai lah..." walaupun belum tentu yang ramai itu betul. Mahu berperanan dalam keadaan berseorangan, ataupun minoriti, bukan mudah; walaupun tindakan itu betul. Ya, atau mungkin juga tidak betul...
3) Berdiri atas prinsip dan keyakinan; dan berperanan sebaik mungkin dengan berkesan; Berkesan atau tidak, ini perlukan keberanian. Kalau belum cuba, mana tahu! Bila sedang mencuba sesuatu yang belum tahu hasilnya, yang ini memerlukan sokongan, dorongan, dan cadangan balas oleh ahli yang bersama-sama dengannya. Setakat mengkritik tanpa memberi cadangan, itu sudah biasa. Ya, biasa yang tidak akan menjanjikan perubahan. Dan lagi, sikap positif dan berinisiatif harus diiringi bersama. Bukan menunggu untuk gagal; atau yang lebih teruk, tolong untuk menggagalkan lagi perubahan. Pernah jumpa orang begini? Orang lama bersosial dalam masyarakat, mesti pernah jumpa. Kalau tak pernah, maknanya, orang lama yang tiada pengalaman! Ada ke?
3) Berjemaah kan lebih baik dari berseorangan? Benar sekali. Kerana itu, dalam mana-mana perjalanan sekalipun, hatta 2 orang dalam satu perjalanan, hendaklah dipilih seorang menjadi ketua. Maka, ikutlah ketua selagi perjalanan itu dalam tuntutan syariah. Itu tuntutannya. Dalam sebuah surau, selepas azan Maghrib, masih tak ramai di surau. Maka, jemaah boleh bersolat sunat terlebih dahulu. Tidak lah muakkad, namun, lebih baik dari tiada berbuat apa-apa. Bila imam sudah datang dan bersedia, datang pula seorang lagi jemaah terus bersolat sunat. Bilal pula serba salah nak iqamat atau tidak... Pernah jumpa keadaan begini? Maknanya, imam kena ada ilmu, bilal pun kena ada ilmu, makmum pun kena ada ilmu. Bukan setakat itu, yang juga perlu ada, bil hikmah wal mau 'izatil hasanah. Dalam terma yang nampak kaunseling sikit, empati dan bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan