Ahad, September 26, 2010

Program ‘Teach for Malaysia’:



Kempen untuk menarik pelajar cemerlang

‘Teach for All’ adalah enterpris sosial berangkaian global yang beroperasi di beberapa negara yang merekrut siswazah cemerlang dari universiti terkemuka dan pemimpin muda daripada pelbagai disiplin dan kecenderungan kerjaya untuk berbakti sebagai guru selama dua tahun di kawasan mundur. Program ini akan dapat menyediakan lebih ramai guru kepada pelajar yang berlatarbelakangkan sosioekonomi yang rendah mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya. Kini, program ‘Teach for America’ telah berkembang dan disertai oleh lebih daripada 20,000 peserta. Rangkaian ‘Teach for All’ juga meliputi pelbagai negara seperti India, Australia, United Kingdom, 
Jerman dan Peru.

Malaysia bercadang untuk melancarkan program ‘Teach for Malaysia’ yang berprofil tinggi untuk menarik siswazah cemerlang dan terbaik mengajar di sekolah yang berprestasi rendah atau di luar bandar selama dua tahun. Siswazah cemerlang di bawah tajaan korporat akan digalakkan untuk menyertai program ini, sebelum berkhidmat dengan majikan mereka. Peserta akan ditempatkan di sekolah berprestasi rendah memandangkan sekolah ini amat memerlukan motivasi, inspirasi dan guru yang berkualiti tinggi.

Peserta akan menyertai program latihan intensif menggunakan kaedah pengajaran terkini. Mereka juga akan diberi bimbingan dan sokongan secara berterusan daripada rakan sejawat. Di samping itu, pendedahan kepada latihan pembangunan kepimpinan akan diberi melalui latihan pengurusan dan peluasan jaringan dengan syarikat korporat terkemuka. Selepas dua tahun berbakti, peserta akan memahami dengan mendalam isu utama pendidikan di Malaysia, dan diharap dapat membawa perubahan sama ada dari dalam atau luar sistem pendidikan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru tau pasal program ni..maknanya kita bukanlah jadi cikgu tetap ye..2 tahun jela dpt jadi cikgu..boleh sambung x jadi cikgu terus?