Selasa, Mac 24, 2009

bila murid tidak minat dengan ilmu

At-Tabarani meriwayatkan dari Abi Hazim dari Sahal r.a , bahawa beliau telah menyampaikan kuliyah tentang sunnah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah.
Beliau berkata : “ Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi.
Abi Hazim lantas bertanya kepadaanya : “Ke manakah Tuan akan pergi membawa diri? Jawabnya, "aku akan pergi berjihad di jalan Allah".
Beliau seterusnya ditanya, “ Bagaimana Tuan boleh turut serta sedangkan Tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad?
Jawabnya, “ Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid”.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-

1. Keutamaan menghadirkan diri dalam majlis ilmu kerana ia merupakan makanan buat hati kerana menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.

2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.

3. Menuntut Ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya. Justeru, Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudahpun tidak diperlukan.

(petikan daripada:-zahazanmohamed.blogspot.com)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
4. Cikgu-cikgu hari ini, macam mana? ada berani?

Jumaat, Mac 20, 2009

Kenapa kami bantah PPSMI e-book

1) Harus baca e-book ini untuk memahami secara tuntas asas bantahan PPSMI ini.

2) TERLALU RAMAI yang SALAH FAHAM- ASAS bantahan PPSMI ini; Mudah sekali dipengaruhi oleh media dan khabaran berita pihak ketiga (pernah dengar modul telefon karat?)

http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

3) SIASAT setiap perkara secara halus dan jelas; kemudian, tetapkan pendirian supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik kepartian yang jelas memihak. Dengan kata lain, diri kita harus punya pendirian dulu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah-
Penegasannya- bertindak secara jelas; dan dilihat jelas.

Commercial break!


kita tengok iklan dulu....



Faham tak ni?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah-
1) Juga datang dari negara jiran, Indonesia. Suatu pendekatan Islamik, dan meresapi budaya setempat. Bijak sekali!

2) Tanggung-jawab masyarakat; sememangnya suatu pencetus kepada perubahan. Masyarakat kita bagaimana?

Selasa, Mac 17, 2009

Isu penggunaan nama Allah

Boleh baca di sini:-
(klik) Isu penggunaan nama Allah di Malaysia

Allah Peduli (Agnes Monica)

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah peduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>..

Fikrah-

1) BERHATI-HATI apabila meminati mana-mana lagu; atau apa-apa sahaja! Allah dalam lirik di atas bukan ditujukan kepada Allah yang Esa! Itu adalah lagu ketuhanan- untuk agama kristian.

2) Ini bukan soal minat atau tidak; sedap atau tidak; seni atau tidak; Ini soal AKIDAH.
Jangan sampai tergadai akidah TAUHIDIQ kerana perkara yang terlalu remeh!

3) Penggunaan nama Allah di luar Malaysia, sudah lama digunakan oleh semua agama. Namun, kes di Malaysia, tidak pernah berlaku penduduknya, generasinya, dari zaman berzaman, kerana perkataan Allah adalah hak ekskusif orang Islam. Dari sudut bahasa, dari sudut sejarah, dari sudut pemahaman penganutnya yang agak dangkal dan terhad tentang Islam itu sendiri, adalah amat sukar untuk memberi pemahaman semula tentang makna perkataan Allah kepada penganut Islam (Muslim).

4) Bukan salah Islam, tetapi masalah kepada ramainya penganut yang dangkal dan taksub (mengikut tanpa ilmu) dalam amalan ibadat harian.
(klik)TOLONG baca ulasan Dr. Mohd Asri (mantan Mufti Perlis)



Isnin, Mac 16, 2009

PPSMI lagi

1) Masa mula-mula diperkenalkan, guru yang pakar dalam matematik atau yang telah lama belajar dan mengajar matematik dalam b.melayu bermasalah dalam:-
1) MENTERJEMAH terma b.melayu kepada b.inggeris
2) MENGHURAI dalam b.inggeris, kandungan silibus pnp matematik.

2) Pihak Kementerian mengiktiraf pengalaman dengan memberi imbuhan dikenali dengan BISP (Bayaran insentif subjek pendidikan). Menariknya, guru diploma diberi 10% daripada gaji, manakala guru lepasan ijazah diberi 5% daripada gaji. Ironinya, lepasan ijazah rata-ratanya (bukan semua) boleh berkomunikasi dengan B.Inggeris lebih baik daripada guru lepasan diploma. Rasional yang diberikan oleh pihak kementerian malangnya tidak kedengaran rasional!

3) Kuatkan keberanian untuk berubah. Hakikat ada di depan mata. Guru adalah pelaksana dasar. Kan guru adalah 'Yang Menurut Perintah'. Bersedia untuk belajar. Di sekolah, ada program 'Buddy System' untuk guru-guru mahir b.inggeris. Ada guru-guru berikan komitmen?



4) Kuiz untuk pembaca. Yang mana betul? (Which one is correct?)

3 times 2 IS 5
or
3 times 2 ARE 5


Answer please?


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Fikrah:-
1) Masalah guru mungkin salah satu faktor utama. Murid akan menerima apa sahaja yang guru ajarkan. Berdoalah semoga murid mampu memahami apa yang diajar guru.

