Rabu, Jun 07, 2006

Usaha

Ada ramai yang tak faham dengan konsep Qada’ dan Qadar ni. Ye la kan... kalau dah tertulis yang awak akan jadi jurutera, polis, guru atau pencuri, apa guna ada perkataan ‘usaha’ diciptakan di atas muka bumi ni oleh segenap bangsa sejak berzaman-zaman? Bila dah belajar, baru tahu maknanya...

Ada suatu cerita untuk menghuraikan mengenai qada’ qadar dan kaitannya dengan usaha... Dikisahkan pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri yang aman, ada seorang pemuda yang mempunyai 3 soalan yang pelik dan amatlah sukar untuk mencari orang yang dapat menjawab soalannya. Sehinggalah dia berjumpa dengan seorang tua yang alim dan wara’... Apa 3 soalan yang susah sangat tu?

Yang pertama, Di manakah terletaknya Tuhan? Katanya Tuhan boleh nampak semua perkara. Tapi, di mana sebenarya tuhan berada?... Soalan yang kedua, Kenapa syaitan yang dijadikan daripada api, dimasukkan ke neraka yang mana di dalamnya juga api? Bukankah nanti syaitan tidak akan rasa sakit.. (ye lah kan.. api dengan api...) Soalan ke tiga, soal mengenai Qada’ dan Qadar... kalau dah tertulis sejak azali yang setiap manusia akan ada nasibnya, seperti menjadi pencuri, atau ahli perniagaan, atau guru.. kenapa manusia perlu berusaha lagi?

Orang tua tadi, setelah mendengar soalan yang dikemukakan, secara perlahan-lahan, dia tunduk, dan menggenggam sekepal tanah liat, dikepal sehingga keras, lantas mencampakkan kepada pemuda tadi... Pemuda tadi, yang terkejut lantas menanyakan mengapa? Apahal pulak kan.... tiba-tiba je, baling-baling kat orang.... kalau tak dapat jawab, tak payah la nak baling-baling... (eh.. teremosi pulak)

Orang tua yang wara’ lagi alim menyatakan bahawa tindakannya tadi adalah jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh pemuda tadi... Pulak dah... Pemuda tadi tidak faham dengan tindakan tersebut meminta penjelasan lanjut...

"Bila kamu kena baling tadi, sakit ke? Di mana sakitnya?" Pemuda itu menunjukkan sakitnya di bahagian dada kepada orang tua itu. Tapi, pasal tiada lebam, dan tanda-tanda nampak kena baling, pemuda tadi pun gagal memperlihatkan di mana sakitnya... tapi, sakit lah.. (eh... faham ke ayat aku ni...) Orang tua itu pun cakap "begitulah juga kuasa Tuhan... Walau kita tidak dapat melihat di mana Allah taala, kita tetap akan merasa kehadirannya" (selesai jawab soalan pertama)

"Bila kamu kena baling tadi, sakit kan... manusia macam kamu, dijadikan daripada tanah kan... saya baling tadi pun dengan tanah... sakit pun... Habis, kalau tanah dengan tanah boleh sakit, begitu juga api dengan api... Allah taala maha mengetahui dan berkuasa..." (kira pakai logik dan mantik jugak la untuk setel soalan ni) (selesai jawab soalan kedua)

Pemuda tadi yang tidak sabar dengan penjelasan tadi lantas menyampuk "Ok... Dah tu, apa kena-mengena dengan soalan ketiga?" "Adakah kamu sangka kamu akan kena baling dengan tanah apabila kamu datang ke sini?" "tidak.... saya langsung tidak menyangkanya... saya hanya mahu jawapan kepada soalan-soalan saya" Kata pemuda itu lagi... "Begitulah juga halnya Qada dan Qadar... setiap perkara yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia...(dengan izin Allah) USAHA manusia akan menentukan keputusan dan hasil akhirnya... Kalau kamu berusaha untuk jadi pencuri, maka akan jadilah kamu seorang pencuri... dan begitulah juga sebaliknya..."

(dah kamu tanya soalan macam tu sangat, itu lah hasilnya....)

Tiada ulasan: