Rabu, Julai 01, 2009

Hari Guru Daerah Kuala Langat 2009



Sambutan Hari Guru Kuala Langat 2009 telah diadakan di Dewan Lavender, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Banting pada 30 Jun 2009, bersamaan hari Selasa, 7 Rejab 1430H. Acara gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Dr Hj Zahri Bin Aziz, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Antara jemputan yang hadir termasuklah YB Hasiman Sidom (ADUN Morib), Pegawai Daerah K.Langat, mantan-mantan PPD Kuala Langat, dan wakil-wakil guru seluruh daerah Kuala Langat.

Encik Nordin B Saad

Upacara penting dalam Majlis ini, sudah tentunya untuk menyampaikan penghargaan Anugerah Guru Gemilang Daerah Kuala Langat, dan untuk meraikan Tokoh Guru tahun 2009. SMK Telok Panglima Garang, diberi penghormatan yang cukup bernilai, apabila 2 orang guru, iaitu Encik Nadarajan A/L Thambu (Ketua Panitia Pendidikan Moral) diangkat sebagai salah seorang daripada 4 orang Guru Gemilang Daerah Kuala Langat 2009, dan juga Encik Nordin Bin Saad (Pengetua), dalam kategori Anugerah Pemimpin Dalam ICT Daerah Kuala Langat 2009.



En Nadarajan Thambu

Tahniah untuk guru-guru SMKTPG, yang menunjukkan kualiti terbaik di sekolah dan di daerah Kuala Langat ini. Sesungguhnya, kedua-dua mereka ini, bukan sahaja disenangi dan disayangi oleh pelajar mereka, malah kualiti mereka diiktiraf juga oleh rakan-rakan guru yang lain. Benarlah bait-bait puisi yang ditulis oleh tuan PPD, Tuan Hj Abdul Talib Bin Hamid;

Guru sebenar Guru
Amalan yang baik dikembangsuburkan
Membantu rakan suatu kemestian
ilmu yang ada dipencarserakkan
Rakan seperjuangan mendapat sokongan
Bahasa motivasi bahasa dendangan
Pembakar semangat sahabat yang keletihan

Tahniah, cikgu!




Tiada ulasan: