Isnin, November 10, 2008

Menyuarakan yang tersurat dan tersirat

Kelab Kebajikan Guru Kertas Cadangan1
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching



Ramai yang mengetahui, lebih gemar mengambil sikap berdiam; tunggu dan lihat... dan sering juga mengambil sikap: "biarlah... nanti ok lah. tu... Bagilah masa dan ruang..." Itu bagi yang tahu.. Bagi yang tidak mengetahui, dan mungkin tidak mengambil peduli, biarkan sahaja... tidak mahu mencampuri urusan... mungkin akan mengeruhkan lagi suasana...

Ini antara sikap yang terdapat dalam masyarakat dan komuniti kita... Soalnya, apa peranan yang boleh dimainkan untuk kita menjadi berkesan dan bermanfaat kepada masyarakat?

PErsoalan ini AMAT Penting kerana:
1) Orang yang paling baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. (mencari bekalan pahala untuk hari akhir nanti). Bagaimana diri kita?
2) Mahukah kita menjadi manusia yang; "datang tidak menambah, pergi tidak berkurang?" (Apa beza manusia ini dengan mayat yang harus dikebumikan?)
3) Manusia yang memberi manfaat lebih baik daripada yang tidak berbuat apa-apa. DAN adakah yang tidak berbuat apa-apa itu lebih baik daripada yang merosakkan atau menyusahkan dan membebankan? Sedangkan setiap sesuatu yang dilakukan pasti akan punya risiko, susah-payah dan beban tanggungjawab? (bukankah manusia yang dipanggil KHALIFAH diutus atas muka bumi untuk memikul tanggungjawab serta menambah baik?)
4) Mengambil pendirian untuk berbuat sesuatu secara terbuka dan rasmi- adalah jauh lebih baik daripada bercakap-cakap di belakang? Mengata-ngata dan 'mengumpat'; juga ada kedengaran... ada di kelompok sana... ada di kelompok sini... (alahai... cikgu..)
5) Lontaran suatu idea perubahan untuk kebaikan itu memerlukan kerjasama daripada keseluruhan warga komuniti. DAN ini suatu tugas yang cukup SUKAR memandangkan masing-masing punya kepentingan peribadi untuk DIPERTAHANKAN... (kita lupa bahawa idea tidak semestinya diterima; tidak juga perlu logika akal fikiran; tidak juga perlu kesegeraan; hanya percambahan minda...)

Marilah kita menyuarakan apa yang tersurat dan tersirat dengan hati yang terbuka dan menerima perbezaan pendapat sebagai suatu rahmat. Senyum-angguk tidak bererti bersetuju; geram-marah tidak bererti membangkang; diam-sepi tidak bererti tidak peduli;

Hanya kita yang mampu mengubah dan menambah baik apa yang berlaku pada diri kita dan di sekeliling kita. InsyaAllah, Tuhan juga akan membantu untuk memudahkan urusan atas apa yang kita usahakan. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin hari akhir nanti... apa yang disemai, itulah yang akan dituai...

Lihat keliling kita... Bangunan-alam flora-murid-guru-staf sokongan-ibubapa-masyarakat; Hargai mereka sebagai aset yang berharga;

Akhir kalam, SELAMATKAN KELUARGA KITA...

Sabtu, November 08, 2008

Lawatan RIMUP ke Melaka; Penuh kebocoran...



8.00 pagi - Awan kebocoran mencurah-curah... Hujan gerimis bertukar menjadi lebat... Habis kebasahan cikgu-cikgu yang naik ke bas...
8.10 pagi - Cikgu Hamid kebocoran maklumat.. Ingatkan bas pergi Melaka melalui Bukit Changgang.. Rupanya, ikut KESAS.. Maka, tertinggallah beliau di sana...
9.30 pagi - Ramai nya pelajar kebocoran kantung paip di dalam seluar masing-masing... Berhenti di Hentian tepi Pedas, N9.. Beratur untuk ke tandas....
10.30 pagi - Sarapan pagi di RnR Air Keroh, Melaka.... Perut masing-masing kebocoran... Harus diisi dengan segera...
11.30 pagi - Tiba ke Kolej Yayasan Melaka. Cuaca cerah... Ingatkan lama... rupanya, baru 4 orang pelajar turun bas, cikgu Radin dan Cikgu Azman... Kburrrr.... Hujan tiba-tiba turun mencurah-curah dengan lebatnya.... Bocor lagi.... Tak sempat naik bas balik... terus kami berkejar ke pondok pengawal berhampiran... Yang lain.. selamat sampai ke dewan kuliyah apabila bas parking betul=betul depan bangunan utama. 4 orang yang tadi, rempuh jer hujan tu... 2 orang cikgu... lepak kat post guard sampai la ada 1 van jemput kami ke dewan...
12.00 tgh - Taklimat... bla...bla...bla... lawatan ke sekitar KYM.... MEmang menarik melihat hasil tugasan pelajar-pelajar ini... (animation-mekanikal-elektrikal)
1.30 tgh - Makan tengahari di KYM.. rendang daging minang style + telur masin + sayur goreng + air sirap limau... pergh... lepas hujan... perut bocor... memang masyukk.... ALhamdulillah...
2.30 ptg - Berangkat ke BAndar Hilir Melaka...
3.00 ptg - Bas parking di Dataran PAhlawan, Bandar Hilir... Betul-betul di bawah Menara TAming Sari.... Maka, bertebaranlah mereka ke serata Bandar Hilir... Melawat-lawat dan bershopping-shopping dan berDATING-DATING!!!!!!!.... (perasan diri dan besar la tu)
5.00 ptg - Berangkat pulang dari Melaka berbondong-bondong...
6.30 ptg - Bau lain macam..... Uncle driver bukak cover engine dan kelihatan ada bende kebocoran... Uncle driver kata, FUEL FILTER sudah BOCOR.... DIESEL BOCOR MENCURAH-CURAH.... SErius ni!! (dalam hati, sampai ke tak ni...)
7.00 ptg - Berhenti singgah solat dan makan malam di RnR Seremban... Pekena SUp Burung Unta (ostrich)... tokey tu kata koww....
Sementara tu, Uncle driver masih melihat-lihat enjin.... Masih kebocoran... dan tiada filter untuk diganti... walau dicari dari bas ke bas... (mana ada orang bawak filter lebih... apa daa)
8.00 mlm - Sambung perjalanan.... Bau dalam bas makin kuat... Hjh Muna dah pening-pening... Cikgu Radin dah tukar seat ke belakang... berdiri lebih baik... bau hampeh budak2 tu, lebih baik dari bau diesel...
8.30 mlm - Uncle driver berhenti seketika, betul-betul di depan Kuil di Sg. Manggis... Ingatkan dia nak sembahyang.. (hahaha) Rupanya, masih cuba nak call bos dia untuk tukar filter... Hjh Muna pun dah call bos bas tu... bla.. bla.. bla...
8.40 mlm -"kita sambung perjalanan... Filter takder stock" Kata Uncle driver... (memang laa... malam-malam macam ni, mana ada bengkel bukak... apa daa)
9.00 mlm - AKHIRNYA, sampai juga ke SMKTPG.... Alhamdulillah...

Pendek cerita, apa dapat lawatan ni; selain mengenali KYM, mengenali Melaka, juga mengenali nilai kebocoran....

sekian laporan lawatan....

Macam-macam jamuan mega



Ini gambar koleksi gambar jamuan mega raya

Macam-macam nama makanan ada...
Macam-macam air ada... dekat sejuta...
Macam-macam peristiwa dan kisah sebelum majlis program...
Macam-macam orang yang datang, dan tak sempat bertegur sapa... senyum jer laa...
Macam-macam pelajar datang dengan solekan tebal ya amat... hehe
Macam-macam ...

Selasa, November 04, 2008

Tribute untuk SPM candidates

From kisah katak


klik di sini pun boleh


Cikgu doakan kalian berusaha dengan lebih gigih untuk mencipta kegemilangan. SPM adalah sijil pertama anda setelah 11 tahun berada di alam persekolahan. Ini adalah asas kepada kegemilangan akademik anda pada masa depan. InsyaAllah, dengan ketabahan, kesungguhan, kerja keras, dan motivasi tinggi tanpa mempedulikan kata-kata negatif sekeliling, cikgu percaya, kejayaan akan ada di dalam genggaman.

Selamat berjuang!

Pemimpin; tamsil dan ibarat

... ringkasan daripada artikel oleh : Azizi Abdullah
(aziziabdullah.blogspot.com)

Fikrah Imayu -Penulis menceritakan tentang buku 'Pemimpin dalam Ungkapan Melayu';tulisan H.Tenas Effendy

...Dalam buku itu memberitahu siapakah pemimpin? Diterangkannya dengan kaedah matematik juga, katanya:
Yang didahulukan selangkah. Yang ditinggikan seranting.
Yang dilebihkan serambut. Yang dimuliakan sekuku.

Bukan mustahil jika anda menjawab, saya tidak bertemu pun pemimpin seperti ini. Jika begitu, pemimpin bagaimanakah yang anda hendak memilih? Memilih tidaklah sukar kerana sudah ada yang menawar diri. Yang penting anda kena berfikir hendak memilih pemimpin seperti apa?

Adakah hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Banyak Pandainya? Banyak Arifnya? Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau
Banyak Tidaknya?

Buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu dalam bab Kepantangan Pemimpin menyebut betapa adanya pemimpin bertabiat:
Mengejar pangkal mau menjilat.
Mengejar harta mau melata.
Mengejar kedudukan mau melendan.
Mengejar pengaruh mau bergaduh.

Dalam mesyuarat berbantah-bantah.
Dalam berunding tuding menuding.
Dalam helat cacat mencacat.
Sesama keluarga laga melaga.
Sesama kawan makan memakan.
Sesana sahabat sebat menyebat.
Sesama bangsa paksa-memaksa.

Tenas Affendy dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu memberitahu jenis pemimpin.

Dikatakan-
Pemimpin Abu: Bagaikan abu di atas tunggul, tegak goyang duduk pun tak betul.
Pemimpin Acah: Sebarang kerja terkacah-kacah, duduk resah tegak gelisah,ke sana mengacau ke sini mengacah.
Pemimpin Agak: Hati bimbang dan banyak agak, kerja tak ada rancangan banyak, masa habis teragak-agak.
Pemimpin Agul: Lakunya buruk perangai tak betul, masyarakat dihasung rakyat diagul, hati berulat akal pun tumpul, bencana datang fitnah pun timbul.
Pemimpin Aib: Pemimpin tidak beraib malu, Fikiran menyalah hati berbulu, awak bodoh berlagak tahu, orang berlebih ia cemburu.
Pemimpin Ajun: Kerja asyik mengajun orang, ini tak boleh itu dilarang, jalan lurus ia melentang, negeri rosak rakyat berhutang.
Pemimpin Alah: Ke tengah ke tepi ianya kalah,hati kecil ilmu pun rendah, negeri rosak rakyat berbantah, dijadikan induk orang berbantah.
Pemimpin Alat: Lupa diri tak ingat rakyat, di mana untung di situ mendekat.
Pemimpin Alih: Adat ditukar undang dialih, diberi nasihat ia berdalih, negeri rosak rakyat pun jerih.
Pemimpin Ampas: pemimpin bagaikan ampas, manis terbuang sedapnya langkas, tidak dapat menjalankan tugas.
Pemimpin Ampu: Sukalah mengampu, mengambil muka ia tak malu, penderitaan orang tak mahu tahu,kesenangan diri yang ia buru.
Pemimpin Amuk: Suka mengamuk, rakyat pun teruk, fikiran suntuk, hati busuk, di beri formula ia mengutuk.
Pemimpin Angguk: Ke mana pun terangguk-angguk, pendirian goyah akal penyuntuk, dalam negeri orang beramuk, dalam majlis orang mengutuk.
Pemimpin Angkuh: hati busuk akal tak senonoh, mana yang jernih menjadi keruh.
Pemimpin Antah: bagaikan antah di dalam beras, dengan rakyat tiada senafas.
Pemimpin Antan: Menumbuk menindas kiri dan kanan.
Pemimpin Antuk: menjalankan tugas hatinya busuk, negeri rosak rakyatpun teruk. Pemimpin Arang: Berkata tidak memandang orang, mulut besar banyak temberang. Pemimpin Asal: Turun temurun ianya kekal, umpama kayu ia berpangkal, tuahnya ada maruah pun kebal.
Pemimpin Asap: Negeri yang terang menjadi gelap.
Pemimpin Badak: Muka tebal kulit badak ke hulu membohong ke hilir membengkak, ke laut menipu ke darat melagak.

Sebenarnya banyak lagi tamsil ibarat tentang pemimpin ini mengikut Tenas Affendy. Bagaimanapun cukuplah rasanya sekadar renungan untuk membuat kiraan matematik dalam masa congak mencongak ini.

Isnin, November 03, 2008

Kenduri doa selamat Ayu 7 bulan



Kali ini, saya ingin berkongsi gambar peristiwa Majlis Doa Selamat sempena Ayu 7 bulan mengandung anak pertama kami... Dijangkakan akan beranak pada 31/12/2008. Betul-betul hujung tahun; InsyaAllah, sekiranya tidak ada apa-apa masalah. Mudah-mudahan lah...

Yang menariknya, kenapa bulan ke 7? dikisahkan dulu-dulu, orang melayu, zaman-zaman jahiliyah dulu-dulu ni... ada adat melenggang perut... Telur digelekkan atas perut... macam tu laa lebih kurang... apa motifnya... pun saya tak berapa nak jelas... nanti, kena buat research lagi...

Bagi kami sekeluarga, abah dan mak sekadar mahu membuat doa selamat... InsyaAllah, tidak ada kena mengena dengan adat melenggang perut.. Kalau berlaku pada usia fetus 7 bulan, itu mungkin hanya secara kebetulan... Islam mengajar agar kita sentiasa berdoa kepada Allah; mohon lah apa sahaja; setiap masa... tidak ada waktu tertentu untuk memohon kepadaNya....

SEmoga, segalanya selepas ini, berjalan dengan baik.... Doakanlah juga yer....

Sentuhan Hati...

From cam best



Kukuhkan Perpaduan...
TEtapkan Iman...
Teruskan perjuangan...
Ajak kepada kebaikan...
Cegah kepada kemungkaran...

Kukuhkan Jati diri...
Tetapkan pendirian...
Teruskan bermotivasi...
Ajak kepada kebaikan...
Cegah kepada kemungkaran...

Kukuhkan Ilmu didada...
TEtapkan peribadi murni...
Teruskan memberi sumbangan...
Ajak kepada kebaikan...
CEgah kepada kemungkaran...

Sentuh hatinya...
baru sentuh jiwanya...
-FIkrah Imayu-

Muzik dan Islam

Di sini diperturunkan untuk bacaan anda semua. ARtikel-artikel yang memberi bukaan minda tentang MUZIK dan ISLAM. Mungkin serba sedikit akan memberi kefahaman dalam melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.

1) Islamonline.net - singing n music; Islamic view
2) Islamonline.net - What does Islam say about Music?
3) kufaizz - Pandangan Islam terhadap Muzik
4) Fatwa-fatwa kontemporer - Yusof Qardhawi - media.isnet.org
5) SEjarah Seni Islam Zaman Umayyah
6) Nyanyian dan Muzik menurut pandangan ISlam - nasbunnuraini.wordpress.com
7) e-fatwa - Perlis - hukum nyanyian dan alat muzik
8) Bicaramuslim.com - perbahasan alat muzik bertali dan bertiup
9) USIM - hukum mengguna alat muzik
10) As-Suffiani As-Syarif - pandangan Islam tentang muzik
11) al-ahkam.net - soal-jawab tentang muzik, dan alat muzik

dan lain-lain lagi sumber ilmiah yang membincangkan persoalan ini.

Untuk memberikan pendapat sendiri, rasanya, saya mohon untuk kita bersama-sama membuat kajian terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum.
Sebenarnya, daripada artikel di atas, ada pelbagai huraian dan masing-masing memberikan hujah masing-masing. Isu ini telah diperdebatkan sejak zaman sahabat dan TAbi'in lagi.
TIdak salah untuk kita melihat ini secara ilmiah dan seterusnya, memberikan kesan yang HARMONI kepada kita dan generasi masa depan. Yang lebih penting, memastikan kita berada di landasan yang betul dan mendapat redha Illahi atas tindakan kita.

Kesimpulan dan tarjih:

Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram.
Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(kepersatuanan/majlis); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

(Fikrah Imayu :- Mungkin mencari yang benar itu lebih mudah daripada yang disangka; Yang penting, harus dicari bersungguh-sungguh) - "kitakan cikgu...."

Sabtu, November 01, 2008

Kongsi Gambar Konvoi Raya SMKTPG ke Banting

Mungkin masih belum terlewat untuk berkongsi gambar hari raya lalu. Guru-guru SMKTPG konvoi raya ramai-ramai ke kawasan Banting....

Khamis, Oktober 30, 2008

Raya rumah kawan-kawan lama



RAya tahun ini, saya sempat beraya ziarah sahabat lama seperjuangan, siapa? YDP PEPIAS UIAM tahun 2003-2004; SAudara Erwan Maasus dan HELWI PEPIAS-UIAM tahun 2003-2004; Saudari Suzan Fazliyanti.

Ini adalah dua tokoh penggerak utama PEPIAS pada waktu itu. Malah, saya sendiri adalah Setiausaha pada tenure itu. APa masalahnya? Hmm... Dah lama tak jumpa... maksudnya, dalam jemaah laa... Dua tokoh ini, khabarnya ter'futur' akibat cobaan dunia... hahaha. SAbar jer laa.. MAsa ini, teringat juga masa mereka sebagai tulang belakang kami masa tu... Tajuk FUTUR dalam perjuangan kami pernah dan selalu bincangkan...

Mungkin masa akan memberitahu kita, adakah kita masih sama seperti dulu... mungkin juga masa akan mengajar kita tentang keupayaan untuk kita bergerak dalam masyarakat adalah sangat mencabar dan mnduga keimanan dan kesabaran kita bergerak dalam jemaah. SAYA AMAT MEMAHAMI RAKAN-RAKAN LAIN... Saya pernah berada di tempat mereka...

KEsimpulan saya mudah... PERSADA PERJUANGAN kita adalah masyarakat. Gerakan DAKwAH dan TARBIYYAH boleh berlaku di mana sahaja. Asalkan, kita bawa bersama FIKRAH yang sama, iaitu Amar MAaruf dan Nahi Mungkar... Mungkin, seelok2nya, kita dalam jemaah- sekadar untuk memastikan yang kita tidak ketinggalan dan ditinggalkan. DAn yang paling penting, tidak LUPA...

Salam perjuangan sahabat-sahabat sekelian