Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
- Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
- Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
- Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
- Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.
(Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Setiap kali ada sesuatu isu yang tidak pasti fiqh pengamalannya, kembali dan rujuk kepada Pakarnya. Dalam konteks Malaysia, terdapat badan rasmi yang mengeluarkan fatwa dan hukum tertentu dalam perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama melalui muzakarah yang bukan kepalang antara mufti-mufti setiap negeri. Hak negeri dan hak persekutuan harus difahami dengan jelas supaya diri sendiri tidak terikut-ikut dengan rentak media yang fokusnya adalah kepada populariti. Hidup dalam ber'hukum' tidak harus bersifat ikut-ikutan dan berteras kepada populariti. Yang Hak, tetap Hak. Yang batil, tetap batil.
2) Orang kebanyakkan pula (seperti kita) harus juga membudayakan sikap yang berteraskan Ilmu pengetahuan dengan membanyakkan membaca. Selain itu, kita digalakkan untuk mengkaji dan menyatakan kebenaran walaupun berada di pihak yang minoriti. Ini bermakna, kita harus bersedia menghadapi ancaman, pulauan, kata keji nista di belakang, dan segala macam cubaan untuk menidakkan kebenaran. Namun, percaya dan yakin pada janji Tuhan. Jika kita menolong agama Tuhan, Tuhan akan pasti menolong kita; dan Tuhan tidak pernah memungkiri janjiNya.









Bagaimana pula dengan belia? 'Belia' tu muda juga kah? Kanak-kanak pula bagaimana? Adakah mereka dari spesis lain?
Saya cuba mencari jawapan siapakah sebenarnya anak muda dari segi undang-undang, tetapi jawapan yang saya temui tidak memuaskan hati saya.
Dahulunya terdapat Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, yang mana kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 14 tahun, manakala orang muda ialah mereka yang berumur di antara 14 hingga 18 tahun. Tetapi akta ini tidak lagi digunapakai.
anda melakukan kesalahan jenayah, anda akan dilayan seperti kanak-kanak, tetapi jika hendak menyertai mana-mana persatuan belia, anda akan dilayan seperti orang dewasa lain di bawah umur 40 tahun.
annya, bagaimana pula jika pasangan seks kanak-kanak perempuan tersebut juga masih di bawah umur? Adakah kita patut melayan kanak-kanak lelaki tersebut sebagai seorang penjenayah, atau pesalah moral?
Hak-hak tersebut ialah, antara lain, hak untuk berekspresi, berpersatuan dan berpolitik (Oh maaf, anda mungkin boleh menikmati hak itu secara terbuka jika anda menyertai parti politik dari pihak pemerintah).
abkan perbezaan layanan, beberapa contoh ringkas yang saya beri di atas masih belum cukup untuk kita mengenalpasti siapakah sebenarnya orang muda dan apakah peranan mereka dalam pembangunan negara kita.