Memaparkan catatan dengan label tarbiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tarbiyah. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 11, 2010

Saya petik:

Pelapor: Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: (senarai di atas)

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Fikrah:-

1) kalau boleh dielakkan, elakkan lah... kalau tidak boleh dielakkan, banyakkanlah bersedekah, dan berinfaq.
2) Negara kita, tanggung jawab kita. Yang lebih utama, agama Kita, amanah kita. Bukankah kita dicipta untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi? Selari dengannya, tugas kita sebagai hamba Allah yang mentaati segala perintah dan laranganNya... 

Bertindaklah. 

Jumaat, November 26, 2010

Story of Appreciation

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company. He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth
answered "none".
The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?"
The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.
The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner.
The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.
The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*
The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water. This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future. After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed
all the remaining clothes for his mother. That night, mother and son talked for a very long time. 


Next morning, the youth went to the director's office. The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: " Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"
The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'


The Director asked, " please tell me your feelings."
The youth said, Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said, " This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.
A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first.

He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would
always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. 


If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*
You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together
with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way.

You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

Selasa, November 23, 2010

Pertumpahan Darah di Jalan Kebun






BUTIRAN RINGKAS

BIL.
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Nama program
MAJLIS DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI
2.
Tarikh program
21 November 2010
3.
Lokasi
Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah
4.
Pengarah Projek
Ustaz Khairudin
5.
Ko-ordinator
Norhidayah Sumairi
7.
Kehadiran
100 peserta merangkumi wakil-wakil ABIM Daerah Selangor dan ahli-ahli Darul Wardah
8.
Masa
1 hari
9.
Dengan kerjasama
Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah

TENTATIF PROGRAM
7.00 am : Perasmian & Tazkirah
7.30 am : Pembahagian kumpulan untuk tugasan korban
8.00 am : Sembelihan Korban
10.00 am : Melapah & Agihan Daging Korban
12.00 pm : Taklimat Wakil KBI, YDP ABIM Selangor dan YDP-YDP Daerah
12.00 pm : Grup Helwa membuat persiapan masakan
1.10 pm : Solat Berjemaah
2.00 pm : Makan Berjemaah
3.00 pm : Majlis Bersurai

BUTIRAN LANJUT
21 November 2010
7.00 pagi
Perasmian Program dan taklimat perjalanan program oleh Ustaz Zawawi selaku YDP ABIM Selangor di perkarangan rumah Ustaz Zawawi.
7.30 pagi
Pembahagian kumpulan dilakukan.Peserta yang hadir dibahagikan kepada dua kumpulan untuk dua ekor lembu untuk dikorbankan.
8.00 pagi
Acara penyembelihan secara berjemaah dengan iringan takbir dilaksanakan dengan jayanya.
10.00 pagi
Acara melapah daging dan penimbangan daging dijalankan. Kumpulan memasak diketuai oleh Encik Samad dari ABIM Kuala Langat menyediakan masakan nasi, sup tulang dan daging dan lauk lemak kuning untuk santapan tengah hari para peserta dan jemputan program.
12.00 tgh
Acara melapah dan penimbangan daging selesai.Semua peserta berkumpul di daalm khema untk mendengar taklimat dari wakil Darul Wardah, KBI dan ABIM Selangor. Taklimat wakil Darul Wardah disampaikan oleh Ustazah Hazlina. Taklimat dari wakil KBI oleh Pengerusi KBI En. Shamsuddin . Taklimat dari wakil ABIM Selangor oleh YDP ABIM Selangor, Ustaz Zawawi/
1.00 ptg
Para peserta dan jemputan program menjamu selera. Pengasas Darul Wardah Ustazah Hazlina menyampaikan agihan daging kepada ahli-ahli Darul Wardah yang terdiri dari para mualaf dan fakir miskin.
2.00 ptg
Majlis selesai dan para peserta bersurai.

Laporan disediakan oleh :
Effendy Bin Zulkifly
Setiausaha Kerja ABIM Selangor.



Selasa, November 16, 2010

kawan

 “Kenapa ada kawan yang baik dan ada kawan yang selalu menyakitkan hati?”
Saya jawab, “Sebab Allah menyuruh kita berfikir dan mendapatkan i’tibar darinya. Yang baikuntuk kita ikuti, yang tidak baik untuk kita hindari. Jenis apa kawan yang kita rapati di dunia akan menentukan jenis manusia apa yang akan bersama kita di akhirat nanti. Kalau didunia kita dikelilingi kawan2 yang melanggar perintah Allah maka di akhirat kita akan bersama orang yang melanggar perintah Allah juga. Di mana tempat mereka nanti kalau bukan di neraka.”
Kata orang kawan yang baik adalah
  • apabila melihat wajah mereka, membuat kita mengingati Allah dan RasulNya.
  • Mendekati mereka mendekatkan hati kita kepada Allah.
  • Berbicara dengan mereka menghalang lidah kita dari mengata.
  • Bermusafir dengan mereka menambahkan ilmu dan iman.
  • Mereka hadir di saat kita dalam kesulitan tanpa dipinta.
  • Tiada syarat tiada imbuhan yang diletakkan semasa memberi.
  • Tiada kata yang bergula2 dan tiada gerak-geri yang dipaksa2.
  • Duka mereka sewaktu kita berduka  dan senyum yang ikhlas terpancar diwajah mereka melihat kita gembira.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...

Fikrah:-

1) Mencari kawan yang setia; yang kita panggilnya sebagai teman, bukanlah suatu yang mudah dan boleh dicapai dalam sekelip mata. Tidak ada jaminan seseorang itu adalah teman senang, dan teman susah. Hanya siri-siri ujian sahaja yang mampu membuka mata hati kita untuk kita menilai perlakuan dan erti kawan. 

2) Hakikatnya, dalam menempuh kehidupan ini, kita harus percaya dan yakin, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah taala, baik yang buruk mahupun yang baik. Ujian kawan, adalah salah satu daripada ujian-ujian lain yang sebenarnya adalah untuk menjadikan kita hambaNya yang lebih baik di samping proses tarbiyyah untuk menjadikan kita KhalifahNya yang lebih berfungsi. Ujian lain adalah ujian harta, usia, pangkat, rupa, anak-anak, dan lain-lain lagi yang ada di sekeliling kita.

3) Maka, benarlah, carilah rahmat daripada setiap yang berlaku.

Jumaat, Oktober 08, 2010

tamrin pengukuhan jatidiri dan kaderisasi ABIM

TAMRIN PENGUKUHAN JATIDIRI DAN KADERISASI ABIM

Tamrin yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkasa jatidiri, ukhuwah, kaderisasi ahli dan pimpinan muda ABIM dalam mengukuhkan pemahaman terhadap halatuju gerakan selaras dengan usaha memantapkan organisasi melalui kaderisasi yang berkesan.

ProgramTamrin Pengukuhan Jatidiri & Kaderisasi ABIM

Tarikh

15-17 Oktober 2010

Lokasi

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

Pendaftaran
RM50

Topik yang dibincangkan
ABIM: Relevannya sebagai gerakan Islam Massa
Cabaran Dakwah Semasa
Komunikasi Berkesan dan Rundingan Berkesan
Profesionalisme Petugas Dakwah

Lain-lain

Riadah & Kerja Dalam Kumpulan

Sasaran 

Pimpinan Negeri dan Daerah (40tahun ke bawah)
Skuad Kaderisasi Negeri / Peserta LASKAR
Bakal-bakal pemimpin pelapis
Pimpinan Anak Negeri dan kampus PKPIM
Pendakwah Muda berpotensi

Rabu, September 29, 2010

Selepas Ramadhan

Diriwayatkan bahawa para sahabat Rasulullah saw biasanya gelisah takut ibadah mereka ditolak Allah dan mereka berdoa sepanjang 6 bulan selepas Ramadhan agar ibadah Ramadhan yang mereka telah laksanakan diterima Allah. Kemudian mereka berdoa lagi selama enam bulan sebelum Ramadhan agar mereka dapat beribadah lagi di Ramadhan berikutnya.

(http://blogs.iium.edu.my/martinelli/)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

1) Jauhnya amalan kita berbanding para sahabat; apatah lagi para ambiya'. Syawal belum pun melabuhkan tirainya, amalan Ramadhan sudah semakin menyepi, dan disepikan lagi dengan kesibukan 'rumah terbuka' yang akan berlangsung sepanjang bulan. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari paling sibuk untuk memnuhi jemputan rumah terbuka. Bukan tidak boleh, cuma janganlah pula sampai melupai kesungguhan dalam peribadatan khusus yang baru sahaja dipulun pada bulan Ramadhan yang lalu. Buktinya, lihat sahaja surau-surau, dan masjid-masjid kita. Tanya Iman!

Selasa, September 28, 2010

Sikap buruk bangsa Yahudi

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Fikrah:-
1) Jauhkan diri daripada mempunyai sikap ini! as simple as that
2) ... dan sudah tentu, bercakap lebih mudah dari berbuat! 

Khamis, September 02, 2010

Mencipta kemenangan dalam perubahan

1) Allah berfirman, maksudnya:
"(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". 
(surah al-Mukminun, 23:2-11).

Ayat di atas menunjukkan bahawa kemenangan itu terletak pada iman, solat, akhlak, maruah, harta, janji dan amanah. di mana ia merujuk kepada tiga elemen utama iaitu akidah, ibadat dan akhlak. Tanpa akidah yang murni, ibadat yang benar dan akhlak yang terpuji manusia pasti tidak mampu mencipta sebarang kemenangan dalam kehidupannya. Cermin keadaan kita, dan ahli-ahli kita. Persoalan asas ini harus diselesaikan segera untuk mencipta kemenangan!

2) Sejarah mengajar dan mendidik kita dengan suasana dan pendekatan yang berbeza. Bukan nama watak yang penting; Fokus adalah pada pengkisahan sebab-akibat yang menjadi sejarah dan harus dipelajari oleh generasi terkemudian. Dalam kitab Quran, tidak ada tertulis nama Qabil dan Habil sebagai anak Adam a.s. Namun, Allah merakamkan kisah mereka agar watak itu yang harus dijadikan pelajaran untuk seluruh manusia. Sejarah anak Adam a.s melihatkan manusia ini akan punya warna yang pelbagai dengan pilihan kehidupan juga adalah pelbagai. Yang pasti, sejarah menjadi kayu ukur generasi hari ini menilai (evaluate) dan mentaksir (assess) , dan mencermin diri (muhasabah) seterusnya melihat kembali langkah-langkah yang telah kita lalui. Adakah jalan yang kita lalui, adalah jalan ke arah kemajuan? ataupun sebaliknya, berundur ke belakang? Berikut, disenaraikan semula faktor kekuatan ABIM-PKPIM pada awal kemunculannya di persada dakwah, berdasarkan catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010. 
  1. Kekuatan wadah persediaannya daripada PKPIM
  2. Ketepatan waktu kemunculan 
  3. Karisma pemimpin utamanya
  4. Kepimpinan Jamaiy
  5. Memanfaatkan dinamika kePemudaan dan dinamika keIslaman
  6. Kekuatan Fikrah / Idea / Gagasan
  7. Keberkesanan tarbiyyah Ilmiyah, Ruhaniyah, Harakiyah
  8. Keberkesanan mekanisme / jentera  organisasi
  9. Komitmen yang tinggi dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
9 senarai ini adalah asas faktor yang menjadikan ABIM-PKPIM kekal sehingga hari ini. Kesemua faktor ini adalah seiring tanpa meninggalkan satu pun daripadanya sepanjang gerakannya. Jelas ditulis, diamal, dan dibudayakan dalam segenap lapisan ahli dari Presiden, sehinggalah ahli yang baru mengenali ABIM-PKPIM. Di manakah standard Haraki kita pada hari ini? Adakah kita mengamalkan teras yang terbukti berkesan dalam lipatan sejarah kita ini? Faktor pertama dan kedua adalah faktor kesedaran pada waktu itu. Faktor ketiga adalah faktor peribadi tokoh tertentu. 6 Faktor yang lain adalah faktor utama keberkesanan Haraki dan kesenian dalam berorganisasi. Justeru, di manakah kita berdiri pada hari ini dalam rangka harakah yang dibina sejak ia ditubuhkan?

3) Keutamaan dalam ahli gerakan adalah untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang mendekatkan diri dengan Allah. Akidah tauhidik disemai, dibajai dengan sistem idealisme dalam pentarbiyahan yang teratur seperti majlis ilmu, usrah, dan tamrin, seterusnya nilai aktivisme yang mewarnai praktikaliti dalam menterjemahkan segala yang disemai dan dibajai tadi. Keseluruhan sistem ini adalah suatu medan ibadah yang saling melengkapi dan dibudayakan dengan wajar tanpa kompromi. Walaupun begitu, hal-hal sampingan seperti kuantiti ahli, kuantiti program, serta populariti massa, sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri. Namun, ia kekal sebagai hal sampingan. Kisah-kisah Umar al-Khattab banyak memberi inspirasi bahawa nilaian yang utama adalah di sisi Allah, bukan dari kaca mata manusia.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(At-Taubah : 41)

Pengajaran penting dalam ayat di atas adalah jelas supaya kita bersama-sama keluar jihad di jalan ALlah, dan berjihad dengan jiwa raga, dan harta benda, serta janganlah mencari-cari alasan dan tunduk kepada hawa nafsu tersebut. Berangkatlah dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam keadaan mudah mahupun susah, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, sedikit bekalan ataupun banyak. Kerana di situlah terletaknya kemenangan hakiki. Jihad ini bukan kerana sebab manusia; ajakan kawan, semangat-semangat yang penuh emosi, mahupun janji kebendaan. Jihad ini adalah untuk agama Allah! Muhasabah kembali, di mana kita berdiri apabila pergi program-program Jemaah? Atas sebab apa? Untuk apa?

4) Perlu diketahui bahawa bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan, tetapi semua perpecahan bermula daripada perselisihan.  Malah, adanya perselisihan menunjukkan adanya suatu dinamika dalam satu-satu organisasi. Oleh itu, segala bentuk perselisihan perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan, kejumudan, dan berburuk sangka dalam emosi yang tidak keruan. Pendeknya, ia perlu ditangani; bukan dielak, ditangguh atau disembunyikan. Malah lebih malang, jika menidakkan bentuk perselisihan yang ada. Walau sekecil mana ia kelihatan, pastikan ia tidak menjadi barah dan merebak kepada keseluruhan organisasi. Soalnya, jika ia sudah merebak sehingga ke akar umbi, apa yang harus dilakukan? Hendak dibuang sel barah, dibimbangi akan merosakkan keseluruhan badan. Namun, kalau tidak dibuang, badan akan terus merana dan akhirnya akan ada organ penting yang akan mematikan keseluruhan badan! Jangan pula Jemaah kita diibaratkan seperti 'batang pokok yang kelihatan kukuh di luar, tapi amat rapuh dari dalam; reput di makan anai-anai' Nauzubillah. Kembalilah kepada fitrah dan teras gerakan haraki kita. Asas penubuhan dipasakkan kembali supaya tidak hanyut di bawa badai massa yang sentiasa tidak tentu halanya.

5) Cerita dakwah adalah cerita indah. Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin Allah, orang yang didakwah berubah; daripada bersikap negatif terhadap Islam menjadi orang yang taat dalam beragama. Daripada pemikiran yang sekular dan liberal kepada kembali kepada cara hidup Islami yang sebenar. Daripada menganggap Islam sebagai kolot dan ketinggalan zaman, kepada seorang yang cintakan ilmu Islam. Prasyaratnya adalah mewujudkan keikhlasan dalam diri, usaha yang tidak pernah kenal jemu, ilmu dan pengalaman yang harus ditingkatkan. "Kerja dakwah adalah tugas aku; pemberi hidayah adalah tugas Allah. Apabila orang tidak berubah, caraku mungkin tidak kena. Aku harus bersama-sama dan berusaha menjadi lebih baik. Orang tidak harus dipersalahkan. Putus asa tidak ada dalam diri." Inilah susun atur ikrar niat dan azam kita apabila turun ke medan dakwah. Selagi prinsip ini menjadi tunjang Daie, dan Murabbi, gerak kerja Dakwah dalam Harakah dan dalam diri sendiri, akan terus subur dan seterusnya Islam akan terus bangkit membawa perubahan.

Rabu, September 01, 2010

Sinar Ramadhan; Seorang Sekampit Beras


ABIM Selangor bersama ABIM Daerah Kuala Langat menganjurkan Sinar Ramadhan ; Sekampit Beras di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang , Kuala Langat. Program yang mendapat sokongan daripada Masjid Assobirin , Kampung Bukit Changgang turut di hadiri oleh Tn Hj Shamsuddin Misran , Ahli Majlis MDKL Zon 24. 

Dalam ucapan Nazir Masjid Assobirin Kampung Bukit Changgang, Ustaz Mohd Rasyid Kandam menyatakan ini adalah ziarah ukhuwah fillah antara Masjid Assobirin dan saudara kita di kampong ini. Sebagai Masjid yang paling hampir dengan perkampungan ini , beliau mengajak Tok Batin , En Salehuudin Abdullah dan anak buahnya bersama-sama menngimarahkan program-program yang dibuat di Masjid.

Kampung (orang asli) Bukit Serdang, Kuala Langat terletak bersebelahan Kampung Bukit Changgang. Terdapat seramai 17 keluarga saudara kita di sana. Pada majlis ini di sampaikan 17 kampit beras dan makanan iringan kepada saudara kita. Seorang penggerak orang asli telah ditempatkan oleh JAKIM iaitu Ustaz ridhwan untk membimbing saudara kita kea rah Islam yang syumul.



Dalam tazkirah ringkas Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat Sdr Khairudin bin Abas mengingatkan bahawa ramadhan yang berbaki ini perlulah direbut sewajarnya dan semangat ukhuwah islamiyyah perlu terus diperkukuhkan lebih-lebih lagi dalam membimbing diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Salah seorang saudara kita Pn Rohani Abdullah mengharapkan agar pihak ABIM dapat membantu saudara kita terutama anak-anak mereka dalam mempelajari ilmu agama seperti mengaji al-quran kerana kehidupan dan ekonomi yang tidak kukuh , pelajaran al-quran tidak dapat dipelajari dengan baik di sini.

Majlis tamat selepas berbuka puasa dan solat maghrib . Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat terutama Persatuan Peniaga Tom Yam Bukit Changgang yang menaja Jamuan Berbuka Puasa.