2) Isunya pembelajaran Matematik dan Sains. Bukan pembelajaran B.Inggeris. PPSMI bukan makmal kimia yang menggabungkan pembelajaran B.Inggeris dan Matematik / Sains.

3) Tugas cikgu? sampaikan ilmu.


Sabtu, Mac 14, 2009

PPSMI; komen menarik dari blog chedet

1) komen 1
2) komen 2
3) komen 3

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah -
1) Ada macam-macam pendapat mengenai dasar ini. Ada yang dangkal, ada yang emosi; yang 3 komen ini, boleh difikrahkan.
2) ramai yang tak faham lagi fakta berikut;-
a) menolak PPSMI bukan bermakna menyatakan penguasaan B.Inggeris tidak penting. SEMUA orang bersetuju B.Inggeris adalah sangat penting
b) Menyelesaikan masalah B.Inggeris, jangan pula menggadaikan B.Melayu=Bahasa Perpaduan
c) Matematik dan Sains adalah ilmu utama untuk dikuasai- gunakanlah bahasa apa pun;
3) Cuba tanya anak-anak jawa hari ini; berapa ramai yang boleh bercakap jawa, atau menulis perkataan jawa? kalau boleh, pernah dengarkah bahasa jawa sebagai bahasa ilmu?


Pelajar cemerlang


1) Kenal tak Nik Nur Madihah b Nik Mohd Kamal Hussein? Dia adalah pelajar terbaik SPM di Kelantan tahun 2008, dan mungkin di seluruh negara; Beliau mendapat 19 A1 dan 1 A2 (20A)

2) Rumahnya terletak di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar rumah ataupun reban? Jelas keadaan (rumah) tidak jadi masalah sekiranya kita berazam untuk berjaya. Di sinilah kata orang tua-tua di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Hebat!

3) Kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak dipedulikan sesiapa? Kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.

4) Pelajar ini dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seronoknya rasa kalau nama pelajar cemerlang selepas ini, datang dari sekolah sendiri, kan?




Nilai dari guru


1) Pada kebiasaannya, apa yang diajar di sekolah adalah berbeza dengan apa yang dipraktikkan di luar. Itu, semua orang sudah maklum. Teori adalah amat berbeza dengan praktikal. Asasnya, teori tidak mempertimbangkan pemboleh-ubah yang lain.

2) Ini termasuk juga dalam bidang pendidikan dan keguruan sendiri. Contohnya, di kelas, guru mengajar anak murid untuk berkata benar, berlaku adil, mengutamakan kebajikan, bersungguh-sungguh, berkerja dalam kumpulan, melakukan kerja rumah, membuat persediaan awal dan sebagainya. Ini semua merupakan nilai luhur yang diangkat dan dididik kepada anak-anak murid.

3) Apabila dalam praktikal; lain pula kisahnya. Guru memilih-milih pula mengamalkan nilai-nilai yang digariskan seperti contoh di atas, mengikut mood, arahan pihak atasan dan keperluan semasa; termasuk juga dalam urusan rasmi. Misalnya, dalam penulisan sijil; biasa dilihat- apa yang baik dan elok, ditulis ‘sangat baik’, apa yang teruk, ditulis ‘baik’; Kata cikgu, komen dan ulasan harus dilihat positif, walau hakikatnya, sangat teruk! Kata cikgu lagi, nanti mudah untuk mereka bawa ke peringkat lain.

4) Dalam mengasihani pelajar yang begini, secara langsung, cikgu telah menganianya dan berlaku tidak adil kepada pelajar yang sememangnya baik, dan cemerlang di sekolah. Di mana keutamaan dalam memberi penilaian kepada pelajar? Berlaku adil? Atau kasihan? Sebenarnya agak janggal melihat sijil berhenti pelajar yang dibuang sekolah; pada ulasannya, sikap ditulis ‘baik’. Tanya kepada mana-mana orang pun, yang benar tetap benar; yang salah tetap salah.

5) Kata cikgu, memberi mata kepada sikap, harus terbuka. Tidak kira bagaimana sikapnya, yang penting, tidak akan memudaratkan murid tersebut pada masa depan. Kata cikgu lagi, manusia berubah. Mana tahu, pada masa depan, sikap mereka akan menjadi lebih baik dari hari ini. Mungkin sijil tersebut sahajalah yang akan membantu mereka pada masa depan.

6) Kalau begitu perkiraannya, bagaimana nanti agaknya, cadangan kementerian untuk menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah menggantikan sistem peperiksaan pada hari ini? Bolehkah cikgu bersikap adil? Atau sikap ‘kasihani’ atau ‘belas ehsan’ akan menjadi kayu ukur yang utama? Bila untuk memberi markah kepada pelajar yang bagus, begitu berkira dengan markah yang diberikan? Bukankah nilai dan kesedaran adalah untuk pelajar sendiri memilihnya? Guru hanya bertindak sebagai pendidik, bukan pembodek. Memang benar manusia boleh berubah. Lantas, carilah lagi sijil lain yang menunjukkan perubahan baik itu. InsyaAllah, Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya yang tulus mencari nur hidayahNya. Didikan guru bukan sahaja hingga tamat sekolah, tetapi hingga akhir hayat jiwa guru itu.

7) Arahan kementerian katanya, yang meletakkan walau pelajar seteruk mana sekalipun, pada bahagian ulasan, letakkan ‘baik’. Sekurang-kurangnya lulus. Ironinya, tidak ada pula arahan untuk memberikan ‘sangat baik’ atau ‘cemerlang’ untuk yang lainnya? Mudahkan sahaja semudah-mudahnya. A- untuk yang aktif, B- untuk yang sederhana, dan C- untuk yang teruk. Tidak perlu juga ulasan ‘baik’, atau ‘sangat baik’, atau ‘memuaskan’. Ia hanya menunjukkan cikgu bersikap zalim (lawan kepada adil) kepada yang benar-benar berkomitmen.

8) Untuk golongan murid yang nakal dan bermasalah di sekolah, memang benar; memberi gambaran atau penulisan sijil terutamanya dalam perkataan negatif adalah tidak cocok sekali; namun, harus diingatkan, alam dunia ini, bukan hanya ada warna hitam (negatif) dan putih (positif). Menggunakan warna yang selainnya (neutral) juga adalah alternatif yang boleh dicadangkan. Pokoknya, guru bukan sahaja harus menjunjung nilai mulia, namun harus dilihat berbuat demikian!



Rabu, Mac 11, 2009

Kisah Ah Beng dan fikrahnya


Kisah 1:
Ah Beng pergi ke klinik dgn 2 telinganya merah terbakar.
Doktor: Apa yang terjadi ni? ceritakan pada saya!!
Ah Beng: Saya sedang seterika baju, tiba2 kawan saya telefon, saya tersilap angkat.
Saya tak angkat gagang telefon, tapi angkat seterika terus ke telinga.
Doktor: Habis yang sebelah lagi pun merah jugak. Kenapa?
Ah Beng: Kawan saya telefon lagi sekali laaa...!!!

Fikrah :- Kesalahan sama boleh berlaku berkali-kali; akibatnya, sangat menyakitkan....

Kisah 2:
Ah Beng adalah sangat teliti dlm kerjanya. Setiap kali selepas membuat salinan photostat, dia akan membandingkan dgn salinan asal supaya tidak ada "spelling mistake".

Fikrah :- Ada perkara yang tentunya benar kalau diikut contoh sebenar.

Kisah 3:
Ah Beng sedang mengisi borang permohonan kerja. Dia dah isi Nama, Umur,
Alamat dan info peribadi yg lain kecuali satu bahagian yg tertulis "SALARY
EXPECTED:"
Selepas puas memikirkan jawapannya, dia pun menjawab: "YES"!!!

Fikrah :- Apa yang kita rasa mudah, belum tentu mudah bagi orang lain memahaminya.

Kisah 4:
Ah Beng kat kedai TV, nak beli 1 TV set.
Ah Beng: Awak ada jual TV color tak?
Salesgirl: Ada!
Ah Beng: Bagi saya yg warna hijau satu!!

Fikrah :- Apa yang orang lain faham, belum tentu kita akan memahaminya.

Kisah 5:
Ah Beng di satu kedai runcit & sedang meneliti satu objek yg berkilat2.
Ah Beng: Apa benda yg berkilat2 nih?
Salesgirl: Thermo flask
Ah Beng: Benda nie apa gunanya?
Salesgirl: Ia boleh menyimpan supaya benda panas kekal panas & benda sejuk kekal sejuk
Ah Beng: Ok, saya beli 1!
Esoknya Ah Beng ke ofis dgn themo flask barunya.
Boss: Apa benda yg berkilat2 nih?
Ah Beng: Thermo flask!
Boss: Benda nie apa gunanya?
Ah Beng: Haa... dia boleh simpan benda panas kekal panas & sejuk kekal sejuk
Boss: Habis, Ah Beng simpan apa di dalam?
Ah Beng: 2 cawan kopi dengan 1 cawan aiskrim...

Fikrah :- Fahamkan betul-betul sebelum melaksanakan sesuatu.

Selasa, Mac 10, 2009

Maulid; Sejarah dan amalan


" ..... Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?...."

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

(Dr Mohd Asri Zainal Abidin )

Klik di sini untuk baca artikel penuh


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah-

1) Sekali lagi, lontaran pandangan yang cukup kritis dan segar diberikan kepada seluruh umat untuk berfikir dan bermuhasabah; bagaimana sekarang? adakah kita berada dalam konteks amalan yang benar?

2) Selamat menyambut maulidur-Rasul; tema peringkat kebangsaan adalah 'Wahdah; pemangkin Khaira Ummah' fahamkah kita apa itu wahdah? apa itu khaira ummah? dan yang lebih penting, tindakan kita hari ini; adakah punya ciri dan pendekatan khaira ummah? ibarat soalan Dr MAZA, semakin dekatkah kita dengan baginda Rasulullah SAW?