Rabu, Mei 20, 2009

Prinsip Produk Kejuruteraan Insan

Kejuruteraan Insan adalah suatu pengoperasian yang bersistematik dalam membina dan mengkoordinasi suatu pembangunan insaniy, dan seterusnya akan melahirkan suatu generasi yang terarah dan tersusun dalam suatu sistem sosial yang kompleks dan pelbagai. Dengan kata lain, Kejuruteraan Insan adalah proses membina manusia menjadi Khalifah yang berfungsi.

Insan tidak dapat dibina dengan sekelip mata. Ia datang dengan proses yang panjang, dan memakan masa 20-40 tahun, untuk melihat satu generasi demi satu generasi, datang dan pergi. Sekelompok insan dipanggil masyarakat. Sekelompok masyarakat dipanggil Daulah (negeri). Dan seharusnya; generasi hari ini perlu membina generasi yang lebih baik daripada mereka, dan generasi mereka pada masa akan datang.

Kejuruteraan Insaniy ini juga tidak datang secara kebetulan. Ia harus disusun atur dan melalui proses latihan dan eksperimental yang jelas, dan akhirnya, mengeluarkan produk-produk yang berkualiti untuk mendapatkan hasil yang berkualiti juga. Kerja-kerja sebegini harus dipikul bersama oleh setiap insan yang hidup pada generasi hari ini.

Prinsip asas, yang membawa objektif, tujuan dan nilai tersebut harus bergerak secara seiring. Berikut, diturunkan prinsip-prinsip yang perlu ada dalam setiap pendekatan modul latihan oleh setiap ibu-bapa, ahli politik, guru-guru dan seluruh ahli masyarakat dalam proses ini:-

1) Membina generasi bertamadun dan berukun
2) Melahirkan masyarakat Rabbaniy dan Madaniy
3) Menjana potensi dalam kepelbagaian kecerdasan
4) Mengawal selia sistem dan operasi pengurusan insan
5) Menggarap sumber keinsanan bagi menerap semangat kesukarelaan dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
6) Mencetus budaya penambah-baikan dalam membina dan meneguhkan prinsip-prinsip kesejagatan ummat.
7) Meraikan keunikan dalam kesamaan; serta keindahan dalam kepelbagaian, berpaksikan dan berpandukan Akidah Tauhidiq.
8) Menerapkan amal jama'iy, dalam setiap perlakuan dan mengiktiraf kepimpinan dalam kepersatuanan.
9) Memandang dan meletakkan visi masa depan dengan positif dan optimis, serta penuh beriltizam dengan meletakkan cabaran dan halangan adalah ujian dari Tuhan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Ini merupakan cetusan pendapat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Fikrah dalam masyarakat hari ini dan sejarah silam. Malah, mungkin terdapat banyak lagi prinsip yang ada!
2) Mungkin dangkal, mungkin juga ada kebenarannya. Yang pasti, segala prinsip akan bermakna selagi ada tindakan.
3) Ini juga merupakan asas yang KAMI gunakan untuk membina dan merangka modul aktiviti bersama belia dan remaja di seluruh negara.
4) Ada rasionalnya kenapa prinsip ini diletakkan sebegitu, dan mungkin juga setiap dari satu itu, perlukan penjelasannya. Mungkin akan dirungkai satu-persatu selepas ini nanti.
5) Rahsia sudah dibongkari. Aset ini harus dikayakan dengan tindakan ahli dalam masyarakat. Tidak kira siapa kita, asalkan ada kemahuan, disitu ada jalan kemudahannya. Bukankah itu, apa yang diturunkan dari generasi demi generasi?






Tiada ulasan: