Ahad, Disember 07, 2008

Soalan kritikal perihalan pemimpin dan kepemimpinan

1)Di mana kita akan berfungsi / memimpin dengan cara terbaik dengan posisi terbaik?

2)Bagaimana sekiranya kita harus suka dengan apa yang kita lakukan / akan lakukan , atau sebenarnya, haruskah kita lakukan apa yang kita suka? (sebagai pemimpin / dipimpin)

3)Soalan bagaimana hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau Banyak Tidaknya?
Fikrah - Ini semua - 'ahli mesyuarat' harus jelas, bukankah? Iye kah? Sekarang, atau sekadar tangkap muat?

4)Apa makna berkorban? Perlukah Terkorban? disembelih? Siapa yang sembelih? ataupun tolak ansur? siapa yang harus tolak? siapa yang harus ansur?

5)Bagaimana peralihan kepemimpinan merupakan suatu transisi perancangan atau peluang melepaskan beban? atau hanya mengikut budaya terdahulu?

Fikrah - Setiap urusan dan organisasi perlukan barisan kepimpinan yang dipersetujui mampu berfungsi dan yang lebih penting; DIREDHAKAN dan DITERIMA oleh barisan pengikut / ahli. Dengan kata yang mudah, bukan sahaja pemimpin harus jelas tanggungjawab kepada ahli, AHLI JUGA HARUS tahu tanggungjawab kepada pemimpin.

PENGUMUMAN PROGRAM PMG

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM ANAK-ANAK SELANGOR( PEPIAS) BERSAMA DENGAN MAIS AKAN MENGADAKAN PROGRAM SEPRTI BERIKUT ;

PROGRAM : PERKAMPUNGAN MENARA GADING(PMG)

TEMPAT : KOLEJ 13 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,SERDANG

TARIKH : 19-21 DISEMBER 2008

SASARAN : LEPASAN SPM/STAM/STPM (17-19 TAHUN)


UTK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

FIQAH-013-2506486
NANA-017-3110573

JOM PUASA HARI AHAD SEHARI SEBELUM HARI RAYA HAJI

Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan kita yang di Malaysia berada di rumah-rumah mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda

" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" -
[Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].


Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"
- [Hadith riwayat Tirmudzi].

Selamat Berpuasa!

Sabtu, Disember 06, 2008

Ucapan dasar Presiden MATP ke-17


Muktamar Agung Tahunan PEPIAS ke-17 (MATP ke-17) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 5-6 Disember 2008; Tempat berlangsungnya- Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Gombak. Mungkin, MAT kali ini adalah yang terbaik sepanjang 17 tahun PEPIAS berada di persada dakwah negeri Selangor. Saudara Zamani Mohd Karulani, presiden PEPIAS untuk 2 penggal (2004-2008) telah memberikan suatu ucapan dasar terakhir sebagai presiden PEPIAS; yang saya kira, terbaik antara 4 kali ucapan dasar beliau.

Tema MAT kali ini adalah- MEMPERTINGKAT KAPASITI; MEMENUHI KEPERLUAN UMMAT.
Suka saya berkongsi ringkasan nota ucapan beliau yang saya rasakan amat penting untuk dihadamkan oleh penggerak dakwah terutama generasi belia di SElangor.

REALITI UMMAT MASA KINI;
1) Generasi muda telah diserang pelbagai agenda licik yahudi dan nasrani yang yang tidak akan redha dengan kita selagi tidak mengikut cara mereka. Golongan kanak-kanak di tomtombakkan, golongan belia telah difantasiakan. MAsyarakat Islam pula telah diserang dengan pemikiran Islam Liberal, fahaman pluralisme agama, sekularisme, Islamophopia, hedonisme, globalisasi, feminisme, zionisme, dan lain-lain lagi.

2) Dari segi pendidikan agama, kelompongan kesinambungan pendidikan agama dari sekolah rendah agama terus kepada IPT, tetapi hanya sedikit sahaja bilangan sekolah agama menengah tidak dapat menampung tempat pelajar-pelajar Islam yang dahagakan pendidikan agama.

3) PArti politik pula gemar mencari salah sesama mereka. POlitik dijadikan matlamat untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan dalam Islam, politik dan kuasa dijadikan wasilah untuk menegakkan agama di muka bumi.

Masyarakat sedar dan mahu pengisian AGAMA sebagai benteng atau jati diri dalam menghadapi cabaran yang besar dan kian ruwet di luar sana. PERSOALANNYA, adakah kita mampu menjadi rakan kepada pembangunan jati diri remaja yang ada, dengan kekuatan yang kita ada sekarang ini? Ummat amat dahagakan dan mengharapkan kita semua. Adakah kita semua sudah bersedia?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
FIkrah Imayu - Ini baru permulaan (m/s 1; ada 16 m/s semua sekali)... besar dan berat betul isu ni... Selebihnya akan dikongsikan lagi selepas ini (kalau berkesempatan). Namun, setelah pulang dari MAT petang tadi, saya merasakan memang banyak lagi tugasan ummat yang harus dilaksanakan untuk remaja dan belia dalam masyarakat. Harapannya, generasi yang keluar dari madrasah PEPIAS ini mampu berfungsi bak benih yang subur, mengakar dan merimbun dalam masyarakat.

Patutkah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)? (Ankabut:2)

Khamis, Disember 04, 2008

Majlis mendirikan Masjid orang melayu

Musim cuti sekolah; terutama pada akhir tahun, adalah masa yang cukup popular untuk menjalankan majlis yang melibatkan perkahwinan.

Dalam budaya Melayu, ada 'prosedur'seperti berikut:-
Merisik-Bertunang-Nikah-Walimah'Arus(pihak perempuan)-walimah'Arus(pihak lelaki)

Kalau tidak diikutkan 'work flow' ini, seolah-olah pincanglah adat, rosaklah bangsa... susah juga amalan orang melayu yang diwarisi ini... Susahnya perkara ini apabila melibatkan wang... YAng lebih parah, apabila tidak selari dengan tuntutan agama Islam yang menganjurkan konsep yang mudah, selamat dan tidak membazir. Kerja 'mendirikan masjid', seharusnya dimudahkan, diraikan dengan sekadarnya dan mendapat pahala ibadat; bukan sekadar ikut-ikutan dan menjadi adat warisan semata-mata... Sangat rugi(dari konteks dan kaca mata agama)

Merisik -

SEHARUSNYA- antara lelaki (bakal suami) dan keluarga perempuan (bakal isteri)... Mungkin membawa orang tua pihak lelaki lebih baik (sebagai jurubicara yang lebih baik) - Minta izin dengan orang tuanya untuk berkawan..

YANG BERLAKU- 'dating' dulu pihak lelaki dan perempuan di shopping mall, atau taman tasik... tak pun, 'sms' jer... "awak nak kawan dengan saya, tak?" (heheh...) atau yang seumpama dengannya...Mak bapak... Harramm tak tau siapa anaknya berkawan...


Bertunang -


SEHARUSNYA- Keluarga (ibu dan bapa) pihak lelaki bertemu 8 mata dengan keluarga (ibu dan bapa) pihak perempuan.(mungkin atuk nenek atau saudara dekat boleh dibawa bersama sebagai saksi) Hasrat; menyatakan untuk 'booking' dan meletakkan tanda 'booking'(mungkin berupa cincin atau yang sesuai); supaya tidak diganggu oleh orang lain yang mungkin berhajat. BUKAN sebagai tiket untuk keluar 'dating' selalu, apa lagi manghalalkan perkara sentuhan kulit.

YANG BERLAKU- segerombolan pihak lelaki dalam 10-15 kereta, SIAP dengan 7-11 dulang; dan dilibatkan keseluruhan media yang ada atas muka bumi; bertemu 1000 mata dengan pihak perempuan juga 7-11 dulang; siap pasang khemah- ringkasnya, SELURUH kejiranan dan kesemua pihak keluarga maklum...
Fikrah- Ingat... tunang; belum confirm lagi!! (ada hikmahnya kenapa harus pertemuan 8 mata dan keluarga terdekat sahaja maklum)


Bernikah-

SEHARUSNYA- SEgerombolan ahli keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir dalam majlis 'shake hand' meraikan ahli keluarga baru; dan yang penting, menyatakan 'confirmation' dan penyerahan 'TOTAL' tanggungjawab daripada ayah pengantin perempuan kepada pihak lelaki (suami). Hadiah yang berdulang-dulang untuk persediaan majlis WAlimah diberikan kepada kedua-dua pihak.
Masa 'shake hand', sebaiknya, biarlah bapa pengantin perempuan sendiri menjalankan upacara; dan menyerahkan kepada pihak lelaki...

YANG BERLAKU- Pihak bapa perempuan menyerahkan sebulat-bulatnya kepada tok imam; yang hadir majlis pernikahan tak seberapa ramainya; ada pulak, ibubapa pihak pengantin pun tidak hadir;

Fikrah- Ini hari gilang-gemilang; dan diakhiri dengan solat sunat Nikah- solat sunat khusus; banyak pengantin lelaki lupa nak buat...

Walimatul'Arus-

(Perhatian sebutan; bukan walimatul Urus (Makna Al-Arus= pengantin)
SEHARUSNYA- Dijemput seluruh kejiranan dan kenalan sahabat handai dan sering kali juga diambil kesempatan menjemput sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa; Tidak perlu terlalu besar; awasi supaya tidak berlaku pembaziran dan kebersihan (makanan dan persekitaran) dijaga dengan rapi. Memadai dengan bajet yang termampu.
-Jemputan memberikan hadiah kepada pengantin berupa 'becek'an' untuk mengurangkan beban tuan rumah; juga sekadar yang mampu.
-Pengantin HARUS melayan tetamu yang hadir; sudah tentu mereka datang untuk meraikan pengantin
-Pergaulan dan suasana dijaga supaya tidak terlalu melalaikan;

YANG BERLAKU- Majlis sebesar-besar yang boleh; namun, tidak nampak pengantin turun melayan tetamu yang hadir; malah hanya melayan kawan-kawan tertentu sahaja... Saudara sepupu-2pupu-atuk saudara- tidak dilayan; yang lebih parah, tidak kenal pun!
-Majlis bercampur-baur dengan muzik yang melampau (tidak memuji Allah;bukan muzik dalam Islam); lagi best- yang dara dan teruna bermain mata.. adoi... yang bukan teruna pun layan jugak.... lagi la adoi....
-Tuan rumah siap mencebik bila malamnya, membuka sampul surat; ada orang yang memberikan RM1! Habis hilang keikhlasan dan ketulusan...

Fikrah Imayu - Mungkin apa yang saya nukilkan di atas, adalah suatu pendapat peribadi dari kaca mata saya yang banyak kelemahan dan dangkal dalam mendalami budaya masyarakat. Mungkin juga tidak keterlaluan untuk saya meletakkan premis bahawa ibadat haruslah diletakkan jauh di atas sekiranya bertembung dengan adat..
Biar mati adat, jangan mati ibadat


Sama-sama la kita fikirkan....
(BUKAN lu pikir la sendiri!!!)<--Satu lagi indoktrin dan propaganda yang salah!!! ni cerita lain

Sabtu, November 29, 2008

sabar?

susah juga hendak bersabar... Apa makna bersabar? Ramai memberi makna - menahan diri dari ujian. Dalam dictionary.com, maknanya 'patience' yang membawa erti:-
1)Bearing or enduring pain, difficulty, provocation, or annoyance with calmness.
(Bertahan kepada kesakitan, kesusahan, provokasi, atau gangguan dengan ketenangan)
2)Marked by or exhibiting calm endurance of pain, difficulty, provocation, or annoyance.
(Dilihat atau ditonjolkan keadaan tenang dan tahan kepada kesakitan, kesusahan, provokasi, atau gangguan)
3)Tolerant; understanding.
(Toleransi; saling memahami)

Jadi, bagaimana hendak memberi ekspresi 'sabar'? Bagaimana 'rupanya'? Apa tindakan yang menunjukkan kita sedang bersabar?

1) Duduk diam-diam?
2) Larikan diri?
3) Lakukan tindak balas yang bijaksana?
4) Senyum jer...
5) Bagaimana????

Fikrah -
Biasanya, tindakan (1) adalah yang paling banyak dilakukan... buat 'bodoh' je; tak guna melayan perkara emosi; Emosi lebih dekat dengan nafsu dan Syaitan...

Tindakan (2) pula; lari! Ia adalah lebih baik; jauhi gangguan tersebut dengan melarikan diri...Lari bukan bererti penakut (Chicken), tetapi menjaga hati supaya tidak dengar bisikan syaitan... Ini biasanya untuk gangguan yang bersifat provokasi. hmmm... sering kali tindakan ini menjadi privilage atau kredit kepada provokator. Jadi, lebih besar daya ketahanan yang diperlukan

Tindakan(3) adalah tindakan berani. Pandangan peribadi saya, ini adalah suatu taktikal yang menunjukkan kita tidak mudah dipermainkan atau diperkotak-katikkan dengan mudah. Syaratnya, haruslah bertindak balas dengan berhemah dan berhikmah. (ini yang susah)... Kalau bertindak balas dengan emosi, maka ia bukanlah ekspresi sabar.. (ini mudah).

Teringat pada kisah-kisah sinetron di kaca tv yang menunjukkan betapa orang baik ber'sabar' diperbodohkan dan dilihatkan tidak berbuat apa-apa sepanjang 300 episod, sehinggalah 2 episod terakhir... Akhirnya baru orang yang bersabar dan baik menang...
Ini suatu propaganda penerapan pendekatan 'sabar' yang silap dan harus dijauhi!!

Walau apa pun 'rupa' sabar yang kita pilih, selitkan bersama rupa yang manis dengan sedekah berupa sebuah senyuman... Susah? kerana itulah, orang bersabar itu diletakkan lebih tinggi daripada perjuangan perang badar; perang menentang hawa nafsu..

Akhir kalam, sabar jer la....

Khamis, November 20, 2008

Projek Cat Rumah Cheras



Ini satu lagi projek yang telah dilaksanakan bagi memperbaharui kekemasan dan gaya kehidupan serta keselesaan tinggal di rumah. Kami sekeluarga, semua sekali balik dan bergotong-royong...

Seharian juga menyiapkan projek ini. Lihatlah perbezaan yang amat ketara... SEBELUM dan SELEPAS!!! Yang pasti, inilah rumah kami... Jadi, kalau tak kita, siapa lagi yang mahu melakukannya... Di sekolah ke, pejabat ke, mana-mana ke, asal kita punya hati, punya kemahuan, dan yang penting kerjasama, segala yang kelihatan sukar dan mustahil pun boleh dilaksanakan...

Fikrah Imayu

Projek Bumper QSA 6333



Aduh... Sakitnya hati bila melihat bumper kemek.... sikit punya sedey.. nak salahkan sapa... sendiri langgar!!! Akibat terlalu konfiden apabila hendak undurkan kereta...

Pengajarannya-
1) Keadaan dah gelap, malam, tempat tak biasa... hati-hati laa bila mengundurkan kereta.... ni, tak, main laju jer...
2) Kalau ada budget lebih sikit, dalam RM100-RM200 jer, pasangla 'reverse sensor'.. Tak rugi pun... Bila dah kena macam ni, bengkel tu charge dalam RM200 jugak... Ni, bengkel kampung, kalau lain-lain, ntah laa...
3) nasib baik pakai HOnda Accord... Yang kemek hanya bumper,Body selamat... Kalau ikutkan momentumnya, kalau kereta PRoton, abis semua.... Ada hikmah rupanya pakai Honda Accord lama ni......
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Terima kasih kepada En. Supardi, owner paintshop; bukak bengkel sebelah rumah jer... Hj Jailani yang recommend... Ok laa hasilnya dengan budget yang ada...

Majlis Doa Selamat pelajar SPM



Hari ini, baru sempat dan teringat untuk meng'upload'kan gambar-gambar pelajar ini.
Insaf jer cikgu tengok kamu ni... Nak ambik keberkatan bacaan Yaasin la kan....
(Yang gelak-gelak kat belakang tu pun ader....) (amboi... cuti la katakan... Nasib baik nampak pegang buku...)

Sememangnya, apa lagi yang mampu cikgu sampaikan lagi kepada kamu semua... Hanya mampu bersama-sama membacakan, mengaminkan doa yang dibaca Ustaz, dan mengharapkan pintu hati kamu terbuka luas dan terang untuk menjawab soalan nanti...

>>>>>>>>>>>>>>>

Cikgu juga ada menjaga peperiksaan di SMK BAnting... Nampaknya, kertas soalan Matematik dan MAtematik Tambahan tidak lah begitu mengejutkan... Hampir keseluruhannya adalah lebih-kurang sama dengan soalan-soalan SPM dan Percubaan yang baru kita lalui dulu... Maknanya, jangkaan cikgu, kalau kamu buat latihan pemahaman dan 'masterize'kan soalan-soalan SPM terdahulu, rasanya, tidak ada apa-apa banyak masalah.... kalau tak... berdoalah semoga terang hati....hihihi...

Selamat menjawab peperiksaan sampai habis....