Isnin, Jun 29, 2009

Bersyukur

1) Menghargai apa yang ada di depan mata, sebelum ia pergi meninggalkan kita. Ini suatu sikap positif, dan biasa dihubungkan dengan terma 'bersyukur' dengan apa yang ada di sekeliling dan yang berlaku pada diri sendiri. Namun, 'bersyukur' sering kali disalah anggap dengan merelakan apa sahaja yang berlaku dan berpuas hati dengan apa yang ada. Akhirnya, walau diri dan keadaan sekeliling sering mendesak suatu perubahan, 'syukur' sering dijadikan alasan untuk tidak bertindak, dan 'redha'.

2) Memang benar, kita harus melihat di bawah apabila kita di atas; namun jangan lupa, apabila kita di atas, ada lagi yang lebih di atas. Bersyukur dengan apa yang ada, TIDAK BERMAKNA berhenti daripada berusaha keras dan mengejar untuk menjadi lebih baik. 'If we can be better, then, good is nothing'. Malah, 'atas' pada anggapan kita, mungkin adalah rendah pada anggapan orang lain. Ini dipanggil 'standard'(piawaian). Piawaian atau kayu ukur apa yang digunakan untuk mengukur pencapaian yang boleh dianggap, kita boleh bersyukur?

3) Maka, bermuhasabah dan bersikap kritikal amat diperlukan dalam mencari kelompongan dalam tindakan terdahulu untuk mencipta kegemilangan masa depan. Mungkin agak kasar dan keras bunyinya nanti apabila agenda 'brain-storming'(pecah otak) dan 'post-mortem' (bedah siasat) diadakan; Letakkan sahaja niat utama untuk penambah-baikan, dan dipelihara agar skop perbincangan tidak meliputi permasalahan bersifat 'condemning and blaming' (menuduh dan menyalahkan).

4) Bersyukur pada Tuhan yang satu, dan satu-satuNya; Allah S.W.T, merupakan suatu penghargaan dan penghormatan yang tinggi bagi kita, hambaNya. Ia datang SETELAH usaha yang bersungguh-sungguh serta perancangan yang rapi, dan mengikut syariat yang ditetapkanNya. Hanya apabila syarat-syarat ini dipenuhi, barulah kita boleh menyatakan kesyukuran kita atas hasil yang diperolehi; walaupun baik, ataupun buruk; Kerana BAIK dan BURUK adalah dari kaca mata kita; dan sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Lantas, REDHA atas apa yang diberiNya kepada kita. Di sinilah, konsep hamba amat penting untuk difahami dalam kehidupan seharian.

1 ulasan:

Budi setitis embun.... berkata...

barangkali apa yang buruk pada pandangan kita merupakan yang terBAIK ALLAH beri utk kita...