Memaparkan catatan dengan label Istiqamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istiqamah. Papar semua catatan

Khamis, September 02, 2010

Mencipta kemenangan dalam perubahan

1) Allah berfirman, maksudnya:
"(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". 
(surah al-Mukminun, 23:2-11).

Ayat di atas menunjukkan bahawa kemenangan itu terletak pada iman, solat, akhlak, maruah, harta, janji dan amanah. di mana ia merujuk kepada tiga elemen utama iaitu akidah, ibadat dan akhlak. Tanpa akidah yang murni, ibadat yang benar dan akhlak yang terpuji manusia pasti tidak mampu mencipta sebarang kemenangan dalam kehidupannya. Cermin keadaan kita, dan ahli-ahli kita. Persoalan asas ini harus diselesaikan segera untuk mencipta kemenangan!

2) Sejarah mengajar dan mendidik kita dengan suasana dan pendekatan yang berbeza. Bukan nama watak yang penting; Fokus adalah pada pengkisahan sebab-akibat yang menjadi sejarah dan harus dipelajari oleh generasi terkemudian. Dalam kitab Quran, tidak ada tertulis nama Qabil dan Habil sebagai anak Adam a.s. Namun, Allah merakamkan kisah mereka agar watak itu yang harus dijadikan pelajaran untuk seluruh manusia. Sejarah anak Adam a.s melihatkan manusia ini akan punya warna yang pelbagai dengan pilihan kehidupan juga adalah pelbagai. Yang pasti, sejarah menjadi kayu ukur generasi hari ini menilai (evaluate) dan mentaksir (assess) , dan mencermin diri (muhasabah) seterusnya melihat kembali langkah-langkah yang telah kita lalui. Adakah jalan yang kita lalui, adalah jalan ke arah kemajuan? ataupun sebaliknya, berundur ke belakang? Berikut, disenaraikan semula faktor kekuatan ABIM-PKPIM pada awal kemunculannya di persada dakwah, berdasarkan catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010. 
  1. Kekuatan wadah persediaannya daripada PKPIM
  2. Ketepatan waktu kemunculan 
  3. Karisma pemimpin utamanya
  4. Kepimpinan Jamaiy
  5. Memanfaatkan dinamika kePemudaan dan dinamika keIslaman
  6. Kekuatan Fikrah / Idea / Gagasan
  7. Keberkesanan tarbiyyah Ilmiyah, Ruhaniyah, Harakiyah
  8. Keberkesanan mekanisme / jentera  organisasi
  9. Komitmen yang tinggi dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
9 senarai ini adalah asas faktor yang menjadikan ABIM-PKPIM kekal sehingga hari ini. Kesemua faktor ini adalah seiring tanpa meninggalkan satu pun daripadanya sepanjang gerakannya. Jelas ditulis, diamal, dan dibudayakan dalam segenap lapisan ahli dari Presiden, sehinggalah ahli yang baru mengenali ABIM-PKPIM. Di manakah standard Haraki kita pada hari ini? Adakah kita mengamalkan teras yang terbukti berkesan dalam lipatan sejarah kita ini? Faktor pertama dan kedua adalah faktor kesedaran pada waktu itu. Faktor ketiga adalah faktor peribadi tokoh tertentu. 6 Faktor yang lain adalah faktor utama keberkesanan Haraki dan kesenian dalam berorganisasi. Justeru, di manakah kita berdiri pada hari ini dalam rangka harakah yang dibina sejak ia ditubuhkan?

3) Keutamaan dalam ahli gerakan adalah untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang mendekatkan diri dengan Allah. Akidah tauhidik disemai, dibajai dengan sistem idealisme dalam pentarbiyahan yang teratur seperti majlis ilmu, usrah, dan tamrin, seterusnya nilai aktivisme yang mewarnai praktikaliti dalam menterjemahkan segala yang disemai dan dibajai tadi. Keseluruhan sistem ini adalah suatu medan ibadah yang saling melengkapi dan dibudayakan dengan wajar tanpa kompromi. Walaupun begitu, hal-hal sampingan seperti kuantiti ahli, kuantiti program, serta populariti massa, sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri. Namun, ia kekal sebagai hal sampingan. Kisah-kisah Umar al-Khattab banyak memberi inspirasi bahawa nilaian yang utama adalah di sisi Allah, bukan dari kaca mata manusia.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(At-Taubah : 41)

Pengajaran penting dalam ayat di atas adalah jelas supaya kita bersama-sama keluar jihad di jalan ALlah, dan berjihad dengan jiwa raga, dan harta benda, serta janganlah mencari-cari alasan dan tunduk kepada hawa nafsu tersebut. Berangkatlah dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam keadaan mudah mahupun susah, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, sedikit bekalan ataupun banyak. Kerana di situlah terletaknya kemenangan hakiki. Jihad ini bukan kerana sebab manusia; ajakan kawan, semangat-semangat yang penuh emosi, mahupun janji kebendaan. Jihad ini adalah untuk agama Allah! Muhasabah kembali, di mana kita berdiri apabila pergi program-program Jemaah? Atas sebab apa? Untuk apa?

4) Perlu diketahui bahawa bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan, tetapi semua perpecahan bermula daripada perselisihan.  Malah, adanya perselisihan menunjukkan adanya suatu dinamika dalam satu-satu organisasi. Oleh itu, segala bentuk perselisihan perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan, kejumudan, dan berburuk sangka dalam emosi yang tidak keruan. Pendeknya, ia perlu ditangani; bukan dielak, ditangguh atau disembunyikan. Malah lebih malang, jika menidakkan bentuk perselisihan yang ada. Walau sekecil mana ia kelihatan, pastikan ia tidak menjadi barah dan merebak kepada keseluruhan organisasi. Soalnya, jika ia sudah merebak sehingga ke akar umbi, apa yang harus dilakukan? Hendak dibuang sel barah, dibimbangi akan merosakkan keseluruhan badan. Namun, kalau tidak dibuang, badan akan terus merana dan akhirnya akan ada organ penting yang akan mematikan keseluruhan badan! Jangan pula Jemaah kita diibaratkan seperti 'batang pokok yang kelihatan kukuh di luar, tapi amat rapuh dari dalam; reput di makan anai-anai' Nauzubillah. Kembalilah kepada fitrah dan teras gerakan haraki kita. Asas penubuhan dipasakkan kembali supaya tidak hanyut di bawa badai massa yang sentiasa tidak tentu halanya.

5) Cerita dakwah adalah cerita indah. Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin Allah, orang yang didakwah berubah; daripada bersikap negatif terhadap Islam menjadi orang yang taat dalam beragama. Daripada pemikiran yang sekular dan liberal kepada kembali kepada cara hidup Islami yang sebenar. Daripada menganggap Islam sebagai kolot dan ketinggalan zaman, kepada seorang yang cintakan ilmu Islam. Prasyaratnya adalah mewujudkan keikhlasan dalam diri, usaha yang tidak pernah kenal jemu, ilmu dan pengalaman yang harus ditingkatkan. "Kerja dakwah adalah tugas aku; pemberi hidayah adalah tugas Allah. Apabila orang tidak berubah, caraku mungkin tidak kena. Aku harus bersama-sama dan berusaha menjadi lebih baik. Orang tidak harus dipersalahkan. Putus asa tidak ada dalam diri." Inilah susun atur ikrar niat dan azam kita apabila turun ke medan dakwah. Selagi prinsip ini menjadi tunjang Daie, dan Murabbi, gerak kerja Dakwah dalam Harakah dan dalam diri sendiri, akan terus subur dan seterusnya Islam akan terus bangkit membawa perubahan.

Rabu, September 01, 2010

Sinar Ramadhan; Seorang Sekampit Beras


ABIM Selangor bersama ABIM Daerah Kuala Langat menganjurkan Sinar Ramadhan ; Sekampit Beras di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang , Kuala Langat. Program yang mendapat sokongan daripada Masjid Assobirin , Kampung Bukit Changgang turut di hadiri oleh Tn Hj Shamsuddin Misran , Ahli Majlis MDKL Zon 24. 

Dalam ucapan Nazir Masjid Assobirin Kampung Bukit Changgang, Ustaz Mohd Rasyid Kandam menyatakan ini adalah ziarah ukhuwah fillah antara Masjid Assobirin dan saudara kita di kampong ini. Sebagai Masjid yang paling hampir dengan perkampungan ini , beliau mengajak Tok Batin , En Salehuudin Abdullah dan anak buahnya bersama-sama menngimarahkan program-program yang dibuat di Masjid.

Kampung (orang asli) Bukit Serdang, Kuala Langat terletak bersebelahan Kampung Bukit Changgang. Terdapat seramai 17 keluarga saudara kita di sana. Pada majlis ini di sampaikan 17 kampit beras dan makanan iringan kepada saudara kita. Seorang penggerak orang asli telah ditempatkan oleh JAKIM iaitu Ustaz ridhwan untk membimbing saudara kita kea rah Islam yang syumul.



Dalam tazkirah ringkas Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat Sdr Khairudin bin Abas mengingatkan bahawa ramadhan yang berbaki ini perlulah direbut sewajarnya dan semangat ukhuwah islamiyyah perlu terus diperkukuhkan lebih-lebih lagi dalam membimbing diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Salah seorang saudara kita Pn Rohani Abdullah mengharapkan agar pihak ABIM dapat membantu saudara kita terutama anak-anak mereka dalam mempelajari ilmu agama seperti mengaji al-quran kerana kehidupan dan ekonomi yang tidak kukuh , pelajaran al-quran tidak dapat dipelajari dengan baik di sini.

Majlis tamat selepas berbuka puasa dan solat maghrib . Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat terutama Persatuan Peniaga Tom Yam Bukit Changgang yang menaja Jamuan Berbuka Puasa.

Isnin, Ogos 30, 2010

SUBUR JIWA MERDEKA MELALUI RUH RAMADHAN


SUBUR JIWA MERDEKA MELALUI RUH RAMADHAN

Oleh: Hasri bin Harun
Presiden 
Kumpulan Pengajian Islam Malaysia ,UK & Eire ( MISG-ABIM)
(Mantan YDP ABIM Selangor)
(Sedikit petikan daripada artikel asal)


RAMADAN DAN JIWA MERDEKA
Syukur alhamdulillah dizahirkan pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan ke-53 di dalam bulan mulia Ramadan al-Mubarak. Ramadan sememangnya menyubur jiwa merdeka sebenarnya dikalangan manusia. Kemerdekaan dalam erti yang sebenarnya wajar disemai supaya kita tidak hanya memahami konsep merdeka dalam perspektif yang terhad. Merdeka daripada penjajahan adalah hanya satu daripada elemen kemerdekaan dalam Islam, namun pelbagai takrifan dan penjelasan yang timbul apakah merdeka dan kemerdekaan yang menjadi inti dan asas yang seharusnya difahami secara menyeluruh. Jika kita membuka lembaran sejarah menurut perspektif yang sebenar maka kemerdekaan ini adalah suatu topik yang cukup luas untuk dibentangkan. Justeru kita bersyukur kerana berada didalam suasana keislaman. Moga Ramadan ini sedikit sebanyak membuka bibit kefahaman untuk menelusuri erti merdeka yang sebenarnya. Maka ianya secara jelas bahawa merdeka yang kita sambut ini tidak haya akan dijiwai sekadar satu sambutan fizikal tetapi lebih menyeluruh adalah satu tuntutan keagamaan, sosial dan kenegaraan. Persoalan yang sering timbul adalah bagaimana kita hendak melihat generasi baru hari ini menghayati erti merdeka jika mereka tidak disemai dengaj jiwa kerohanian dan keagamaan . Lantaran kita lihat mereka hanya melaungkan merdeka tetapi jika diselidik kesedaran dan kefahaman adalah jauh daripada inti dan asas merdeka yang sepatutnya menjadi teras dalam jiwa dan sanubari.

Ramadan adalah bulan taqwa. Didalam bulan inilah Allah SWT menjanjikan pelbagai rahmat dan keampunan kepada hambanya yang benar-benar meyakini akan keesaanNya disamping melaksanakan tugas dan tanggungjawab melakukan ibadah kepada nya. Apakah hubungan taqwa dalam konteks Ramadan dalam menghayati merdeka dan kemerdekaan. Taqwa bermaksud menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat manakala Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dalam riwayat imam Bukhari dari Abdullah ibn Abbas dengan sabda baginda “Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. Bagaimana kita hendak menyubur semangat taqwa dalam diri generasi baru hari ini agar makna merdeka yang mereka fahami tidak tersasar. Taqwa itu maknanya mentaati perintah Allah. Mari kita lihat apakah kita mendidik generasi kita mentaati perintah Allah? Dalam suasana hari ini betapa banyak kes-kes buang bayi berlaku. Ancaman demi ancaman yang menjadi serangan dalam masyarakat telah membangkitkan kesedaran bahawa perlunya proses islah dikalangan generasi muda bagi menjauhi amalan zina. Justeru amalan zina yang kita lihat ini haruslah bermula dengan kefahaman Ilmu, mengurangkan pergaulan bebas dikalangan generasi muda lelaki dan wanita. Ia juga difahami dalam konteks ruh islami iaitu mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Apakah kita benar-benar mentaati perintah Allah jika kita yakin untuk memerdekakan diri kita atau sebaliknya. Jika kesedaraan agama ini diabaikan, perintah Allah ini sekadar dipinggiran mana mungkin kefahaman merdeka sebenarnya akan berlaku dalam jiwa. Anjurlah berpuluh-puluh program kemerdekaan jika ianya disalut dengan amalan yang tidak berteraskan agama dan kerohanian, merdeka yang ditanam tersebut hanya kulit sahaja. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 92 yang bermaksud:

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). Oleh itu jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.”


BAGAIMANA MENSYUKURI NIKMAT MERDEKA
Kita selalu diingatkan supaya mensyukuri nikmat kemerdekaan oleh pemimpin-pemimpin besar. Persoalan sekarang bagaimana kita hendak menzahirkan kesyukuran tersebut agar ianya benar-benar memberi kesan dalam jiwa generasi muda hari ini? Mari kita renung firman Allah dalam surah al-hajj ayat 41 sebagai manifestasi menyubur ruh Ramadan dan mensyukuri nikmat merdeka : ”orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”

Pertama: mendirikan solat adalah satu tuntutan agama yang menjadi teras mensyukuri nikmat merdeka. Jika generasi muda tidak mendirikan solat bererti mereka tidak mempunyai ruh untuk meyakini akan semangat merdeka secara menyeluruh. Maka kempen solat dan mengimarah masjid-masjid adalah perlu digerakkan supaya mereka melaksanakan solat . Ianya mesti diperkasa moga generasi ditanam semangat dan ruh solat agar mereka meyakini akan kesyukuran merdeka. Bagaimana mereka hendak bersyukur dengan kemerdekaan jika amalan wajib seperti solat ini diabaikan. 


Kedua, elemen menunaikan zakat adalah juga perkara yang harus menjadi amalan dikalangan generasi muda jika mereka hendak mensyukuri nikmat merdeka. Menunaikan zakat ertinya mengeluarkan harta untuk membantu orang lain. Ianya bererti Islam melatih generasi muda supaya menerap semangat patuh kepada perintah Allah dengan membantu orang lain atas kejayaan hasil daripada harta kita. Perkongsian inilah menjadi teras kesyukuran nikmat mereka. Jika generasi dilatih bersikap individualisitik,mencari kekayaan untuk diri dan keluarga semata-mata mana mungkin usaha membantu orang lain dalam Negara yang merdeka dapat dilakukan maka akan meningkatnya kemiskinan dan kadar kemiskinan juga pastinya bertambah. 


Ketiga, melebarluaskan elemen amar makruf nahi mungkar. Inilah juga satu usaha bersepadu untuk generasi mengangkasakan harapan mereka kepada Negara supaya gejala sosial dapat dibanteras. Jika generasi muda sambil lewa, tidak mengambil berat soal akhlak, sosial , terjebah dengan gejala yang bercanggah dengan islam, ingkar dengan perintah agama daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah, tidak menggalakan orang lain melakukan dakwah dan sebagainya mana mungkin kesyukuran itu mampu diletak dipersada. Melatakan amar makruf nahi mungkar adalah satu usaha bersepadu yang digembeling dalam bulan Ramadan harus diperkara dan digerakkan bahkan jika dapat dijadikan agenda perdana maka inilah salah satu usaha mendidik umat agar memahami akan tanggungjawab cintakan Negara. Amar makruf nahi mungkar sebenarnya menanam jiwa kasihkan bangsa, tanahair serta tidak mahu melihat Negara terjerumus dengan gejala yang tidak baik. Bila generasi terdidik dengan semangat amar makruf nahi mungkar maka inilah juga satu langkah menanam semangat merdeka, cintakan Negara dan tidak mahu melihat segala kebaikan yang subur di negara dinoda oleh ancaman yang tidak baik.


(Sumber : http://abimselangor.blogspot.com/ )

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

I rest my  case!

Rabu, Ogos 04, 2010

Gejala Sosial Media

“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
“Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
“Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.
“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ” Rayu Amar kepada ibunya,  Aminah malam itu.
“Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis.  Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka  atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara  kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.

Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat  yang tiada internet.

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan  untuk keburukan jika kita mahu. Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.

(Sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) Segala yang Harus, apabila dilakukan secara keterlaluan, akan jadi apa ye?
2) Tak lekang dengan gejala sosial, kini timbul pula istilah gejala sosial media. Generasi Y pun tak habis diledani, timbul pula gejala generasi Z yang semakin rumit dengan realiti kehidupan. Ironinya, penghabisan generasi ini akan menarik segala generasi dari A-Z untuk turut sama terlibat. Yang indahnya, tua dan muda, sama sahaja. indah ke?
3) Di mana kita berdiri di sini?

Selasa, Julai 13, 2010

Melatih belia Islam

1) Muktamar Sanawi ABIM Selangor telah berlangsung dengan jayanya di dewan utama, Kolej Darul Hkmah (KDH), Sungai Ramal, Bangi. Program tahunan yang dilaksanakan pada 26 - 27 Jun 2010 yang lalu, diserikan dengan wacana pemikiran 'Badiuzzaman said Nursi', seorang tokoh reformis dan pemikir Turki. Menariknya, pada kali ini, 99% kehadiran adalah dari kalangan belia yang dengan erti kata 'di bawah umur 40 tahun'. Mungkin sejumlah besar abang-abang ABIM negeri Selangor harus ke Mesyuarat Koperasi Belia Islam (KBI) yang berlangsung pada hari yang sama.

2) Kehadiran adalah di tahap sederhana, namun masih boleh dibanggakan (sebagai langkah awal). Ini menunjukkan ABIM negeri Selangor harus memulakan langkah untuk menjana generasi penerus dengan lebih aktif dan progresif. Dasar ROY yang mendesak keahlian belia untuk terhad pada umur 40 tahun merupakan satu titik tolak untuk ABIM melakukan perubahan. Walaupun pencapaian kehadiran perwakilan dan pemerhati dilihat sederhana, jumlah ini sebenarnya amat memuaskan berbanding dengan persatuan-persatuan belia tertentu yang kononnya dilihat terkehadapan dalam isu ini. Pokok pangkalnya, usaha harus digiatkan dari sekarang untuk memantapkan lagi keberkesanan kepimpinan belia dalam ABIM. Kalau tidak tersangguk, kita mungkin tidak akan mengadah.

3) Usul yang dihantar oleh setiap daerah tidak menunjukkan ke'bitara'an belia yang seharusnya kritis dan kreatif dalam melihat permasalahan belia secara amnya. 2 daerah sahaja yang menghantar usul; mujur meliputi segala aspek aktivisme dan idealisme dalam hala tuju perjuangan ABIM. 8 Daerah lain? Harus lebih serius dalam menjanakan penggerak dalam masyarakat sedaya mungkin. Alasan ROY, mungkin boleh diterima pada tahun ini. Namun, adalah tidak relevan untuk tahun hadapan! Secara jujurnya, belia Islam harus lebih baik daripada ini.

4) Dalam tangga untuk meningkatkan rasa ukhuwah fillah, dalam rangka gerakan rantaian PEPIAS-ABIM-WADAH, kita bergerak dalam 1 jalan yang sama; 3 gerabak dalam 1 landasan. Potensi, darah panas, daya agresif yang ada pada anak muda PEPIAS, harus terus diletakkan dalam acuan yang telah ABIM bina; namun harus diingat, untuk tidak sesekali menyejukkan darah panas, darah muda itu hingga hilang sifat dan watak yang seharusnya ada pada anak muda. Biarkan mereka lakukan apa yang mereka seharusnya lakukan; Laju, Gelojoh, Terumbang-ambing, Beremosi tidak Stabil, dan lain-lain kebobrokan yang seangkatan dengannya adalah apa yang perlu dilalui untuk belajar menjadi Pemimpin. Peranan ABIM adalah Mentor; asalkan mereka tahu rujukan mereka dan segera kembali kepada landasan acuan ABIM.

5) Risiko membina adalah sebesar risiko memusnah. Hanya mereka yang kembali pada landasan acuan yang disediakan, akan membesar sebagai Pemimpin yang sebenar. Mereka berkata tentang kualiti. Seorang pemimpin, merangkap SU, merangkap Bendahari, merangkap AJK!. Ini bukan kualiti. Ini zero produktiviti. (bercakap tentang diri sendiri.. yang lain terkena, sama la kita) Pandangan dunia tentang melatih pemimpin, adalah bersifat jangka panjang. Mana adilnya; dalam sekelip mata, mahu dilahirkan pemimpin dalam kuantiti yang besar. Jika dalam setahun, 10 orang muda dilahirkan sebagai pemimpin, sudah lebih dari cukup untuk menggegarkan dunia bertahun-tahun. Itu kata Sukarno. Dan beliau telah membuktikannya. Mungkin modul Rasulullah SAW, boleh dijadikan model gerakan. Memadai dengan 2 orang sahabat rapat; 1 receptif (Abu Bakr), 1 agresif (Umar),  beserta 2 orang anak muda; 1 aktivis / ekstrovert (Ali), 1 idealis / introvert (Uthman) dalam satu pentarbiyahan yang berterusan. Lihat kesannya dalam menjadikan umat terus-terusan hebat dan melahirkan lebih ramai pejuang Islam sejati.

6) Melatih orang muda, tak kira belia-remaja (15-25), atau belia-dewasa (25-40), harus menjanakan suatu potensi dan risiko yang terlalu besar. Namun, hasil akhirnya nanti, adalah sangat berbaloi. Tidak mudah berasa serik, dan bersedia untuk tidak bersedia. Itu petua asas dalam berhadapan dengan orang muda. Satu lagi yang menjadi taruhan, adalah jiwa muda yang sentiasa harus segar dan bersaiz besar. Ini amat penting dalam mendalami hati-nurani orang muda. Impian dan harapan orang muda sifatnya dinamik, dan sangat kreatif, jauh dari jangkaan dan jangkauan kebanyakkan orang dewasa, terutama generasi yang beza umurnya melebihi 20 tahun dengan satu-satu susuk orang muda. Motivasi untuk meninggalkan generasi pewaris yang mampu meneroka dan membangunkan fungsi maksimum khalifah dengan berkesan perlu disegerakan tanpa rasa kecewa dan putus asa. Usah dibiarkan kelompongan dalam satu-satu generasi. Usah ditangisi kegagalan hari ini. Usah juga menuding pada sesiapa.

Yang tidur, kita kejutkan; Yang terperangkap dalam musim sejuk, barangkali mereka selesa di sana, tegur-tegurlah, mungkin sapaan kecil kita dapat mengetuk pintu hati mereka untuk bersama.Yang penting, adalah untuk terus bergerak kehadapan tanpa ragu dan gusar. Kita berada pada jalan yang benar. Yakin dan percayalah, di depan sana, ada cahaya yang akan mengakhiri terowong kegelapan ini. Teruskan perjalanan, dan teruskanlah melatih belia Islam.

Jumaat, Julai 09, 2010

Majority Malaysians feel powerless


KUALA LUMPUR, July 9 — A disconnect between the government and the public has resulted in a majority of Malaysians feeling powerless in bringing about change in the country, a new poll of voters has found.
A recent survey by the independent Merdeka Center showed that the majority of Malaysians felt that they were incapable of bringing positive reforms to the country.
According to the survey conducted from January to April this year, 66 per cent of some 3,000 respondents believed that they had no say over issues raised in the survey.
Issues touched on by the survey included those such as national unity, integrity, democratic participation, and affirmative action.
The outcome of the survey suggests that the Najib administration has yet to effectively convince the public on its key policies.
Since taking over the government in April last year, Datuk Seri Najib Razak has laid down various ambitious reform plans including the National Key Results Areas (NKRA), which aims to, among other targets, eradicate corruption and forge national unity.
Merdeka Center director Ibrahim Suffian speculated that the sense of being powerless could be the result of government’s failure to conduct programmes that reflect the wishes of the public.
A lot of things that the government have been doing might not reflect what the people want,” Ibrahim told The Malaysian Insider.
“Despite being able to vote, the people do not see how they can exert influence on the leadership. In many places, they still feel disconnected from the leaders,” he added.
Ibrahim said the survey reflected the wishes for greater public consultation on public policy formulation.
The poll outcome also showed that the majority of Malaysians were sceptical about government spending ,with 53 per cent of respondents believing that public funds were not being spent prudently.
About 63 per cent of the respondents also believed that government assistance would not reach the needy.
The survey also revealed that 72 per cent of youths aged 19 to 24 were not interested in politics, while only 52 per cent of respondents above 50 took an interest.
However, democracy was not an issue that resonated among Malaysians, with just 27 per cent of the respondents listing “making the country more democratic” as the most important change they wanted to see in the country.
Improving the education system was the second most important issue, with 20 per cent of the respondents wishing for it to become world class.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Sekiranya masyarakat mahu pada perubahan, maka masyarakat itu harus merasakan perubahan yang dijanjikan oleh pemimpin, dan sekurang-kurangnya, merasai wawasan akibat perubahan yang mahu dikejar. Apabila tiada rasa punya tanggung-jawab terhadap apa-apa isu yang berlaku dalam negara, adalah mustahil untuk memberikan dan mengharapkan apa-apa perubahan kepada kebaikan. Malah, mungkin masyarakat ini akan merasakan perubahan juga... ya.. perubahan kepada keburukan.
2) Perkara paling berbahaya, adalah apabila 72% belia remaja tidak berminat dalam politik. Politik yang difahami oleh orang muda ini, barang kali adalah politik kepartian, politik ala Machivelli yang sudah tentunya akan menegakkan syiar yang jauh dari kebenaran; ala-ala apa yang dilihatkan pada hari ini. Ini adalah sangat membimbangkan kerana gambaran berpolitik sebegini adalah suatu yang falasi.
3) Orang muda harus dididik dengan Politik seperti yang di bawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat. Kaedah berpolitik Islami ini sangat suci, murni, dan membawa ummah kepada kemajuan dunia dan akhirat, suatu perjalanan yang sukar, namun, itulah model suatu kerajaan Islam yang memaksimumkan potensi sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi.
4) Apa akan berlaku pada masa depan? Yang ada kesedaran, nampaknya, harus berkerja dengan lebih keras!

Isnin, Jun 28, 2010

Dakwah satu Perjuangan Sepanjang Zaman

Dakwah satu Perjuangan Sepanjang ZamanPDFPrintE-mail
Hasil Nukilan oleh Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail,
Yang Di Pertua Wadah Pencerdasan Ummah, (Wadah) Selangor

Dakwah satu perjuangan sepanjang zaman
Memenuhi tuntutan-tuntutan tuhan
Sebagai 'abdillah yang beriman
Sebagai khalifah yang berkebajikan..

Dakwah itu bermakna pengorbanan
Melalui harta takhta serta pengalaman
Melalui masa dan daya pemikiran
Kebijaksanaan dan garis pedoman..

Dakwah itu bererti qudwah hasanah
Membangun diri jangan punah
Memurnikan rohani secara istiqamah
Daya fikir penggerak wadah..
Dakwah itu tarbiyyah
Mendidik dan melatih
Sehingga menjadi insan terpilih
Dipuji malaikat doa terpilih..
Dakwah itu ibadah
Meliputi segala liku dan wilayah
Dari peribadi hingga ke pemerintah
Melalui uslubul-hasanah..

Dakwah itu istiqamah
Istiqamah atas jalan yang diamanah
Menepis segala hasutan iblis pemusnah
Agar perjuangan tidah punah-ranah..

Dakwah itu kesabaran
Sabar itu separuh daripada iman
Mencari ilham dalam ancaman
Begitulah pendakwah budiman..

Dakwah itu jihad
Menegak kebenaran penuh tekad
Aufu bil 'uqud!
Aufu bil 'uqud!

Dakwah itu 'amal-jamaii
Bermuafakat sesama sendiri
Bersyura menepati peraturan Ilahi
Agar segala diberkati..

Dakwah itu kepimpinan
Kepimpinan itu satu penderitaan
Bukan anugerah kenalan
Atau hadiah buat si polan..

Dakwah itu kaya akhlak
Jiwa diasuh diri tak rosak
Dipegang teguh sampai layak
Menjadi insan bukan perosak..

Dakwah itu penyebaran
Wlaaupun cuma satu ungkapan
Bermula dengan diri hingga ke teman
Tanpa mengenal benua dan sempadan..

Dakwah itu amar makruf nahi mungkar
Yang Makruf jangan diengkar
Yang mungkar jangan dibiar
Agar umat menjadi segar..

Dakwah itu keadilan-kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa ke'adilan
Keadilan teras keamanan..

Dakwah itu nasihah
Membimbing umat dengan susah payah
Bersaksikan qudwah hasanah
Dilaksanakan dengan penuh hikmah..

Dakwah itu amanah
Dipegang teguh dengan sungguh-sungguh
Agar terlaksana tanpa tangguh
Segala harapan membawa berkah..

Dakwah itu ujian
Hadapi rintangan dan halangan
Dari lawan dan juga rakan
Itulah fitrah mencari kebenaran..

Dakwah itu tak kenal penat-lelah
Bersedia atau dalam susah
Pantang undur seorang pendakwah
Bak panglima yang perkasa gagah..

Dakwah itu hijrah-perubahan
Bermula dengan niat yang diabadikan
Dengan tingkatkan rohani berteraskan iman
Menghadap wajah dengan Yaa Rahman..

Dakwah itu mulai dari diri
Membangun diri dengan pekerti
Memperbaiki sampai mati
Itulah pejuang sejati..

Dakwah itu muhasabah
Muhasabah diri dengan tabah
Mencari kelemahan elak fitnah
Agar perjuangan menjadi mudah..

Dakwah itu ikhtiar-tawakkal
Ikhtiar sepenuh akal
Mengolah kaedah, uslub yang afdhal
Lalu tawakkal kepada yang kekal...


(Sumber: http://www.mindamadani.my/)

Zina berleluasa

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada remaja Melayu bandar dan luar bandar tahun 2009, didapati 300 dari 400 belia berumur antara 13-25 tahun mengatakan pernah melakukan hubungan seks. Ada yang melakukannya seawal sekolah rendah.

Amat mengejutkan bahawa 85% dari mereka yang melakukannya bukan saja tidak merasa kesal, malu atau takut berdosa tetapi mengatakan ianya sebagai pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini bukanlah faktor keluarga bermasalah tetapi adalah disebabkan tarikan kawan2.

Anda tentu merasa ngeri sebagaimana yang saya rasakan kerana kita punya anak, adik, cucu dan mereka akan punya kawan2 yang menjadi penentu utama kepada jenis  peribadi mereka, samada sebagai manusia baik akhlaknya atau sebagai penzina.

Kita menjaga rumahtangga, kita menghantar mereka ke sekolah agama…..seolahnya2 segalanya sudah kita lakukan. Tetapi mereka ditarik oleh rakan mereka yang diluar kemampuan kita mengawalnya.
Tidak pernah kita terbayang bahawa hari ini kita berada di negara kita, di mana 3 dari setiap 4 remaja pernah berzina, dan tidak merasa berdosa dengan perbuatan mereka. Ini bermakna
  1. Anak kita hanya mempunyai 25% saja kawan2 yang masih suci.
  2. Anak kita mempunyai peluang hanya 25% untuk mendapat pasangan hidup bukan penzina.
  3. Majoriti anak yang bakal dilahirkan beberapa tahun dari sekarang adalah anak2 yang mempunyai ibubapa yang pernah berzina.
  4. Anak penzina akan melahirkan zuriat penzina yang lebih tegar.
  5. Amalan zina akan  diterima oleh masyarakat dan orang kan merasa pelik dengan orang yang tidak pernah berzina.
  6. Pengaruh ibubapa dalam membentuk peribadi anak hanya sekelumit kecil.
  7. Ibubapa akan menjadi hamba kepada anak2 dan anak adalah tuan mereka.
Masa itu adakah ruang lagi untuk kita meneruskan kehidupan beragama di bumi tercinta ini????
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) kewajipan untuk berdakwah dan meneruskan pentarbiyahan diri merupakan tanggung-jawab hakiki sehingga akhir hayat. Mana mungkin berasa senang-lenang, dan mampu berasa kebosanan apabila tanggung-jawab lebih banyak dari masa yang ada. Hakikatnya, manusia yang mengaku beragama Islam sendiri sudah hilang arah tuju dengan amalan bersifat ikut-ikutan dan jahil dalam serba perkara. Malah, Islam dilihat hanya rukun yang 5;. tidak lebih dari itu.

2) Kerosakan yang berlaku atas sebab tangan-tangan manusia dan hati-hati yang tidak merasai kebesaran Allah taala dengan hilangnya Iman dalam diri. Pengajaran dalam kisah nabi dan umat terdahulu sedikit pun tidak terkesan dalam hati umat hari ini. Kalau ada pun, hanya sekelumit kecil. Benarlah janji Allah taala yang telah dirakamkan dalam kitab suci Al-Quran, "Beruntunglah orang-orang yang sedikit"

Mana janji yang kita ikrarkan 5 kali sehari semalam?
"Sesungguhnya, solatku, amalanku, hidupku, dan matiku, adalah untuk Allah taala"

atau 

sebenarnya, memang telah ramai umat yang enggan berjanji? dan telah akan janji itu?

Benarlah, "Solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"  

Isnin, Jun 14, 2010

Demam Bola; Pandangan Dr yusuf Qardhawi

Demam World Cup FIFA


FIFA World Cup Afrika Selatan bakal bermula Juma`at (11 Jun) selama 1 bulan penuh. rakyat Malaysia di jangka bersengkang mata untuk menyaksikannya saban malam...


apa kata Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qardhawi, Mujtahid nombor satu (YDP Persatuan Ulama Sedunia) mengenai bolasepak:

Bolasepak merupakan sukan yang tidak pernah dibahaskan oleh ulama' di masa lampau, kemungkinan ia belum wujud. Sekarang ia merupakan sukan nombor satu dunia, ia telah menyilau manusia, menguasai akal mereka, menyihir mata mereka serta menyita waktu dan pemikiran mereka...

Berikut adalah nasihat DYQ kpd peminat bolasepak:
Dari segi syara`, tiada larangan bermain bola atau menontonnya kerana bola tiada apa yg bertentangan dgn syara`. 
Ada dua perkara yg perlu diperhatikan:

1. Jangan mencuaikan kewajipan agama dan dunia; kewajipan agama yg paling penting ialah solat. Manakala kewajipan dunia ialah tugasan dan produktiviti bagi seorang pelajar, pekerja dan pegawai;

2. Jauhi apa jua yg bersifat berlebihan. Berlebihan dalam bolasepak ialah fanatisme atau taksub yg melampau. Berlebihan dalam bolasepak itu menjadikan ia counterproductive..
Dalilnya:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
AQT7:31. [Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.]

Juga dalil hadith:

فإن لجسدك عليك حقا ، وإن لعينك عليك حقا ، وإن لزوجك عليك حقا
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5199
Terjemahnya:" sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atas dirimu, dan matamu memiliki hak atas dirimu, dan isterimu memiliki hak atas dirimu.." HR Bukhori

Oleh itu, tontonlah bolasepak, tapi jgn berlebihan....

[Ref: DYQ, Fiqh Lahw, Maktabah Wahbah, Cairo: 2005]

Isnin, Jun 07, 2010

Rahsia amalan Israel menjadi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital d isana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?"
 
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
 
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
 
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metematik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
 
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
 
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
 
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
 
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
 
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
 
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
 
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
 
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
 
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
 
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
 
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
 
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok/ bodoh) dan sudah tentu gens bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
 
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 cents !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
 
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
 
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer
Department of Sciences
UIA Matriculation Centre
PJ, Selangor.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Fikrah:-
1) SEgala amalan yang dilakukan di atas adalah selaras dan selari dengan Sunnah RAsulullah SAW!!! Bukan ciptaan daripada YAhudi - ISrael!!!
2) bak kata Syed Mohd Abduh 100 tahun dahulu; "Saya nampak Islam, tapi, saya tak nampak Muslim" apabila beliau berkelana di bumi Eropah... 
3) Jauh lagi kita ni.... 

Perjuangan dan PErubahan harus diteruskan. 
Kalau tak kita, siapa?
Kalau tak sekarang, bila?