2) Setiap hari kita yang hidup ini akan berada dalam ruang lingkup 'masa'. Waktu ini sentiasa bergerak dari detik ke detik, tanpa menunggu sesaat pun. Dan dalam ruang lingkup ini jugalah, kita yang hidup ini menghirup udara untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana dengan amalan kita setiap saat? Bermaknakah setiap saat yang berlalu dan diusahakan sehabis keringat kita sehari-harian?
3) Ibarat satu perniagaan. Kos RM1000 dilaburkan, harapan kita untuk mendapat untung. Jika mendapat pulangan yang kurang RM1000, namanya rugi. Dalam kehidupan kita, dalam 24 jam sehari, 8 jam dilaburkan untuk berkerja, 8 jam untuk berehat, 8 jam lagi untuk menuntut ilmu dan melakukan ibadat khusus. Bagaimana dengan pulangannya? Maka, kita harus kembali semula dengan merujuk kepada syarat-syarat yang dinyatakan untuk memperolehi keuntungan.
4) Syarat pertama; beriman kepada Allah taala. Ini biasanya tidak ada masalah. Orang beriman akan memenuhi tuntutan rukun Islam, rukun Iman, dan rukun Ihsan. Muhasabah diri kita sebaiknya. Bagaimana dengan solat kita? puasa kita? Harta kita? sempurna dan sucikah? Soal keyakinan terhadap Allah, Rasul, kitab, Malaikat, Hari Akhir, dan ketentuan Illahi? Sudah selesaikah? Bagaimana dengan amalan kita? Ikhlas dan ihsan kah? Kalau yang ini pun sukar untuk dijawab dengan baik, bagaimana mahu teruskan syarat yang seterusnya?
5) Syarat yang kedua; amal soleh. Ini adalah kesan akibat iman yang sempurna dan ikhtiar dari diri kita sendiri. Berbuat baik adalah ma'aruf. Baik atau 'Birr' atau (Khair) adalah lawan kepada Mungkar, atau Batil atau (sirr). Sikap mahmudah adalah penting dan harus seiring dengan amal soleh. Tidak lengkap dan tidak sempurna amal soleh jika tiada sifat mahmudah. Malah, tidak salah jika dinyatakan amal itu sudah tidak soleh; malah itu adalah amal orang munafik dan fasiq. Nauzubillah...
6) Syarat yang ketiga; Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan adalah memberi nasihat; kata lainnya adalah memperingati, atau Tazkirah. Untuk melaksanakannya, haruslah dengan menyampaikan dengan lisan. Maka, ilmu dan pengalaman harus ditagih untuk mengukuhkan apa yang disampaikan. Ilmu untuk membuktikan apa yang disampaikan adalah yang benar. Pengalaman untuk membuktikan apa yang disampaikan adalah apa yang dilalui. 'Walk the Talk', bukan 'cakap tak serupa bikin'. Kalau tidak, sekali lagi, itu adalah amal orang munafik dan fasiq. Nauzubillah...
7) Syarat yang keempat; Berpesan-pesan dengan kesabaran. Apabila menyampaikan sesuatu nasihat, sudah dikira suatu usaha dan ikhtiar untuk kebaikan (amal soleh). Namun, kaedah 'touch and go', sentuh sekali dan terus jalan, tidak bermakna akan menyentuh hati dan memberi kesan kepada yang dinasihat. Ingat, yang dipesan adalah kepada diri sendiri dan orang lain. Diri sendiri yang utama; kerana telinga yang paling dekat adalah telinga kita. Apabila bicara soal hati, harus jelas bahawa hati adalah tempat tinggal nafsu. Nafsu harus didekati berkali-kali, berhati-hati, berhikmah, dan bermakna. Sekali tidak pernah mencukupi. Lantas, berkali-kali itu entah berapa kali; yang pasti harus dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Mungkin sehingga akhir hayat kita.
8) Setiap orang hanya punya 24 jam sehari. Sunnah Rasullullah SAW meninggal pada usia 63 tahun. Maknanya, sudah tidak berapa lama lagi... Setiap hari, entah bila kita akan dipanggil. Kita tidak mahu jadi orang yang rugi hidupnya tanpa keuntungan di hari akhir nanti. Tujuan hidup kita di dunia ini adalah semata-mata mencari keuntungan di hari akhir nanti. Maka, orang yang untung, adalah yang cukup 4 syaratnya dalam setiap amalannya. Dan jika cukup 4 syarat ini, maka dia akan untung di dunia, dan juga di akhirat kelak. Berjaya di dunia, dan di akhirat.
Selamat beramal dan berniaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan