Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan
Dr Siddiq Fadil
Catatan Kuliah (Bahagian 1)
Wajar kita menyoroti masa lalu sebelum menyoroti masa depan. Maklumat sejarah masa lalu amat penting seperti kata-kata ‘siapa tak sedar sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarah’. Kesedaran sejarah amat penting dalam konteks da’wah dan dinamika gerakan Islam kita semasa dan bagi eksperimen kita.
1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan matlamat yang sederhana – ‘perjuangan kepentingan pelajar-pelajar Islam’. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu – seperti Dato’ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.
Menjelang tahun-tahun 70’an – dengan kematangannya – PKPIM menegakkan idealismenya ‘memperjuangkan cita-cita Islamiah’. Ungkapan pusaka – cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita Islamiah dan aspirasi nasional – menjadi dua serangkai – lambang kesedaran mahasiswa telah berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.
Pada tahun-tahun 70’an – aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang sedar daripada masyarakat – conscience of the majority – a catchy phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu adalah advocacy, penampilanisu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan melalui program seperti:-
• Kongres Kemajuan Islam Malaysia
• Seminar Peradaban Islam
• Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM – disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq Fadil berada di atas pentas yang sama)
• Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam perjuangan PKPIM
Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa – merupakan jatidiri harakah Islamiah. Badan yang pertama beridentiti gerakan Islam Malaysia ialah ABIM. ABIM bergerak dengan keanggotaan yang merakyat dan nasional – anggota melebar dan meratai seluruh Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan fenomena ‘rising tide of Islam’ – kebangkitan Islam – istilah yang memaknai kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama kali, kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di Jakarta . ABIM berjaya mempelopori ‘the rising tide of Islam’ di Malaysia.
Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa namanya:-
1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
• bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
• dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah diletakkan dasar oleh PKPIM
2. Ketepatan waktu kemunculan
Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang salah barangkali tidak akanmenjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena kebangkitan Islam.
3. Karisma pemimpin utamanya
Contohnya Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan ‘bukan orang nak dengan aku, depa nak kat hang’. Mereka berkompromi dan Anwar bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz Fadhil menjadi pemangku Presiden.
4. Kepimpinan Jama’iyy
- Collective leadership
- kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
- gabungan kesepaduan komplimentari
5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban
6. Kekuatan fikrah/ idea/ gagasan
- daripada gabungan ilmu yang kuat
- bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas
- kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
- membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah
8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
- well organised, skilled organisers compared to others and well trained since the days of PKPIM
- setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
- Keterbukaan dan toleransi
- Kepelbagaian mazhab dan pemikiran
- Akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
- Toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
- Kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima
Sebagai contoh, seorang tokoh, Pak Imad yang terkenal tegas dengan pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM – Pak Imad pernah menjadi makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih mengikuti dan menunggu Imam sebelum sujud.
10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar ma’ruf nahy mungkar
• kepedulian sosial yang sangat tinggi
• pembinaan diri – melalui usrah, tamrin, qiamulayl – maka terbina sikap dan semangat kepedulian sosial
Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan