


1) Murah, mudah, dan menyelamatkan bumi. (klik)




Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra, yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.
Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali “Si Burung Merak” meninggal dunia pada 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan.
Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.
Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya “Al Kautsar” pada tahun 1980-an.
Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat sini, tidak jauh dari kubur sahabatnya, Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu “Tak Gendong”, yang meninggal dunia Selasa lepas.
Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.
— BERNAMA, JAKARTA 7 Ogos
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
2) Pendekatan fasilitating adalah sangat menarik, kerana guru sememangnya menyokong pelajar yang lemah ini dari tepi dan belakang; bukan semestinya ada guru, untuk membolehkan mereka belajar. Suasana yang jauh sekali bezanya di sekolah. Pelajar juga diberi jadual khusus untuk menelaah dalam tempoh setiap 20 minit. Maka, setiap pelajar yang hadir, akan punya inisiatif sendiri untuk mencari buku, dan meneruskan pelajaran; sesuatu yang tidak mungkin mereka lakukan secara sukarela, ketika di sekolah. Dalam satu hari, mereka akan melalui 3 modul pembelajaran.
3) Para sukarelawan terdiri daripada pesara guru, ahli perniagaan, profesionals, dan ahli-ahli 'jemaah' mereka. Konsep dan pendekatan 'pembelajaran untuk belajar' (learning to learn) adalah sesuatu yang sangat mesra pelajar lemah ini. Rasanya, pelajar yang tahap tinggi (enrichment level) juga akan seronok dengan pendekatan sebegini. Kemudahan mereka, cukup membanggakan. Dari komputer, yang lengkap dengan internet (streamyx), permainan dalaman, perpustakaan, radio-tv, dan sebagainya. Kata En. Fincent, penyelia pusat itu, 95% sumbangan adalah dari 'jemaah' mereka, dan inilah inisiatif dari mereka untuk anak-anak ini.
| From recsam SM6522 julai2009 |
| From recsam SM6522 julai2009 |
| From recsam SM6522 julai2009 |
| From recsam SM6522 julai2009 |
| From recsam SM6522 julai2009 |