Jumaat, Mac 05, 2010

Kembali lagi...

1) Bila sudah lama tidak menulis, banyak perkara yang mahu disampaikan dan dikongsi juga akan tersimpan begitu sahaja, dan ada juga yang hilang menjadi bualan masa silam yang entah bisa memberikan pahala atau dosa. Yang pasti, hari ini, dan ketika ini, tiada apa yang dapat dipelajari dari idea, bual bicara, dan pandangan masa lalu. Kalau ada, mana buktinya?

2) Ada... cuma bukan di sini. Platform muhasabah hari ini sudah semakin luas dan canggih. Cuma, keberkesanan log atau jurnal yang pelbagai pilihan pada hari ini juga berbeza-beza. Ada yang sifatnya seminggu-dua (Facebook), ada yang paling ringkas dengan sifatnya -'daily basis'(Twitter). Cara manual dengan menulis dalam buku jurnal menggunakan pena berdakwat adalah yang paling maujud dan kukuh sehingga boleh dibawa ke kamar penghakiman.

3) Yang penting, tulislah atas platform apa pun. Blogging lah; walaupun belum tentu dapat diberi komitmen atas apa sahaja kisah perkongsian, ia adalah pilihan yang rata-rata umat seluruh dunia boleh belek-belek setiap pengkisahan dan tetap ada selagi server blogspot masih ada. Pelajaran hari ini akan tetap kekal sebagai memori masa depan.

4) Sayang juga jika terlalu obses kepada 'social-networking' bersifat popular. Satu masa, semua sibuk dengan penangan Friendster, kemudian myspace, Facebook, dan Twitter. Setidak-tidaknya, sejarah membuktikan, blog masih kekal sebagai pilihan utama untuk perkongsian yang lebih mendalam maknanya. YAng penting, 'maintainance' supaya tidak menjadi 'rumah tinggal' yang tiada empunya.


Kini, kembali lagi...

Tiada ulasan: