Memaparkan catatan dengan label pemimpin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemimpin. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 22, 2010

Festival Busana Muslim hina Islam - Helwa Abim

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius penganjuran Islamic Fashion Festival atau Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang gagal memenuhi serta mematuhi kehendak syariah serta konsep aurat yang digariskan di dalam Islam.

Helwa Abim berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, Helwa Abim merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya,” ujar Naib Presiden Helwa Abim, Fadhlina Siddiq dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, katanya apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival itu nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas.

Tegasnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam yang hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam.
Tambahnya, aa bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

“Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun,” ujarnya.

Jelasnya lagi, anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata kerana ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran.

Beliau memetik maksud ayat Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya.

Begitu juga dengan firman Allah SWT di dalam Surah al- Ahzab, ayat 59 yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya.

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung festival tersebut.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim itu yang jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pastinya pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran.

Justeru, Gamis mempersoalkan ke mana perginya badan-badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur, ayat 31.

Katanya, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam.

Tegasnya, Gamis mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Tambahnya, sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu itu.

“Dulu umat Islam sangat sensetif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman pada hari ini sebagai membantah tindakan penganjuran festival itu.

Sehubungan itu, katanya Gamis meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan ke atas muslimah seluruhnya di samping bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar.

Sumber: Harakahdaily

Khamis, September 02, 2010

Mencipta kemenangan dalam perubahan

1) Allah berfirman, maksudnya:
"(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". 
(surah al-Mukminun, 23:2-11).

Ayat di atas menunjukkan bahawa kemenangan itu terletak pada iman, solat, akhlak, maruah, harta, janji dan amanah. di mana ia merujuk kepada tiga elemen utama iaitu akidah, ibadat dan akhlak. Tanpa akidah yang murni, ibadat yang benar dan akhlak yang terpuji manusia pasti tidak mampu mencipta sebarang kemenangan dalam kehidupannya. Cermin keadaan kita, dan ahli-ahli kita. Persoalan asas ini harus diselesaikan segera untuk mencipta kemenangan!

2) Sejarah mengajar dan mendidik kita dengan suasana dan pendekatan yang berbeza. Bukan nama watak yang penting; Fokus adalah pada pengkisahan sebab-akibat yang menjadi sejarah dan harus dipelajari oleh generasi terkemudian. Dalam kitab Quran, tidak ada tertulis nama Qabil dan Habil sebagai anak Adam a.s. Namun, Allah merakamkan kisah mereka agar watak itu yang harus dijadikan pelajaran untuk seluruh manusia. Sejarah anak Adam a.s melihatkan manusia ini akan punya warna yang pelbagai dengan pilihan kehidupan juga adalah pelbagai. Yang pasti, sejarah menjadi kayu ukur generasi hari ini menilai (evaluate) dan mentaksir (assess) , dan mencermin diri (muhasabah) seterusnya melihat kembali langkah-langkah yang telah kita lalui. Adakah jalan yang kita lalui, adalah jalan ke arah kemajuan? ataupun sebaliknya, berundur ke belakang? Berikut, disenaraikan semula faktor kekuatan ABIM-PKPIM pada awal kemunculannya di persada dakwah, berdasarkan catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010. 
  1. Kekuatan wadah persediaannya daripada PKPIM
  2. Ketepatan waktu kemunculan 
  3. Karisma pemimpin utamanya
  4. Kepimpinan Jamaiy
  5. Memanfaatkan dinamika kePemudaan dan dinamika keIslaman
  6. Kekuatan Fikrah / Idea / Gagasan
  7. Keberkesanan tarbiyyah Ilmiyah, Ruhaniyah, Harakiyah
  8. Keberkesanan mekanisme / jentera  organisasi
  9. Komitmen yang tinggi dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
9 senarai ini adalah asas faktor yang menjadikan ABIM-PKPIM kekal sehingga hari ini. Kesemua faktor ini adalah seiring tanpa meninggalkan satu pun daripadanya sepanjang gerakannya. Jelas ditulis, diamal, dan dibudayakan dalam segenap lapisan ahli dari Presiden, sehinggalah ahli yang baru mengenali ABIM-PKPIM. Di manakah standard Haraki kita pada hari ini? Adakah kita mengamalkan teras yang terbukti berkesan dalam lipatan sejarah kita ini? Faktor pertama dan kedua adalah faktor kesedaran pada waktu itu. Faktor ketiga adalah faktor peribadi tokoh tertentu. 6 Faktor yang lain adalah faktor utama keberkesanan Haraki dan kesenian dalam berorganisasi. Justeru, di manakah kita berdiri pada hari ini dalam rangka harakah yang dibina sejak ia ditubuhkan?

3) Keutamaan dalam ahli gerakan adalah untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang mendekatkan diri dengan Allah. Akidah tauhidik disemai, dibajai dengan sistem idealisme dalam pentarbiyahan yang teratur seperti majlis ilmu, usrah, dan tamrin, seterusnya nilai aktivisme yang mewarnai praktikaliti dalam menterjemahkan segala yang disemai dan dibajai tadi. Keseluruhan sistem ini adalah suatu medan ibadah yang saling melengkapi dan dibudayakan dengan wajar tanpa kompromi. Walaupun begitu, hal-hal sampingan seperti kuantiti ahli, kuantiti program, serta populariti massa, sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri. Namun, ia kekal sebagai hal sampingan. Kisah-kisah Umar al-Khattab banyak memberi inspirasi bahawa nilaian yang utama adalah di sisi Allah, bukan dari kaca mata manusia.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(At-Taubah : 41)

Pengajaran penting dalam ayat di atas adalah jelas supaya kita bersama-sama keluar jihad di jalan ALlah, dan berjihad dengan jiwa raga, dan harta benda, serta janganlah mencari-cari alasan dan tunduk kepada hawa nafsu tersebut. Berangkatlah dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam keadaan mudah mahupun susah, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, sedikit bekalan ataupun banyak. Kerana di situlah terletaknya kemenangan hakiki. Jihad ini bukan kerana sebab manusia; ajakan kawan, semangat-semangat yang penuh emosi, mahupun janji kebendaan. Jihad ini adalah untuk agama Allah! Muhasabah kembali, di mana kita berdiri apabila pergi program-program Jemaah? Atas sebab apa? Untuk apa?

4) Perlu diketahui bahawa bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan, tetapi semua perpecahan bermula daripada perselisihan.  Malah, adanya perselisihan menunjukkan adanya suatu dinamika dalam satu-satu organisasi. Oleh itu, segala bentuk perselisihan perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan, kejumudan, dan berburuk sangka dalam emosi yang tidak keruan. Pendeknya, ia perlu ditangani; bukan dielak, ditangguh atau disembunyikan. Malah lebih malang, jika menidakkan bentuk perselisihan yang ada. Walau sekecil mana ia kelihatan, pastikan ia tidak menjadi barah dan merebak kepada keseluruhan organisasi. Soalnya, jika ia sudah merebak sehingga ke akar umbi, apa yang harus dilakukan? Hendak dibuang sel barah, dibimbangi akan merosakkan keseluruhan badan. Namun, kalau tidak dibuang, badan akan terus merana dan akhirnya akan ada organ penting yang akan mematikan keseluruhan badan! Jangan pula Jemaah kita diibaratkan seperti 'batang pokok yang kelihatan kukuh di luar, tapi amat rapuh dari dalam; reput di makan anai-anai' Nauzubillah. Kembalilah kepada fitrah dan teras gerakan haraki kita. Asas penubuhan dipasakkan kembali supaya tidak hanyut di bawa badai massa yang sentiasa tidak tentu halanya.

5) Cerita dakwah adalah cerita indah. Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin Allah, orang yang didakwah berubah; daripada bersikap negatif terhadap Islam menjadi orang yang taat dalam beragama. Daripada pemikiran yang sekular dan liberal kepada kembali kepada cara hidup Islami yang sebenar. Daripada menganggap Islam sebagai kolot dan ketinggalan zaman, kepada seorang yang cintakan ilmu Islam. Prasyaratnya adalah mewujudkan keikhlasan dalam diri, usaha yang tidak pernah kenal jemu, ilmu dan pengalaman yang harus ditingkatkan. "Kerja dakwah adalah tugas aku; pemberi hidayah adalah tugas Allah. Apabila orang tidak berubah, caraku mungkin tidak kena. Aku harus bersama-sama dan berusaha menjadi lebih baik. Orang tidak harus dipersalahkan. Putus asa tidak ada dalam diri." Inilah susun atur ikrar niat dan azam kita apabila turun ke medan dakwah. Selagi prinsip ini menjadi tunjang Daie, dan Murabbi, gerak kerja Dakwah dalam Harakah dan dalam diri sendiri, akan terus subur dan seterusnya Islam akan terus bangkit membawa perubahan.

Rabu, September 01, 2010

Civics; civil conduct, consciousness and duty

Dare to make the difference

TEACHER TALK
By NITHYA SIDHHU

Teachers tend to focus on the negative when confronted with an issue, but sometimes they just have to be innovative in finding a solution.
AS A teacher, the most important thing I must do is to connect with my students.To me, this connection between teacher and student is very important as it underlines the relationship I have with my students.
It is like the the wires of the TV — when you don’t connect them or when you connect them the wrong way, you will get neither the picture nor the reception.
This year, I was asked to teach Civics to several Form Three classes.
As part of the syllabus, the students were expected to do a community service project (projek khidmat masyarakat) for which they would be allocated 20% of their mid-year examination marks.
Since Civics is a non-examination subject, naturally there were students who pleaded with me to allow them to do their Living Skills homework, their Geography projects or Mathematics during the Civics period. One student even told me that I shouldn’t be wasting my time teaching the subject!
It all boils down to attitude of course. To him and his classmates, Civics was just a “filler” subject on the time table.
As the teacher assigned to teach them Civics, I knew that I would be held accountable.
It was my duty to make sure that they understood phrases like “civil conduct”, “civic duty” and “civic-consciousness”.
They began to realise the significance of these words only after I explained them. To be honest, given their attitude, I could have really taken it easy.
I could have asked my students to complete their homework during the Civics lesson and they in turn would have accepted my gift of time with two grateful hands.
However my personal challenge was to change their mindset about the subject. The community service project, for instance, had to be done.
I didn’t want my students to do a project just to fulfill an academic requirement. I wanted them to understand what they had to do and why. 


“In life, we have to serve and sometimes put the needs of others before our own,” I told them.
Civic duty
“Take teachers for example, since they work for the government, they are part of the civil service and therefore civil servants.”
“In our job as teachers, we have a civic duty to perform – the most important of which is to teach the children of this nation with responsibility and integrity.
“We have to be accountable for our actions as well.”
This was the way I taught Civics. I talked to them about local and world leaders, about the cultures of others, thinking skills, about hard work and the sacrifices they make, and about being aware of others who were less fortunate than us.
I talked about the importance of service, why it was necessary and what it could do for our souls, if we chose to serve well.
In the good classes, students quickly understood what was required of them and got cracking.
I explained the project clearly and I told them the format of the report that was expected of them.
In these classes, I even communicated the urgency of them finishing their projects as early as possible, so that they would have the rest of the year to focus on their examination subjects.
In the weak classes, it was entirely different. Not only were they apathetic towards the subject, they chose to disregard it openly.
They also had language problems and no writing skills.
How was I to expect them to understand what a community project was, show interest in it, and then write about the project paper using the proper format?
Community service
However, I found a way out. I decided to make them work on projects during school hours like cleaning up the school compound, helping at the library where they rearranged books, while some helped to sweep the surau (prayer room).
Once they were done, I used the small group teaching style.
With each group, I would probe and question ( a method known as the Flander’s method) until I knew they had understood what community service was, and why it was part of our civic responsibility.
By providing a guided writing format, I helped each group write out their report on the project.
Yes, the words were often mine and yes, they couldn’t spell many words. But I coached them until my mouth was dry. Their reports were brief but I was satisfied and so were they.
In my experience, teachers sometimes choose to focus on the negative when they are working with academically-challenged students.
“I can’t help this lot. They’re hopeless. They don’t want to learn. They can’t even read,” are some of the comments I have heard.
The truth is don’t blame your students if they are not able to perform up to your expectations.
Before you condemn them, talk to them and find out what their problems are. Are their problems related to learning or other issues?
Then, get creative and help them.
As the ancient Roman philosopher Seneca observed, “It is not because things are difficult that we do not dare; it is because we do not dare that they are difficult.”
Dare to listen to your students and you will dare to make the difference.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-


Pendekatan bersepadu dalam memberi didikan secara 'lively approach' (berasaskan kehidupan sebenar) adalah lebih relevan dan dekat dengan murid. Murid harus merasa mereka adalah sebahagian dalam masyarakat. Bentuk hubungan yang intim dalam konteks mendengar dan mengambil berat pengkisahan mereka. 


... kerana sekolah adalah tempat untuk memanusiakan manusia!

Sinar Ramadhan; Seorang Sekampit Beras


ABIM Selangor bersama ABIM Daerah Kuala Langat menganjurkan Sinar Ramadhan ; Sekampit Beras di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang , Kuala Langat. Program yang mendapat sokongan daripada Masjid Assobirin , Kampung Bukit Changgang turut di hadiri oleh Tn Hj Shamsuddin Misran , Ahli Majlis MDKL Zon 24. 

Dalam ucapan Nazir Masjid Assobirin Kampung Bukit Changgang, Ustaz Mohd Rasyid Kandam menyatakan ini adalah ziarah ukhuwah fillah antara Masjid Assobirin dan saudara kita di kampong ini. Sebagai Masjid yang paling hampir dengan perkampungan ini , beliau mengajak Tok Batin , En Salehuudin Abdullah dan anak buahnya bersama-sama menngimarahkan program-program yang dibuat di Masjid.

Kampung (orang asli) Bukit Serdang, Kuala Langat terletak bersebelahan Kampung Bukit Changgang. Terdapat seramai 17 keluarga saudara kita di sana. Pada majlis ini di sampaikan 17 kampit beras dan makanan iringan kepada saudara kita. Seorang penggerak orang asli telah ditempatkan oleh JAKIM iaitu Ustaz ridhwan untk membimbing saudara kita kea rah Islam yang syumul.



Dalam tazkirah ringkas Timbalan Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat Sdr Khairudin bin Abas mengingatkan bahawa ramadhan yang berbaki ini perlulah direbut sewajarnya dan semangat ukhuwah islamiyyah perlu terus diperkukuhkan lebih-lebih lagi dalam membimbing diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Salah seorang saudara kita Pn Rohani Abdullah mengharapkan agar pihak ABIM dapat membantu saudara kita terutama anak-anak mereka dalam mempelajari ilmu agama seperti mengaji al-quran kerana kehidupan dan ekonomi yang tidak kukuh , pelajaran al-quran tidak dapat dipelajari dengan baik di sini.

Majlis tamat selepas berbuka puasa dan solat maghrib . Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat terutama Persatuan Peniaga Tom Yam Bukit Changgang yang menaja Jamuan Berbuka Puasa.

Isnin, Ogos 30, 2010

SUBUR JIWA MERDEKA MELALUI RUH RAMADHAN


SUBUR JIWA MERDEKA MELALUI RUH RAMADHAN

Oleh: Hasri bin Harun
Presiden 
Kumpulan Pengajian Islam Malaysia ,UK & Eire ( MISG-ABIM)
(Mantan YDP ABIM Selangor)
(Sedikit petikan daripada artikel asal)


RAMADAN DAN JIWA MERDEKA
Syukur alhamdulillah dizahirkan pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan ke-53 di dalam bulan mulia Ramadan al-Mubarak. Ramadan sememangnya menyubur jiwa merdeka sebenarnya dikalangan manusia. Kemerdekaan dalam erti yang sebenarnya wajar disemai supaya kita tidak hanya memahami konsep merdeka dalam perspektif yang terhad. Merdeka daripada penjajahan adalah hanya satu daripada elemen kemerdekaan dalam Islam, namun pelbagai takrifan dan penjelasan yang timbul apakah merdeka dan kemerdekaan yang menjadi inti dan asas yang seharusnya difahami secara menyeluruh. Jika kita membuka lembaran sejarah menurut perspektif yang sebenar maka kemerdekaan ini adalah suatu topik yang cukup luas untuk dibentangkan. Justeru kita bersyukur kerana berada didalam suasana keislaman. Moga Ramadan ini sedikit sebanyak membuka bibit kefahaman untuk menelusuri erti merdeka yang sebenarnya. Maka ianya secara jelas bahawa merdeka yang kita sambut ini tidak haya akan dijiwai sekadar satu sambutan fizikal tetapi lebih menyeluruh adalah satu tuntutan keagamaan, sosial dan kenegaraan. Persoalan yang sering timbul adalah bagaimana kita hendak melihat generasi baru hari ini menghayati erti merdeka jika mereka tidak disemai dengaj jiwa kerohanian dan keagamaan . Lantaran kita lihat mereka hanya melaungkan merdeka tetapi jika diselidik kesedaran dan kefahaman adalah jauh daripada inti dan asas merdeka yang sepatutnya menjadi teras dalam jiwa dan sanubari.

Ramadan adalah bulan taqwa. Didalam bulan inilah Allah SWT menjanjikan pelbagai rahmat dan keampunan kepada hambanya yang benar-benar meyakini akan keesaanNya disamping melaksanakan tugas dan tanggungjawab melakukan ibadah kepada nya. Apakah hubungan taqwa dalam konteks Ramadan dalam menghayati merdeka dan kemerdekaan. Taqwa bermaksud menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat manakala Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dalam riwayat imam Bukhari dari Abdullah ibn Abbas dengan sabda baginda “Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. Bagaimana kita hendak menyubur semangat taqwa dalam diri generasi baru hari ini agar makna merdeka yang mereka fahami tidak tersasar. Taqwa itu maknanya mentaati perintah Allah. Mari kita lihat apakah kita mendidik generasi kita mentaati perintah Allah? Dalam suasana hari ini betapa banyak kes-kes buang bayi berlaku. Ancaman demi ancaman yang menjadi serangan dalam masyarakat telah membangkitkan kesedaran bahawa perlunya proses islah dikalangan generasi muda bagi menjauhi amalan zina. Justeru amalan zina yang kita lihat ini haruslah bermula dengan kefahaman Ilmu, mengurangkan pergaulan bebas dikalangan generasi muda lelaki dan wanita. Ia juga difahami dalam konteks ruh islami iaitu mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Apakah kita benar-benar mentaati perintah Allah jika kita yakin untuk memerdekakan diri kita atau sebaliknya. Jika kesedaraan agama ini diabaikan, perintah Allah ini sekadar dipinggiran mana mungkin kefahaman merdeka sebenarnya akan berlaku dalam jiwa. Anjurlah berpuluh-puluh program kemerdekaan jika ianya disalut dengan amalan yang tidak berteraskan agama dan kerohanian, merdeka yang ditanam tersebut hanya kulit sahaja. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 92 yang bermaksud:

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). Oleh itu jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.”


BAGAIMANA MENSYUKURI NIKMAT MERDEKA
Kita selalu diingatkan supaya mensyukuri nikmat kemerdekaan oleh pemimpin-pemimpin besar. Persoalan sekarang bagaimana kita hendak menzahirkan kesyukuran tersebut agar ianya benar-benar memberi kesan dalam jiwa generasi muda hari ini? Mari kita renung firman Allah dalam surah al-hajj ayat 41 sebagai manifestasi menyubur ruh Ramadan dan mensyukuri nikmat merdeka : ”orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”

Pertama: mendirikan solat adalah satu tuntutan agama yang menjadi teras mensyukuri nikmat merdeka. Jika generasi muda tidak mendirikan solat bererti mereka tidak mempunyai ruh untuk meyakini akan semangat merdeka secara menyeluruh. Maka kempen solat dan mengimarah masjid-masjid adalah perlu digerakkan supaya mereka melaksanakan solat . Ianya mesti diperkasa moga generasi ditanam semangat dan ruh solat agar mereka meyakini akan kesyukuran merdeka. Bagaimana mereka hendak bersyukur dengan kemerdekaan jika amalan wajib seperti solat ini diabaikan. 


Kedua, elemen menunaikan zakat adalah juga perkara yang harus menjadi amalan dikalangan generasi muda jika mereka hendak mensyukuri nikmat merdeka. Menunaikan zakat ertinya mengeluarkan harta untuk membantu orang lain. Ianya bererti Islam melatih generasi muda supaya menerap semangat patuh kepada perintah Allah dengan membantu orang lain atas kejayaan hasil daripada harta kita. Perkongsian inilah menjadi teras kesyukuran nikmat mereka. Jika generasi dilatih bersikap individualisitik,mencari kekayaan untuk diri dan keluarga semata-mata mana mungkin usaha membantu orang lain dalam Negara yang merdeka dapat dilakukan maka akan meningkatnya kemiskinan dan kadar kemiskinan juga pastinya bertambah. 


Ketiga, melebarluaskan elemen amar makruf nahi mungkar. Inilah juga satu usaha bersepadu untuk generasi mengangkasakan harapan mereka kepada Negara supaya gejala sosial dapat dibanteras. Jika generasi muda sambil lewa, tidak mengambil berat soal akhlak, sosial , terjebah dengan gejala yang bercanggah dengan islam, ingkar dengan perintah agama daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah, tidak menggalakan orang lain melakukan dakwah dan sebagainya mana mungkin kesyukuran itu mampu diletak dipersada. Melatakan amar makruf nahi mungkar adalah satu usaha bersepadu yang digembeling dalam bulan Ramadan harus diperkara dan digerakkan bahkan jika dapat dijadikan agenda perdana maka inilah salah satu usaha mendidik umat agar memahami akan tanggungjawab cintakan Negara. Amar makruf nahi mungkar sebenarnya menanam jiwa kasihkan bangsa, tanahair serta tidak mahu melihat Negara terjerumus dengan gejala yang tidak baik. Bila generasi terdidik dengan semangat amar makruf nahi mungkar maka inilah juga satu langkah menanam semangat merdeka, cintakan Negara dan tidak mahu melihat segala kebaikan yang subur di negara dinoda oleh ancaman yang tidak baik.


(Sumber : http://abimselangor.blogspot.com/ )

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

I rest my  case!

Ahad, Ogos 29, 2010

Fatwa semasa berkaitan Masjid

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid



Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. 

Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.


(Sumber:  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) Setiap kali ada sesuatu isu yang tidak pasti fiqh pengamalannya, kembali dan  rujuk kepada Pakarnya. Dalam konteks Malaysia, terdapat  badan rasmi yang mengeluarkan fatwa dan hukum tertentu dalam perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama melalui muzakarah yang bukan kepalang antara mufti-mufti setiap negeri. Hak negeri dan hak persekutuan harus difahami dengan jelas supaya diri sendiri tidak terikut-ikut dengan rentak media yang fokusnya adalah kepada populariti. Hidup dalam ber'hukum' tidak harus bersifat ikut-ikutan dan berteras kepada populariti. Yang Hak, tetap Hak. Yang batil, tetap batil.

2) Orang kebanyakkan pula (seperti kita) harus juga membudayakan sikap yang berteraskan Ilmu pengetahuan dengan membanyakkan membaca. Selain itu, kita digalakkan untuk mengkaji dan menyatakan kebenaran walaupun berada di pihak yang minoriti. Ini bermakna, kita harus bersedia menghadapi ancaman, pulauan, kata keji nista di belakang, dan segala macam cubaan untuk menidakkan kebenaran. Namun, percaya dan yakin pada janji Tuhan. Jika kita menolong agama Tuhan, Tuhan akan pasti menolong kita; dan Tuhan tidak pernah memungkiri janjiNya.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Penilaian Prestasi Pegawai Awam

Bagaimana menilai Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam?
Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.2 tahun 2009

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2009/02/spp022009.pdf 
--> contoh SKT disediakan pada Lampiran B
--> contoh pemberian markah untuk Sumbangan Luar pada Lampiran C


Apakah dasar atau peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan pengurusan prestasi?
Dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan pengurusan prestasi adalah seperti berikut:
  1. P.U.(A) 176 / 2005 – Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan – Lampiran A;
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2005 – Pemantapan Penilaian Tahap Kecekapan; dan
  4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
Apakah syarat untuk layak dipertimbangkan anjakan gaji?
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, syarat untuk pegawai dipertimbangkan anjakan gaji pertama adalah seperti berikut:
  • Disahkan dalam perkhidmatan;
  • Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras IV;
  • Berkhidmat tidak kurang 3 tahun;
  • Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Manakala syarat untuk pegawai dipertimbangkan anjakan gaji kedua adalah seperti berikut:
  • Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada aras IV;
  • Telah memperolehi anjakan gaji pertama tidak kurang daripada satu tahun;
  • Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Apakah dasar atau syarat pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?
Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian APC kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:
  • Genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian;
  • LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan; dan
  • Mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.
Apakah prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi?
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi adalah seperti berikut:
  • Pelaksanaan penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus;
  • Berasaskan kepada mutu penghasilan kerja dan tingkah laku PYD ke arah pencapaian objektif organisasi; dan
  • Menggalakkan persaingan positif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.
Bolehkah PPSM meminda markah pegawai?
Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh, PPSM boleh mengubah suai dan menyelaras semula markah.




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah :-

1) Membuat penilaian manusia yang subjektif sifatnya secara objektif, pasti memberikan pelbagai persoalan, dan isu-isu berbangkit serta ketidakpuashatian. Namun, itu adalah cabaran sebagai pemimpin. Lagi-lagi, apabila suatu penilaian itu melibatkan perkembangan kerjaya, peningkatan gaji, dan rekod sepanjang perkhidmatan.Persoalan keikhlasan, itu pengkisahan lain. Itu, antara dirinya dan Tuhannya. Ini persoalan dirinya dengan tuannya. Dalam soal ini, ketertiban dalam menjalani tugasan penilaian harus berteraskan daya integriti yang tinggi dan terpuji, tanpa terpengaruh dengan emosi dan amarah. Fakta dan bukannya auta! Dokumentasi dan bukannya Duitkopikasi. Perhatikan supaya tidak melakukan yang ini:


a) memberi pertimbangan di luar tahun semasa, --> Nilai apa dicapai tahun semasa 
b) berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikan dan --> Tiada kena-mengena; Bukan sekadar persepsi ini perlu dijauhi, malah ia perlu dilihatkan dijauhi.
c) berasaskan dokumentasi yang bertaip? --> Nilai apa yang disuratkan, bukan bagaimana cara ia disuratkan
d) menggilirkan dan merancang siapa yang cemerlang? --> Setiap penilaian tidak harus dilihat seperti terancang sifatnya. Apabila Orang luar lihat sebegitu, maka, nilai APC sudah lagi tidak dihormati secara profesionalnya. 


2) Meneliti dan memahami persoalan ini, tidak bermakna mencabar keputusan yang dibuat oleh Pegawai Penilai. Sekadar berkongsi maklumat yang seharusnya diketahui oleh kesemua penjawat awam akan hak mereka, dalam konteks tahu di mana kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Malah, ini adalah hak pelanggan. Kalau guru, pelanggannya adalah murid, ibubapa, dan masyarakat. Bukankah idea keseluruhannya adalah untuk meningkatkan prestasi kerja? Kalau sudah tahu, tapi tidak melakukan apa-apa, itu namanya ibarat pohon yang tidak berbuah. Sia-sialah... Kalau belum tahu, kenalah ambil tahu. Yang penting, Pegawai harus mengetahui:-

a) kenapa beliau mendapat penilaian begitu? dan
b) bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaian pada tahun akan datang?

3) Lantaran, entri ini ditulis untuk tatapan dan renungan bersama PYD, PPP, dan PPK... Menilai manusia tidak seharusnya bersifat copy n paste, tidak juga bersifat ikut tradisi, mahupun senioriti. Kuasa yang ada di tangan tidak harus disalah-guna, walau orang yang dinilai tidak tahu dan baca pun maklumat ini. Usah dimain-mainkan kesungguhan orang lain bekerja. Setiap yang bernyawa, pasti punya perasaan. Rasa bersyukur, rendah diri dan menerima seadanya dengan penilaian yang diberi jangan pula diambil mudah oleh Penilai untuk menilai dengan sembrono dan seadanya. Semua maklum, isu ini akan sentiasa bermain pada setiap tahun. Bukan mudah hendak membuat keputusan yang tepat. Maka, beristikharahlah, dan berserahlah kepada yang Esa, setelah kita melakukan tanggung-jawab dengan baik. Selebihnya, kita serahkan kembali kepada Yang Esa. 



Siapa kata senang jadi pemimpin?


(entri sempena Penganugerahan APC  2010)
(Tahniah kepada penerima dan semoga teruskan kecemerlangan)

Khamis, Ogos 05, 2010

pilihanraya pilih ketua murid di sekolah

Perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih Ketua Murid di sekolah-sekolah diarah dihentikan. Pekeliling berkaitan telah diedarkan dan boleh dimuat turun dari internet(di sini)

Walaubagaimanapun, sebab dari larangan berkenaan tidak berapa kuat iaitu (Kementerian Pelajaran Malaysia) KPM berpandangan bahawa sistem berkenaan tidak sesuai dilaksanakan atau didedahkan kepada murid-murid sekolah.

Tindakan berkenaan menimbulkan sedikit kejanggalan apabila, program berkenaan yang sepatutnya bertujuan baik bagi melatih pemimpin kecil disekat untuk diadakan lagi. Tahukah kita bahawa perlaksanaannya di sekolah cukup aman dan tenteram. Tidak berlaku rusuhan dan rasuah. Cukup tertib dan teratur.

Beberapa sekolah rendah dan menengah di Selangor dan Seluruh Malaysia begitu bangga menyiarkan kejayaan pelaksanaan program berkenaan hinggakan ada yang disiarkan di dalam Berita Perdana TV3, akhbar dan majalah.

Pelajar dilatih dengan cara pengundian yang ringan dan terkawal serta sesi pidato oleh murid yang bertanding. Ketua pengawas bukan sahaja dipilih oleh semua murid tetapi oleh guru-guru juga. Tentunya calon yang terpilih lebih berkualiti.

Sistem demokrasi berpilihanraya juga diajar di dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan dan juga subjek Sejarah pada peringkat menengah. Perlaksanaan piliharanya di sekolah merupakan satu praktikal terbaik untuk pelajar memahami proses pilihanraya yang berlaku di Malaysia.

Adakah kita tidak sudi untuk melihat bakal pemimpin yang dilahirkan, adalah mereka yang benar-benar layak dan berketrampilan untuk memimpin?. Adakah kerajaan bimbang pemimpin-pemimpin kecil ini akan buat kacau di universiti apabila mereka melangkah ke menara gading nanti?

Mungkin juga pelbagai sekatan terhadap pilihanraya di universiti mempunyai kaitan dengan arahan berkaitan pilihanraya di sekolah-sekolah. Jika ini tujuannya, tidak mustahil kepimpinan pelajar di universiti pada masa akan datang tidak akan bermaya atau hanya sebagai pak turut sahaja.

Jika sistem berkenaan tidak sesuai untuk didedahkan kepada murid-murid sekolah, lebih baik hapuskan sahaja tajuk berkenaan yang terdapat di dalam subjek Sejarah. Hapuskan juga tajuk mengenai tokoh-tokoh negara yang berjuang menuntut kemerdekaan kerana tokoh-tokoh ini adalah pendokong kuat demokrasi berpelembagaan. Dibimbangi mereka akan menjadi idola pelajar-pelajar kita.

Kita perlu sedar bahawa sistem ini sebenarnya telah lama dipraktikkan di kebanyakkan sekolah. Kenapa kita perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Di luar Negara, sekolah tingginya mengadakan pilihanraya bagi memilih ketua pelajar. Dengan menyekat program berkenaan kita bukannya maju ke hadapan, tetapi kita telah mundur ke belakang. Inikah pendidikan bertaraf dunia yang diharapkan?

Saya berpendapan adalah lebih baik KPM menyediakan satu garis panduan bagi mengawal dan menambahbaik piliharaya di sekolah-sekolah. Galakan perlu diberikan kepada sekolah-sekolah yang belum melaksanakan sistem ini.

Tindakan menghalang sistem berkenaan dari dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah satu tindakan yang terburu-buru dan tanpa melalui kajian ilmiah yang mendalam. Janganlah kita menyekat perkembangan murid-murid kita hanya dengan satu alasan yang umum dan rapuh.

SERI



(sumber : http://www.harakahdaily.net/v2)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-

1) Waktu pembelajaran di sekolah, adalah tempat yang cukup sesuai untuk belajar segala-galanya. Di sinilah, segala idealisme dalam kehidupan dicurah dengan penekanan soal disiplin yang tinggi, belajar mematuhi arahan, belajar untuk membuat kesilapan, belajar untuk mencurahkan daya kreativiti dan penumpuan daya kritis dalam membuat keputusan, serta bertanggung jawab juga terhadap keputusan yang telah dibuat. Kalau mereka tidak melakukan kesilapan di sini, adakah kita rela menerima kesilapan mereka semasa mereka benar menjadi pemimpin dalam masyarakat kelak?

2) Ironinya, di saat guru-guru DG 41-48 dibenarkan berpolitik kepartian, anak-anak tidak pula dilatih untuk berpolitik dari luar lingkup parti, yang sudah tentunya lebih sihat, dan lebih matang! Hakikatnya, banyak yang boleh orang dewasa pelajari daripada anak-anak. Mereka tiada kepentingan, kudus, jujur, suci, dan boleh dibentuk. Hanya orang dewasa punya kepentingan dan -isme yang kadang-kadang merapu-rapu, dan kadang-kadang, lebih sudu dari kuah.

3) Sebagai perkongsian, sistem di MRSM, telah lama mengadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin. Sistem pengawalan murid juga sangat berkesan. Badan-badan pelajar terbahagi kepada 3, berdasarkan fungsi masing-masing. Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Ini adalah 3 badan pelajar yang berasingan namun mendokong aspirasi yang sama; iaitu untuk memantapkan sistem pentadbiran dan pengurusan, serta kebajikan pelajar.

Secara ringkasnya, LDP adalah sinonim dengan Badan Pengawas, yang dipilih oleh guru-guru, atas kredit seperti keputusan akademik yang cemerlang, baik tingkah laku dan yang sepertinya. Pemilihan adalah tetap, dan pencalonan adalah bersifat rahsia. PRS pula dipilih oleh senior-senior PRS yang melihat ciri ketrampilan peribadi mesra-sosial, diminati ramai, low-profile, tapi berkesan, dan melalui proses pemilihan dan temuduga oleh senior-senior dan guru kaunselor serta guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Manakala, BWP pula adalah badan utama yang pemilihannya adalah 100% daripada keseluruhan pelajar. Segala proses pilihanraya seperti penamaan, kempen, pidato terbuka, sehinggalah hari pengundian; Kesemuanya diuruskan oleh pelajar sendiri, termasuklah SPR. Presiden BWP adalah presiden pelajar, dengan Presiden LDP dan Presiden BWP sebagai orang kanannya.

LDP berfungsi dalam mengurus tadbir disiplin di sekolah, manakala PRS berfungsi sebagai so-called 'Public Relation Officer' (PRO), dan membantu sekolah dalam mendampingi pelajar lain serta menyalurkan maklumat penting dalam hal ehwal murid. BWP pula dengan setiap wakil yang dipilih berasaskan kerusi Exco, akan memegang port-folio seperti Makanan, Kebajikan, Kerohanian, Sukan dan Rekreasi, Kebudayaan dan lain-lain. Jelas BWP memainkan peranan dalam membantu sekolah dalam isu-isu khusus dalam menambah baik hubungan pelajar-pentadbir serta mengawal selia kemudahan yang ada sepanjang sesi persekolahan.

Tiada unsur-unsur yang meragukan. Malah, pentadbiran sekolah akan menjadi jauh lebih baik, dan pelanggan sebenar sekolah, iaitu pelajar sekolah, ibu-bapa, dan masyarakat sekitar akan berasa lebih dihargai dan apresiasi tinggi juga diberikan kepada mereka. Suasana menang-menang ini adalah sangat baik di samping kualiti pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cemerlang dalam bidang kemanusiaan. Hormatilah Falsafah Pendidikan Negara.


Bukankah itu tujuannya kita bersekolah?

Jumaat, Julai 16, 2010

Hitler dan Islam

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah
Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.




(Sumber : http://satuumat.blogspot.com/)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Fikrah:-
Pernah dengar ungkapan "sejarah di tulis oleh mereka yang menang "!

Maka akan ada yang teramat hitam vs putih, antagonis vs protagonis, Hang Tuah yang setia vs Jebat yang derhaka, faham kanan vs faham kiri, kerajaan vs pembangkang, pejuang bangsa vs pengkhianat negara.

Maka nilai apa yang akan guna dalam pertimbangan hidup.... dari Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, pernah dianggap pengkhianat dan pemberontak .Belum lagi yang di labelkan dengan faham kiri dan komunis!malah gelar-gelar yang tak molek belaka ...!

Pertimbangan apa yang diguna???? Tukang ampu, angpau, kipas dan jilat diberi pangkat dan nama. 
Lalu dimasyhurkan orang inilah yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Maka moga-moga kita yang terlibat dalam gerakan ini tidak tersilau dalam memilih antara intan dan kaca, antara yang iya atau reka, antara benar atau dusta. 

Maka  mohon didoakan untuk diri yang daif ini dan semua kerabat besar gerakan ini agar  dikurniakan petunjuk dari Allah , Tuhan Yang Maha Berkuasa !

Wallahu'alam.