Rabu, September 16, 2009

Rasul Melayu

Abdul Kahar Bin Ahmad Jalal

1) Kahar mula terkenal semenjak tahun 2005 lagi; apabila telah didakwa oleh JAIS atas kesalahan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Beliau antara lainnya, mengakui sebagai Rasul utusan Allah, yang diutus kepada kaum Melayu.

2) Berikut adalah temubual anak beliau, Zulhelmi Abdul Kahar bersama dengan Metro Ahad satu ketika dulu tentang ayah beliau.


Metro Ahad (MA): Di mana ayah saudara sekarang? Pihak berkuasa mencari beliau bagi kes yang dibicarakan di mahkamah.Adakah beliau bersembunyi daripada pihak berkuasa?

Zul Helmi (ZH): Sama seperti Nabi Muhammad sebelum ini. Berlaku kejadiannya terhadap bapa saya. Nabi Muhammad juga diburu orang musyrikin di Makkah ketika itu untuk membunuhnya dan memenjarakannya atau hendak menyalibnya serta menyingkirkannya. Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Hira’, Gua Thur dan beberapa tempat lagi bagi menyelamatkan dirinya daripada orang musyrikin itu.



MA: Adakah ini bermakna ayah saudara tidak berani bersemuka dan menegakkan pendirian dan perjuangannya secara terbuka di mahkamah, apatah lagi ini boleh dijadikan platform terbaik buat perjuangannya berikutan kes ini turut mendapat liputan media?

ZH: Nabi Musa sebelum ini juga antara orang yang benar di sisi Tuhan dan juga Nabi Muhammad. Mereka juga lari menyelamatkan diri daripada orang kafir itu yang berniat jahat terhadap rasul dan orang yang beriman dan ahli keluarganya. Rasul dan orang beriman tidak memerlukan kepada manusia. Namun manusia memerlukan Rasul dan orang beriman bagi menyelamatkan diri mereka daripada azab pedih serta yang menghinakan atau membinasakan yang datang daripada Tuhan atau untuk masuk ke syurga.



MA: Sampai bila ayah saudara akan menghilangkan diri?

ZH: Hanya Tuhan yang tahu, tetapi bapa saya tetap meninggalkan kaumnya apabila sampai masanya dipanggil Tuhan.




Di dalam wawancara itu, Zul Helmi mengakui menjadi pengikut ajaran ayahnya kerana baginya, sesiapa yang tidak mengikuti ajaran Abdul Kahar adalah kafir. Bagaimanapun, dia menafikan bakal menjadi pengganti ayahnya untuk menyebarkan ajaran itu.



MA: Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia pada perjuangan bapa saudara?
ZH: Hanya segelintir yang beriman dan kebanyakan daripada mereka kafir.



MA: Maksud anda, sesiapa yang tidak menerima ajaran ayah saudara adalah kafir?

ZH: Benar. Oleh kerana ajaran bapa saya adalah ajaran Tuhan yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran.



MA: Adakah ajaran ayah saudara dijamin akan diteruskan? Siapa akan meneruskan ajaran ini dan apakah kelayakan untuk meneruskan ajaran ini?

ZH: Apabila ayah saya diwafatkan Tuhan, manusia kena mencari jalan dan cahayanya sendiri untuk selamat daripada azab api neraka dan untuk masuk ke syurga. Terpulang kepada pihak berkuasa dan berwajib sama ada ajaran bapa saya diteruskan atau tidak. Hanya rasul dan orang beriman layak menyampaikan ajaran Tuhan kepada manusia.



MA: Saudara tidak mewarisi ayah saudara?
ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya.



MA: Saudara bukan pewaris Rasul atau Rasul seterusnya selepas ayah saudara?

ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya dan ahli keluarga.



Di akhir wawancara, Zul Helmi juga mengesahkan dia diminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan kes bapanya, namun memberitahu dia masih mengkaji permintaan itu dan belum memberi persetujuan.



MA: Adakah Jais juga menyiasat saudara?

ZH: Itu di luar pengetahuan saya, tetapi saya diberi surat untuk membantu siasatan ke atas bapa oleh Jais. Termasuk juga dua adik perempuan saya. Mereka (Jais) juga mengugut kami adik-beradik jika (kami) tidak hadir dalam sesi soal-siasat, mereka akan mengeluarkan perintah mahkamah waran tangkap kepada kami adik-beradik.





Berita terkini

SHAH ALAM 16 Sept. - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Kahar Yahaya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi ini.
Suspek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini juga. -Utusan



KAITAN ABIM DENGAN KAHAR

Dalam satu keluaran Metro Ahad juga, Zul Helmi bin Abdul Kahar yang menggunakan nama Zul Kahar cuba mempengaruhi orang ramai membantunya mengesan kedudukan bekas isterinya yang kini hidup umpama pelarian demi menyelamatkan akidah anaknya daripada ‘direkrut’ sebagai pewaris ‘Rasul Melayu’.

Antara ‘iklan’ yang diuar-uarkan di dalam Facebook Zul Kahar adalah ‘My Missing Family’ (keluarga saya yang hilang) dan ‘Angkara Belia Iblis Malaysia — Abim & the gangs’.

Pada ruangan ‘keluarga saya yang hilang’, Zul Kahar meletakkan fotonya bersama bekas isteri dan anaknya manakala dalam ruangan ‘Angkara Belia Iblis Malaysia — Abim & the gangs’, Zul Kahar turut meletakkan foto bekas isteri dan anaknya.

Lelaki itu turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) yang didakwanya membantu menyembunyikan bekas isteri dan anaknya.

Zul juga tidak berpuas hati dengan usaha bekas isterinya menggunakan nama samaran terhadap anaknya yang tidak meletakkan bin Mohd Zul Helmi, sebaliknya hanya menggunakan nama Helmi.


Menerusi ulasannya, Zul cuba mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bekas isterinya dan Abim berniat jahat menculik anaknya dan menukar nama mereka tanpa persetujuannya,

sedangkan penggunaan nama itu hanya sebagai langkah keselamatan bagi mengelak Zul mengesan bekas isteri dan anaknya.

Tiada ulasan: