Ramai pelajar tersingkir awal
"... KOTA BHARU - Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.
Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul. ...." - Kosmo
Fikrah:-
1) Apakah bahana yang menimpa anak murid hari ini, bakal memudaratkan masa depan negara pada masa depan?
2) Ceteknya pemikiran masyarakat jika tidak melihat ini sebagai satu persoalan besar. Peraduan yang dibuat dalam BAHASA MELAYU, (sekarang BAHASA MALAYSIA) tidak dapat disempurnakan oleh sebahagian besar murid sekolah! Adakah kesilapan DASAR PEMBELAJARAN PPSMI selama 8 tahun selama ini satu punca?
3) Adakah ledakan teknologi persuratan SMS menjadi satu 'mind setting' bahawa persuratan formal dan tidak formal boleh dicaca-merbakan, dicampur-adukkan, dan diambil ringan?
4) Malangnya negara majoriti orang melayu apabila rakyat berbangsa Melayu sudah tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Aras Tinggi, bahasa ilmu, bahasa keTamadunan, apatah lagi bahasa Perpaduan?
5) Lebih malang, apabila bahasa Melayu, yang sekarang ini diiktiraf sebagai Bahasa Malaysia tidak digunakan sebaiknya sebagai Bahasa Perpaduan 1Malaysia, apabila kecelaruan dalam Santun Bahasa tidak diambil serius oleh murid-murid sekolah 1Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan