Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.2 tahun 2009
http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2009/02/spp022009.pdf
--> contoh SKT disediakan pada Lampiran B
--> contoh pemberian markah untuk Sumbangan Luar pada Lampiran C
Apakah dasar atau peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan pengurusan prestasi?
Dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan pengurusan prestasi adalah seperti berikut:
- P.U.(A) 176 / 2005 – Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986;
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan – Lampiran A;
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2005 – Pemantapan Penilaian Tahap Kecekapan; dan
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, syarat untuk pegawai dipertimbangkan anjakan gaji pertama adalah seperti berikut:
- Disahkan dalam perkhidmatan;
- Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras IV;
- Berkhidmat tidak kurang 3 tahun;
- Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
- Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada aras IV;
- Telah memperolehi anjakan gaji pertama tidak kurang daripada satu tahun;
- Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian APC kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:
- Genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian;
- LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan; dan
- Mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi adalah seperti berikut:
- Pelaksanaan penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus;
- Berasaskan kepada mutu penghasilan kerja dan tingkah laku PYD ke arah pencapaian objektif organisasi; dan
- Menggalakkan persaingan positif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.
Bolehkah PPSM meminda markah pegawai?
Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh, PPSM boleh mengubah suai dan menyelaras semula markah.
(Sumber : http://www.jpa.gov.my/v3/)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah :-
1) Membuat penilaian manusia yang subjektif sifatnya secara objektif, pasti memberikan pelbagai persoalan, dan isu-isu berbangkit serta ketidakpuashatian. Namun, itu adalah cabaran sebagai pemimpin. Lagi-lagi, apabila suatu penilaian itu melibatkan perkembangan kerjaya, peningkatan gaji, dan rekod sepanjang perkhidmatan.Persoalan keikhlasan, itu pengkisahan lain. Itu, antara dirinya dan Tuhannya. Ini persoalan dirinya dengan tuannya. Dalam soal ini, ketertiban dalam menjalani tugasan penilaian harus berteraskan daya integriti yang tinggi dan terpuji, tanpa terpengaruh dengan emosi dan amarah. Fakta dan bukannya auta! Dokumentasi dan bukannya Duitkopikasi. Perhatikan supaya tidak melakukan yang ini:
a) memberi pertimbangan di luar tahun semasa, --> Nilai apa dicapai tahun semasa
b) berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikan dan --> Tiada kena-mengena; Bukan sekadar persepsi ini perlu dijauhi, malah ia perlu dilihatkan dijauhi.
c) berasaskan dokumentasi yang bertaip? --> Nilai apa yang disuratkan, bukan bagaimana cara ia disuratkan

d) menggilirkan dan merancang siapa yang cemerlang? --> Setiap penilaian tidak harus dilihat seperti terancang sifatnya. Apabila Orang luar lihat sebegitu, maka, nilai APC sudah lagi tidak dihormati secara profesionalnya.
2) Meneliti dan memahami persoalan ini, tidak bermakna mencabar keputusan yang dibuat oleh Pegawai Penilai. Sekadar berkongsi maklumat yang seharusnya diketahui oleh kesemua penjawat awam akan hak mereka, dalam konteks tahu di mana kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Malah, ini adalah hak pelanggan. Kalau guru, pelanggannya adalah murid, ibubapa, dan masyarakat. Bukankah idea keseluruhannya adalah untuk meningkatkan prestasi kerja? Kalau sudah tahu, tapi tidak melakukan apa-apa, itu namanya ibarat pohon yang tidak berbuah. Sia-sialah... Kalau belum tahu, kenalah ambil tahu. Yang penting, Pegawai harus mengetahui:-
a) kenapa beliau mendapat penilaian begitu? dan
b) bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaian pada tahun akan datang?
3) Lantaran, entri ini ditulis untuk tatapan dan renungan bersama PYD, PPP, dan PPK... Menilai manusia tidak seharusnya bersifat copy n paste, tidak juga bersifat ikut tradisi, mahupun senioriti. Kuasa yang ada di tangan tidak harus disalah-guna, walau orang yang dinilai tidak tahu dan baca pun maklumat ini. Usah dimain-mainkan kesungguhan orang lain bekerja. Setiap yang bernyawa, pasti punya perasaan. Rasa bersyukur, rendah diri dan menerima seadanya dengan penilaian yang diberi jangan pula diambil mudah oleh Penilai untuk menilai dengan sembrono dan seadanya. Semua maklum, isu ini akan sentiasa bermain pada setiap tahun. Bukan mudah hendak membuat keputusan yang tepat. Maka, beristikharahlah, dan berserahlah kepada yang Esa, setelah kita melakukan tanggung-jawab dengan baik. Selebihnya, kita serahkan kembali kepada Yang Esa.
Siapa kata senang jadi pemimpin?
(entri sempena Penganugerahan APC 2010)
(Tahniah kepada penerima dan semoga teruskan kecemerlangan)
2 ulasan:
[url=http://levitranowdirect.com/#cnqdl]levitra without prescription[/url] - order levitra , http://levitranowdirect.com/#xhsuk buy generic levitra
[url=http://viagraboutiqueone.com/#gdyhl]generic viagra[/url] - viagra online , http://viagraboutiqueone.com/#razdb order viagra
Catat Ulasan