Isnin, Jun 29, 2009

Bersyukur

1) Menghargai apa yang ada di depan mata, sebelum ia pergi meninggalkan kita. Ini suatu sikap positif, dan biasa dihubungkan dengan terma 'bersyukur' dengan apa yang ada di sekeliling dan yang berlaku pada diri sendiri. Namun, 'bersyukur' sering kali disalah anggap dengan merelakan apa sahaja yang berlaku dan berpuas hati dengan apa yang ada. Akhirnya, walau diri dan keadaan sekeliling sering mendesak suatu perubahan, 'syukur' sering dijadikan alasan untuk tidak bertindak, dan 'redha'.

2) Memang benar, kita harus melihat di bawah apabila kita di atas; namun jangan lupa, apabila kita di atas, ada lagi yang lebih di atas. Bersyukur dengan apa yang ada, TIDAK BERMAKNA berhenti daripada berusaha keras dan mengejar untuk menjadi lebih baik. 'If we can be better, then, good is nothing'. Malah, 'atas' pada anggapan kita, mungkin adalah rendah pada anggapan orang lain. Ini dipanggil 'standard'(piawaian). Piawaian atau kayu ukur apa yang digunakan untuk mengukur pencapaian yang boleh dianggap, kita boleh bersyukur?

3) Maka, bermuhasabah dan bersikap kritikal amat diperlukan dalam mencari kelompongan dalam tindakan terdahulu untuk mencipta kegemilangan masa depan. Mungkin agak kasar dan keras bunyinya nanti apabila agenda 'brain-storming'(pecah otak) dan 'post-mortem' (bedah siasat) diadakan; Letakkan sahaja niat utama untuk penambah-baikan, dan dipelihara agar skop perbincangan tidak meliputi permasalahan bersifat 'condemning and blaming' (menuduh dan menyalahkan).

4) Bersyukur pada Tuhan yang satu, dan satu-satuNya; Allah S.W.T, merupakan suatu penghargaan dan penghormatan yang tinggi bagi kita, hambaNya. Ia datang SETELAH usaha yang bersungguh-sungguh serta perancangan yang rapi, dan mengikut syariat yang ditetapkanNya. Hanya apabila syarat-syarat ini dipenuhi, barulah kita boleh menyatakan kesyukuran kita atas hasil yang diperolehi; walaupun baik, ataupun buruk; Kerana BAIK dan BURUK adalah dari kaca mata kita; dan sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Lantas, REDHA atas apa yang diberiNya kepada kita. Di sinilah, konsep hamba amat penting untuk difahami dalam kehidupan seharian.

Jumaat, Jun 26, 2009

Persaudaraan dan kasih sayang



(Iklan Raya Haji/korban/Aidiladha - Petronas 2003)

Ini adalah antara iklan raya yang paling kelakar, dan paling beri banyak makna tentang persaudaraan, dan menjadi anak soleh. Hati ibu harus dijaga sebaiknya. Hakikatnya, manusia tidak sempurna. Namun, usaha yang bersungguh-sungguhlah yang memungkinkan manusia menuju arah yang hampir sempurna.

Kerjasama, saling-memahami, dan lakukan yang terbaik walaupun apa cubaan yang datang. Begitu juga dalam organisasi, dan persekitaran kita. Kan tidak mudah untuk memuaskan hati orang ramai. Namun, ia bukan alasan untuk tidak memuaskan hati walau sesetengah orang. Kata orang, lebih baik sesuatu, daripada langsung tiada.

Lantaran, usaha yang kreatif, kritis, dan luar dari kebiasaan memungkinkan yang mustahil menjadi realiti. Yang penting, apa yang sanggup kita korbankan? Masa? keringat? ego? wang? budaya? atau apa? Kita tahu apa yang berlaku disekeliling kita. dan Allah maha tahu apa yang kita tidak ketahui. Lakukan saja. (just do it), demi persaudaraan dan kasih sayang. Menjaga hati ibu itu wajib; menjaga hubungan persaudaraan (ukhuwah) juga wajib.

Akhir sekali, mungkin iklan ini dapat beri kesimpulannya;












Rabu, Jun 24, 2009

Sejarah Henry Gurney

"... Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan..."

(CikguBard mengulas tentang beza Henry Gurney dan Chin Peng)



Ahad, Jun 21, 2009

Peduli cikgu kepada pelajar

1) Salah satu elemen yang menjadikan perhubungan dan komunikasi berkesan antara cikgu dan murid adalah aspek kepedulian. Kenyataannya, pelajar tidak peduli kepada peperiksaan, buku, masa depan, kerja rumah, solat, hubungan sosial, dan sebagainya selagi tidak ada rasa peduli daripada orang sekelilingnya, baik dari cikgu, ibu-bapa, dan masyarakat amnya. Contohnya, pelajar yang baik dan menyiapkan kerja rumahnya adalah mereka yang tahu, kerja rumahnya akan dipedulikan oleh gurunya, atau ibu bapanya, atau (yang paling penting rasanya) dirinya sendiri. Apabila wujud kepedulian, maka, akan lahirlah rasa kewujudan dan kebersamaan. Ia datang bersama dengan sebuah nilai yang berharga, kerana akhirnya ia mewujudkan pengiktirafan kepada mereka.

2) Begitu juga seorang guru yang berkesan. Para pelajar tidak peduli dengan segala apa yang berlaku dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PnP), selagi cikgu tidak memberi peduli dengan apa yang pelajar faham, dan apa yang pelajar tidak faham. Sudah tentu tugas cikgu adalah untuk berikan kefahaman yang benar. Maka, seharusnya, cikgu harus peduli dengan apa yang pelajar fikirkan, cara mereka memberi fokus, cara mereka berbincang, cara mereka menulis nota, cara mereka menyelesaikan masalah dan sebagainya, kerana kesemua ini akan memberikan implikasi cara mereka memahami apa yang disampaikan cikgu. Begitu juga bahasa apa yang cikgu gunakan!

3) Penggayaan seperti suatu lakonan untuk memberi faham; dengan gerak badan yang menarik, gaya bahasa yang mudah difahami, serta intonasi suara yang berekspresi akan menghasilkan suatu persembahan yang menarik dan mudah diingati. Malah, ilmu cikgu tentang dunia mereka akan membuatkan cikgu memahami apa yang mereka lalui setiap hari. Pada hari ini, berapa ramai cikgu yang mendengar lagu Indi band, berhubung dalam myspace, facebook, beremail dan berchatting dalam internet, dan sebagainya lagi aspek dalam hidup remaja pada hari ini? Setelah cikgu faham dunia pelajar, barulah cikgu dapat membuat keputusan kepada tindakan yang bakal cikgu lakukan. Lantas, kenapa ditanyakan, kenapa begitu sukar untuk memahami bahasa pelajar?

4) Segalanya adalah tentang kepedulian. Cikgu yang dapat rapat dalam hidup sosial dan memahami asas sekadar (permukaan) kehidupan peribadi pelajar, sudah pasti akan dapat berhubung dengan pelajar secara berkesan. Selebihnya, mereka sendiri akan bercerita dengan cikgu terbabit. Bukankah cikgu adalah provokator dan initiator terbaik dalam pembinaan diri pelajar selain ibu-bapa dan kawan sebaya mereka? Keutamaan rasa Peduli guru adalah kepada jati diri pelajar itu dahulu, diikuti dengan prinsip asas kehidupan mereka; Kemudian barulah kepada kurikulum yang ditugaskan oleh Kementerian Pelajaran kepada guru. Hakikatnya, hari ini, sudah jadi caca merba. Ingatlah, Guru sebagai pendidik, bukan setakat mengajar!

5) Apabila jati diri pelajar sudah diangkat dan dikukuhkan, pelajar akan punya motivasi dalam diri untuk terus berusaha sehingga berjaya; melakukan kerja rumah walaupun cikgu tidak akan memeriksa buku latihan mereka; mencari cikgu walaupun di mana hanya untuk bertanyakan soal hati dan perasaan, walaupun agak peribadi! Pada masa yang sama, cikgu akan berkongsi pengalaman, dan menerapkan prinsip asas dalam kehidupan seperti soal fardhu Ain, soal hubungan kemasyarakatan, idealisme kemanusiaan, dan lain-lain lagi; Akhirnya, pelajar ini akan menjadi insan yang harmoni dan seimbang dari aspek rohani, emosi, dan intelektual. Inilah modal insan yang mahu kita ciptakan dari sistem pendidikan yang ideal.

Semuanya bermula dengan hanya mengambil peduli dengan dunia pelajar.






Khamis, Jun 18, 2009

My personality profile

0
50
100
%
Openness
81%
Conscientiousness
56%
Extraversion
75%
Agreeableness
69%
Neuroticism
38%

ENFP
Extraverted - iNtuitive - Feeling -Perceiving

ENFPs are initiators of change, keenly perceptive of possibilities.
They energize and stimulate others through their contagious enthusiasm.
They prefer the start-up phase of a project or relationship, and are tireless in the pursuit of new-found interests.

ENFPs are able to anticipate the needs of others and to offer them needed help and appreciation.
They bring zest, joy, liveliness, and a zany sense of fun to all aspects of their lives.
They are at their best in situations that are fluid and changing, and that allow them to express their creativity and use their charisma.
They tend to idealize people, and can be disappointed when reality fails to fulfill their expectations.
They are easily frustrated if a project requires a great deal of follow-up or attention to detail.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) This Profiling is almost as true as I am... i think..
2) Sometimes, it is better for people to see who we are, so that they won't be surprise of what we will do in the future when facing them. The 'expected for the unexpected' kind of things...
3) At least, we can check ourselves (Muhasabah) and try to reduce our weaknessess. We are not perfect, but we try to become a better man everyday...

Sisters In Islam

TIDAK SALAH MEMINTA SISTERS IN ISLAM DISIASAT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Isu usul muktamar PAS berkaitan dengan pertubuhan Sisters In Islam ( SIS ) menjadi isu yang hangat dibincangkan pada masa ini. Muktamar PAS yang baru lalu menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir Muktamar ke-55 yang diadakan di Shah Alam. Antara lain ayat usul tersebut menyatakan :-

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya,"

Bagi saya isu ini menjadi hangat kerana kewujudan perkataan “mengharamkan SIS” yang dilihat oleh setengah pihak sebagai satu unsur yang agak drastik dan tidak demokratik. Bagaimanapun tiada siapa boleh menafikan bahawa usul tersebut bukan secara per se ingin mengharamkan SIS. Sebaliknya ayat usul secara jelas meminta satu siasatan dibuat terhadap SIS sebelum tindakan mengharamkan dilakukan.

Sebagai gerakan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya PAS tidak boleh lari dari “core business ”nya iaitu Islam. Maka jika dilihat dari konteks tersebut PAS sudah tentu berhak memberikan pandangannya dalam perkara yang menyentuh Islam dan umatnya.

Saya berani mengatakan bahawa SIS sendiri sedar bahawa ramai umat Islam di negara ini yang tidak selesa dengan pendirian pertubuhan tersebut di dalam sesetengah isu yang menyentuh Islam. Saya juga percaya bahawa SIS juga menyedari bahawa mereka bukan didokong oleh golongan yang benar-benar mempelajari Islam mengikut disiplin Islam secara teratur ( munazzam )

Islam memang menghormati kebebasan bersuara. Bagaimanapun Islam mempunyai standardnya sendiri dalam menentukan had kebebasan bersuara. Mereka yang ingin bercakap tentang sesuatu isu baik isu agama atau isu bukan agama perlu menguasai bidang yang mereka cakapkan. Sebagai seorang peguam saya berhak bercakap mengenai isu perubatan tetapi sudah tentu pengusasaan saya tentang ilmu perubatan tidak sama dengan seorang doktor yang dididik secara formal dengan ilmu tersebut. Begitulah sebaliknya.

Jika saya bercakap ilmu perubatan dan jelas apa yang saya cakapkan itu adalah salah orang tidak akan mengatakan saya sesat atau terkeluar dari agama. Paling kurang orang akan hanya mengatakan saya bebal atau bodoh. Tetapi apabila saya bercakap tentang agama dan terbukti apa yang saya cakap itu tidak betul, ia bukan sahaja mengancam diri saya tetapi juga mengancam orang Islam yang lain jika apa yang saya cakap tersebut dipegang dan diamalkan oleh orang lain juga. Di dalam Islam dipanggil dhol wa adhol ( sesat dan menyesatkan ).

Perkataan sesat ( dholal ) hanya relevan dalam isu agama dan tidak dalam isu yang lain.

Secara peribadi saya memuji keberanian SIS menyatakan pandangan namun apa yang dikesali dalam banyak keadaan keberanian itu melebihi hadnya sehingga mewujudkan satu kekeliruan di kalangan masyarakat.

Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk “ Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 )

“ Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang “jenis bertudung ( “tudung type” ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) . Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung )”

Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung.

Mengenai isu poligami saya ingin kongsi di sini kenyataan rasmi SIS yang bertajuk “Controversy on Polygamy” bertarikh 8 Januari 2002 di mana SIS menyatakan antara lain
( Terjemahan dari bahasa Inggeris )

“Oleh itu isu yang sepatutnya perlu dibincangkan di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula di dalam undang-undang sivil untuk orang-orang bukan Islam tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam untuk orang Islam … Orang Islam seharusnya mengetuai masyarakat lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaanya."

Pendirian SIS yang kontroversial terhadap isu poligami tersebut tidak berhenti di situ. SIS juga adalah salah satu dalang utama di dalam kempen monogami ( satu suami satu isteri ) yang dianjurkan oleh Coalition on Women’s Right in Islam pada 16/3/2003.

Kempen monogami ini telah ditentang hebat oleh para Mufti di negara ini kerana kempen ini secara halus dan secara tidak langsung cuba membawa mesej bahawa hukum poligami yang dibenarkan oleh Islam adalah satu yang tidak membawa kebaikan kepada wanita.

Bagi saya pendirian SIS terhadap poligami ini menunjukkan kecelaruannya dan kekeliruannya dalam memahami hukum poligami di dalam Islam. SIS di dalam banyak tulisannya cuba menunjukkan bahawa amalan poligami telah banyak menindas wanita.

Jika pun benar amalan poligami menindas wanita itu bukan hujah untuk kita menolak poligami yang dibenarkan Islam . Sebaliknya itu adalah hujah Islam ke atas orang yang berpoligami. Maknanya Islam boleh berhujah kepada pengamal poligami yang menindas wanita bahawa kerana kamu ( pengamal poligami ) tidak mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan sebab itulah poligami kamu yang amalkan mendatangkan keburukan.

SIS juga, tanpa bersandarkan disiplin ilmu , dengan begitu mudah membuat pendirian bahawa Kongsi Raya bukanlah amalan agama ( lihat kenyataaan rasmi SIS bertajuk “ Kongsi Raya not a religious ritual” bertarikh 16 hb Jun 2006 ) di mana antara lain SIS menyatakan

“ Kongsi Raya is not a religious ritual, but a harmonious social custom that has become part of Malaysian tradition, and become a model to other countries

( Terjemahan : Kongsi Raya bukanlah amalan agama tetapi satu adat sosial yang harmonis dan menjadi satu tradisi orang-orang Malaysia dan menjadi model kepada negara –negara lain )

Lihatlah betapa mudahnya SIS mengeluarkan kenyataan seolah-oleh isu kongsi raya tidak mempunyai nilaian dan celupan agama. Bagi orang Islam menyambut hari raya adalah satu bentuk ibadah ( sebab itu ada syiar takbir dan ibadat solat iaitu solat aidil fitri dan solat i'edul adha ) dan memandangkan ianya satu 'ibadah amalan tersebut tidak boleh dibuat mengikut kemahuan kita sendiri.

Amalan kongsi raya yang telah diamalkan oleh rakyat negara ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menjustifikasikan bahawa kongsi raya adalah sah di sisi Islam. Halal atau haramnya sesuatu amalan tersebut hendaklah dinilai dengan berpaksikan nas dan bukannya dari apa yang telah diamalkan melainkan apa yang diamalkan itu selari dengan nas. Jika apa yang telah diamalkan adalah selari dengan nas Islam mengiktiraf amlan tersebut berdasarkan kaedah " Al'adah muhakkamah" .

Atas dasar itu di dalam Islam terdapat perbezaan prinsip yang terpakai di dalam urusan mu’amalat dan prinsip yang terpakai di dalam urusan ‘ibadah.

Di dalam urusan mu'amalah , prinsip yang terpakai adalah “ sesuatu perkara itu pada asalnya harus kecuali ada nas yang melarang” ( al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah )

Manakala prinsip di dalam 'ibadah pula “ sesuatu ibadah itu haram ( dilarang ) hukumnya melainkan ada nas yang membenarkannya”.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Hanya jauhari yang mengenal manikam

Rabu, Jun 17, 2009

Teladan dari buah-buahan

TELADAN DARI BUAH-BUAHAN


Jangan suka pamer
Jadilah seperti jagung, Jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Kalau berbuah hanya sekali, lalu mati.

Inner beauty
Jadilah seperti durian,
Jangan seperti kedondong .
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya
lembut dan manis.
Beza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi didalamnya
adabiji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi
umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membagi makanan sama rata ke biji2 petai-nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cabai (cili).. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan munafik
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis boleh diteka isinya dari bagian
bawah buahnya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Banyak sungguh buah-buahan yang memberi makna dan pengajaran rupanya...

Selasa, Jun 16, 2009

B-E-L-I-A

B-Berani
Belia seharusnya berani. Berani kerana benar, takut kerana salah. Berani bukan berani yang memBABI BUTA, dan memBUTA TULI. Itu berani yang sia-sia dan bertuankan nafsu. Apa sahaja yang bertuankan nafsu akan diakhiri dengan kekesalan. Biasanya, belia sangat mudah terjebak di antara skala berani benar dan berani babi! Kerana itu, lumrah belia. Darahnya masih muda, masih panas; masih mahu melakukan apa yang tidak pernah ditemuinya, dan dirasainya. Kalau pernah perit berhadapan dengan sesuatu, dan masih mahu lagi merasainya lagi, itulah keberanian. Ia penuh dengan risiko.

E-Emosi
Belia tidak lepas dari terpengaruh dengan emosi. Kebijaksanaan emosi perlukan belaian dari akal yang matang, dan jiwa yang diisi dengan ilmu dan makrifat. Hantaran emosi yang meluap-luap dan rasa empati yang tinggi, menjanjikan belia aktif secara reaktif dan juga proaktif terhadap apa yang ditimpa oleh orang yang punya erti dalam hidupnya. Namun, emosi juga ada tinggi dan rendahnya. Terpulang pada jiwa yang berisi tadi untuk mengawalnya. Emosi boleh jadi hangat; sehangat api cinta laila dan majnun. Emosi boleh jadi dingin; sedingin iceberg yang tidak akan memunculkan diri dan rela tenggelam dan menenggelamkan kapal yang melanggarnya. Ia penuh dengan ketidaktentuan.

L-Latihan
Belia adalah kumpulan manusia yang umurnya masih mentah; Baru lepas dari bangku sekolah, baru kenal dunia, tanpa bekal yang cukup untuk semua perkara. Lantas, latihan dari pelbagai arena dan lapangan harus dibekalkan; walau sekecil mana ia kelihatan; Sedangkan yang emas usianya pun masih kurang pengalaman, inikan pula timah yang mudah dilentur. Latihan yang berkesan dan benar akan menjadikan belia semakin berharga dan bernilai dari kaca mata dunia. Sekiranya jurulatih pula yang beri ilmu Falasi; yakni ilmu sesat dan penipuan, maka itulah juga yang akan ditelan oleh belia ini. Yang pasti, belia harus dikaitkan dengan latihan. Belia yang tidak punya latihan, adalah satu kehinaan atas sifat kehambaan kepada nikmat Muda, dan nikmat Tenaga Fizikal, juga nikmat Akal yang segarn dari yang Esa. Maka, kekallah mereka dalam kejahilan dan kesesatan yang nyata.

I-Idealis
Belia cerdas dengan idea yang segar; penuh optimis dan positif. Yang benar, tetap benar, Yang salah, tetap salah; Tidak ada selok-belok dalam soal keadilan dan kebenaran. BEgitu juga dengan segala yang sifatnya sejagat. Belia tidak ada apa yang perlu diselok-belokkan, kerana tidak ada apa yang perlu dipertahankan. Kenyataan belia adalah tulus dari buku yang dibaca, dan ilmu yang dipakukan oleh jurulatih dan ilmuan yang mengisi jiwa dan akal mereka. Penting untuk bersikap sangat kritis dalam menilai suatu keadaan, sama ada yang baik rupanya, apa lagi yang bobrok lakunya. Sehinggalah ada kepentingan yang dijaga dan dipertahankan secara materialnya, maka, idealisme yang dipertahankan akan menjadi caca merba. Sebentar putar ke sini, sebentar lagi putar ke sana. Sebentar nanti, putar lagi ke sini. Akhirnya, jadilah belia yang fakir ideanya, lemah jiwanya, buntu masa depannya.

A-Aktivis
Belia berkerja lebih cergas dan luar biasa kebiasaannya. Kecergasan yang datangnya dari fizikal yang mantap, serta jantung yang sihat segala urat nadinya; akan menggerakkan segala macam pancaindera dan anggota untuk bergerak. Gerak belia adalah untuk kebaikan sejagat. Gerak belia adalah barisan depan dalam mendepani mana-mana agenda untuk Agama, dan negara. Aktiviti belia tidak pantas dinilai dengan materi yang mewah. Memadai sekadar cukup makan-minum, ada tempat berteduh, cukup tambang bergerak ke destinasi pertempuran. Nilaian materi yang berlebihan hanya akan melembapkan darah dipam ke seluruh anggota. Biarlah lihat belia cergas dengan kebeliaan mereka. Ditahan belia bergerak, samalah menahan arus ombak yang memukul pantai. Datangnya tidak akan sudah. Sifat aktivisme perlu dipelajari, disokong dan didokong oleh umat sekelian alamnya; barulah kepemimpinan masa depan dapat dipertahankan dengan wajar dan akhirnya, Agama dan negara akan dapat dipelihara hingga akhirnya.(insya Allah)

Traitor (movie2008)

Ulasan dari pengulas tersohor, Roger Ebert mengenai filem Traitor (2008)

In the war between good and evil, how many good people is it justifiable for the good guys to kill? Maybe that question has no answer. It is probably not "none."

Dalam peperangan antara baik dan jahat, berapa ramai orang yang baik, dijustifikasikan oleh orang baik yang lain untuk membunuh? Ada jawapannya? Mungkin tiada.

The film makes it a point that Samir is devout in the practice of his religion. He often quotes the Koran, is observant, seems to have true spirituality in his soul. He is not pretending. Of course the great majority of Muslims are against terrorism and any form of murder. Others, as we have seen, are not. In paying attention to this division, "Traitor" establishes the mystery of which side Samir is a traitor to. Is he a double agent for the U.S., or a triple agent?

Filem ini melihatkan Samir adalah seorang yang mempraktikkan agamanya dalam kehidupan. Beliau sering kali mengungkapkan kalimah daripada Quran, sentiasa memerhatikan, dan mempunyai jiwa kerohanian yang suci dan benar. Beliau ditonjolkan sebagai Muslim yang tidak berpura-pura. Benar sekali, majoriti besar Umat Islam adalah menentang keganasan dan sebarang bentuk pembunuhan. Namun, ada juga segelintir yang berpandangan sebaliknya. Filem ini, telah berjaya melontar soalan utama, siapakah Samir berpihak? dan belot? Adakah beliau 'double agent', atau mungkin 'triple agent'?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

1) Filem ini diterbitkan pada tahun 2008. Entah bagaimana, terserempak kembali dengan filem ini. Seorang rakan mencadangkan untuk menontonya. Katanya, Ini sebuah filem Islamik. Apabila saya menontonnya (DOWNLOAD menggunakan torrent), ternyata ada beberapa elemen menarik yang jarang sekali terdapat dalam filem Hollywood terutama sekali!!

2) Elemen penting mengenai pandangan masyarakat dunia pasca 911 (11 September), kepada umat Islam, dan soal keganasan (terrorism). Persoalan penting ditimbulkan satu demi satu.
a) Siapakah terrorist?
b) Islam menganjurkan pembunuhan?
c) Apa pandangan Islam tentang 'suicide bomber'?
d) Amalan solat dan doa sebagai pendinding diri dari kemungkaran?

3) YAng menarik perhatian saya, (walau pun cerita ini agak BERAT), rasanya, Hollywood tidak pernah memberi gambaran sebenar dan jujur tentang Islam dan penduduk Muslim terutama dari kaca mata seorang yang beriman, tidak fanatik, dan percaya dengan keamanan.

4) Akhirnya, pengarah menyimpulkan kembali makna Islam, iaitu submission dan peace, Hero berkata kepada FBI, "u should begin your words with that... Assalamualaikum.."

DOWNLOAD TRAITOR (2008) torrent




Isnin, Jun 15, 2009

kehilangan besar tokoh gerakan

Syeikh Dr Fathi Yakan, ulama yang dikenal sebagai inspirator gerakan dakwah meninggal dunia hari Sabtu kemarin

Hidayatullah. comInna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Syeikh Dr. Fathi Yakan, Ketua Front Aksi Islam (IAF), Libanon dikhabarkan meninggal dunia pada hari Sabtu. Media setempat mengatakan, ia meninggal setelah dirawat dalam kondisi kritis.

Syeikh Fathi Yakan dilahirkan di sebelah utara kota Tripoli tahun 1933. Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam. Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992.

Syeikh Yakan dikenal sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-bukunya menjadi inspirasi para dai, juru dakwah dan aktivis Islam. Bukunya‘Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky (1989), ia menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim. Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis.

Diantaranya;
  1. Asas-Asas Islam, (Apa ertinya saya menganut islam?)
  2. Komitmen Muslim Sejati,
  3. Robohnya Dakwah di Tangan Dai,
  4. Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah,
  5. Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam,
  6. Prinsip-prinsip Gerakan Islam,
  7. Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah,
  8. Islamic Movement: Problems and Prospectives,
  9. Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati