Ahad, Julai 01, 2012

Cerita Ketua Kampung dan Cerita Perompak

Cerita 1
Satu kumpulan penduduk yang tinggal di sebuah kampung berpakat melantik salah seorang dari mereka menjadi Ketua Kampung. Kerana kedudukan kampung tersebut yang jauh dari bandar menyukarkan mereka dalam urusan jual beli, maka mereka kemudiannya mengutip duit dari setiap anggota dan diserahkan kepada ketua mereka untuk membeli makanan di bandar berhampiran. Ketua ini mengambil 30% untuk dirinya dan menggunakan baki 70% itu untuk membeli makanan. Setelah dibeli maka diserahkan kepada anggota lain untuk memakannya. Maka ada yang bertanya, “kenapa sikit sangat?” Ketua itu menjawab,kamu sepatutnya berterima kasih dengan apa yang telah saya berjaya belikan untuk kamu. Di kampung sebelah sana, habis semua duit diambil oleh ketua yang mereka lantik! Di sini sekurang-kurangnya kamu dapat juga makanan!






Cerita 2
Pada masa yang sama, sebuah rumah di kampung yang berhampiran telah dimasuki perompak. Setelah mengikat tuan rumah sekeluarga maka perompak tersebut mula mengaut barang kemas dan wang yang dijumpainya. Tuan rumah yang diikat mula mengutuk perbuatan tersebut dan menyatakan bahawa perbuatan mencuri harta keluarganya adalah zalim dan tidak bertamadun. Lalu dengan satu nafas perompak itu menjawab, “kamu patutnya bersyukur kerana saya tidak bawa lori dan curi seluuuruh isi kandungan rumah kamu! Saya berbaik hati meninggalkan TV serta peti sejuk dan saya tidak mencederakan ahli keluarga kamu. Kalau pencuri lain, habis licin dia kerjakan kamu!”

Petikan dari blog khalidsamad.com
(Sumber : http://www.khalidsamad.com/2012/06/sketsa-jumaat-ketua-kampung-perompak.html)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Fikrah:
Cerita-cerita sebegini sememangnya perlu sebagai pencerahan kepada masyarakat. Berfikir dalam naluri asas sebagai seorang insan; lebih mudah dan hakiki daripada memberi fakta atau butiran yang panjang lebar... Apabila sudah faham premis yang ini, baru boleh buka kitab selanjutnya.

Tiada ulasan: