Khamis, Mei 20, 2010
PROMOSI : Program YOUNG ABIM CAMP 2010
Jumaat, Mei 14, 2010
Kes Aminulrasyid dan PDRM
Hasil daripada pemerhatian di atas kes ini, ABIM berpendirian berpendirian bahawa ada beberapa perkara penting yang perlu ditegaskan dalam memastikan isu ini benar-benar ditangani dengan telus selain kedaulatan undang-undang dapat dijunjung sepenuhnya.
ABIM menggesa lapan tindakan diambil seperti berikut:
1· Menyokong permintaan keluarga mangsa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjamin ketelusan, membela kehormatan maruah Allahyarham serta keluarganya, di samping mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM yang menjunjung moto perkhidmatan, “Mesra, Cepat dan Betul”.
2· Menggesa semua pihak agar menghentikan segala kenyataan berbentuk tuduhan, sindiran serta spekulasi yang boleh mengeruhkan suasana serta menjatuhkan maruah Allahyarham selain mengguris hati serta perasaan keluarga arwah terutama ibunya.
3· Menggesa kerajaan melantik wakil dari NGO untuk menganggotai suruhanjaya itu bagi memantau siasatan polis dalam kes ini bertujuan menjamin keadilan dan ketelusan sewajarnya bagi mengelakkan isu siasatan ini dipolitikkan.
4· Lebih ramai saksi yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan kerjasama tanpa sebarang ancaman atau ugutan daripada mana-mana pihak demi mencapai proses keadilan.
5· Abim juga menyeru agar lebih banyak NGO yang berpengaruh dan badan hak kemanusiaan menggerakkan kesedaran pendidikan hak asasi untuk rakyat Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
6· Menggesa kerajaan agar lebih tegas dalam usaha memperkasa ketelusan dan kepimpinan PDRM untuk membaikpulih imej wibawa dan nama baik PDRM di mata masyarakat.
7· Abim juga mahu ibu bapa lebih bertanggungjawab dan secara serius memantau aktiviti anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian lain yang tidak diingini. · Abim juga faham dengan beban dipikul PDRM untuk menjaga keselamatan negara. Justeru, PDRM perlu mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berulang.
8. Abim juga faham dengan beban dipikul PDRM untuk menjaga keselamatan negara. Justeru, PDRM perlu mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berulang.
........................
* Berita ini telah disunting dari hasil tulisan Puan Fadhlina Siddiq, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (Helwa) dan lanjutan maklumat boleh ke link berikut :
ABIM Selangor BANTAH Judi Piala Dunia 2010
ABIM SELANGOR MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PEMBERIAN LESEN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini tidak wajar kerana majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini menolak judi kerana banyak membawa kesan buruk dan penyakit sosial yang teruk.
ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak. Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.
Bagi ABIM Selangor , pengeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap. Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.
Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.
Oleh yang demikian ABIM Selangor mendesak :
- Kerajaan Persekutuan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan kepada BERJAYA GROUP serta merta.
- Semua mufti dan para ulamak khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengeluarkan kenyataan atas kelulusan ini.
- Semua institusi pendidikan, Masjid dan surau membuat bantahan dan kempen penerangan bagi menimbulkan kesedaran agar muslimin dan muslimat terutama golongan belia sedar keburukan judi dan kesannya kepada masyarakat.
- Semua NGO Islam bersatu menyatakan pandangan dan bantahan mengenai pemberian lesen perjudian ini.
- Semua pihak sentiasa peka dan sedar , bahawa ada agenda buruk yang mahu melihat umat Islam semakin sesat dan jauh dari agama melalui judi, arak , seks, dadah dan semua maksiat.
MEMBINA DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH
MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI
Yang Di Pertua
Negeri Selangor Darul Ehsan
Khamis, Mei 06, 2010
Siaran Akhbar : Kes Aminulrasyid dan PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid yang terlibat dalam tragedi yang meragut nyawanya minggu lalu. Walaupun pihak kerajaan dan polis telah memberikan jaminan bahawa siasatan yang telus akan dibuat secara menyeluruh, ABIM berpandangan ada beberapa aspek ketelusan dan ketegasan yang perlu diperkukuhkan bagi menjamin keadilan untuk semua pihak. Dalam menangani isu ini, ABIM berpendirian bahawa ada beberapa perkra penting yang perlu dipertegaskan dalam memastikan isu ini benar benar ditangani dengan telus dan kedaulatan undang-undang dijunjung sepenuhnya. Dengan ketegasan untuk membersihkan dua nama iaitu membersihkan nama Allahyarham Aminulrasyid daripada gelaran penjenayah serta membersihkan nama serta imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedikit sebanyak tercalar kerana insiden ini, maka ABIM menggesa lapan tindakan diambil seperti berikut:-
FADHLINA SIDDIQ Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) |
Isnin, April 26, 2010
Salam Perkhabaran
Rabu, Februari 03, 2010
Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan (Bahagian 2)
Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan (bahagian 1)
- Collective leadership
- kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
- gabungan kesepaduan komplimentari
- daripada gabungan ilmu yang kuat
- bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas
- kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
- membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah
- well organised, skilled organisers compared to others and well trained since the days of PKPIM
- setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
- Keterbukaan dan toleransi
- Kepelbagaian mazhab dan pemikiran
- Akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
- Toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
- Kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima
Jumaat, Disember 18, 2009
Tokoh Maal Hijrah 1431H
Seorang lagi tokoh untuk Negeri Selangor;
kenal tak tokoh ini? sila rujuk di sini.(http://www.mra.my/)
tahniah dari kami, warga ABIM Selangor.
Minggu Du'at 2009 negeri Selangor
Tempat : Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Bacaan Doa Awal Dan AKhir Tahun
Forum Perdana Khas Maal Hijrah
Program Malam Sentuhan Hati
Program Muslimah
Program Halwa Minda
Program Malam Silaturrahim NGO
Program Mesra Keluarga
Pameran oleh agensi kerajaan dan NGO
Sabtu, Disember 05, 2009
Usrah ala Naruto
Usrah Naruto...
Salam Ceria,
Bila bercakap tentang usrah tergambarlah sekelompok manusia yang sedang bertalaqi ilmu dan mendengar tazkirah di masjid atau surau. Yang pasti diketuai oleh seorang fasi atau naqib atau naqibah. Dipanggil...`THE POWER OF CIRCLE`..hehe.
Pelbagai tafsiran dan cakap-cakap bermain difikiran mereka yang tidak pernah menyertai usrah. Bagi yang pernah bersekolah agama mungkin anda mengenalinya. Hari soal bicara saya adalah berkaitan dengan USRAH. Tapi bukan usrah biasa.....usrah yang saya idam-idamkan selama ini....USRAH NARUTO!
Apakah itu?
“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.
Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.
Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.
“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.
“Kamu semua pun tengok, kan?”
Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”
“Lagi… lagi…”
Menetapkan matlamat dalam berusrah
“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capaidalam setiap sesi latihan tersebut.”
“Maksud abang Azree?” soal Imran.
“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib ingin capai. Itu matlmat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.
Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,” terang saya sambil disambut gelak.
“Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak. Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita faham tentang topik tersebut.”
Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.
“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.
Mengambil tahu perkembangan ahli usrah
“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”
“Erm. Iruka!”
“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto,” jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.
“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.
Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.
Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”
“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”
“Ciri-ciri yang lain lagi?”
“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”
Keistimewaan pada naqib
Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.
“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.
“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” saya cuba mencelah sambil memikirkan mengenainya.
“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.
Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.
“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.
“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,” saya cuba menjawab apa yang termampu.
Sumber : http://studiomuslim.com/dakwah/usrah-dan-naruto/
Sabtu, November 28, 2009
Perutusan Aidil Adha
Sempena Eid-Adha ini, saya menyeru seluruh ahli agar:-
4) Marilah bersatu. Asas kita adalah ukhwah dan tarbiah (kefahaman).
Kesimpulan dan tindakan:-
1. Menjaga hubungan dengan Allah dengan menjaga terutamanya amalan wajib.
2. Belajar memaafkan orang sebelum tidur.
3. Jangan cepat melatah dengan berita-berita yang sampai dan dapatkan penjelasan dari mereka yang terbabit.
4. Bayangkan wajah mereka yang bermasalah dengan kita ketika membaca doa rabitah.
5. Telefon selalu Ibu Bapa untuk mendapat keberkatan.
Sekian.
Ahad, November 01, 2009
Pemimpin Munafik, pengikut Fasik
"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih)...." Al-Munafikun:4
Malangnya kita sendiri terlalu pantas mulutnya berbanding perbuatan dan lebih malang lagi kita tidak bersungguh-sungguh mengislahkan diri. Kelak Allah akan menyoal kita seperti firmannya:
"Wahai orang beriman, kenapa tidak kamu perbuat apa yang kamu katakan? Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata tetapi tidak beramal dengannya." As-Shaff: 2
Kita merasakan amaran Allah didalam Al-Quran hanyalah terkena pada orang lain dan bukan diri kita. Beria-ia merancang program untuk masyarakat, tetapi diri sendiri bagaimana? Segala salah orang kita perhati tetapi salah sendiri tidak pernah disedari. Jadilah seperti pepatah dahulu:
"kuman seberang laut kita nampak, Gajah depan mata kita tak perasan"
Memilih pemimpin mesti yang amanah. Bukan yang bersikap talam 2 muka, dihadapan orang kelihatan taat, bila bersendiri membelakangkan Allah dengan biadap.
"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)." Al-Munafikun: 3
Amanah pemimpin ialah menjadi Uswah kepada pengikutnya. Kajian menunjukkan, hanya 20% nasihat yang dituturkan oleh pemimpin memberi kesan kepada kepada pengikutnya. Baki 80% lagi adalah melalui perbuatan pemimpin tersebut.
Rasullullah sebagai ketua umat Islam merupakan contoh kepada umatnya. Kerana itu terbentuk generasi sahabat yang paling hebat pada zaman baginda.
“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu adalah teladan yang baik bagimu, (yakni) bagi orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan (keselamatan) di hari akhirat dan yang banyak mengingati Allah.” Al-Ahzab: 21
Kalau kita benar-benar ingin melihat Islam tinggi, tidak ada pilihan, kita mesti berubah. Jika pemimpin tidak boleh menjadi contoh, pengikut akan hanyut dan merasakan perbuatan pemimpin yang serba lalai itu sebagai tidak salah. Berterusanlah mereka menjadi orang yang fasik (berterusan berbuat dosa) kerana beramal mengikut penilaian mereka terhadap pemimpin.
Untuk senior dan pimpinan, jadilah contoh. Saya lalai dan pasrah dgn kefasikan diri. Mohon jangan berlakon lagi. Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah.
Rabu, Oktober 07, 2009
ABIM Selangor pula menghantar Memo
Tepat jam 415 petang Isnin 5 Oktober 2009 di Tingkat 7 Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor, Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) Negeri Selangor dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”).
Memorandum diserahkan kepada wakil pengarah JAIS, Utz. Hj. Ahmad Zaki @Ahmad Jakai B. Arshad, (Ketua Penolong Pengarah (Dakwah). Memorandum di serahkan oleh Tuan Haji Nik Mohd Yusop , Timbalan Pengerusi WADAH Negeri Selangor serta Ustaz Mohd Zawawi , Ahmad Mughni , Yang Di Pertua ABIM Selangor dan Sdr Razman Razali wakil PEPIAS. Turut serta ialah Sdr Khairudin Abas , Setiausaha ABIM Negeri Selangor, Sdr Zamani Mohd Karulani , YDP ABIM Daerah Gombak dan Hjh Hazlina Abd Razak, Mantan Ketua HELWA.
Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi sebagaimana yang tersiar dalam The Star hari 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –
“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Bagi ABIM Selangor, Wadah Selangor dan PEPIAS ini perbuatan ini:-