Rabu, Jun 10, 2009

Browser paling laju

Siapa mahu mengesahkan; boleh cuba --> browser paling laju = Google Chrome 2.0. Google mengeluarkan Chrome versi ke-2 kebelakangan ini, dan mencipta peningkatan mendadak iaitu dengan 20% berbanding dengan versi yang sebelum ini ...

*Mungkin saya juga akan mengucapkan : Bye bye kepada “musang berapi”(Firefox) atas alasan hampa dengan kelemahannya yang ketara =

  • Mengambil masa loading ketika pelancaran applikasi
  • Sekat seketika ketika membuka tabs baru browser paling laju
  • Boleh tiba-tiba Jam > terpaksa memulakan semula
  • Add-on canggih tapi memberatkan penggunaan memory
  • blog yang banyak memori / application / visual mengambil masa yang lambat dan lembap

Kehebatan Google Chrome

  1. Muncul segera sebaik dipanggil
  2. Laju sebab menggunakan process berpecah
  3. URL bar yang terdapat fungsi direct search
  4. Jarang boleh dapat koma
  5. Menggunakan engine terbaru – V8


Jumaat, Jun 05, 2009

ABIM Islamic Outreach in Malaysiakini

Fikrah:-
1) ABIM Islamic Outreach is one of the core business in ABIM, as it maintains their relevancy in Dakwah Body in Malaysia; especially from youth (Belia) .
2) Thank You- Malaysiakini; Media and masses seems not aware of this team in Malaysia. This kind of publicity is vital for increasing awareness of dakwah participation from public.
3) NGO voices are from the roots of people. IT can go further when government recognise and give more fundings.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Description:-

Islamic Outreach-ABIM was first established in 1987 with a mission to spread the blessing of Allah SWT to all mankind. IOA’s approach to da’wah, is by propagating Islam as a complete way of life based on the teachings as written in the Quran.


Throughout almost twenty years of its existence, IOA has facilitated the conversion of over 1,000 new ‘reverts’. (Revert is the Islamic reference to converts to Islam as it is believed that everyone was born Muslim and that family or environment turned them to other religions).

85% of the ‘reverts’ are 25 years old and above, and 64% are foreigners. IOA also receives converts from the Religious Department, PERKIM and other similar organizations for attendance in religious classes, pre-marital courses and other relevant programs conducted daily, weekly, and monthly by the organisation.

An estimated 5,000 converts have attended classes and programs organized by IOA.

Since its formation, IOA has developed its own niche in da'wah products as reflected in the programmes it conducts such as Converts Development Programme, Orang Asli Socio-economic Development Project, Inter-faith And Inter-civilization Programmes and Mosque Tour Guide Programme.

Malaysiakini speaks to IOA President Azril Mohd Amin on the organization's da'wah mission.

Camera: Azreen Madzlan
Editor: Lydia Azizan
Producers: Lydia Azizan & Azreen Madzlan


(http://www.malaysiakini.tv/video/17116/ngo-focus-with-islamic-outreach-abim.html)


Isnin, Jun 01, 2009

Debat tentang kritik-mengkritik

Debat tentang kritik-mengkritik

Norizan Sharif - Tidak salah untuk mengatakan pendapat anda betul. Apa yang salah ialah mengatakan pendapat orang lain salah dan memperlekehkan orang yang tidak sehaluan dengan anda. Dalam mengkritik, bersikap adillah dan dengarlah pendapat semua pihak, walaupun ia bertentangan dengan pendapat anda. Sekiranya anda mengkritik seseorang, anda boleh berlaku adil dengan menyebut juga kebaikan dan kelebihan yang ada padanya.

------------------------------------------------------------------------------------

Belajar untuk menerima nasihat orang lain sekiranya ingin menyalurkan dam memberi pendapat....itu adalah antara perkara yang baik diamalkan dalam kehidupan...baik dari pelbagai aspek...dari keluarga hinggalah kepada kehidupan masyarakat....!!!
------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai pengamal teknik-teknik Lateral Thinking, saya tidak percaya kepada kegiatan kritik-mengkritik. Ada orang percaya pada 'kritikan membina'. Pada pandangan saya, tidak ada kritik yang 'membina'. Semua kritikan adalah 'merosakkan'. ... Banyak perkara menjadi rosak selepas kita melakukan kritikan. Sebahagiannya rosak teruk dan tidak dapat dipulihkan.
---------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana pula dengan kritikan atau kata2 yang memberikan semangat???...tidakkah ia membantu walaupun sedikit...????....
---------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka mengkritik pada hal yang sepatutnya dibuat, sebab pada hakikatnya se ekor semut pun menyumbang kepada terciptanya bangunan tertinggi di dunia atau apa saja keajaiban dunia...bermaksud sebentuk cawan yang mahal dan cantik pun jika saya diberi peluang untuk mengkritik saya pasti ada kecacatanya yang di jumpa, tapi untuk apa pada hal yg sedemikian.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Menyatakan PENDAPAT, membuat TEGURAN, MENGKRITIK ... boleh huraikan sedikit antara persamaan dan perbezaannya ?
--------------------------------------------------------------------------------------------

Sama-samalah kita raikan kepelbagaian pendapat di sini. Setiap pandangan adalah untuk dikongsi walaupun pandangan itu tidak semestinya dikongsi :)
--------------------------------------------------------------------------------------------

Tradisi 'critique' adalah ciptaan ahli-ahli falsafah Yunani - Plato, Socrates, Aristotles dll.
(Bangsa Yunani terkenal sebagai bangsa yang paling banyak melahirkan ahli falsafah bertaraf dunia, tetapi sepandai-pandai bangsa itu, otak-otak mereka tidak berupaya mencipta roda!) ...
Nota: Nabi Muhammad tidak mengamalkan tingkah laku kritik-mengkritik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Dari segi kritikan yang membina semangat dan sahsiah diri...bagaimana pula???...adakah ia juga tidak diterima...???
--------------------------------------------------------------------------------------------

saya pernah bertegang leher dengan atuk saya seketika, gara-gara kritik 'membina' dan 'merosakan' seperti yang di sebut di atas, tegas atuk saya bekas pekerja DBP, kritik membina=nasihat manakala kritik merosakan=mencerca, tentulah tidak sama menasihat dengan mencerca...mohon di perbahaskan !
---------------------------------------------------------------------------------------------

walhal di sekolah2 dan juga sektor awam dan swasta pun masih banyak aktiviti seperti team buliding, kem motivasi diri dan juga kem bina semangat...didalamnya juga diterapkan juga unsur dan ceramah seperti 'membina semangat'....
---------------------------------------------------------------------------------------------

Saya 100% sokong dgn pendapat saudara Norizan tetapi ada sesetengah orang hanya mahu dengar kritikan yang baik saja! Yang tak baik punya,dia akan panggil polis!!!!Mana boleh macam itu?
---------------------------------------------------------------------------------------------

Saya setuju dengan saudara Din Deraman, itulah yang sebenarnya yang cuba saya timbulkan antara mengkritik, memberi pendapat, membuat teguran dan menasihati.... semua ini berbeza. Dan saya yakin Puan Ainon cuba nyatakan di sini adalah mengkritik iaitu mencerca... sudah pasti mencerca itu kesan dan akibatnya adalah negatif... Tiada mencerca positif... Wallahualam...Terima kasih
----------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan-tuan dan puan-puan peminat penulisan Tuan Nobisha,
Kita diberitahu bahawa dengan menunjukkan kesilapan, kekurangan, kelemahan sesuatu idea itu, maka kita akan dapat menghasilkan idea yang lebih bagus. Ini suatu falasi.

Kritikan tidak menghasilkan idea-idea baru mahupun idea-idea yang lebih baik...
Lilin adalah suatu idea yang banyak kelemahan dan kekurangannya. Dengan mengkritik semua kelemahan dan kekurangan lilin, apakah dengan itu ia menghasilkan penciptaan idea 'mentol', suatu idea yang jauh lebih baik daripada lilin? (Mentol bukan idea yang berasal daripada lilin yang diperbaiki selepas dikritik.)

Bangsa Jepun menggunakan teknik berfikir yang disebut "check-listing" bagi menghasilkan ciptaan-demi-ciptaan yang lebih baik. (Bangsa Jepun tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat, oleh itu mereka tidak pernah diajar berfikir secara kritikal, itu sebabnya mereka tidak pandai berdebat - debate.)

--------------------------------------------------------------------------------------------

din deraman, prasyarat melakukan kritikan ialah mempunyai hati yang bersih dan ikhlas. sekiranya tidak, maka jadilah sesi cerca-mencerca seperti yang saudara sebutkan itu. tentu saudara juga pernah melihat bagaimana sesi "brainstorming" bertukar menjadi "blamestorming" kan? hehehe
--------------------------------------------------------------------------------------------

Check-listing adalah satu bentuk kritikan system bagi membina kesempurnaan....
--------------------------------------------------------------------------------------------

..tetapi org akan merasa puas bila pendapatnya menyetujui pendapat org yang salah itu sebagai betul.Ertinya org ini tidak ikhlas pd dirinya sendiri semata mata utk memuaskan mereka yg boleh memberi pulangan kpdnya..
--------------------------------------------------------------------------------------------

Membaca secara kritis, bukannya suatu kritikan. Tidak bermakna bacaan kritis harus bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan penulis. Tidak ada isu membina atau merosakkan. Yang ada, hanyalah pandangan dari kaca mata si pembaca. Yang menerima, terpulanglah bagaimana hendak menerimanya secara positif atau sebaliknya.

Pesakit kronik, dikatakan kritikal kerana hampir menemui ajal. Doktor melihat dan merawat secara halus dan teliti pesakit itu. Tindakan doktor adalah kritis!
---------------------------------------------------------------------------------------------

Masing-masing ada pendapat Wai Zi. Tiada ganjaran dan pulangan pun. Kita memang ada kelemahan dan kelebihan. Biasalah bila berada di atas atau menjadi pemimpin kita akan menerima teguran untuk setiap tindakan yang kita buat. Tersangatlah sukar untuk mendapat sokongan 100 peratus pasti ada yang tidak berpuashati, cuma teguran yang dibuat perlulah ... Read moreada penambahbaikan.... bukan kritikan melulu (mencerca) tanpa sebarang cadangan ke arah kebaikan bersama .... Mereka hanya tahu mengkritik, tetapi bila mereka diberi ruang untuk melaksanakan... lebih teruk dari yang terdahulu...
---------------------------------------------------------------------------------------------

P ramlee pernah kata "bukan marah tapi nasihat".
---------------------------------------------------------------------------------------------

Norizan, jangan lupa 20%

Boleh kritik tapi kena lah ada cadangan atau penyelesaian. Pihak yg mengkritik dan dikritik kena ikhlas dan bersedia. Kalau boleh mintak izin dulu untuk kritik, atau yang dikritik mohon dikritik. Hahaha layan nujum pak belalang lagi best dari dok kritik. Ok peace
---------------------------------------------------------------------------------------------

when critic failed to produce alternative idea, it's not a good critic. At least by our own perception..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Fikrah-
dengan kata lain,
1) kritik datang seiring dengan cadangan balas;
2) Kritik dengan kritis, bukan dengan emosi
3) Kritik adalah persepsi; bukan bermakna betul atau salah
4) Ada beza besar kritik dengan marah
5) Memberi kritikan adalah salah satu cara menyampaikan pendapat; dan sebaliknya

Ahad, Mei 31, 2009

Pandangan hidup

1) Mencari nilai dalam diri yang mana intan, yang mana kaca

2) Menilai keperluan dan kehendak secara rasional

3) Memberi masa untuk memberi daripada mengambil

4) Melihat karenah manusia dan refleksi diri

5) Membaca kisah kehidupan manusia dan mematangkan kesimpulan

6) Memikirkan dari perspektif empati kisah mangsa dan pemangsa secara kritis dan kreatif

7) Membina perjalanan hari esok dengan menyelesaikan kerja hari ini

8) Merangka program pembinaan secara bersistem dan bermodul dengan kewujudan hitam dan putih.

9) Menghargai apa yang ada di depan mata dengan syukur dan redha

10) Menjadi muda dengan aktivisme, tua dengan kematangan, kaya dengan ilmu, miskin dengan kebekuan, besar dengan jiwa, dan kecil dengan hasad.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Sesuatu yang bernilai, datangnya tidak perlu dirancang. Ia datang menerobos minda secara tidak sedar. Tuliskan sahaja apa yang terlintas. Maka, 10 pandangan hidup sudah disenaraikan. Tinggal penerangannya sahaja mungkin perlu dituntaskan. Ini perlukan penelitian...

2) Menjadi lebih baik, lebih mudah dari apa yang kebanyakkan orang fikirkan. Hanya perlukan telinga yang pekak badak dan muka sembrono dengan kata-kata orang yang enggan kita menjadi lebih baik. Soalnya, nak atau tidak?

Jumaat, Mei 29, 2009

Bing to Challenge Google

Introducing Bing

You probably didn't wake up today expecting an entirely new search experience.

But — Bing! — here it is.

So, why a new search engine? Why the new name? Why now?

Well, because even though search is a pretty amazing thing, the current state of search engines has some equally amazing statistics.

So far in 2009, there are four and a half websites created EVERY SECOND as the web continues to expand. While more searchable information is cool, nearly half of all searches don’t result in the answer that people are seeking.

At the same time, the way the world searches is changing. You want more than just information. You want knowledge that leads to action.

The truth is you've evolved. It's time search caught up.

So we had an idea. Start over. And we did.

We took a new approach to go beyond search to build what we call a decision engine. With a powerful set of intuitive tools on top of a world class search service, Bing will help you make smarter, faster decisions. We included features that deliver the best results, presented in a more organized way to simplify key tasks and help you make important decisions faster.

And features like cashback, where we actually give you money back on great products, and Price Predictor, which actually tells you when to buy an airline ticket in order to help get you the best price — help you make smarter decisions, and put money back in your pocket.

We sincerely hope that the next time you need to make an important decision, you'll Bing and decide.

Thank you,
Bing Team, Microsoft

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

NEW YORK, May 29 — Microsoft has been bloodied and repeatedly humbled in its battle with Google in online search.

That explains why Steven A. Ballmer, the typically bullish and boisterous chief executive of Microsoft, is speaking cautiously about his company’s latest volley against Google, a new version of its search engine that Ballmer demonstrated publicly for the first time at a technology conference yesterday.

“I’m optimistic that we’re taking a big first step,” Ballmer said in an interview last week at Microsoft’s headquarters in Redmond. “And yet I want to be realistic. We’ve got to take a lot more steps.”

There have already been many missteps. Despite investing billions of dollars in its search engine technology over the years, Microsoft has watched Google steadily eat away at its market share. This time it is taking a more precise approach, working to help searchers with specific online tasks. It will back its latest release with one of the biggest marketing efforts in its history. And it has come up with a new name, Bing, that will replace the confusing Live Search.

Microsoft is so eager to catch up that it bid nearly US$50 billion (RM175 billion) last year to buy Yahoo, the No. 2 search company behind Google. Ballmer is no longer interested in buying Yahoo but still hopes the two companies will find a way to team up to take on Google in search, and talks on a partnership are continuing.

For now, however, Microsoft is proceeding on its own. Bing represents the fruit of more than a year of research showing that while users say they are generally satisfied with Web search services, their behaviour suggests that they often stumble as they rely on search engines to complete certain tasks.

Those include things like deciding what camera to buy, where to go on a trip or how to better understand a medical diagnosis. Bing offers an array of new features that are aimed at simplifying those tasks, and it is meant to eventually expand to cover more of them.

“We are pushing beyond the way search works today,” said Yusuf Mehdi, senior vice-president of Microsoft’s online audience business group.

In April, Microsoft accounted for 8.2 per cent of searches in the United States, a small fraction of Google’s 64.2 per cent, according to comScore. Yahoo’s share was 20.4 per cent. Ballmer is confident that with Bing, Microsoft can begin clawing its way back up the share rankings.

“I hope over the next year we’ll see small results,” Ballmer said. Mixing confidence with a dose of realism, he added: “Big as a percentage of our share and small as a percentage, maybe, of Google’s share.” — NYT

Selasa, Mei 26, 2009

Disebalik Perang Uhud; Menentukan Sikap

1) Nabi Rasulullah SAW telah bermimpi;Lembu disembelih, mata pedangnya sumbing, dan Baginda memasukkan tangan ke dalam baju besi. Mimpi tersebut ditakwilkan sebagai berikut: Lembu disembelih -> sekelompok sahabat yang terbunuh; SUmbing mata pedang -> seorang daripada keluarga baginda terluka; Baju besi -> Dalam Madinah

2) Rasulullah SAW mengusulkan kepada para sahabtnya untuk tidak keluar dari MAdinah dan bertahan sahaja dari dalam. Ironinya, Abdullah Bin Ubay, iaitu ketua Munafik setuju dengan cadangan itu. Manakala, para sahabat yg lain tidak bersetuju, dan bersungguh-sungguh mahu pergi berjihad dan tidak kelihatan penakut atau bacul; lebih-lebih lagi selepas kemenangan besar, Badar. Antaranya termasuklah Hamzah B. Abd Mutalib.

3) Melihat pendapat terbanyak (majoriti), RAsulullah SAW mengabaikan pendapatnya sendiri dan memutuskan untuk pergi bertempur di medan terbuka. Setelah bersolat, Baginda memasuki rumahnya dan bersedia memakai kelengkapan perang. Sementara itu, kaum Muslimin yg menunggu di luar; tiba-tiba muncul perasaan serba salah dan menyesal kerana telah memaksa RAsulullah SAW keluar dari MAdinah.

4) Yang menimbulkan semula persoalan itu, Sa'ad Bin Muadz, dan Usaid Bin Hudlair berkata,"Kamu semua telah memaksa Rasulullah SAW pergi berperang. Sekarang, Serahkanlah semula perkara ini kepada baginda". Kaum Muslimin yang lain lantas menemui RAsulullah SAW dan berkata "WAhai RAsulullah, kami tidak akan menyalahkanmu. Lakukanlah apa yang tuan kehendaki. Jika tuan ingin menetap di Madinah, lakukanlah"

5) Dengan tegas, RAsulullah SAW menjawab,"SEorang Nabi, jika sudah mengenakan baju besi, maka dia tidak patut menanggalkannya, sehingga Allah memberikan keputusan antara DIa dan musuh-Nya" JElas, keputusan Rasulullah telah Bulat. Mereka akan keluar bertempur. MEdannya, Bukit Uhud. INI KEPUTUSAN BERSAMA. Keputusan rasmi syura bersama para sahabat. Apapun, hasilnya, menjadi tanggungjawab bersama.

6) KOMITMEN mukmin diuji. Sejauh mana dia mampu menilai perbezaan. KAREKTOR sebuah pasukan, dan pergerakan akan terbentuk di sini. Dan, setiap keputusan, pasti akan mengundang risiko; termasuklah di Medan Uhud ini. Mereka dilanda kekalahan yang sebenarnya telah terbaca melalui mimpi Rasulullah SAW. Namun, walau bagaimanapun, KEPUTUSAN ITU HARUS DIHARGAI.

Besar sungguh pengajaran kisah ini yang perlu dibincangkan bersama-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-

1) Sejauh mana suatu keputusan sesuai dengan situasi, keperluan dan suasana. Keputusan tidak hanya harus benar, tetapi juga tepat dengan masanya. Keputusan yang benar, jika tidak disampaikan pada waktu yang tepat, akan dilihat negatif, dan sebaliknya.

2) MEmbuat keputusan berisiko; perhatikan juga yang mana berupaya memberikan mudarat yang lebih kecil dari yang lain. Lantas, pengetahuan mengenai Syariat ISlam (Fiqh Wahyu), dan pemahaman mengenai realiti semasa (Fiqh Realiti)

3) Konsisten dalam menjalankan keputusan. Walau suatu ketika keputusan harus diubah, perkara perubahan itu harus dijelaskan kepada masyarakat, supaya tidak berlaku fitnah dan kekeliruan.

4) Keputusan mesyuarat / syura, bukan segalanya. Ramai beranggapan keliru menganggap Syura pasti benar, atau sekurang-kurangnya hampir benar. Padahal, bukan begitu hakikatnya. Mereka yang terlibat dalam Syura, kecuali Nabi dan Rasul, hanyalah manusia biasa yang bisa sahaja terkeliru dengan mood dan semasa. Lantas, memahami persekitaran massa adalah sangat penting. Keadaan yang dinamik memerlukan keputusan baru, sekiranya perlu. Malah, perubahan keputusn tidak harus dilihat sbagai tidak ada atau hilangnya ketetapan, tetapi ia menyebabkan berlakunya ijtihad baru, seperti pendapat Imam Syafie; Qaulun Qadim (pendapat lama) dan Qaulun Jadid (Pendapat baru).

5) Majoriti bukan segalanya. Malah, Si Pencacai, dan Si Munafik akan memperlihatkan sikap luar biasa yang tidak pernah dilakukannya; semata-mata memenuhi nafsu diri sendiri.

(PERMATA minda dari buku:-Belajar dari 2 Umar; Kenyangkan perut rakyat)
(Chapter 4; Menentukan sikap)



Isnin, Mei 25, 2009

Minggu yang panas.

1) Hari yang panas. Panas terik matahari dalam 2-3 minggu ni. Rasa, berpeluh setiap masa; keletihan badan sacara fizikal, dan kering tekak / kerongkong hendak bersuara. Ditambah dengan batuk-batuk yang berterusan... Alamat dunia nak kiamat ke? atau diri sendiri yang tidak cukup amalan? orang lain rasa apa yang aku rasa?

2) Jiwa terasa sepi, menjalani 2-3 minggu, tanpa (kurang sangat) pengisian rohani yang berterusan dan tanpa perbincangan ilmiah yang bersifat kritikal dan segar; hanya mengharapkan media tv yang sentiasa bosan dalam menyampaikan beritanya. Memang tidak membina akal dan jiwa langsung. Nasib ada juga 1-2 program yang berkaitan. Mana cukup... Hairan melihat orang yang tidak pernah datang ke surau/masjid mencari pengisian jiwa?

3) Pengurusan kewangan diterokai lagi. Komitmen terhadap aset dan cairan ekonomi keluarga terasa harus disusun semula. Pembelian BKJ 1201, dengan unit saham amanah diharap dapat menyeimbangkan akaun debit-kredit jangka panjang. ADa lagi bahagian harta yang perlu diuruskan. Itu pun, menambah beban 'overhead' bulanan. Bertambah besar beban kewangan hari-hari selepas ini. Lain orang, lain cara mereka. Kita susah, siapa yang tahu?

4) Anak-anak / adik-adik di sekolah ,sudah mula berperiksa. Minggu ini, minggu akhir. Biasanya, semasa menjaga, akan sibuk juga memeriksa kertas. Kali ini, banyakkan membaca. 2 buku sudah habis;
1 lagi, tengah baca. Berbaloi juga, diletakkan Subjek MAtematik dan MAtematik TAmbahan dihujung. (Hari Khamis dan Jumaat YANG TERAKHIR; sebelum cuti)
|Masa cuti nanti, akan sibuk menanda kertas. 5 kelas x 2 kertas x 30 orang(lebih kurang) = 300 skrip, dan dalam 2 minggu, harus 'key-in' markah. Memang berbaloi-baloi....

a) Belajar dari 2 umar; kenyangkan perut rakyat
tulisan: Hepi Andi Bastoni2) 7 Formula Hidup Sukses
Tulisan : JAafar Muhammad






Rabu, Mei 20, 2009

Prinsip Produk Kejuruteraan Insan

Kejuruteraan Insan adalah suatu pengoperasian yang bersistematik dalam membina dan mengkoordinasi suatu pembangunan insaniy, dan seterusnya akan melahirkan suatu generasi yang terarah dan tersusun dalam suatu sistem sosial yang kompleks dan pelbagai. Dengan kata lain, Kejuruteraan Insan adalah proses membina manusia menjadi Khalifah yang berfungsi.

Insan tidak dapat dibina dengan sekelip mata. Ia datang dengan proses yang panjang, dan memakan masa 20-40 tahun, untuk melihat satu generasi demi satu generasi, datang dan pergi. Sekelompok insan dipanggil masyarakat. Sekelompok masyarakat dipanggil Daulah (negeri). Dan seharusnya; generasi hari ini perlu membina generasi yang lebih baik daripada mereka, dan generasi mereka pada masa akan datang.

Kejuruteraan Insaniy ini juga tidak datang secara kebetulan. Ia harus disusun atur dan melalui proses latihan dan eksperimental yang jelas, dan akhirnya, mengeluarkan produk-produk yang berkualiti untuk mendapatkan hasil yang berkualiti juga. Kerja-kerja sebegini harus dipikul bersama oleh setiap insan yang hidup pada generasi hari ini.

Prinsip asas, yang membawa objektif, tujuan dan nilai tersebut harus bergerak secara seiring. Berikut, diturunkan prinsip-prinsip yang perlu ada dalam setiap pendekatan modul latihan oleh setiap ibu-bapa, ahli politik, guru-guru dan seluruh ahli masyarakat dalam proses ini:-

1) Membina generasi bertamadun dan berukun
2) Melahirkan masyarakat Rabbaniy dan Madaniy
3) Menjana potensi dalam kepelbagaian kecerdasan
4) Mengawal selia sistem dan operasi pengurusan insan
5) Menggarap sumber keinsanan bagi menerap semangat kesukarelaan dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
6) Mencetus budaya penambah-baikan dalam membina dan meneguhkan prinsip-prinsip kesejagatan ummat.
7) Meraikan keunikan dalam kesamaan; serta keindahan dalam kepelbagaian, berpaksikan dan berpandukan Akidah Tauhidiq.
8) Menerapkan amal jama'iy, dalam setiap perlakuan dan mengiktiraf kepimpinan dalam kepersatuanan.
9) Memandang dan meletakkan visi masa depan dengan positif dan optimis, serta penuh beriltizam dengan meletakkan cabaran dan halangan adalah ujian dari Tuhan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Ini merupakan cetusan pendapat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Fikrah dalam masyarakat hari ini dan sejarah silam. Malah, mungkin terdapat banyak lagi prinsip yang ada!
2) Mungkin dangkal, mungkin juga ada kebenarannya. Yang pasti, segala prinsip akan bermakna selagi ada tindakan.
3) Ini juga merupakan asas yang KAMI gunakan untuk membina dan merangka modul aktiviti bersama belia dan remaja di seluruh negara.
4) Ada rasionalnya kenapa prinsip ini diletakkan sebegitu, dan mungkin juga setiap dari satu itu, perlukan penjelasannya. Mungkin akan dirungkai satu-persatu selepas ini nanti.
5) Rahsia sudah dibongkari. Aset ini harus dikayakan dengan tindakan ahli dalam masyarakat. Tidak kira siapa kita, asalkan ada kemahuan, disitu ada jalan kemudahannya. Bukankah itu, apa yang diturunkan dari generasi demi generasi?






Selasa, Mei 19, 2009

Ucapan Dasar YDP ABIM Selangor 2009

RINGKASAN
UCAPAN DASAR YDP ABIM SELANGOR
SEMPENA MUKTAMAR THANAWI ABIM SELANGOR KE-37
17 MEI 2009 / 22 JAMADIL AWWAL 1430 HIJRAH
DI KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR

MEMBINA DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH
(Oleh: Mohd Zawawi Ahmad Mughni)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
GERHANA SEMANGAT KESUKARELAAN

Satu fenomena sosial yang membimbangkan ialah kelunturan semangat kesukarelaan (tatawwu’). Oleh serangan ganas faham kebendaan (maddiyyah) begitu kuat mencengkam masyarakat Malaysia, gerakan sosial semakin sukar mendapat sumbangan dari para sukarelawan. Sebahagian generasi muda nampaknya sukar menawarkan diri untuk berkerja membantu masyarakat secara sukarela jika tidak ada balasan kebendaan. Dengan berkurangnya semangat kesukarelaan itu, kita begitu bimbang dengan kehilangan idealisme perjuangan dikalangan generasi muda. Senario ini adalah berbahaya untuk masa hadapan umat Melayu masa depan Melayu Muslim.

Dalam masa yang sama, rakan-rakan warga bukan Islam begitu aktif dan bersungguh melaksanakan aktiviti dan program kebajikan tanpa rasa jemu dan bosan. Bahkan ramai dari kalangan orang-orang melayu Muslim yang mendapatkan bantuan dan perlindungan dirumah-rumah kebajikan dan perlindungan yang terang-terang dikendalikan oleh aktivis agama bukan Islam. Apakah kita masih sekadar menjadi penonton yang hanya mengira dan menganalisis peristiwa tanpa apa-apa tindakan yang boleh membantu mengeluarkan umat dari kerangka yang mengurung hidup umat?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
MENANGANI KELESUAN GENERASI PEWARIS

Selepas Majlis Syura Kebangsaan membuat keputusan supaya ABIM didaftarkan dibawah Akta Belia bermakna segala undang-undang yang termaktub dalam akta hendaklah dipatuhi. Antara peraturan yang disebut dalam akta tersebut ialah pemegang jawatan pertubuhan belia tidak boleh lebih dari usia 40 tahun.

Kita akui bahawa pemimpin sentiasa bertukar ganti, yang lama akan berganti dengan yang baru. Ini bermakna qiadah baru ABIM akan memimpin ahli-ahli yang pelbagai peringkat usia dan latar belakang yang lebih berwarna-warni. Mereka mungkin seorang tua yang sudah bersara, seorang dewasa yang berkerjaya, seorang muda yang sedang membina hidup, seorang belia dibangku pengajian atau pekerja biasa yang mempunyai idealisma yang tersendiri.

Tentunya keragaman ini menuntut qiadah ABIM lebih berhikmah dalam menyantuni realiti generasi lama yang sarat dengan ilmu dan pengalaman dan generasi muda yang tinggi dengan idealisme dan bahang semangat anak muda. Seharusnya qiadah ABIM mengelakkan konflik dalaman kerana seringkali Gerakan Islam menjadi lemah dan lumpuh bukannya kerana serangan musuh dari luar tetapi akibat konflik dalaman yang berpanjangan.

Mengenal pasti punca kelesuan

Ia mungkin berlaku apabila organisasi itu hanya tinggal pada nama saja. Ia tidak digerakkan lagi oleh ahli-ahlinya atau barangkali kurang ahli-ahli yang berkualiti atau mungkin ahli-ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinannya atau mungkin juga krisis keutamaan (Awlawiyat) dalam mencapai hadap organisasi. Atau mungkin kerana kurang interaksi antara sesama ahli kerana wujud khilaf dan perbalahan. Atau wujud berbilang kelompok jamaah (ta’addud al-jama’ah) dalam sebuah organisasi. Atau mengurus organisasi sebagai persatuan semata –mata tidak sebagai sebuah Gerakan Islam.

Apakah kelesuan itu hanya persepsi orang luar terhadap gerakan Islam? Apakah para pendakwah ditimpa penyakit Wahnu (hubbuddunya wa karahiyatumaut-cinta dunia takut mati). Apakah kelesuan itu berpunca daripada faktor saingan yang tidak sihat antara pelbagai jamaah @ atau wujud hasadan di kalangan sebilangan pendukung jamaah demi mengejar populariti!.

Semua persoalan di atas, mungkin dapat dijawab dengan tepat melalui proses muhasabah dalaman (introspection) dan secara terus terang (musarahah) demi meluruskan kelancaran dakwah dan tarbiyah.

Menurut (Ali Abdul Halim Mahmud, 1994) terdapat 10 sebab kemunduran umat (at-Taraji’ al-Hadari);

1. Penyelewengan terhadap kefahaman yang sebenar terhadap akidah Islam
2. Kedangkalan memahami khilafah dan kelemahan kepimpinan
3. Tidak mengambil manhaj Islam dalam sistem hidup
4. Perpecahan dan pengkelompokan umat
5. Mati dan lemah ruh jihad
6. Kejumudan dan ketiadaan ijtihad
7. Terpengaruh dengan keduniaan dan lupa akhirat
8. Tersebar luas bidaah yang menyesatkan
9. Kelemahan keluarga Islam dalam bidang pendidikan kanak-kanak
10.Tidak maju dalam bidang keilmuan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PERSIAPAN GENERASI PEWARIS

ABIM mesti segera menyediakan barisan kepimpinan yang mantap untuk menggerakkan semua agenda dakwah dan misi tarbiyyah dan islah ummah. Perancangan program dan aktiviti yang menjurus kepada kumpulan sasar yang tepat iaitu kelompok muda yang berusia antara 15 – 40 tahun. Tanpa qiadah yang komited dan ikhlas untuk memimpin dan menggerak ummah hanya tinggal impian dan perancangan di atas kertas sahaja.

Menyedari ABIM sebagai sebuah Gerakan dakwah yang menyasarkan kelompok belia, adalah wajar ABIM menumpukan kepada bidang pendidikan.Melalui Pendekatan 3 P ( pembela- Pendidik –Prihatin ) kita boleh menggunakan pengalaman Yayasan Anda yang hari ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin dan individu hebat dalam berbagai bidang. Dengan menubuhkan kelas-kelas bimbingan ini kita akan dapat mendampingi lebih dekat lagi anak-anak muda yang berpotensi untuk digilap dan diacu menjadi insan rabbani seperti Generasi Salahuddin yang sedang kita bina ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
FOKUS GERAKAN ABIM

Mengangkat martabat ummat adalah amanah berat, tetapi sebagai sebuah gerakan Islam yang serius kita tidak dapat lari dari tanggungjawab. Kita harus mencubanya sekadar terdaya, Allah jua yang akan menentukan hasilnya. Jadi matlamat kita hendak capai ialah membentuk institusi keluarga yang mantap dan bertakwa maka program yang dirancang hendaklah berfokus kepada pembinaan keluarga yang bertakwa. Program mendidik keluarga bukan sekadar dalam bilik kuliah berceramah dan berforum sahaja tetapi boleh digunakan pendekatan lain seperti Hari Keluarga, Edaran buletin bulanan, Lawatan / rehlah dan sebagainya.

_______________________________________________________________
1. MEMBINA KELUARGA MARHAMAH SAKINAH

Pembinaan keluarga muslim sakinah marhamah adalah mata rantai kehidupan yang penting dalam tamadun manusia. Membina Keluarga Marhamah Sakinah merupakan pembinaan tahap kedua selepas pembinaan individu muslim yang rabbani muttaqi.

Dengan perkembangan sosial yang begitu menghambat, pembinaan keluarga Muslim dengan berpaksikan prinsip mawaddah, rahmah dan sakinah sewajarnya menjadi agenda utama umat Melayu Muslim hari ini.

Kita berpandangan bahawa institusi keluarga Melayu Muslim tidak boleh dikekangkan dari tradisi agama dan budaya tempatan. Kita mengakui bahawa pada masa ini memang ada beberapa penyesuaian yang terpaksa dilakukan oleh umat Melayu Muslim kerana faktor-faktor dalaman dan luaran.Namun usaha untuk mewujudkan keluarga yang Islami perlu dilakukan dengan pelbagai pendekatan yang berkesan dan menarik.

Justeru ABIM telah menggerakkan Program Usrah Marhamah dan Bahagia Menjadi Gadis sebagai satu usaha untuk membantu masyakat untuk membina keluarga sakinah dan marhamah. Program Usrah Marhamah yang memfokuskan kepada pendidikan dan kemahiran keibubapaan harus dijadikan agenda utama dalam kalendar ABIM negeri dan daerah. Ini kerana kita telah mendapat kepercayaan dan mandat yang menggalakkan dari masyarakat Melayu Muslim yang telah menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan Islam di TASKI-TASKI ABIM.

Dalam masa yang sama, usaha membina Keluarga Haraki Islami juga harus dibina dan digerakkan dengan dengan lebih teratur dan istiqamah. Para Qiadah dan aktivis dakwah mestilah menanamkan jiwa dakwah dan tadhiah dalam keluarga agar pergerakan dalam dunia dakwah menjadi lebih lancar dan pantas. Sokongan dari pasangan yang memahami gerak kerja dakwah dan penglibatan anak-anak sangat penting dalam memacu agenda Pembinaan Generasi Salahudin tersebut.

______________________________________________________________
2. PERTEGUH UKHUWWAH IMANIYYAH FILLAH

Sesungguhnya ikatan ukhuwwah imaniyyah fillah lebih kukuh daripada ikatan kekeluargaan, bangsa dan keturunan. Orang Muhajirin melupakan ikatan kebangsaan Quraisy dan orang ansar melupakan ikatan kepuakan Aus dan Khazraj semata-mata kerana hubungan ukhuwwah imaniyyah fillah.

Ikatan ukhuwwah merupakan Elemen penting dalam Gerakan ABIM. Ia akan dapat dirasai jika sistem Tarbiyyah Universiti ABIM yang diatur oleh Jamaah diikuti dengan sepenuhnya melalui usrah, tamrin, ziarah, rehlah dan sebagainya. Dengan penglibatan yang menyeluruh dikalangan aktivis dakwah dan qiadah akan tercetuslah satu kekuatan jamaah sebagaimana yang telah terbukti dalam pembentukan masyarakat Islam di Madinah pada Zaman Rasulullah SAW dan Sahabat R.A.

_______________________________________________________________
3. MEMPERKASA TARBIYYAH HARAKIYYAH

Tarbiyah ialah proses mendidik anggota jamaah meliputi aspek jasmaniyyah, rohaniyyah, akliah ( fikrah ) dan atifiyyah ( emosi ) supaya dapat meresap nur Islam dalam diri insan dan dijelmakan dalam kehidupan. Lahirnya sahsiah Islamiyyah terserlah dalam fikiran, perasaan, sikap dan amalan hidupnya yang mencermin seorang muslim dalam semua keadaan.

Strategi Tarbiyyah

1.Tarbiyyah Ruhiyyah

Tujuannya ialah untuk mendidik kekuatan jiwa melalui amalan Qiamullail, solat-solat sunat, puasa sunat, zikrullah, tilawah Al Quran, Sedekah dan infak fi sabilillah dan berziarah. Hasilnya, membentuk jiwa dan hati yang ikhlas dalam mengharapkan reda Allah.

2.Tarbiyyah Tsaqafiyyah

Tujuannya ialah untuk membina kefahaman dan fikrah dengan ilmu akli dan nakli melalui majlis-majlis ilmu seperti Usrah, tamrin, seminar, wacana, sidang meja bulat, diskusi buku dan sebagainya. Hasilnya, mereka akan dapat melihat, menghuraikan dan menyimpulkan permasalahan menurut kacamata Islam.

_________________________________________________________________
4. MEMPERTINGKATKAN KECERDASAN SQ

Dalam usaha kita mengatasi kemelut sosial yang membimbangkan, semua qiadah dan aktivis dakwah ABIM hendaklah mempertingkatkan kefahaman, iltizam dan penghayatan mereka terhadap tujuan dan matlamat tarbiyyah ruhiyyah ( pendidikan jiwa ) seperti yang terdapat dalam Al Quran dan Al Sunnah.

Justeru, kita hendaklah menggandakan amal ibadat pada tahap yang paling maksimum.Program-program seperti solat berjamaah dimasjid dan surau, Solat-solat sunat, qamullail, wirid-wirid ma’thurat, zikrullah dan puasa sunat hendaklah menjadi amalan dan disiplin utama dalam kehidupan seharian.

Hanya dengan kekuatan kerohanian yang jitu, para qiadah dan aktivis dakwah dapat mendepani segala cabaran dan ujian getir ketika menyampaikan risalah dakwah ini.Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan kemenangan mutlak (al falah) kepada individu muslim yang melakukan tajddid al iman, menunaikan amal ibadat yang wajib dan sunat dengan penuh khusyu’, berbudaya infaq fi sabilillah dan melakukan perkara-perkara yang ma’ruf serta mencegah perkara-[erkara yang mungkar.

Kita mesti meneladani para rasul, anbiya’, sahabat dan salihin dalam menyemarakkan amal ibadah. Iltizam mereka telah mendapat jawapan dari Allah denegan limpahan barakah dariNya. Dalam penilaian Allah SWT, kejayaan yang mutlak hanya berada dikalangan orang-orang yang sentiasa membersihkan jiwa supaya tidak dipenuhi dengan kotoran.
Kita mesti melakukan al naqdu al zaty dalam wadah tercinta ini agar masa hadapannya terus cerah tidak ghaib ditelan zaman. Proses Tazkiatun Nafs – penyucian jiwa – adalah suatu usaha yang mesti dilakukan. Qiadah dan Aktivis dakwah Gerakan Islam mesti mencontohi sirah perjuangan para nabi dan rasul, para sahabat, tabien dan selepas tabien.

Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menjalin hubungan yang paling akrab dengan Allah SWT. Dalam hadis yang masyhur, baginda menyatakan bahawa dirinya adalah fursan bil nahar wa ruhban bil lail ( Penunggang kuda diwaktu siang dan ahli ibadah diwaktu malam) . Hadis tersebut membuktikan sifat integratif antara tugas sebagai daie dan amalan kerohanian yang konsisten.

Gerakan kita mesti menampilkan seramai mungkin pelapis yang berwibawa dari segi ilmu duniawi dan ukhrawi, istiqamah dalam perjuangan, berakhlak mulia, iltizam dengan amal ibadat, berketrampilan serta sentiasa bersedia untuk membantu.

Teruskanlah jihad kita untuk menegakkan kebenaran, keadilan, persaudaran dan kemanusiaan. Seluruh keluarga dan kerabat ABIM perlu mempertingkatkan disiplin diri – beramanah, bertanggungjawab dan menepati masa. Budaya dan rukun jamaah hendaklah sentiasa dipelihara dengan mematuhi prinsip dan amalan syura, adab qiadah dan jundiyyah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
MEMPERSATU WAHDATUL FIKRI

Keadaan hari ini menjadikan Gerakan Islam menjadi satu keluarga besar yang menghimpunkan remaja ( PEPIAS ), belia ( ABIM ) dan WADAH ( pasca belia ). Namun persoalan yang timbul ialah siapakah yang harus menjadi peneraju utama dalam Gerakan ini? Adakah ABIM atau WADAH? Mampukah ABIM atau WADAH menjadi penggerak dan pengemudi kepada agenda membina tamadun kayra ummah. Atau ABIM yang akan dibebani dengan segala macam amanah dan tanggungjawab lantaran nama besar dan sejarah panjangnya dalam perjuangan.

Dalam hal ini, semua pihak terutamanya para senior dan mantan qiadah dan aktivis Gerakan dakwah harus kembali turun ke lapangan bersama anak-anak muda untuk memadu tenaga dan idea bagi merealisasikan amanah sebagai Pelanjut Risalah. Para aktivis muda yang penuh dengan semangat dan idealisme akan

WADAH harus benar-benar menjadi sebuah Gerakan yang mandiri dan Non Partisan. Penglibatan Qiadah Gerakan dalam kepimpinan politik parti hanya akan menimbulkan salah tafsiran dan pemahaman kepada Konsep Non Partisan ABIM dan WADAH. Kesatuan fikrah dan idealisme perjuangan ini mesti dikekalkan dan dipereratkan. Program-program seperti Pertemuan W.A.P 3G, Hari Keluarga, Rehlah dakwah diniyyah perlu diadakan dengan lebih kerap diperingkat negeri dan daerah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
KERAJAAN BARU ; SIKAP ABIM SELANGOR

Sejak pilihanraya yang lalu keadaan suhu politik negara sentiasa panas dan menggelegak. Kemenangan besar yang diraih oleh Pakatan Rakyat merupakan satu fenomena baru yang perlu ditangani dengan hikmah dan bijaksana. Kita mengakui bahawa perubahan yang berlaku ini sangat dirasai oleh Gerakan kita kerana faktor sejarah dan aspirasi perjuangan lalu. Namun begitu keadaan ini perlu diurus dengan teliti dan berhati-hati.

Kita hendaklah menjadikan agenda dakwah dan tarbiyyah kita sebagai paksi gerakan dan tindakan. ABIM Selangor akan menyokong dan memberikan kerjasama dalam melaksanakan agenda membangunkan ummah khasnya generasi muda di Selangor ini selagi mana tidak bertentangan dengan syariat.

Selepas lebih setahun Kerajaan baru ini ditampuk kuasa nampaknya masih belum ada agenda program yang jelas dan konkrit tentang pembangunan belia di Selangor. Kita wajar merasa gusar dengan keadaan ini kerana ketika generasi muda hari ini terkapai-kapai dilanda gelora dan badai arus perubahan kemajuan dan kemodenan, tidak jelas kelihatan usaha membantu dan menyelamat. Usaha dan keprihatinan ABIM dalam usaha membantu melaksanakan agenda membangun belia nampaknya kurang mendapat perhatian dan tunjuk minat dari pihak-pihak berkenaan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
MEMPERTAHANKAN PRINSIP NON PARTISAN

Persoalan Islam dan siasah tidak dapat dipisahkan. Al Mawardi r.h – seorang ulama terkenal dibidang siasah menyatakan bahawa siasah itu ialah harasu addin waddunya – mengawal agama dan urusan dunia.

Dalam konteks ABIM, gerakan ini bebas dari sebarang ikatan kepartian yang wujud dalam negara. ABIM perlu mempertahankan polisi politiknya yang mandiri. ABIM adalah wadah dakwah dalam erti kata yang komprehensif.

Politik amat berkait dengan survival masa hadapan ummat. Justeru ABIM hendaklah terus berperanan sebagai jurubicara ummat – mendidik generasi muda supaya mempunyai kesedaran politik. Justeru ABIM bukan penyokong atau sayap perjuangan mana-mana parti politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang.

Kita berpandangan bahawa politik dalam negara hendaklah terus berperanan sebagai pemelihara dignity umat. Cabaran lingkungan dan antarabangsa yang semakin bertambah seharusnya menjadikan iklim politik Malaysia lebih Islamik.

Kita sedang berdepan dengan persoalan besar, apakah pentadbiran sekarang – dengan segala kelemahan dan kekuatannya – benar-benar membawa aspirasi untuk mendaulatkan Islam atau memang belum siap untuk menjadi kerajaan alternatif kepada sebuah pemerintahan yang lebih adil dan memenuhi aspirasi umat. Sebagai sebuah Gerakan yang memperjuangkan aspirasi Islam, termasuk aspirasi politiknya apakah kita ada ruang atau peluang untuk mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup? Atau kita tidak berkeupayaan untuk mengisi ruang dan peluang yang diberi?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
MEMPERKASAKAN EKONOMI GERAKAN

Sebelum itu, ketika melancarkan Kempen Sumbangan Seribu Seorang, Sdr. Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM telah menyeru seluruh petugas dan aktivis ABIM untuk sama-sama kembali memperkasai dana dan prasarana gerakan ABIM yang semakin terjejas oleh kegawatan ekonomi. Menurut beliau lagi, ALlah S.W.T. melanjutkan usia kita sehingga kini untuk menyumbang sesuatu sekadar termampu demi mencipta suatu sejarah baru bagi ummat Islam sebelah sini.

Dalam hal yang berkaitan juga, Dr Siddiq Fadhil menyatakan bahawa peningkatan harta bukanlah jaminan untuk seseorang itu menyumbang lebih. Malah, sikap ini pernah ditegur ALlah S.W.T. apabila sebilangan dari kaum Ansar mulai berpakat untuk menimbun harta setelah sekian lama berjuang hingga berjaya mendaulatkan Islam di Madinah. ALlah S.W.T. seterusnya menyuruh kaum Muslimin untuk terus berinfaq dalam perjuangan dan jangan membiarkan diri di dalam kebinasaan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
WANITA SEBAGAI SAYAP PERJUANGAN GERAKAN

Sesungguhnya disebalik kejayaan seorang wira dan mujahid dakwah pasti ada disebelahnya atau dibelakangnya ada seorang wirawati atau mujahidah. Kita percaya bahawa peranan wanita Islam dalam agenda membangun umat amat besar sekali. Selain menjadi seorang ibu, isteri atau saudara kandung kepada seorang mujahid dan daie, peranannya dalam membangun masyarakat amat diperlukan sekali.

Malang sekali sekiranya ketika Gerakan emansipasi wanita dan feminisme dari kalangan sekularis dan liberalis bergerak laju kehadapan, wanita-wanita Gerakan Islam seperti menekan brek atau masuk gear rendah kerana berbagai faktor luaran dan dalaman. Justeru, marilah kita berganding bahu merancang dan menggerak Gerakan dakwah yang kita dokongi ini dengan sepenuh hati yang ikhlas untuk Islam dan keredaan Allah SWT.
_________________________________________________________________
Cabaran HELWA

Antara cabaran besar wanita khasnya HELWA ABIM masakini ialah ;

1. Mengikis persepsi salah tanggapan terhadap Islam sekaligus menjadi menunjukkan citra Islam sebagai agama yang unggul.
2. Serangan dan ledakan globalisasi yang yang memaksa nilai-nilai baru terpaksa diserap, terutamanya muslimat seperti bersaing secara terbuka dalam semua bidang.
3. Keruntuhan institusi keluarga yang membawa implikasi kebejatan dan keruntuhan moral dikalangan generasi pewaris.
4. Mengekal dan meneruskan usaha dakwah dalam situasi Islam diasak dari dalam

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PESAN BUAT QIADAH DAN AKTIVIS DAKWAH

Sebagai Pewaris kepada sebuah Gerakan yang telah mempunyai sejarah panjang yang sarat dengan pengalaman dan rangkaian, teruskanlah legasi yang telah ditinggalkan oleh abang-abang pejuang awal yang telah bertungkus lumus membuka ruang dan peluang membangun ummah. Sesungguhnya kerja-kerja meruntuh itu lebih mudah dari membina.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ISTIQAMAH DALAM DAKWAH

Istiqamah dalam Gerakan dakwah menuntut semua qiadah dan semua aktivis dakwah ABIM disemua peringkat berpendirian teguh, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan patuh, sentiasa menjaga akhlak dan adab islami. Istiqamah merupakan daya kekuatan dalaman yang diperlukan sepanjang hayat dalam melaksanakan tuntutan Islamiyyah melalui amalan hati, amalan lisan dan amalan anggota badan secara serentak.

Marilah kita membetulkan niat ( mind setting ) dalam minda dan hati kita apakah tujuan kita terlibat dengan Gerakan Dakwah. Tentunya kerana ingin menjadi Pelanjut Risalah Samawiyah, mengajak yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

Renungilah pesan seorang ulama’ Melayu nusantara, Raja Ali Haji bin raja Ahmad (1808 – 1873)

Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri sembunyikan
Kebaikan diri diamkan
Keaiban orang jangan dibuka
Keaiban diri hendaklah sangka
Tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
Bukannya manusia iaitulah syaitan
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendaklah jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buang khianat
Hendaklah marah
Dahulukan hujah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai

(1263H, Pulau Penyengat, Riau)

Sekian . Wassalam.







Tercapaikah O..........nya?

Mulanya saya nak masukkan entri ni pada 16 Mei, tapi rasa tak sesuai. Macam ‘kacau daun’. Mood sambutan hari guru sedang hangat.

Nak tulis sebelum 16 Mei, macam nak “mengajar” pulak.

Saya percaya sehingga hari ni hari guru tahun ini masih dirayakan. Macam2 acara diadakan di sekolah. Perutusan, nyanyian, ikrar, sukaneka, acara pentas, perarakan, hadiah, jamuan dan sebagainya. Ini biasalah. Tak ada acara macam ni, mana seronoknya hari guru.

Kalau cadangkan yang bukan-bukan, siapa yang setuju. Sesekali cikgu-cikgu nak seronok ‘beraya’ apa salahnya. Maka saban tahun, itulah perayan dan sambutannya. Seronok juga!
(Teringat satu ketika dulu, saya cadangkan Kelab Guru buat forum hari guru dengan menjemput ibu-bapa – tak maunya).

Cuma kadang-kadang masa nak rancang sambutan hari guru, terlupa pula nak rujuk objektif hari guru yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran. Masa nak rancang sambutan tahun depan, mungkin boleh rujuk objektifnya.

Kalau nak baca objektif hari guru, di bawah ni. Lepas tu check balik, tercapai tak objektifnya sambutan tahun ni:-

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Semoga sambutan/ perayaan hari guru lebih meriah, tahun depan.

(blogsimantanguru.blogspot.com)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fikrah:-
1) Akan diperhalusi lagi untuk sambutan akan datang, InyaAllah
2) Permulaannya; satukan guru; tawan hatinya; kemudian tawan imannya.
3) Untuk keluar dari kebiasaan, mungkin perlukan masa. Namun, segala yang baik, akhirnya akan tertonjol jua akhirnya. Segala nasihat akan dijadikan iktibar. Segala yang baik, akan dijadikan pengalaman berharga.
4) Mana mungkin agenda 'syok sendiri' yang dikejar? Bukankah penghargaan itu datang dengan pelbagai bentuk dan situasi? Ya, mungkin kemeriahan boleh dijadikan kayu ukurannya, begitu juga dengan kelangsungan penglibatan keseluruhan rakan guru dalam aktiviti yang direncanakan. Inikan hari Guru?
5) Modul penghargaan- murid->murid; murid->guru; guru->guru. (Ini fokus kita!)