Sabtu, Julai 04, 2009

BUKAN BERBOHONG, CUMA TAK BERCAKAP BENAR

BUKAN BERBOHONG, CUMA TAK BERCAKAP BENAR
(dicedok dari :http://belaiankasih.blogspot.com/2009/07/bukan-berbohong-cuma-tak-bercakap-benar.html)

Dalam bahasa Inggeris, ada istilah "white lie"; iaitu tidak berbohong tetapi tidak bercakap benar. Orang Melayu cuba menjustifikasi "bohong" ini dengan menamakannya "bohong sunat."

Suami anda pulang lewat. Apabila ditanya dia menjawab, "Oh, tadi abang pergi main golf, sebab itulah lewat pulang." Adakah suami anda berbohong? Tidak. Memang tadi dia bermain golf. Tetapi, itu bukanlah sebab dia pulang lewat. Dia pulang lewat kerana menghabiskan masa dengan kawan-kawan selepas permainan golf.

Seorang ibu tidak menghantar pakaian ke dobi. Dia memberitahu, "Tadi saya ada perbincangan dengan guru di sekolah anak saya. Tak sempat nak hantar pakaian ke dobi." Adakah ibu itu berbohong? Tidak. Memang dia ke sekolah. Apa yang menyebabkan dia tidak sempat menghantar pakaian ke dobi ialah dia pergi membeli-belah sebelum ke sekolah tadi.

Ambil satu contoh lagi. Apabila ditanya, seorang anak menjawab, "Ya, saya sudah membuat kerja rumah (homework)." Lalu, ibunya berasa lega kerana anak kesayangannya telah membuat kerja rumah. Apa yang tidak diberitahu oleh anak tadi ialah dia hanya membuat satu kerja rumah. Ada dua lagi kerja rumah yang belum disiapkan!

Ini semua adalah contoh "bukan berbohong, cuma tak bercakap benar."

Adakah anda juga pernah berbuat begitu?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Fikrah:-
1) Perkara yang boleh menyelamatkan diri; adalah suatu 'self-defence' yang amat 'natural' / semulajadi. Cuma, bagaimana kawalah dalam diri kita, untuk bersikap benar, betul, atau bertanggung-jawab?

2) Ini juga biasanya dinamakan 'half truth' ataupun 'half lie'. Terpulang kepada individu untuk membaca keadaan yang harus diletakkan. Sekonyong-konyongnya, kedua-duanya tidak menepati apa yang Islam ajar. Nabi ajar, 'Berkata benar walaupun pahit'. Beranikah kita?




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamulaikum

hang dah balik daripada Pakan?
hmmm

semoga bahagia. Rindu suasana di sarawak

ridhwan
hannanfarhana.blogspot.com

radin fatihah husna berkata...

tahniah, dapat keluar dan menambah pengalaman di tempat yang berbeza.

sekarang, saya bertugas di Telok panglima garang, kuala langat, selangor.

Jumpa lagi!