Sabtu, Oktober 04, 2008

Selamat Hari Raya

Salam lebaran untuk semua,

sesudah sebulan berpuasa, pada 1 Syawal, maka, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Di Malaysia, budaya kunjung-mengunjung adalah suatu yang sangat disenangi, dan diturunkan turun temurun. Ini adalah waktu terbaik bagi berjumpa orang lain, terutamanya sanak saudara terdekat. Bukan mudah hendak berjumpa dan mengumpulkan kembali ahli keluarga apabila masing-masing sudah berumah tangga.

YAng paling indah adalah budaya maaf-bermaafan. Ucapan yang paling klise- Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini seharusnya datang dari hati yang ikhlas, dan disusuli dengan keinsafan dan taubat tidak akan melakukan lagi kesalahan yang lalu, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sebenarnya, adalah lebih sukar, namun sangat mulia hasrat apabila memohon maaf kepada insan yang dosanya tidak dapat kita lupakan, apa lagi memaafkannya. Klise, tapi sangat terkesan di hati.

Istilah 'forgive but not forget' adalah sangat relevan untuk dirungkaikan sehabisnya pada bulan Syawal ini. Sesudah kita momohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita, walaupun insan itu tidak berjumpa dan memohon maaf! perasaannya adalah sangat lapang... Terasa suatu beban yang terpikul di bahu sudah terlepas dan terasa ringan.

'Maafkanlah apa yang kita tidak dapat lupakan' dan 'Lupakanlah apa yang tidak dapat kita maafkan'... Bukan suatu yang mudah, namun, ia tidak kompleks. Ia adalah jelas. Yang menyukarkan adalah perasaan dan emosi sahaja. Dan apabila bersabit dengan emosi, ia adalah nafsu. Bukankah Nabi Junjungan sudah berpesan bahawa setelah tamat perang Badar, perang yang lebih besar dari itu adalah perang menentang hawa nafsu. Maka, benarlah bahawa memaafkan itu memang suatu perjuangan yang mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri- Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan: