Khamis, Mei 20, 2010

kisah anjing bersemangat

Ada dua ekor anjing, tersesat di sebuah pulau.. Anjing A dan Anjing B. Maka, kedua-dua ekor anjing berazam utk menyeberangi laut tu utk sampai ke darat. 


Anjing A pun berlatih bersungguh-sungguh, meningkatkan stamina, berlatih berenang dan menguatkan otot2nya. Sedangkan anjing B rileks jer.. Berehat dan bersenang2, saja melihat anjing A berlatih. 


Bila tiba hari utk menyeberang, mereka pun berenang merentas laut cina selatan. 


Walaubagaimanapun, anjing B sampai dulu ke tanah besar sedangkan anjing A tertinggal jauh dan hampir saja kelemasan. 


Anjing A hairan, dengan nada kecewa bertanya, Macamana anjing B boleh sampai dulu sedangkan dia tak berlatih langsung? 


Anjing B jawab dgn selamba.. , "yer lah, aku kan Anjing Laut"... 


.
.
.
.
.


Hahahah! :-)




Fikrah:-
1) Kenali diri untuk tahu potensi diri
2) Kerja dengan bijak dan kerja dengan kuat
3) Jangan jalan jauh-jauh sampai sesat;
4) Sesat kehujung pulau, balik berenang ke pulau besar.

Tiada ulasan: