Rabu, November 04, 2009

Gred Baru SPM





Pengumuman untuk pelajar SPM

1) Kali ini, kalian akan menduduki peperiksaan SPM. Gred baru yang akan dilalui adalah seperti di kolej dan di universiti. Sistem A+ sehinggalah G. Mungkin, ini sebagai persediaan untuk sistem CGPA pada masa akan datang. Lagipun, pemarkahan seperti ini, sudah dikenali pada peringkat antarabangsa.

2) Ada masalah? Sudah tentu ia akan menjadikan perincian yang lebih menarik dalam pemilihan ke IPTA nanti. Lebih menarik maknanya, lebih mencabar. Mencabar kan? Klik pada berita di atas untuk baca.

3) Hakikatnya, apa pun sistem, kalau tak bersedia dari awal, sama je hasilnya... Jadi, sahutlah cabaran ini; lakukan latihan berasaskan peperiksaan sebenar sebanyak yang mungkin.

Pautan Cadangan:-

www.banksoalanspm.com
koleksisoalan.blogspot.com

Selasa, November 03, 2009

Weather Service

Indians ask their new chief whether the winter will be cold or mild. Since the young chief never learned the ways of his ancestors, he tells them to collect firewood, then he goes off and calls the National Weather Service.

"Will the winter be bad?" he asks.

"Looks like it" is the answer.

So the chief tells his people to gather more firewood. A week later, he calls again.
"Are you positive the winter will be very cold?"

"Absolutely."

The chief tells his people to gather even more firewood, then calls the Weather Service again: "Are you sure?"

"I'm telling you, it's going to be the coldest winter on record."

"How do you know?"

"Because the Indians are gathering firewood like crazy!"


(jokes from Mexico - copied from Readers Digest)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

FIkrah:-

1) We never know, actually we are the one that people see and follow. The Trend Setter, sometimes look for other trends to set another trends.. See, no original is real original. Ironic huh?

2) Setting for changes without learning from the ancestors sometimes looks cool; but many times looks silly as well. heh..

Ahad, November 01, 2009

Terma dan maknanya

Amarah

Amarah orang berakal nampak pada tindakannya, amarah orang jahil nampak pada ucapannya.

Jasad

Barangsiapa tidak mampu menguasai jasadnya maka jasadnya menjadi kuburan baginya.

Contoh

Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.

Hati

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahat lah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Itulah kolbu (hati)
(Diriwayatkan oleh bukhari dan muslim)

Diri

Jika orang tidak menghina kita, janganlah kita menghina diri sendiri..

Keinginan

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.

Wanita

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Wanita

Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai

Kasih Allah

Manusia tidak berbalah jika mengejar kasihnya Allah tetapi manusia akan bertelingkah dan dipersia mengejar kasih manusia.

Orang yang baik

"Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."
- Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Kebesaran Penciptanya

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya..

Bersedekah

Bersedekah dengan senyuman adalah lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak akan terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina.

Ilmu

Menuntut Ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan Ilmu adalah ibadah,
Mengulang ngulang Ilmu adalah zikir,
Mencari Ilmu adalah jihad..
Imam Al Ghazali

Masa

Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

Sahabat

Orang yang rugi adalah orang yang tidak memperolehi sahabat dan orang yang paling rugi adalah orang yang ditinggalkan sahabatnya.

Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Tetamu

Tetamu yang budiman adalah tetamu yang tahu bila waktu yang sesuai untuk pulang

Bahagia

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
(Saidina Ali Abi Talib)

Menilai diri

Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang mampu kita buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.

Perbuatan baik

Janganlah engkau memandang ringan perbuatan yang baik, sekalipun hanya bermuka manis ketika bertemu saudaramu.

Tidur dan mati

Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya.

Pengalaman

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Akhlak

Belajarlah akhlak dari orang yang tidak punya akhlak.

Hidup

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

Hina

"Biar dihina daripada menghina kerana sehina hina yang dihina, yang menghina lagi hina dari yang dihina"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Fikrah:-
1) Satu terma, sememangnya punya makna yang cukup dalam, bagi yang mahu berfikir dan mengambil pengajaran. Masalahnya, berapa ramai yang tidak tegar untuk berfikir? Natijahnya, akan lahirlah generasi yang ignorance, tidak peduli dengan sekitarnya, selagi tidak terkena batang hidung sendiri...

Pemimpin Munafik, pengikut Fasik

Apa lagi yang diharap dari pemimpin yang berpura-pura? Tidak pernah bermujahadah memperbaiki diri dan menjadi contoh kepada pengikut. Lebih mementingkan air muka dan reputasi berbanding memimpin pengikut supaya beragama. Zahirnya nampak baik, komited dan hebat. Dia melazimi usrah dan selalu memberikan pendapat dalam perbincangan. Tidak pernah terlepas melibatkan diri dalam semua aktiviti. Ini seperti firman Allah:

"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih)...." Al-Munafikun:4

Malangnya kita sendiri terlalu pantas mulutnya berbanding perbuatan dan lebih malang lagi kita tidak bersungguh-sungguh mengislahkan diri. Kelak Allah akan menyoal kita seperti firmannya:

"Wahai orang beriman, kenapa tidak kamu perbuat apa yang kamu katakan? Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata tetapi tidak beramal dengannya." As-Shaff: 2

Kita merasakan amaran Allah didalam Al-Quran hanyalah terkena pada orang lain dan bukan diri kita. Beria-ia merancang program untuk masyarakat, tetapi diri sendiri bagaimana? Segala salah orang kita perhati tetapi salah sendiri tidak pernah disedari. Jadilah seperti pepatah dahulu:

"kuman seberang laut kita nampak, Gajah depan mata kita tak perasan"

Memilih pemimpin mesti yang amanah. Bukan yang bersikap talam 2 muka, dihadapan orang kelihatan taat, bila bersendiri membelakangkan Allah dengan biadap.

"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)." Al-Munafikun: 3

Amanah pemimpin ialah menjadi Uswah kepada pengikutnya. Kajian menunjukkan, hanya 20% nasihat yang dituturkan oleh pemimpin memberi kesan kepada kepada pengikutnya. Baki 80% lagi adalah melalui perbuatan pemimpin tersebut.

Rasullullah sebagai ketua umat Islam merupakan contoh kepada umatnya. Kerana itu terbentuk generasi sahabat yang paling hebat pada zaman baginda.

“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu adalah teladan yang baik bagimu, (yakni) bagi orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan (keselamatan) di hari akhirat dan yang banyak mengingati Allah.” Al-Ahzab: 21

Kalau kita benar-benar ingin melihat Islam tinggi, tidak ada pilihan, kita mesti berubah. Jika pemimpin tidak boleh menjadi contoh, pengikut akan hanyut dan merasakan perbuatan pemimpin yang serba lalai itu sebagai tidak salah. Berterusanlah mereka menjadi orang yang fasik (berterusan berbuat dosa) kerana beramal mengikut penilaian mereka terhadap pemimpin.

Untuk senior dan pimpinan, jadilah contoh. Saya lalai dan pasrah dgn kefasikan diri. Mohon jangan berlakon lagi. Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah.

Ahad, Oktober 25, 2009

Qunut



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) sinisnya... sinikal untuk umat...
2) lawak lama... tapi, still relevan...

Khamis, Oktober 22, 2009

Setarbak Kopi





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1)Nama macam pernah dengar... Hidup Bahasa Malaysia!

Oh, Malaysiaku...

Yang mana betul? "Kedai Kopi Ali" ke? "Ali Kedai Kopi"?

Dua-dua tak betul... Yang betulnya, Setarbak Kopi!! Hahahaa

Lessons from geese

Flight of Geese

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Fikrah:-
1) I got this presentation quite some time a go. It has great lessons and great reflections to us. yes, All of us!

Selasa, Oktober 20, 2009

Berperanan dalam kepelbagaian

1) Berperanan dalam kepelbagaian suasana memerlukan kemahiran dan pengalaman yang lama. Lama dengan erti kata, lama dalam kehidupan dan bersosial dalam masyarakat. Yang ini, orang muda sangat 'disadvantage'. Namun, tidak lah sampai langsung tidak boleh berperanan dengan berkesan. Cuma, pada ketika tertentu sahaja, tidak pula disukai oleh ramai orang. Realitinya, tak ramai yang mahu membuat sesuatu dalam kepelbagaian kaedah dan cara. Katanya, kalau satu kaedah sudah berkesan, kenapa mahu berubah?

2) Orang muda atau orang lama, sama sahaja. Akhirnya, kita akan menurut apa yang kita fikirkan terbaik untuk diri kita. Pada kebiasaannya, ramai orang suka berada dalam keadaan yang orang lain akan bersama mereka. Pendekatan popular bisa menjadikan sesuatu tindakan itu, tidak kekok. Persepsinya, yang ramai itu yang baik. Kan biasa kita dengarkan, "ikut orang ramai lah..." walaupun belum tentu yang ramai itu betul. Mahu berperanan dalam keadaan berseorangan, ataupun minoriti, bukan mudah; walaupun tindakan itu betul. Ya, atau mungkin juga tidak betul...

3) Berdiri atas prinsip dan keyakinan; dan berperanan sebaik mungkin dengan berkesan; Berkesan atau tidak, ini perlukan keberanian. Kalau belum cuba, mana tahu! Bila sedang mencuba sesuatu yang belum tahu hasilnya, yang ini memerlukan sokongan, dorongan, dan cadangan balas oleh ahli yang bersama-sama dengannya. Setakat mengkritik tanpa memberi cadangan, itu sudah biasa. Ya, biasa yang tidak akan menjanjikan perubahan. Dan lagi, sikap positif dan berinisiatif harus diiringi bersama. Bukan menunggu untuk gagal; atau yang lebih teruk, tolong untuk menggagalkan lagi perubahan. Pernah jumpa orang begini? Orang lama bersosial dalam masyarakat, mesti pernah jumpa. Kalau tak pernah, maknanya, orang lama yang tiada pengalaman! Ada ke?

3) Berjemaah kan lebih baik dari berseorangan? Benar sekali. Kerana itu, dalam mana-mana perjalanan sekalipun, hatta 2 orang dalam satu perjalanan, hendaklah dipilih seorang menjadi ketua. Maka, ikutlah ketua selagi perjalanan itu dalam tuntutan syariah. Itu tuntutannya. Dalam sebuah surau, selepas azan Maghrib, masih tak ramai di surau. Maka, jemaah boleh bersolat sunat terlebih dahulu. Tidak lah muakkad, namun, lebih baik dari tiada berbuat apa-apa. Bila imam sudah datang dan bersedia, datang pula seorang lagi jemaah terus bersolat sunat. Bilal pula serba salah nak iqamat atau tidak... Pernah jumpa keadaan begini? Maknanya, imam kena ada ilmu, bilal pun kena ada ilmu, makmum pun kena ada ilmu. Bukan setakat itu, yang juga perlu ada, bil hikmah wal mau 'izatil hasanah. Dalam terma yang nampak kaunseling sikit, empati dan bijaksana.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Perubahan tanpa peruntukan

How's that sound?

cool huh?

Cuepacs dan bonus

Cuepacs demands two month bonus for civil servants

KUALA LUMPUR, Oct 16 – The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs) has decided to demand for two months bonus for the 1.2 million civil servants.

Cuepacs president Omar Osman asked Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to consider this matter when tabling the 2010 budget on Oct 23.

This decision was reached at a Cuepacs Congress meeting attended by about 120 of its members today.

Omar said Cuepacs had received complaints following the government’s announcement last month that aid amounting to RM500 would be given only to members of the support group, and not all government employees.

“We hope civil servants will get good news when the new budget is tabled,” he told reporters after a Hari Raya function organised by Cuepacs at the Puspanita Building in Jalan Hose, here. – Bernama


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Fikrah:-

1) One of the main agenda of be in CUEPACS is to fight for Bonus, every year. It happen to be 'a must' unwritten responsible from the body. Since it is the main body for 1.2 millions members all over Malaysia, either it sounds illogical, or harsh, it still going to make the 1.2 millions people hoping for it to be a reality...a hope than can fade away in no time... well, hope is good, rather than losing it...


2) As a body of welfare and the proper channel for workers to speak up, use and support them is a huge step. At least, they are doing something for the rest... the rest, is just 'rest'...