1) Kenapa perlunya dasar yang sama untuk 1negara? sudah tentu untuk memastikan setiap rakyat akan mempunyai standard dan layanan yang sama, tidak kira taraf ekonomi, latar belakang politik, pendidikan, bangsa dan lain-lain. Kesan jangka panjang adalah ke arah melahirkan generasi yang mempunyai pengalaman yang sama dan objektif yang sama dalam negara yang sama, sudah tentu ke arah membina negara yang lebih baik berdasarkan cita-cita negara.
2) Namun, ada beberapa perkara dasar yang berbeza, istimewa dan berkuota; bergantung kepada sasaran jangka panjang sesebuah negara. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB 1970-1990) yang bertujuan untuk menyusun semula struktur sosio-ekonomi masyarakat dalam negara pada ketika itu. Walaupun hasilnya tidak mencapai sasaran yang dijangka, atas faktor-faktor ketirisan dan ke'tidak-bertanggungjawaban' sesetengah kelompok ahli masyarakat, ahli politik, dan lain-lain mereka yang berkepentingan, DEB sebenarnya meninggalkan kesan dan pengajaran yang penting untuk generasi hari ini mengambil iktibar. Masalahnya, tidak ramai yang mampu meng'ekstrak' pengalaman DEB dalam bentuk pembelajaran yang positif dan membina.
3) Dalam soal pendidikan, perlukah dasar yang berbeza-beza untuk memuaskan hati semua pihak kononnya atas dasar hak kemanusiaan (human right) atau atas slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan? Tidak kah kita belajar apa-apa daripada sejarah DEB misalnya? Di mana generasi yang punya Jiwa besar yang tinggi dan mulia, dengan asas-asas nilai rasa empati melihat orang lain susah, dan bangga melihat orang lain senang? Sikap ke'Aku'an (generasi X) yang membebankan mata dengan tirisnya asas-asas kehidupan yang bersumber Al-hikmah.
4) Adakah generasi Pemimpin hari ini, yang lahir daripada Dasar Pendidikan 1957 (Laporan Razak), adalah generasi yang sudah lupa dengan hasil kepelbagaian yang diakibatkan oleh dasar pendidikan pada hari itu? Atau sebenarnya, mereka masih ingat, dan ingin meneruskan kepelbagaian dan perbezaan 'taraf' yang semakin jauh ini, di antara satu ahli masyarakat dengan ahli masyarakat yang lain. Sebut sahaja masalah dalam masyarkat. Soal perpaduan tidak pernah selesai, soal remaja (generasi Y) yang semakin liar, soal penekanan keagamaan yang semakin rapuh, dan lain-lain lagi...
5) Ya, kejayaan hari ini adalah hasil dasar pada masa itu (1957); dan begitu juga kegagalan hari ini, adalah hasil dasar pada masa itu. Rata-ratanya, adalah umat dari generasi Baby-boomers dan generasi X yang pada hari ini menjadi Pemimpin negara dan Pendesak/Pekerja negara. Kontradiksi yang dilalui oleh dua generasi ini pula akan mengawal, dan membina Dasar negara hari ini untuk diwariskan dan memberi kesan terus kepada generasi Y yang gaya hidupnya adalah jauh berbeza dari dua generasi sebelumnya. (rujuk wiki). Bolehkah dipercayai mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama? Itu pun kalau sedar berlakunya kesilapan.
6) Hari ini, dasar negara kelihatan semakin tidak bijaksana dan bersifat jangka pendek dan tidak mempunyai kesinambungan walaupun pemimpin kerajaan menyatakan terdapat kesinambungannya. Golongan pendesak juga mengkehendakkan dasar yang bukan dasar, apabila semua orang boleh mendasari apa sahaja, termasuk dalam pendidikan, agama, dan lain-lain yang liberal dan terbuka seluas-luasnya sehingga mengabaikan prinsip dan asas pembinaan tamadun negara dan sejarah bangsa Malaysia. Sangat membimbangkan, apabila melihat di sana-sini, program yang dijalankan kerajaan, beralasan untuk menambah baik; mengakibatkan 'generation gap' semakin luas. Kalau dulu, generation gap adalah bersandarkan pada tahun kelahiran yang berbeza, namun, pada masa ini, (dengan dasar dan program-program yang dilihat ini), pada akan tahun-tahun mendatang, kita akan melihat generation gap adalah lebih kompleks dengan gap juga bersandarkan pada generasi yang sama.
7) Ya, bukan lagi antara kelompok muda dan kelompok tua; tapi, perpecahan mental dan ideal di antara kelompok muda dan muda; kelompok muda dan tua; serta kelompok tua dan tua. Hakikat ini semakin parah apabila yang kaya semakin kaya, yang miskin terus semakin miskin. begitu jgua yang pandai semakin pandai, yang bodoh semakin bodoh, yang elit, terus-terusan menjadi elit, yang kampungan, terus-terusan kekampungan...
Mungkin ini adalah andaian dan mimpi igauan buruk penulis semata-mata...
Mungkin perasaan ini terlalu sensitif dan bersangka buruk semata-mata...
Mungkin juga sebaliknya... Penulis juga adalah hasil dari Dasar negara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan