Khamis, Mac 26, 2009

Pesan guru

Jika kau guru,
di majlis, tersua muridmu
jangan kau perkenalkan kepada sesiapa;
ini muridku
ini pelajarku

Biarpun dia di langit gemilang
atau di lumpur longkang
tersenyumlah saja seadanya
tersenyumlah saja kepadanya

Jika kau guru,
di majlis tersua muridmu
terimalah dia jika berkata;
ini guruku

ini sifuku.

Jika kau guru
di majlis bersua muridmu
ke arah lain ia berpaling
itu ialah makhluk asing.

(Prof. Datuk Abu Bakar)

[Latar penerangannya: Ayah Prof. Abu Bakar seorang guru; beliau berpesan kepada anaknya, ‘Dua syarat untuk menjadi guru yang bahagia; pertama jangan mengakui pelajar itu muridmu di hadapan umum, apa lagi kalau dia sudah menjadi orang ternama. Kedua, Anda mesti gembira pelajarmu berjaya lebih daripada Anda]

(klik tajuk untuk artikel penuh)



Rabu, Mac 25, 2009

anak bapak

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya.. .


Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak... . nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Nenek... ??

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Susah juga jadi cikgu. Susah juga jadi ibu-bapa.
2) Hendak bertindak tegas, tapi penyanyang; katanya, berhikmah. Faham ke?



Selasa, Mac 24, 2009

Kem Kembara Al-Muqarrabin

BANTING- Kem Kembara Al-Muqarabbin sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M telah dijalankan pada 21-22 Mac 2009 di Kem Bina Taqwa , Bukit Changgang. ABIM Negeri Selangor telah diamanahkan untuk mengisi program ini dengan modul yang bersesuaian dengan belia remaja kini.

Seramai 77 orang peserta daripada sekolah menengah seluruh Kuala Langat seperti SMK Bukit Changgang, SMK Bandar Banting, SMK Sijangkang Jaya, Maahad Mujahiddin, Maahad Ihya Al-Muhammadi dan banyak lagi. Seramai 11 orang tenaga penggerak daripada ABIM yang diketuai oleh Sdr Khairudin bin Abas , Pen. Setiausaha ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat dibantu oleh Sdr Radin Mohd Imaduddin, Exco Pendidikan dan Latihan ABIM Kuala Langat serta Sdr Mohd Hafiz Abd Bar sebagai Ketua Fasilitator. Seramai 8 Fasilitator daripada PEPIAS dan Unit Syabab ABIM Daerah Kuala Langat.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan belia remaja dengan kehidupan yang lebih baik menurut landasan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah Taala, di samping menggilap potensi diri muslim di dalam diri remaja terlibat. Penyelaras program daripada JAIS, Ustaz Kamal Ariffin berharap kerjasama dengan NGO Islam terutama ABIM ini dapat diteruskan terutama dalam program yang akan datang. Program ini ditutup dengan rasminya oleh AF Ustaz Abd Rahman Hassani , Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.


Barisan fasilitator, aktivis dan penggerak ABIM Kuala Langat.
(berdiri dari kiri:- Syida, Sofeah, FikrahImayu, Khairudin Abas, Adibah, Husna, Sasa)
(duduk dari kiri:- Faez, Hazriq, Hafez, Azmir)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Kem Kembara Al-Muqarrabin adalah salah satu acara dalam pelaksanaan Bulan Dakwah 2009. Kali terakhir diadakan bulan Dakwah adalah pada tahun 1978! Maknanya, 30 tahun yang lalu! (klik sini)

2) Kem Kembara Al-Muqarrabin pada asalnya disasarkan kepada OKT (Orang Kena Tuduh), dan difokuskan lagi remaja-remaja / belia-belia yang ditangkap terlibat dengan gejala sosial seperti ditangkap khalwat, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah (juvana), dan sebagainya. Namun, mereka enggan hadir dan pihak JAIS tidak boleh memaksa mereka untuk hadir. Program ini juga sebagai motivasi-kaunseling susulan setelah didakwa.

3) Oleh kerana itu, modul telah diubahsuai dengan mensasarkan kepada remaja dengan pendekatan islah, motivasi dan pengembangan potensi diri sebagai pendakwah muda dalam masyarakat. Secara tidak langsung, ABIM dapat memanfaatkan kem ini untuk melatih dan menggembleng generasi remaja sebagai aktivis masyarakat.

4) Fasilititor juga adalah hasil daripada program-program sebegini; (Rujuk entri tentang Syabab Nurul Iman.) Menariknya, ini adalah program pertama mereka sebagai fasilitator selepas LAKEP (Latihan Kefasilitatoran dan pengurusan). Tahniah dan syabas untuk penggerak muda ini. Teruskan usaha kalian dalam berbakti dan berbudi kepada masyarakat.



bila murid tidak minat dengan ilmu

At-Tabarani meriwayatkan dari Abi Hazim dari Sahal r.a , bahawa beliau telah menyampaikan kuliyah tentang sunnah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah.
Beliau berkata : “ Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi.
Abi Hazim lantas bertanya kepadaanya : “Ke manakah Tuan akan pergi membawa diri? Jawabnya, "aku akan pergi berjihad di jalan Allah".
Beliau seterusnya ditanya, “ Bagaimana Tuan boleh turut serta sedangkan Tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad?
Jawabnya, “ Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid”.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-

1. Keutamaan menghadirkan diri dalam majlis ilmu kerana ia merupakan makanan buat hati kerana menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.

2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.

3. Menuntut Ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya. Justeru, Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudahpun tidak diperlukan.

(petikan daripada:-zahazanmohamed.blogspot.com)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
4. Cikgu-cikgu hari ini, macam mana? ada berani?

Jumaat, Mac 20, 2009

Kenapa kami bantah PPSMI e-book

1) Harus baca e-book ini untuk memahami secara tuntas asas bantahan PPSMI ini.

2) TERLALU RAMAI yang SALAH FAHAM- ASAS bantahan PPSMI ini; Mudah sekali dipengaruhi oleh media dan khabaran berita pihak ketiga (pernah dengar modul telefon karat?)

http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

3) SIASAT setiap perkara secara halus dan jelas; kemudian, tetapkan pendirian supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik kepartian yang jelas memihak. Dengan kata lain, diri kita harus punya pendirian dulu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah-
Penegasannya- bertindak secara jelas; dan dilihat jelas.

Commercial break!


kita tengok iklan dulu....



Faham tak ni?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah-
1) Juga datang dari negara jiran, Indonesia. Suatu pendekatan Islamik, dan meresapi budaya setempat. Bijak sekali!

2) Tanggung-jawab masyarakat; sememangnya suatu pencetus kepada perubahan. Masyarakat kita bagaimana?

Selasa, Mac 17, 2009

Isu penggunaan nama Allah

Boleh baca di sini:-
(klik) Isu penggunaan nama Allah di Malaysia

Allah Peduli (Agnes Monica)

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah peduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Fikrah-

1) BERHATI-HATI apabila meminati mana-mana lagu; atau apa-apa sahaja! Allah dalam lirik di atas bukan ditujukan kepada Allah yang Esa! Itu adalah lagu ketuhanan- untuk agama kristian.

2) Ini bukan soal minat atau tidak; sedap atau tidak; seni atau tidak; Ini soal AKIDAH.
Jangan sampai tergadai akidah TAUHIDIQ kerana perkara yang terlalu remeh!

3) Penggunaan nama Allah di luar Malaysia, sudah lama digunakan oleh semua agama. Namun, kes di Malaysia, tidak pernah berlaku penduduknya, generasinya, dari zaman berzaman, kerana perkataan Allah adalah hak ekskusif orang Islam. Dari sudut bahasa, dari sudut sejarah, dari sudut pemahaman penganutnya yang agak dangkal dan terhad tentang Islam itu sendiri, adalah amat sukar untuk memberi pemahaman semula tentang makna perkataan Allah kepada penganut Islam (Muslim).

4) Bukan salah Islam, tetapi masalah kepada ramainya penganut yang dangkal dan taksub (mengikut tanpa ilmu) dalam amalan ibadat harian.
(klik)TOLONG baca ulasan Dr. Mohd Asri (mantan Mufti Perlis)



Isnin, Mac 16, 2009

PPSMI lagi

1) Masa mula-mula diperkenalkan, guru yang pakar dalam matematik atau yang telah lama belajar dan mengajar matematik dalam b.melayu bermasalah dalam:-
1) MENTERJEMAH terma b.melayu kepada b.inggeris
2) MENGHURAI dalam b.inggeris, kandungan silibus pnp matematik.

2) Pihak Kementerian mengiktiraf pengalaman dengan memberi imbuhan dikenali dengan BISP (Bayaran insentif subjek pendidikan). Menariknya, guru diploma diberi 10% daripada gaji, manakala guru lepasan ijazah diberi 5% daripada gaji. Ironinya, lepasan ijazah rata-ratanya (bukan semua) boleh berkomunikasi dengan B.Inggeris lebih baik daripada guru lepasan diploma. Rasional yang diberikan oleh pihak kementerian malangnya tidak kedengaran rasional!

3) Kuatkan keberanian untuk berubah. Hakikat ada di depan mata. Guru adalah pelaksana dasar. Kan guru adalah 'Yang Menurut Perintah'. Bersedia untuk belajar. Di sekolah, ada program 'Buddy System' untuk guru-guru mahir b.inggeris. Ada guru-guru berikan komitmen?



4) Kuiz untuk pembaca. Yang mana betul? (Which one is correct?)

3 times 2 IS 5
or
3 times 2 ARE 5


Answer please?


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Fikrah:-
1) Masalah guru mungkin salah satu faktor utama. Murid akan menerima apa sahaja yang guru ajarkan. Berdoalah semoga murid mampu memahami apa yang diajar guru.

2) Isunya pembelajaran Matematik dan Sains. Bukan pembelajaran B.Inggeris. PPSMI bukan makmal kimia yang menggabungkan pembelajaran B.Inggeris dan Matematik / Sains.

3) Tugas cikgu? sampaikan ilmu.


Sabtu, Mac 14, 2009

PPSMI; komen menarik dari blog chedet

1) komen 1
2) komen 2
3) komen 3

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah -
1) Ada macam-macam pendapat mengenai dasar ini. Ada yang dangkal, ada yang emosi; yang 3 komen ini, boleh difikrahkan.
2) ramai yang tak faham lagi fakta berikut;-
a) menolak PPSMI bukan bermakna menyatakan penguasaan B.Inggeris tidak penting. SEMUA orang bersetuju B.Inggeris adalah sangat penting
b) Menyelesaikan masalah B.Inggeris, jangan pula menggadaikan B.Melayu=Bahasa Perpaduan
c) Matematik dan Sains adalah ilmu utama untuk dikuasai- gunakanlah bahasa apa pun;
3) Cuba tanya anak-anak jawa hari ini; berapa ramai yang boleh bercakap jawa, atau menulis perkataan jawa? kalau boleh, pernah dengarkah bahasa jawa sebagai bahasa ilmu?


Pelajar cemerlang


1) Kenal tak Nik Nur Madihah b Nik Mohd Kamal Hussein? Dia adalah pelajar terbaik SPM di Kelantan tahun 2008, dan mungkin di seluruh negara; Beliau mendapat 19 A1 dan 1 A2 (20A)

2) Rumahnya terletak di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar rumah ataupun reban? Jelas keadaan (rumah) tidak jadi masalah sekiranya kita berazam untuk berjaya. Di sinilah kata orang tua-tua di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Hebat!

3) Kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak dipedulikan sesiapa? Kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.

4) Pelajar ini dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seronoknya rasa kalau nama pelajar cemerlang selepas ini, datang dari sekolah sendiri, kan?