Sabtu, Ogos 30, 2008

Aku menangis pada Hari Merdeka

>> suatu posting yang menyentuh hati saya...
..................................................................................................................................................
Aku menangis pada Hari Merdeka.
(I am Crying on Merdeka (Independence) Day
1. Aku menangis kerana rakyat Malaysia telah hilang kegembiraan dan perasaan terhadap masa hadapan negara yang diimpiankan dan tidak seperti semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!”.
(I cry because Malaysians have lost the joy and hope of a future Malaysia as wished for unlike the times when the late Tunku Abdul Rahman shouted “Merdeka”. )

2. Aku menanggis memikirkan ada rakyat Malaysia sendiri yang bercakap, berfikir dan bertindak memecahbelahkan rakyat dengan penuh perasaan perkauman dan keagamaan masing-masing tampa ada perasaan kebangsaan dan kesahabatan.
(I cry thinking of some Malaysians who talk, think and act to divide the citizens with their own racists and religious thoughts without a care for nationalism and friendships.)

3. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan sendiri dari negara apabila timbul isu-isu parti, jawatan, habuan, kuasa, kawan, kesahabatan dan keadilan.
(I cry thinking of some Malaysians who care more of themselves rather than the Nation when it comes to issues of party, posts, rewards, power, friends, relationship and fairness.)

4. Aku menangis memikirkan ada rakyat dan keluarga mereka yang masih belum mendapat keadilan sewaktu dipenjarakan, ditindas, dirompak, diugut, didiskriminasikan dan tidak juga dibenarkan bersuara.
(I cry thinking of some citizens and their families who have not obtain justice while being imprisoned, oppressed, robbed, threatened, discriminated and not even allowed the freedom of speech.)

5. Aku menangis memirkirkan ada rakyat Malaysia yang masih hidup Kias Pagi, Makan Pagi; Kias Petang Makan Petang walaupun Malaysia sudah 50 tahun merdeka.
(I cry thinking there are still Malaysians who still live from Hand to Mouth everyday, even though Malaysia has already achieved 50 years of Independence.)

Posted at http://patek1472.wordpress.com

Jumaat, Ogos 29, 2008

mati hidup semula

1)Perasaan seronok amatlah tidak terkira! Blog ini adalah tempat saya simpankan segala cetusan pemikiran yang dikongsikan dalam layar internet. Maknanya, cetusan ini untuk seluruh dunia, selagi mereka mampu membaca artikel saya.

2)Blog ini mati selama hampir 2 tahun, yang mana post terakhir pada 30 November 2006. Hidup semula pada 28 Ogos, 2008. Tarikh yang amat bermakna kerana ini adalah hari lahir saya! Hari ini pada 28 tahun dahulu, saya mula masuk dan melihat alam dunia.

3)Ia juga memberi makna tersirat, bermula era baru dalam hidup saya selama 28 tahun. Indahnya hidup ini bila mendapat penghargaan insan sekeliling.
-Saya adalah cikgu. Berjuang, memberi bakti dengan mencurah ilmu sekadar yang ada untuk bekalan anak-anak murid maju jalan kehadapan.
-Saya adalah anak. Mengormati, mentaati ibu bapa dengan menjaga hati perasaan mereka, sementara tangan mereka masih boleh dicium.
-Saya adalah suami. Mentadbir sebuah keluarga dengan kasih sayang, dan menunjuk teladan serta menjadi nakhoda pelayaran kehidupan rumah tangga.
-Saya adalah belia. Menjadi penggerak anak muda yang lain dalam melahirkan masyarakat bertamadun, masyarakat madani dengan keringat jantan orang muda. Kata nabi, ingat masa muda sebelum masa tua
-Saya adalah siapa yang Tuhan jadikan saya. Yang pasti, menjadi khalifah untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran.


Allahu Akbar!!

Khamis, Ogos 28, 2008

Alahai Apalah Nasib Cikgu....

Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada cikgu . Cikgu ini bagaikan papan dart yang kerjanya menerima tusukan panah dart. Membaling dart memang menyeronokkan . Siapa yang tidak seronok jika membaling ke papan dart . Selalunya dart akan mengena dan jarang sekali yang meleset. Cuma untuk tepat ke sasaran memang susah. Begitulah juga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada guru-guru . Nampak macam kena tapi tidaklah kena sangat ke sasaran. Ia masih sipi-sipi sahaja.

Filem yang cukup menghina guru ialah filem yang dilakonkan oleh P Ramlee. Dalam kelas cikgu itu , cikgu tersebut tertidur kerana setiap malam dia bermain gitar dalam satu kumpulan muzik. Filem ini ditayang berkali-kali di televisyen terutama sekali di Astro Ria. Aku memang tak kering gusi melihat telatah Cikgu Ramlee dengan anak murid yang nakal-nakal itu.

Tapi adakah semua cikgu-cikgu sedemikian. Oleh kerana filem itu ditayangkan berkali-kali ,maka ramai yang terpengaruh dengan dakwaan itu. Mereka beranggapan ramai guru yang mengajar sambil lewa dan senang-senang tidur di dalam kelas.

Terpancut keluar dari mulut Cikgu Lok Yim Pheng bahawa cikgu-cikgu disaman hampir setiap hari. Dalam laporan RTM, pemberita meminta ulasan daripada cikgu-cikgu di kelas. Semua guru yang ditemuramah mengiyakan guru-guru mudah terdedah dengan kes saman ini. Mereka takut mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang nakal. Aku naik pelik juga dengan laporan RTM itu kerana seolah-olah RTM menyebelahi cikgu dan tidak menyokong Dato Hishamuddin. Selepas itu tidak ada lagi temubual dengan para guru baik RTM mahupun TV3. Itu yang akui perasan , mungkin betul mungkin tidak. Laporan akhbar aku tak percaya sangat kerana ia lebih mudah ditapis.

Jika bernasib baik , guru-guru hanya akan dicalar kereta mereka. Tetapi jika tidak bernasib baik, kes mereka akan direport ke balai polis , dibuat laporan doktor swasta dan di bawa ke mahkamah. Tak kurang juga yang melibatkan yang berhormat, tokoh politik dan persatuan politik setempat. Banyak juga yang diselesaikan oleh pihak pengetua, PPD atau oleh pegawai daripada Kementerian. Jawapan paling mudah ialah tukar sekolah.

Apakah tanggapan ibu bapa sekarang terhadap guru-guru. Ibu bapa memang menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa sekarang mempunyai bilangan anak yang kecil , hanya tiga empat orang sahaja. Jadi mereka amat bergantung kejayaan kepada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki . Jika dapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan , itu sudah cukup memadai.

Dalam beberapa hal mereka ambil perhatian terhadap keadaan anak-anak mereka Sungguhpun mereka sibuk bekerja , tapi mereka amat mengharapkan anak mereka berjaya, lebih berjaya daripada mereka. Jika ibu bapa mempunyai kelemahan dan kesilapan masa lalu, seboleh mungkin kesilapan dan kelemahan itu tidak akan berulang dan berjangkit kepada anak-anak mereka.

Ibu tidak percaya perwatakan anak-anak mereka berubah dari semasa ke semasa. Semasa di Tahun 1 perangai anak mereka cukup baik tetapi setelah ke Tahun 2, perangai anak mereka berubah. Mulalah mereka menyalahkan kawan-kawan kepada anak-anak mereka.

Apabila di sekolah menengah, perangai anak mereka lebih cepat berubah. Mereka menyalahkan sekolah dan guru-guru yang kononnya tidak berdedikasi. Mereka mendapati guru sekolah menengah tidak bertanggungjawab berbanding dengan guru-guru di sekolah rendah. Guru di sekolah menengah hanya membiarkan jika anak mereka melakukan kesalahan. Ibu bapa lebih kenal dengan guru di sekolah rendah. Mereka lebih menghargai jasa dan peranan guru sekolah rendah. Mereka merasakan guru di sekolah rendah lebih prihatin.

Ibu bapa tidak sedar corak pendidikan dan pergaulan mereka di rumah telah menyebabkan watak anak mereka turut berubah. Setiap manusia akan berubah. Apabila masa berlalu , anak-anak akan lebih dewasa , mahukan status kedewasaan , inginkan kebebasan dan lepas bebas dari kongkongan. Inilah yang dinamakan jiwa remaja.

Ketika di sekolah rendah , anak-anak tadi bercampur sesama kaum tetapi apabila sampai di sekolah menengah, anak-anak mereka bercampur dengan kaum-kaum yang lain. Selalunya ibu bapa ini menyatakan sesuatu kaum itu lebih jahat dan nakal, lebih bising dan sebagainya.
Pelbagai tuduhan dilemparkan dan ada kalanya berbau perkauman. Di sekolah menengah isu-isu perkauman lebih mudah merebak. Pergaduhan pelajar antara kaum lebih mudah berlaku. Faktor luaran amat mempengaruhi terutama iklim politik semasa dan kongsi gelap.

Faktor jarak juga memainkan peranan. Semasa di sekolah rendah , jarak antara sekolah rendah dengan rumah tidaklah begitu jauh. Hanya sekitar 2-3 batu sahaja. Tambahan pula mereka selalu hantar dan ambil di sekolah. Oleh itu mereka tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa mengenali rakan dan lawan anak-anak mereka. Anak -anak ini pula selalu mengadu hal ehwal apa yang berlaku di sekolah. Tetapi apabila sampai di sekolah menengah , jarah rumah dengan sekolah lebih jauh. Mungkin 7- 10 kilometer.

Sekolah -sekolah menengah ini terletak hanya di bandar-bandar. Satu ketika dahulu pusat video games, pusat snuker, kafe siber banyak dibandar. Anak-anak yang jauh daripada pemerhatian ibu bapa telah menyimpang ke pusat-pusat ini untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang muda remaja. Tidaklah mereka dikatakan kolot, tidur di celah ketiak emak lagi.

Banyak pemimpin politik tidak percaya pelajar-pelajar ini macam samseng di sekolah. Datanglah jengok ke sekolah-sekolah terutama sekali pada waktu hujung waktu belajar dan semasa rehat. Lihat juga kawasan bandar yang mempunyai pusat-pusat yang dinyatakan di atas. Tidakkah mereka sedari para pelajar ini melepak dan melepak tanpa sebarang tujuan.

sambung...

Khamis, Julai 20, 2006

Program Lepas SPM : : (bermula episod baru)

Program lepas SPM

Zaman muda remaja, adalah zaman yang cukup membara... jiwa dan raga... semangat berapi-api... ye la kan... bila dah dibakar... bersemangat bukan main... masa nak turun ke masyarakat tu, rupanya ada banyak jalan yang boleh kami pilih... Ada yang berbau politik pembangkang, ada yang berbau politik kerajaan, ada yang berbau atas pagar jer, dan ada yang memang kampus punya... takut jugak kan... rambang jugak biji mata... tapi, aku dah dari kecik, dari sekolah rendah dah memang aktif dalam perkara-perkara macam ni, kalau tak join apa-apa, terasa macam loser jer...

Macam-macam ada... Dari mana aku didedahkan dengan semua perkara ni? Haa... lama punya cerita... lepas SPM punya cerita... Pendek cerita, ada program yang dianjurkan oleh salah satu badan yang di atas tadi; namanya Program Menara Gading... Lepas SPM, kan boring ya amat... Bila dah dapat program macam best jer, apa lagi, join laa. Dah la free... sapa tak nak barang free... biasanya, kalau program ‘motivasi’ macam ni, kan berbayar... mahal pulak tu kan.. heh.. yang ni free... gua join laa.. apa lagi kan...

Dalam program tu, kami didedahkan dengan kehidupan di universiti... Kebetulan, di UIA laa.. kalau tak silap, masa tu, 7 hari BTN di Meru, Klang... Lepas tu, 4 hari di UIA Gombak... Terpegun dan kagum dengan keindahan UIA. Yang bagusnya, menarik aku untuk memilih UIA masa isi borang UPU (borang nak masuk universiti)...(hahah.. semata-mata pasal cantik jer.. tak pikir pun pasal kursus apa nak diambil.. suka hati aku jer...)

Masuk balik cerita...dalam program Menara Gading tu, yang nama pendeknya PMG, pada setiap malam, (lepas minum malam.. hmm...) ada slot untuk anak negeri... Sebelum ini, tak pernah ada pun aku dengar slot anak negeri... heh, tak ada dalam jadual pun... (nampak sangat underground.. kan... ) Pada waktu inilah, diorang ceritakan pada aku tentang kehidupan ‘sebenar’ yang boleh dipilih untuk aku jadi mahasiswa...

Isnin, Julai 10, 2006

Jalan yang dipilih

Ilmu, kalau tak diamalkan, memang akan terlupa... itu hebatnya ilmu... macam keramat pulak kan... ilmu pun boleh merajuk dan akan lari bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu yang diperolehinya... Sebab tu, kita semua digalakkan untuk berkongsi ilmu... Tak kira sama ada ilmu fardhu ain atau pun ilmu fardhu kifayah... ilmu-ilmu yang tak elok, simpan untuk diri sendiri jer lah...

Masa zaman belajar kat UIA dulu, aku banyak jugak mengikuti program-program yang berbentuk usrah dan majlis-majlis ilmu... di dalam dan di luar kampus... yang ‘atas tanah’ (didaftarkan di UIA), dan ada jugak yang ‘bawah tanah’ (tidak didaftarkan la..). Ramai pelajar yang takut untuk join dan ramai jugak yang tak tahu pun gerakan-gerakan bawah tanah ni... Tapi, atas keyakinan bahawa mencari ilmu itu tidak terhad di dalam bilik kuliah semata-mata, kitorang tak kira... alhamdulillah... aku yakin jalan yang aku ambil talah menjadikan aku seperti hari ini...


Sebenarnya, kehidupan di kampus, dan alam bergelar mahasiswa adalah kehidupan yang sangat memberikan makna yang cukup indah untuk diriku... 6 tahun yang cukup panjang, tapi berbaloi... Rasanya, aku cukup bertuah kerana diberi peluang untuk berada di UIA... Matriks 2 tahun, degree 4 tahun... Bagi kebanyakkan pelajar yang mengejar masa bekerja, dah tentu 6 tahun adalah sangat lama.. Baik masuk UTM ke, 4 tahun setengah jer... tak pun lain-lain universiti yang boleh buat program ekspress... tapi, ye laa kan.... lain tempat, lain lah pengalamannya...

Rupanya, di alam mahasiswa inilah waktu yang terbaik untuk menjadi ideal... Ideal dengan erti kata, dunia yang indah dan semuanya sempurna... Pada waktu itulah, aku belajar dunia yang sepatutnya dan yang diharapkan... Bila kita tahu apa yang sepatutnya berlaku, maka, barulah kita dapat melihat apa yang tidak betul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini... Dan percayalah... nak melihat apa yang tidak betul dalam masyarakat, tidak akan dapat dilihat dan difahami di dalam bilik kuliah... Tak hairanlah, kalau bapak Sokarno dulu pernah berkata, ‘pemimpin yang hebat tidak lahir dalam bilik kuliah, tapi di tengah-tengah kepincangan masyarakat’... ayat ni cukup popular yang menjadikan kitorang dulu cukup bersemangat untuk pergi dan turun ke masyarakat...

Sabtu, Julai 01, 2006

Usrah

Nak kenal orang ni, satu kerja yang sangat susah dan mengambil masa yang cukup panjang... Wajah di muka boleh menipu... Perbuatan pun boleh menipu... Yang paling hebat menipu adalah lidah... pergh.. kalau lidah, tak payah cerita... tak bertulang, tapi, paling kuat menipu... sebab tu, kena berhati-hati dengan lidah. Wajah dengan perbuatan ni, sebagai pelakon pembantu jer...

Lagi satu, ni dalam hadis pun tak silap, ada disebut jugak... satu bahagian yang mana kalau baik, baiklah seluruh anggota tubuh badan, kalau buruk, buruklah seluruh anggota tubuh badan... Tak lain tak bukan... hati! Kalau wajah, perbuatan dan lidah boleh dan sentiasa ditampilkan dengan imej, hati amatlah berbeza... Tidak akan kelihatan pada peringkat awal... kalau dah nampak, maknanya, sudah terlewat... nasi sudah jadi bubur... Pada waktu ini, sudah terhantuk, dah terlambat untuk dingadah... Tak sempat nak sediakan payung, dah basah dah pun...

Teringat satu ilmu dulu-dulu pernah belajar.. bolehlah berkongsi bersama-sama... untuk mencapai tahap yang boleh diibaratkan seperti keluarga dah, bukan satu kerja yang mudah dan sekejap... Dalam bahasa arabnya, dipanggil Usrah.. Keluarga lah tu... ada rukun-rukun yang harus dipatuhi dan langkah-langkah yang teliti... Rukun Usrah diringkaskan sebagai 4T. Taaruf, taawun, tafahhum, dan takaful. Dalam kata mudahnya, taaruf (berkenal-kenalan), taawun (lupa lah pulak..), tafahhum (memahami) dan takaful (tolong-menolong)... Dan proses ini perlulah diiringi dengan iman, dan taqwa untuk mendapat redha Illahi... Asasnya pulak, sudah tentu niat yang ikhlas... atas konsep bertemu dan berpisah kerana Allah taala. Panjang lagi huraian ni... Nanti-nantilah, kalau ada peluang, boleh kita bincang pasal rukun usrah ni.... Dah dapat asas, kira ok la kan...

Isnin, Jun 26, 2006

Lakukanlah

Lakukanlah

Di tempat orang, atau di tempat sendiri pun, sebenarnya sangat mudah untuk tidak melakukan sesuatu... duduk diam di depan tv, sambil baring-baring di kerusi malas, atau kerusi sofa, tak pun bentang tilam terus... sampai berjam-jam... lepas tu, kalau dah tak ada cerita yang seronok, cakap yang tak ada kerja nak dibuat... boring.... boring... boring... (amboi... senangnya hidup...)

Pelik tapi benar... bukan nak cakap orang... aku pun selalu berperangai macam tu... (heh..setelah buat refleksi diri..) Kesannya, tu yang selalu dapat alasan keluar rumah... jalan-jalan ke bandar, singgah rumah kawan... ironinya, bila sampai rumah kawan, dia pun tengah tengok tv.. duduk diam di depan tv, sambil baring-baring di kerusi malas, atau kerusi sofa, tak pun bentang tilam terus... sampai berjam-jam... lepas tu, kalau dah tak ada cerita yang seronok, cakap yang tak ada kerja nak dibuat... boring.... boring... boring... (amboi... senangnya hidup...)

Pelik tapi benar... bukan nak cakap orang... aku pun selalu berperangai macam tu... (heh..setelah buat refleksi diri..) Kesannya, tu yang selalu dapat alasan keluar rumah... jalan-jalan ke bandar, singgah rumah kawan... ironinya, bila sampai rumah kawan, dia pun tengah tengok tv.. duduk diam di depan tv, sambil baring-baring di kerusi malas, atau kerusi sofa, tak pun bentang tilam terus... sampai berjam-jam... lepas tu, kalau dah tak ada cerita yang seronok, cakap yang tak ada kerja nak dibuat... boring.... boring... boring... (amboi... senangnya hidup...)

Hahaha... (copy.. paste) memang senang nak buat artikel macam ni.... Mula-mula sorang-sorang... kemudian bertambah sorang demi sorang... lepas tu, haa.. mula lah terfikir aktiviti-aktiviti yang popular di kaca tv tu... tapi, itulah hakikat orang muda sekarang ni... eh.. tak.. bukan orang muda jer... masyarakat kebanyakkan sekarang... tak adil lah kalau cakap orang muda jer... memang kebanyakkan masyarakat dah kena penyakit ni... Lepas tu, salahkan belia-belia remaja ni terlibat dengan masalah sosial lah... zina lah, lepak lah, vandalisme lah, apa-apa lah... isu yang tipikal sebenarnya ni... boring... boring.. boring...

Please... Look around us!! (heh.. kecek ore putih pulok)... ehem.. lihatlah sekeliling kita... banyak perkara yang boleh dilakukan... sama ada kita nampak atau tidak.. atau biasanya buat-buat tak nampak... tandas dah berapa lama tak basuh... rumah dah berhabuk... sampah, nak biar berulat ke, kasut kat luar, macam ada kenduri jer.. bersepah-sepah... tu tak masuk bilik tidur lagi... ni cerita dalam rumah jer... kalau kat luar rumah, halaman rumah dah macam ladang penternakan nyamuk aedes, tak pun macam zoo mini... hahah.. kalau kat Pakan ni, (eh.. tertulis tempat posting pulak) dah la banyak bab*, dan anjing... memang sesuai dijadikan tempat pembiakan penyakit-penyakit yang power macam JE, SARS, dan terbaru HFM...

Nak cerita banyak pun, ni soal ‘self-discipline’ dan ‘self-conscious’... so, sendiri mau ingat laa... (nak menyedarkan masyarakat, kena sedar diri dulu....) teringat satu proverb yang cukup menginsafkan aku... ‘For things to change, I must change first’... Kesimpulannya, aku... bukan orang lain... kena bertindak dulu.... yep.. it’s all back to me...

Selasa, Jun 20, 2006

Refleksi

Orang kata, nak buat refleksi, perlukan tempat dan masa yang sesuai... refleksi ni kata lain bagi muhasabah... Maksudnya melihat semula apa yang telah diri lakukan sepanjang hari; tak kira sama ada perbuatan, sebutan, fikirkan, dan sebagainya... check dan recheck adakah menepati kehidupan yang sebenar... atau adakah masih dilandasan yang betul mengikut cara dan yang paling penting betul dari segi agama, morallly dan ethically...

Tak semua benda betul dalam dunia ni... ‘right decisions, with wrong reasons can be wrong decisions’... aku terjumpa ayat ni dalam cerita Pirates of Caribean... (heheh.. ada guna jugak tengok dvd selalu ni..) maksudnya, keputusan yang betul boleh jadi salah apabila dialaskan dengan alasan yang salah... Dalam Islam ni, ustaz Ismail Kamus dulu pernah cerita.. ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Ada beza jugak antara 2 kata-kata hikmah ni... Yang ni, contoh tipikal, kalau nak tolong orang miskin sekalipun, dengan mencuri daripada orang kaya bukanlah satu tindakan yang betul, macam Robin Hood... Manakala, contoh untuk ayat Pirates of Caribean pulak, macam keputusan nak tolong orang miskin macam Robin Hood adalah keputusan yang betul... tapi, alasan hendak menolong adalah untuk jadi juara rakyat, atau ingin publisiti untuk kepentingan diri atau nak tunjuk lagak, atau dengan kata lain, niat tak betul; tak ikhlas nak tolong, akan menjadikan keputusan hendak menolong sudah jadi salah....

Kan berbeza tu.... Jadi, apabila membuat refleksi, perlu ‘cristal clear’ dengan perhatikan pada niat, atau reasoning, dan cara tindakan untuk niat itu... dalam teori kepimpinan, ada disebut tentang ‘making the right thing in a right way’... (do the right thing right)...

Eh... refleksi ni kan selepas melakukan sesuatu.... apa kata kalau sebelum melakukan sesuatu, fikirkan tentang perkara ini... Dalam pemahaman aku, refleksi adalah selepas; Kalau sebelum lakukan sesuatu dipanggil Fikir!!! (jadi, mari kita fikirkan sama-sama)...

Rabu, Jun 14, 2006

Membebel

Aku kalau dapat peluang bercakap, boleh tahan juga ulasannya... tanya sepatah, jawab berpatah-patah. Orang cakap, aku ni banyak cakap... dah biasa dengan kesunyian kot... (sunyi?? Ye ke ni...) bahaya sebenarnya cakap banyak ni... terdedah kepada dosa-dosa kering... Ada kata hikmah ‘lebih baik diam daripada cakap 1 perkara yang tidak berguna’ (ada ka...) maknanya, cakap perkara yang penting sahaja... Cakap sikit, tapi memberi kesan kepada orang yang mendengar... tu macam senang kan... tapi, percayalah... tak ramai yang mampu lakukan...

Kerjaya guru atau yang seangkatan dengannya adalah kerjaya yang sangat terdedah kepada penyakit bercakap tak berhenti.... atau lebih dikenali dengan ‘membebel’dikalangan orang melayu... Dulu-dulu, masa zaman-zaman buat program dulu, aku dilabel ‘hubbul mic’ (dalam bahasa melayu, cinta pada microphone)... ye laa.. asal jumpa mic, mesti ada mende nak cakap... sekarang dah jadi cikgu, susah nak ajar kalau tak membebel kot... tak pun, dah kurang ajar sangat... tu yang kena membebel... eleh,,, alasan nak buang masa jer tu... kononnya kan sekarang ni, nak mengaplikasikan pembelajaran bestari (smart school).. alaa... yang pembelajaran berpusatkan pelajar tu... dah namanya, pelajar sebagai pusat, pelajar laa sepatutnya kena banyak bercakap... bukan guru... Tu yang kena buat refleksi setiap hari...