Rasanya, dalam masyarakat, ramai orang juga tertanya-tanya keadaannya, seperti kartun di atas.
Isunya,
1) Pertentangan besar di antara ilmuan mazhab (ahlus Sunnah WalJamaah) dengan aliran progresif ala wahabi.
2) Sebab penentangan secara teknikal adalah ketiadaan Tauliah kebenaran memberi ceramah, atau mengajar agama di dalam negeri.
yang menjadi cacamerbanya,
1) Di Malaysia khususnya, umat Islam telah menerima fahaman dominan, Ahlus-Sunnah Wal Jamaah, dengan mazhab Syafie sebagai aliran rasmi dengan sistem kemasyarakatan yang telah disepakati dan diamalkan secara tradisi sejak zaman berzaman. Yang menjadi amalan berzaman itu, semuanya atas sebab dan rasional yang bersandarkan pada Fiqh dan ijtihad ulama terdahulu yg juga ahli dalam tafsir, hadis, Usul Fiqh, Syariah, dan sebagainya.
2) Amalan dan ritual dalam cabangan amalan ibadat khusus seperti zikir dan doa secara jemaah selepas solat, kenduri tahlil, doa qunut, sambutan maulid, berzanji, dan sebagainya disuburkan secara zaman berzaman sehinggakan umat pada hari ini sudah tidak mengerti sebab dan rasional kenapa ia diperturunkan. Amalan ibadat sudah menjadi adat. Rasional keIlmuan sudah menjadi Taklid membuta tuli. Lantas, amalan sunnah sudah menjadi seolah-olah wajib. Umat telah rigid (kaku) dengan tradisi, dan perbincangan intelektual tidak lagi diraikan, kerana amalan ikut-ikutan ini.
3) Amalan ini tidak salah; yang mengikut juga tidak salah; Yang Tidak Mengikut juga tidak salah;
4) Yang salah adalah sikap Taklid dan Fanatik Mazhab. Yang salah adalah tiada adab dalam perbezaan pendapat; Yang salah adalah sikap "hanya-aku-yang-betul-yang-lain-salah".
5) Yang Maha salah adalah terpesongya Akidah Tauhidiq dalam hakikat kebenaran iaitu Akidah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah."
Perbalahan dan persengketaan ini adalah bibit-bibit kecil dalam persengketaan besar dalam sejarah umat Islam terdahulu yang akhirnya, akan merosakkan umat secara keseluruhannya.
Yang mengambil kesempatan,
1) Golongan pro-liberal dan pluralis yang sememangnya anti dengan Islam akan mendekati dan menonjolkan diri sebagai jaguh dan wira yang kononnya diterima dalam masyarakat umumnya. Ini kelompok pemuka-pemuka yang sesuka hati mentafsir kalam Allah.
2) Agama-agama samawi yang lain akan turut bersuka-ria dan mentertawakan umat Islam yang kononnya dalam negara Islam.
Pengajarannya;
1) Kembalikan pembudayaan intelektuan dan keilmuan dalam masyarakat dengan menambah serta mengikuti kelas-kelas pengajian-pengajian keagamaan.
2) Betulkan sikap "orang-tua-aku-dulu-buat" tanpa merujuk dan mengkaji usul Fiqh sesuatu amalan.
3) Membuka hati dan bersedia untuk berbeza pendapat. Adab-adab dalam 'Adabul Ikhtilaf' diraikan; dengan kata lain, bersetuju untuk tidak bersetuju, Asalkan soal Akidah tidak menjadi pertaruhan dan kompromi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan