Selasa, Disember 15, 2009

5M

Lazimnya rata-rata kita diajar konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selebih 2M lagi iaitu "memikir" dan "mengamalkan" tidak diajar diperingkat sekolah rendah hatta di peringkat Universiti unsur yang ke lima iaitu "mengamalkan" apa yang kita baca, tulis, kira dan fikir.

Maka "ilmu" dan "teori" akan tinggal sekadar di atas kertas atau di dalam otak , TIDAK dipraktikan atau diamalkan.
Jadi M yang kelima menekankan "amalkan apa yang kita tahu" atau "DO WHAT YOU KNOW" ,not  "JUST DO IT"?



(ekstrak dan diubahsuai dari http://drhalimahali.blogspot.com/2009/12/kuasailah-5m-untuk-maju.html )


1) Memikir dan Mengamalkan adalah kesan daripada ilmu yang dipelajari. Sememangnya modul yang asas dalam program SPIES milik kerajaan negeri Selangor ini, amat penting dalam mendasari prinsip keilmuan secara teori dan praktikal.



2) Pada UPSR yang lalu, analisis ujian Aptitude menunjukkan betapa lemahnya murid-murid tahun 6 dalam membuat keputusan. Lemah membuat keputusan bererti lemah dalam berfikir. Jelas hanya 34% yang mampu membuat keputusan yang baik. Lantaran kelemahan memikir, menjadikan lemahnya membuat tindakan yang bernas. Jelas sekali hanya 5.7% yang mencapai tahap yang cemerlang.

3) Bagaimana agaknya jika ujian Aptitude ini dibuat pada remaja 15 tahun, atau 17 tahun? Ironinya, pembuat dasar di kementerian juga tahu menulis, membaca, dan mengira analisis sebegini? Jadi, apa pula langkah serta tindakan selanjutnya setelah difikirkan selepas ini?

Tiada ulasan: