At-Tabarani meriwayatkan dari Abi Hazim dari Sahal r.a , bahawa beliau telah menyampaikan kuliyah tentang sunnah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.
Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah.
Beliau berkata : “ Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi.
Abi Hazim lantas bertanya kepadaanya : “Ke manakah Tuan akan pergi membawa diri? Jawabnya, "aku akan pergi berjihad di jalan Allah".
Beliau seterusnya ditanya, “ Bagaimana Tuan boleh turut serta sedangkan Tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad?
Jawabnya, “ Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid”.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1. Keutamaan menghadirkan diri dalam majlis ilmu kerana ia merupakan makanan buat hati kerana menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.
2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.
3. Menuntut Ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya. Justeru, Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudahpun tidak diperlukan.
(petikan daripada:-zahazanmohamed.blogspot.com)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
4. Cikgu-cikgu hari ini, macam mana? ada berani?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan