Isnin, April 12, 2010

Kelahiran di Sebalik Kematian



BELFAST: Cara Kerja Allah sungguh misteri, tetapi harmoni!
“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut.
Bingung.
Solat jenazah.
Di Funeral Home?
Saya kehairanan.
“Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu.
“Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju.
Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang  jemaah masjid. Kami bertolak keFuneral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.
Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.
Suasana diselubungi kesedihan.
Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an.
“Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau.
“Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.
“Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya.
Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali.
“Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya.
“Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny.
Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragileseorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.
“Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.
Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.
Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.
Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria. Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary.
“Maaf saya, Imam. Dia kesedihan” kata Jenny.
“Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa” saya menjawab.
“Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam” jelas Jenny lagi.
Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti.
Saya berdiri di sisi keranda.
Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat.
Wajahnya ada senyuman.
Rambut dipintal cantik.
Baju gaun putih sungguh berseri.
Saya hampir terlupa, anak kecil yang ‘tidur’ itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali.
Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca.
“Tidurlah sayang. Allah mengasihimu” saya berbisik perlahan.
Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.
Saya, Jamal, As’ad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana. Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang ‘malang’ itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat.
Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata.
Aduh!
Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih?
Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu.
Just do it!
“Silakan Imam!” kata pengerusi majlis.
Tersentak saya daripada lamunan.
“Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira…” saya memulakan bicara.
Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.
“Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya, setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya” saya menyudahkan ucapan.
“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)” [al-Kahf 18: 44]
Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir.
Saya menarik nafas lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah ALHAMDULILLAH.
“Bagaimana dengan pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian?” bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang hadir.
“Apakah salib yang bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur? Semua itu bukan keutamaan kita. Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun sudah merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan Islam itu satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya. Apa yang penting, amalan si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita khuatirkan. Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!” saya menjawab.
Lelaki itu berpuas hati.
Beliau beredar meninggalkan dewan Funeral Home itu bersama kami.
Di dalam perjalanan pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan keadaan Mary. Tetapi lega Allah ‘mengambilnya’ semula pada usia semuda itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya yang Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang Muslim itu pula, entah di mana Islamnya.
BEBERAPA HARI SELEPAS ITU
Pengalaman menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian Katholik dan bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam bayangan saya semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Saya tahu di Belfast memang ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan Syariah dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah pada memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu.
“Assalamualaikum, Imam” tiba-tiba Ahmad memanggil saya.
“Wa ‘alaikum al-Salaam. Silakan!” saya menjawab salam.
“Ada seorang pemuda bernama Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam” jelas Ahmad.
Saya mempersilakan Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi tidak pasti di mana.
“Imam tidak ingat saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas baby Mary minggu lalu. Saya sepupunya” Jonathan memperkenalkan diri.
“Oh begitu. Maafkan saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?” saya bertanya.
“Mereka berada di dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny. Dia memang seorang yang cekal” terang Jonathan.
“Apa hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu” saya terus kepada urusan utama.
“Semasa kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny. Beliau menangguh-nangguhkan Baptism ke atas Mary sehingga Mary mati. Kami semua bimbang dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini menyulitkannya nanti untuk berinteraksi dengan Divine Life. Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary mati dalam keadaan yang bersih!” cerita Jonathan.
“Benar. Bukankah itu juga yang sepatutnya?” saya menyoal lagi.
“Ya, kami semua mahu percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati sebagai manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami” ujar Jonathan lagi.
Saya terkasima.
Ucapan ringkas dan spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya. Rupa-rupanya impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya.
“Saya mahu belajar tentang Islam” kata Jonathan.
Masya Allah… benarlah Islam itu fitrah.
Kematian Mary, adalah untuk ‘melahirkan semula’ Jonathan, seorang anak muda.
Jonathan, selamat datang ke agama fitrah!
Hebat sungguh perancangan-Mu!

Khamis, April 08, 2010

Musim Pelbagai

Masyarakat semakin stress...


Di sini lain... Di sana lain...

Murid Demam Akademi Fantasia


Cikgu Demam Akademi Fantasia


Musim Pangkah-Memangkah Kembali...

Stop Cutting trees


Seriously... Stop Cutting Trees!!!

Selasa, April 06, 2010

Constructivist Teacher and Changes

Things to share for me and for you.

Tips in becoming a Constructivist teacher

  1. Constructivist Teachers encourage and accept student autonomy and initiative
  2. Constructivist Teachers use raw data and primary sources, along with manipulative, interactive, and physical materials.
  3. When framing tasks, Constructivist Teachers use cognitive terminology such as 'classify', 'analyze', 'predict', and 'create'.
  4. Constructivist Teachers allow student responses to drive lessons, shift instructional strategies, and alter content.
  5. Constructivist Teachers inquire about students' understandings of concepts before sharing their own understandings of those concepts.
  6. Constructivist Teachers encourage students to engage in dialogue, both with the teacher and with one another.
  7. Constructivist Teachers encourage student inquiry by asking thoughtful, open-ended questions, and encouraging students to ask questions of each other.
  8. Constructivist Teachers seek elaboration of students' initial responses.
  9. Constructivist Teachers engage students in experiences that might engender contradictions to their initial hypotheses and then encourage discussion.
  10. Constructivist Teachers allow wait time after posing questions.
  11. Constructivist Teachers provide time for students to construct relationships and create metaphors.
  12. Constructivist Teachers nurture students' natural curiosity through frequent use of the learning cycle model.



These 12 descriptors highlight teacher practices that help students search for their own understandings rather than follow other people's logic. These descriptors can serve as guides that may help other educators forge personal interpretations of what it means to become a constructivist teacher.

reference:
In search of understanding; The Case For Constructivist Classrooms
Jacqueline Grennon Brooks; Martin G.Brooks


Bold Actions and Changes

1) Structure pre-service and in-service teacher education around constructivist principles and practices.
2) Re-structuring the assessment procedures that meaningful for students.
3) Focus resources more on teachers' professional development than on text books and workbooks.
4) Eliminate letter and number grades.
5) Form school-based study groups focused on human developmental principles.
6) Require annual seminars on teaching and learning for administrators and school board members.


Conclusion

What is School? and Schooling?
= listening to teachers and taking notes
= taking tests
= lugging text books from class to class
= writing book reports
= standing in straight lines
= seeking permission to visit the restrooms
= etc?

These are the images, practices, and expectations, upon which schooling has been structured since the very first common schools were erected well over a century ago. The images are more to 'control' rather than 'learning'?

New Images? 
- that reflect:-


= students as a thinker
= students as a creator
= students as a constructor
= students are encourage to develop hupotheses, to test their own and others' ideas
= students to make connections among 'content' areas,
= students to explore issues and problems of personal relevance
= students to work cooperatively with peers and adults in the pursuit of understandings
= students and adults to form the disposition to be life long learners


The old images of school do not speak directly to the central issue of school reform-ways to evoke student learning through their search for understanding. The images of Constructivism do.

Khamis, April 01, 2010

Pelajar terbaik Biasiswa Nasional

Tahniah dan selamat maju jaya. 30 orang pelajar SPM 2009 yang mendapat paling banyak A+ di dalam Malaysia, dan seterusnya diberikan Biasiswa Nasional 2010. Semoga pencapaian yang menunjukkan kecemerlangan Akademik ini diteruskan sehingga dapat kembali semula sebagai Penggerak Negara masa depan.

Pencapaian A+ yang memberangsangkan bukan bererti 'pelajar terbaik keseluruhan'. Ia hanya satu kayu ukur atas kemerlangan AKADEMIK semata-mata. Maka, selepas ini, teruskanlah mencari, menggilap, dan meneruskan menjadi yang terbaik dalam segala bidang kemanusiaan. Terbaik, dari kaca mata ibubapa, rakan sebaya, dan masyarakat.

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)
2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu, Negri Sembilan)
4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)
5. Syamilah Mahali (Tunku Kurshiah College, Seremban)
6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)
7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baru)
8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Malacca)
9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)
10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)
11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (Mara Junior Science College (MRSM) Kota Baru)
12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Penang)
13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)
14. Ahmad Zhafir Zulkfli alias Zulkifli (Integrated Fully Residential School (SBPI) Temerloh)
15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)
16. Ameenah Azman (Tunku Kurshiah College, Seremban)
17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)
18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baru)
19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar)
20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor)
21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Penang)
22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baru)
23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor)
24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)
25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Malacca)
26. Nurizzati Zainal Nazeri (Saad Foundation College, Malacca)
27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi Arabic School, Tanah Merah, Kelantan)
28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)
29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)
30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah)

Rabu, Mac 31, 2010

panasnya...


Dahaganya...


Panas sungguh 3-4 minggu ni....

Kerana Dasar negara

1) Kenapa perlunya dasar yang sama untuk 1negara? sudah tentu untuk memastikan setiap rakyat akan mempunyai standard dan layanan yang sama, tidak kira taraf ekonomi, latar belakang politik, pendidikan, bangsa dan lain-lain. Kesan jangka panjang adalah ke arah melahirkan generasi yang mempunyai pengalaman yang sama dan objektif yang sama dalam negara yang sama, sudah tentu ke arah membina negara yang lebih baik berdasarkan cita-cita negara.

2) Namun, ada beberapa perkara dasar yang berbeza, istimewa dan berkuota; bergantung kepada sasaran jangka panjang sesebuah negara. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB 1970-1990) yang bertujuan untuk menyusun semula struktur sosio-ekonomi masyarakat dalam negara pada ketika itu. Walaupun hasilnya tidak mencapai sasaran yang dijangka, atas faktor-faktor ketirisan dan ke'tidak-bertanggungjawaban' sesetengah kelompok ahli masyarakat, ahli politik, dan lain-lain mereka yang berkepentingan, DEB sebenarnya meninggalkan kesan dan pengajaran yang penting untuk generasi hari ini mengambil iktibar. Masalahnya, tidak ramai yang mampu meng'ekstrak' pengalaman DEB dalam bentuk pembelajaran yang positif dan membina.

3) Dalam soal pendidikan, perlukah dasar yang berbeza-beza untuk memuaskan hati semua pihak kononnya atas dasar hak kemanusiaan (human right) atau atas slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan? Tidak kah kita belajar apa-apa daripada sejarah DEB misalnya? Di mana generasi yang punya Jiwa besar yang tinggi dan mulia, dengan asas-asas nilai rasa empati melihat orang lain susah, dan bangga melihat orang lain senang? Sikap ke'Aku'an (generasi X) yang membebankan mata dengan tirisnya asas-asas kehidupan yang bersumber Al-hikmah.

4) Adakah generasi Pemimpin hari ini, yang lahir daripada Dasar Pendidikan 1957 (Laporan Razak), adalah generasi yang sudah lupa dengan hasil kepelbagaian yang diakibatkan oleh dasar pendidikan pada hari itu? Atau sebenarnya, mereka masih ingat, dan ingin meneruskan kepelbagaian dan perbezaan 'taraf' yang semakin jauh ini, di antara satu ahli masyarakat dengan ahli masyarakat yang lain. Sebut sahaja masalah dalam masyarkat. Soal perpaduan tidak pernah selesai, soal remaja (generasi Y) yang semakin liar, soal penekanan keagamaan yang semakin rapuh, dan lain-lain lagi...

5) Ya, kejayaan hari ini adalah hasil dasar pada masa itu (1957); dan begitu juga kegagalan hari ini, adalah hasil dasar pada masa itu. Rata-ratanya, adalah umat dari generasi Baby-boomers dan generasi X yang pada hari ini menjadi Pemimpin negara dan Pendesak/Pekerja negara. Kontradiksi yang dilalui oleh dua generasi ini pula akan mengawal, dan membina Dasar negara hari ini untuk diwariskan dan memberi kesan terus kepada generasi Y yang gaya hidupnya adalah jauh berbeza dari dua generasi sebelumnya. (rujuk wiki). Bolehkah dipercayai mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama? Itu pun kalau sedar berlakunya kesilapan.

6) Hari ini, dasar negara kelihatan semakin tidak bijaksana dan bersifat jangka pendek dan tidak mempunyai kesinambungan walaupun pemimpin kerajaan menyatakan terdapat kesinambungannya. Golongan pendesak juga mengkehendakkan dasar yang bukan dasar, apabila semua orang boleh mendasari apa sahaja, termasuk dalam pendidikan, agama, dan lain-lain yang liberal dan terbuka seluas-luasnya sehingga mengabaikan prinsip dan asas pembinaan tamadun negara dan sejarah bangsa Malaysia. Sangat membimbangkan, apabila melihat di sana-sini, program yang dijalankan kerajaan, beralasan untuk menambah baik; mengakibatkan 'generation gap' semakin luas. Kalau dulu, generation gap adalah bersandarkan pada tahun kelahiran yang berbeza, namun, pada masa ini, (dengan dasar dan program-program yang dilihat ini), pada akan tahun-tahun mendatang, kita akan melihat generation gap adalah lebih kompleks dengan gap juga bersandarkan pada generasi yang sama.

7) Ya, bukan lagi antara kelompok muda dan kelompok tua; tapi, perpecahan mental dan ideal di antara kelompok muda dan muda; kelompok muda dan tua; serta kelompok tua dan tua. Hakikat ini semakin parah apabila yang kaya semakin kaya, yang miskin terus semakin miskin. begitu jgua yang pandai semakin pandai, yang bodoh semakin bodoh, yang elit, terus-terusan menjadi elit, yang kampungan, terus-terusan kekampungan...


Mungkin ini adalah andaian dan mimpi igauan buruk penulis semata-mata...
Mungkin perasaan ini terlalu sensitif dan bersangka buruk semata-mata...

Mungkin juga sebaliknya... Penulis juga adalah hasil dari Dasar negara...

Pelajar sekolah tidak tahu menulis surat?


Ramai pelajar tersingkir awal


"... KOTA BHARU - Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.
Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul. ...." - Kosmo

Fikrah:-
1) Apakah bahana yang menimpa anak murid hari ini, bakal memudaratkan masa depan negara pada masa depan?
2) Ceteknya pemikiran masyarakat jika tidak melihat ini sebagai satu persoalan besar. Peraduan yang dibuat dalam BAHASA MELAYU, (sekarang BAHASA MALAYSIA) tidak dapat disempurnakan oleh sebahagian besar murid sekolah! Adakah kesilapan DASAR PEMBELAJARAN PPSMI selama 8 tahun selama ini satu punca?
3) Adakah ledakan teknologi persuratan SMS menjadi satu 'mind setting' bahawa persuratan formal dan tidak formal boleh dicaca-merbakan, dicampur-adukkan, dan diambil ringan?
4) Malangnya negara majoriti orang melayu apabila rakyat berbangsa Melayu sudah tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Aras Tinggi, bahasa ilmu, bahasa keTamadunan, apatah lagi bahasa Perpaduan? 
5) Lebih malang, apabila bahasa Melayu, yang sekarang ini diiktiraf sebagai Bahasa Malaysia tidak digunakan sebaiknya sebagai Bahasa Perpaduan 1Malaysia, apabila kecelaruan dalam Santun Bahasa tidak diambil serius oleh murid-murid sekolah 1Malaysia?

Selasa, Mac 30, 2010

Teachers' stress


Teachers in a trap

By PRIYA KULASAGARAN

From filing paperwork to organising events and managing irate parents, teachers today are feeling pressured from everything else — save the act of teaching itself.
LIKE many of her fellow educators, Kelantanese primary school teacher Mazi* has a few gripes about her work.
The main issue for me is getting pupils to take an interest in learning,” she says.
“Some of them are living well below the poverty line, and their parents are not too bothered about whether they do well in school or not.
“I feel like half my time in class is spent motivating these children instead of teaching them.”
She adds that her school’s physical infrastructure serves to add to pupils’ disinterest.
“I’m not talking about newer buildings or better classrooms - just basics like functioning school toilets.
“When the learning environment is not conducive, it makes it all the more harder to get pupils to care about education.”
More than enough: A 2005 survey found that seven out of 10 teachers suffer from stress, one of the main reasons of which is too much paper work that have little to do with teaching.
But Mazi sees these problems as part and parcel of her job.
“At the end of the day, teaching is all about nuturing students and achieving this with whatever resources you have,” she says.
It seems that for most, however, the burdens of teaching may be just too much to bear.
Just earlier this month, it was reported that teachers were considering holding a demonstration to highlight their plight of being laden with “irrelevant work”.
National Union of the Teaching Profession president Hashim Adnan was quoted saying that overzealous state education department heads and excessive paper work has affected teaching quality.
‘’We are mostly doing clerical work in schools and among our duties include collecting irrelevant data, attending courses, organising programmes and doing correspondence work.
‘’Also, since some schools were now Sekolah Berprestasi Tinggi, we are required to do plenty of documentation work every day ... we are unable to focus in class,’’ Hashim said.
Plans for the protest have since been shelved, as the NUTP has made arrangements with the Education Ministry and is scheduled to meet Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to resolve these issues.
Suffice to say, these grouses have been brought up by the union time and time again.
In a survey carried out by the NUTP in 2005, it was reported that almost seven out of 10 teachers say that they are under stress.
When contacted for this article, the NUTP declined any comment.
Duty juggling
For some teachers, pushing paper appears to be the most tedious aspect of their working day.
“Aside from marking students’ essays and homework, we have to fill out their personal records, health records and various assessment reports,” says secondary school teacher Sharon*.
“Activities such as the Nilam reading programme may sound good in theory, but in reality they just provide an abundance of new forms to fill up.
“In order to be able to cope, I sometimes ask school prefects or class monitors to help me fill in the reports — it’s not something I’m proud of, but it leaves me time to do some actual teaching.”
Currently posted in a boarding school, Wati* says that organising school events takes up too much time.
Teachers have to balance the difficult task of managing parents’ expectations for a string of A’s and instilling a love for learning in their students.
“We have to coordinate sports days, graduation days, camps, competitions — all of which are taxing.
“While the bigger events do hold relevance for the students, a good deal of these activities fail to achieve much besides pomp and an excuse for students to be out of class,” she says.
Yeo* says that it is not uncommon for teachers to juggle various roles at one go.
“Although my teachers’ training option was English, I now teach History in addition to my English classes,” she says.
“Under the teaching of Mathematics and Science in English policy (PPSMI), I was also roped in to help the Mathematics teacher because her command of English was quite poor.
“I also act as the adviser of the school’s English society and volleyball team — this involves staying back late in school at least twice a week.”
Yeo adds that the responsibilities given have left her with little time to focus on developing her skills.
“I barely have time to prepare my lesson plans at the moment.
“At the very least, I think that teachers should be given roles that are relevant to their interests and expertise; that way, they can focus on being good at a particular area for the benefit of their students.”
Parental pressure
In the NUTP survey mentioned, it was also found that a whopping 83% of respondents citied parents and students as main sources of stress.
According to primary school teacher Tan*, the results are hardly surprising as teachers bear the brunt of blame for producing less-than-stellar students.
“In addition to pressure from the administration to ensure that all students make the grade, parents say we are not pushing their children hard enough academically,” she says.
“I’ve even had complaints from parents that I’m not doling out enough homework!”
Tan, who teaches in a vernacular school, adds that she is conflicted by the requirement to check off boxes instead of educating young minds.
Ideally, I want to instill the love of learning among my pupils, regardless of their ability. In reality, I have to force them to mug for examinations so that they have a string of A’s to show their parents.”
For Wiliam*, the main source of pressure comes from not being able to discipline his students.
He says that parents are too quick to blame teachers, and relates an incident which occurred in his secondary school in Selangor.
“The discipline teacher had caught a student smoking on school grounds, and the student was swiftly caned as a result,” says William.
“The next day, the teen’s father arrived demanding to see the teacher.
“Before my colleague could explain why he had punished the boy, the father proceed to hurl vulgar insults at the teacher, and even took a swing at him! Luckily, he missed.”
While William says that he does not condone corporal punishment, he places priority on maintaining school order.
“Some students just do not respond to reasoning, no matter how hard you try.
“I think what makes them bold is knowing that they’ll have their parents defending their actions,” he says.
Secondary school teacher Jamilah* agrees, saying that the teachers in her school avoid reprimanding students for the fear of parents.
“I once scolded a student for handing in her homework late, and for not putting enough effort into it.
“My reward for doing so was to get screamed at by the student’s mother.
“Now, I don’t bother whether students hand in their work or not — it just means that there are less books for me to mark,” says Jamilah.
Workplace politics
Much like at any other workplace, office politics are rampant in schools as well.
But a few teachers cast serious accusations regarding the practice of favouritism in their schools.
One teacher claims that she receives a heavier workload than most of her colleagues.
“I teach both English and Moral Studies, and I am a class teacher as well as an advisor for a student club. Plus, I’m always given the task of organising one school event after another.
It’s frustrating because I feel the workload is not being distributed evenly amongst the staff — those who are very ‘friendly’ with the headmistress seem to get away with doing much less.
She adds darkly, “I can’t help but notice that these teachers are of the same race as the headmistress.”
With almost 20 years of experience, another teacher claims that she has been passed over for promotions due to the colour of her skin.
“I don’t have any problems with my colleagues, but rather the principal,” she says.
Numerous younger teachers have moved up the ranks with ease, all of them of a certain race.
The only reason given to me so far was that I did not need a promotion because I’m doing so well in my current position.”
But as senior teacher Hasni* points out, any discussion of race is complicated in this country.
“I think that suspicion and fear are now so ingrained at all levels of our society – sadly, even among the educated,” she says.
“I’ve heard of similar claims in my school, but more often than not, it’s just a case of the teacher in question not being good enough.”
Generation gap
Like many wide-eyed young graduates, Azreen* was eager to put her theoretical knowledge to the test when she started teaching in a boarding school in Johor.
Much to her chagrin, she found that many of her senior colleagues were not interested in updating the status quo.
What I loved about teaching was the opportunity to try out ideas in engaging students.
“But some of the older teachers were not happy with my approaches in the classroom, although the students were responding really well,” says Azreen.
She adds that she felt pressured to adhere to norms that were at odds with her personal convictions.
“For instance, I insisted on speaking in English to my students, so as to encourage them to use and practise their language skills.
“As a result, I was ridiculed by other teachers who said that I had ‘forgotten’ my roots and I was too ‘Westernised’.”
After a few years of sticking it out, Azreen has since left the profession to join the corporate world.
Meanwhile, Bakar*, an assistant principal nearing retirement, has problems handling the younger generation of teachers.
What disheartens me the most is the complete lack of passion in the new crop of teachers,” he says.
They don’t bother taking any initiative or pride in doing their job well.”
Bakar says that having to constantly monitor teachers on basic tasks cuts into the time he needs for his own work.
I even have to check up on them to do things like preparing a lesson plan before stepping into class, or ensuring that they show up for co-curricular activities that they are in charge of.
“With a few notable exceptions, I have spoon-fed teachers with information and instructions just to get simple things done!” he exclaims.
Lecturer Chong* concedes that Bakar’s views hold water, as his teachers’ training college frequently receives such feedback from school principals.
It’s the attitude rather than the skills of young teachers that are giving administrators a headache,” says Chong, adding that the regimented environment in college may be a factor in causing apathy among trainees.
Bakar offers a more cynical point of view, saying that the problems plaguing the profession do not make it an attractive option for many.
The profession is one that demands sacrifice and patience, but a good number of young teachers are only in it for the want of other options,” he says.
“Unfortunately, the reality is that teaching is not exactly the top choice for most talented individuals, especially when they can get better paying jobs elsewhere.”
*Names have been changed.




Fikrah Q:
1) what goes in, goes out?
2) what u give, u get back?
3) for things to change, u have to change first?
4) People can't accept change, still they changed... sooner or later..
5) certain idealism can be practical when we change?
6) we used to be in the school, as students. still, our experiences are different.
7) My points of view may not be same as yours... although we see the same things?
8) Some people see only the trees, without seeing the forest...