Khamis, Mac 26, 2009

Pesan guru

Jika kau guru,
di majlis, tersua muridmu
jangan kau perkenalkan kepada sesiapa;
ini muridku
ini pelajarku

Biarpun dia di langit gemilang
atau di lumpur longkang
tersenyumlah saja seadanya
tersenyumlah saja kepadanya

Jika kau guru,
di majlis tersua muridmu
terimalah dia jika berkata;
ini guruku

ini sifuku.

Jika kau guru
di majlis bersua muridmu
ke arah lain ia berpaling
itu ialah makhluk asing.

(Prof. Datuk Abu Bakar)

[Latar penerangannya: Ayah Prof. Abu Bakar seorang guru; beliau berpesan kepada anaknya, ‘Dua syarat untuk menjadi guru yang bahagia; pertama jangan mengakui pelajar itu muridmu di hadapan umum, apa lagi kalau dia sudah menjadi orang ternama. Kedua, Anda mesti gembira pelajarmu berjaya lebih daripada Anda]

(klik tajuk untuk artikel penuh)



Tiada ulasan: