Rabu, Februari 03, 2010

Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan (Bahagian 2)






Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan (Bahagian 2)
Oleh: Dr Siddiq Fadil
Adalah tidak benar dan salah persepsi yang menganggap ABIM sebagai tempat pelarian Melayu yang merasakan kerendahan diri kerana lemah atau gagal menguasai bahasa Inggeris (inferiority complex) – tanggapan yang didakwa dalam tulisan oleh Judith Nagata, Zainah Anwar, Chandra Muzzaffar. Padahal sebahagian yang signifikan pemimpin ABIM adalah berpendidikan aliran Inggeris. Adalah tidak benar ABIM itu jelmaan Melayu yang jati dirinya terhakis. Fenomena kebangkitan Islam di Malaysia adalah fenomena global al sahwah al Islamiah.


Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulisan para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al Banna, Sayyid QutbMuhammad Qutb, Maududiy, an Nadwi, Fathi Yakan, Sa'id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma'il R. al Faruqi dan lain-lain lagi.

Daripada kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis termasuklah Prof. Sayyid Naquib al Attas. Beliau sangat berjasa dalam pengukuhan idea Islamisasi dan dewesternisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kesarjanaannya telah meruntuhkan hegemoni pemikiraan Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Ini seperti membebaskan minda yang terpenjara. terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan keyakinan budaya - cultural confidence - dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia. (peranan Islam yang selama ini diperkecilkan oleh orientalis) Prof Sayyid Hussein al Attas adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.


Inilah tradisi keilmuwan ABIM yang terbuka kepada karya-karya termasuk contohnya penulis Brazil, Paulo Freire yang menulis Pedagogy of the Oppressed, membela kaum tertindas melalui pendidikan. Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam. ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa – bacalah dan manfaatkanlah mana-mana – bawa balik ke jamaah dan bersama kita menjadikan madrasah ABIM. Dengan demikian, kekayaan khazanah ilmu dan kepelbagaian, keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam – membolehkan pencitraan ABIM kepada rakyat – bukan badan da’wah dalam pengertian yang sempit tetapi suatu kekuatan sosial dan agen perubahan sosial – a social and political force to reckon with. Kekayaan dan keragaman intelektual memang sangat perlu untuk pengentalan mesej risalah dan misi perjuangan membina masyarakat yang beragama dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis.


Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010

Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan (bahagian 1)





Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan
Dr Siddiq Fadil
Catatan Kuliah (Bahagian 1)

Wajar kita menyoroti masa lalu sebelum menyoroti masa depan. Maklumat sejarah masa lalu amat penting seperti kata-kata ‘siapa tak sedar sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarah’. Kesedaran sejarah amat penting dalam konteks da’wah dan dinamika gerakan Islam kita semasa dan bagi eksperimen kita.



1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan matlamat yang sederhana – ‘perjuangan kepentingan pelajar-pelajar Islam’. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu – seperti Dato’ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.

Menjelang tahun-tahun 70’an – dengan kematangannya – PKPIM menegakkan idealismenya ‘memperjuangkan cita-cita Islamiah’. Ungkapan pusaka – cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita Islamiah dan aspirasi nasional – menjadi dua serangkai – lambang kesedaran mahasiswa telah berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.

Pada tahun-tahun 70’an – aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang sedar daripada masyarakat – conscience of the majority – a catchy phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu adalah advocacy, penampilanisu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan melalui program seperti:-

• Kongres Kemajuan Islam Malaysia
• Seminar Peradaban Islam
• Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM – disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq Fadil berada di atas pentas yang sama)
• Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam perjuangan PKPIM

Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa – merupakan jatidiri harakah Islamiah. Badan yang pertama beridentiti gerakan Islam Malaysia ialah ABIM. ABIM bergerak dengan keanggotaan yang merakyat dan nasional – anggota melebar dan meratai seluruh Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan fenomena ‘rising tide of Islam’ – kebangkitan Islam – istilah yang memaknai kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama kali, kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di Jakarta . ABIM berjaya mempelopori ‘the rising tide of Islam’ di Malaysia.

Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa namanya:-

1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
• bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
• dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah diletakkan dasar oleh PKPIM

2. Ketepatan waktu kemunculan
Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang salah barangkali tidak akanmenjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena kebangkitan Islam.


3. Karisma pemimpin utamanya
Contohnya Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan ‘bukan orang nak dengan aku, depa nak kat hang’. Mereka berkompromi dan Anwar bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz Fadhil menjadi pemangku Presiden.

4. Kepimpinan Jama’iyy
  • Collective leadership
  • kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
  • gabungan kesepaduan komplimentari

5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban

6. Kekuatan fikrah/ idea/ gagasan
  • daripada gabungan ilmu yang kuat
  • bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas

7. Keberkesanan tarbiyyah ilmiah, rohaniah, harakiyyah
  • kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
  • membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah

8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
  • well organised, skilled organisers compared to others and well trained since the days of PKPIM
  • setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
  • Keterbukaan dan toleransi
  • Kepelbagaian mazhab dan pemikiran
  • Akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
  • Toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
  • Kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima

Sebagai contoh, seorang tokoh, Pak Imad yang terkenal tegas dengan pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM – Pak Imad pernah menjadi makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih mengikuti dan menunggu Imam sebelum sujud.

10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar ma’ruf nahy mungkar
• kepedulian sosial yang sangat tinggi
• pembinaan diri – melalui usrah, tamrin, qiamulayl – maka terbina sikap dan semangat kepedulian sosial


Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January 2010

Cleaning kidney


Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments.
 
How are we going to do this?
 It is very easy, first take a bunch of parsley and wash it clean 
Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.

Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able to notice the difference which you never felt before.
Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

Ahad, Januari 31, 2010

SBT

Kerajaan telah mengumumkan beberapa senarai sekolah berprestasi tinggi (SBT) ataupun lagi menariknya boleh digelarkan sebagai antara sekolah-sekolah hebat dan elit di Malaysia ini. Sebanyak 20 buah sekolah di seluruh Malaysia telah terpilih untuk menerima penganugerahan tersebut.

  1. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  2. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  5. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  6. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  7. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  8. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  9. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  10. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  11. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  12. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  13. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.



Antara kelebihan yang diperoleh hasil dari anugerah ini ialah dimana ia menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan. Dan lainya:

  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Falsafah Kambing


“Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?” saya berbual dengan seorang teman.
“Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elokmood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari” katanya.
“Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?” saya bergurau.
“Turun minyak naik minyak sahajalah kerjanya. Seperti gajah!” beliau membalas.
Memang benar.
Penting sekali untuk kita mulakan pagi dengan cara yang terbaik. Pada tanggungjawab solat Subuh, berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki. Lebih cantik jika didahului dengan Qiamullail. Biar ringkas, asalkan konsisten.
“Jangan ikut falsafah kambing!” saya menokok.
“Macam mana tu?” tanya beliau.
Anta pernah tengok kambing bangun pagi keluar kandang dan berazam nak jadi kambing yang lebih baik berbanding semalam?” saya menyoal.
“Haha…!” beliau hanya ketawa.
Kambing bangun pagi, apa yang difikirkannya ialah apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini! Itu sahaja…” saya mengulang kenyataan yang sering disebut di dalam ceramah.
Malang betul, ramai manusia yang memulakan pagi dengan falsafah kambing itu. Malah lebih hebat, bukan setakat hari ini aku nak makan apa, tetapi hari ini aku nak makan siapa!” tambah beliau lagi.

sumber:

Sabtu, Januari 30, 2010

Some terms of wisdom to ponder

Maybe it's true... just to ponder?


The most destructive habit....... ......... ......... ......... ........Worry 
The most destructive relationship. ......... ......... ......... ..Ill-will 

The greatest joy......... ......... ......... ......... ......... ......... ......Giving 
The greatest loss........ ......... ......... ......... ......... ......... .....Loss of self-respect 
The most satisfying work........ ......... ......... ......... ......... .Helping others 
The ugliest personality trait....... ......... ......... ......... ......Selfishness 
The greatest achievement ............ ......... ......... ......... .Selflessness
The most endangered feeling..... ......... ......... ......... ...Contentment 
The most dangerous species..... ......... ......... ......... ....Man 
Our greatest natural resource.... ......... ......... ......... .....Human being
The greatest 'shot in the arm'............ ......... ......... ......Encouragement 
The greatest problem to overcome.... ......... ......... ....Fear 
The most effective sleeping pill........ ......... ......... ......Peace of mind 
The most crippling disease. ......... ......... ......... ......... ..Excuses 
The most powerful force in life........ ......... ......... ........Love 
The most dangerous act......... ......... ......... ......... .......A gossip
The world's most incredible computer.... ......... ......The brain 
The world's most forgiving organ....... ......... ......... ...The heart 

The worst thing to be without..... ......... ......... ......... ....Hope 
The deadliest weapon...... ......... ......... ......... ......... ....The tongue The noisiest sound. ......... ......... ......... ......... ......... .....The thought The two most power-filled words....... ......... ......... .....'I Can'The greatest asset....... ......... ......... ......... ......... ......... Faith 
The greatest effort...... ......... ......... ......... ......... ......... ..Staying at the present

The greatest worth ............ ......... ......... ......... ......... ....Self- mastery 
The greatest patience.... ......... ......... ......... ......... .......Humility
The greatest happiness ............ ......... ......... ......... ....Peace of mind
The greatest wisdom...... ......... ......... ......... ......... .......Letting go
The most worthless emotion..... ......... ......... ......... ....Self- pity 
The most beautiful attire...... ......... ......... ......... ......... SMILE! 
The most prized possession.. ......... ......... ......... ......Integrity 
The most powerful channel of communication. ....Prayer 
The most contagious spirit...... ......... ......... ......... ......Enthusiasm 

(e-alumni @ recsam)

Khamis, Januari 28, 2010

Improving the UK Plug


Written by Anna Bates.

The Royal College of Art's graduate show has opened, and this year, the show-stopper was a plug. Min-Kyu Choi impressed every passer by with his neat, apparently market-ready plug that folds down to the width of an Apple MacBook Air. "The MacBook Air is the world's thinnest laptop ever. However, here in the UK, we still use the world's biggest three-pin plug," says Choi.



Choi's plug is just 10mm wide when it is folded. To unfold it, the two live pins swivel 90 degrees, and the plastic surround folds back around the pins so the face of the plug looks the same as a standard UK plug. The idea produced a spin off, too. Choi created a multi-plug adaptor, a compact standard plug sized unit with space for three folded plugs to slot in, as well as one that charges USB devices.

It's so plausible and so obvious a product that it should produce a few red faces; how many more years were we going to attach our palm sized mobiles and wafer thin laptops to an object that's barely been touched since its first design in 1946? Choi picked an everyday product that most other designers find too mundane to dabble with and drastically improved it - exactly the kind of thinking that we should be celebrating right now.



www.minkyu.co. uk






 



 


(source: http://www.iconeye.com)

Dakwah Satu Perjuangan Sepanjang Zaman

Nukilan : Hj Nik Mohd Yusoff Nik Ismail , YDP WADAH Selangor
Dideklamasikan pada 19 Dis 09 bersamaan 2 Muharram 1431H dalam Program Malam Silaturrahim NGO Islam JAIS sempena ' Minggu Duat Selangor' di Dataran Masjid Negeri Shah Alam.

Dakwah satu perjuangan sepanjang zaman
Memenuhi tuntutan-tuntutan tuhan
Sebagai 'abdillah yang beriman
Sebagai khalifah yang berkebajikan..

Dakwah itu bermakna pengorbanan
Melalui harta takhta serta pengalaman
Melalui masa dan daya pemikiran
Kebijaksanaan dan garis pedoman..

Dakwah itu bererti qudwah hasanah
Membangun diri jangan punah
Memurnikan rohani secara istiqamah
Daya fikir penggerak wadah..

Dakwah itu tarbiah
Mendidik dan melatih
Sehingga menjadi insan terpilih
Dipuji malaikat doa terpilih..

Dakwah itu ibadah
Meliputi segala liku dan wilayah
Dari peribadi hingga ke pemerintah
Melalui uslubul-hasanah..

Dakwah itu istiqamah
Istiqamah atas jalan yang diamanah
Menepis segala hasutan iblis pemusnah
Agar perjuangan tidah punah-ranah..

Dakwah itu kesabaran
Sabar itu separuh daripada iman
Mencari ilham dalam ancaman
Begitulah pendakwah budiman..

Dakwah itu jihad
Menegak kebenaran penuh tekad
Aufu bil 'uqud!
Aufu bil 'uqud!

Dakwah itu 'amal-jamaii
Bermuafakat sesama sendiri
Bersyura menepati peraturan Ilahi
Agar segala diberkati..

Dakwah itu kepimpinan
Kepimpinan itu satu penderitaan
Bukan anugerah kenalan
Atau hadiah buat si polan..

Dakwah itu kaya akhlak
Jiwa diasuh diri tak rosak
Dipegang teguh sampai layak
Menjadi insan bukan perosak..

Dakwah itu penyebaran
Wlaaupun cuma satu ungkapan
Bermula dengan diri hingga ke teman
Tanpa mengenal benua dan sempadan..

Dakwah itu amar makruf nahi mungkar
Yang Makruf jangan diengkar
Yang mungkar jangan dibiar
Agar umat menjadi segar..

Dakwah itu keadilan-kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa kebenaran
Apa erti perjuangan tanpa ke'adilan
Keadilan teras keamanan..

Dakwah itu nasihah
Membimbing umat dengan susah payah
Bersaksikan qudwah hasanah
Dilaksanakan dengan penuh hikmah..

Dakwah itu amanah
Dipegang teguh dengan sungguh-sungguh
Agar terlaksana tanpa tangguh
Segala harapan membawa berkah..

Dakwah itu ujian
Hadapi rintangan dan halangan
Dari lawan dan juga rakan
Itulah fitrah mencari kebenaran..

Dakwah itu tak kenal penat-lelah
Bersedia atau dalam susah
Pantang undur seorang pendakwah
Bak panglima yang perkasa gagah..

Dakwah itu hijrah-perubahan
Bermula dengan niat yang diabadikan
Dengan tingkatkan rohani berteraskan iman
Menghadap wajah dengan Yaa Rahman..

Dakwah itu mulai dari diri
Membangun diri dengan pekerti
Memperbaiki sampai mati
Itulah pejuang sejati..

Dakwah itu muhasabah
Muhasabah diri dengan tabah
Mencari kelemahan elak fitnah
Agar perjuangan menjadi mudah..

Dakwah itu ikhtiar-tawakkal
Ikhtiar sepenuh akal
Mengolah kaedah, uslub yang afdhal
Lalu tawakkal kepada yang kekal...

Rabu, Januari 27, 2010

Ujian Komunikasi


Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? Adakah baik, perlu diperbaiki ataupun lemah? Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di bawah.


UJIAN KOMUNIKASI
Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab secara jujur dan spontan.


1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Sentiasa
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak faham akan perkara yang saya cakapkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih lanjut.
A Tidak pernah terjadi
B Jarang-jarang terjadi
C Kadang-kadang berlaku
D Kerap berlaku
E Sentiasa terjadi

6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
A Sentiasa 
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui kesalahan saya.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar topik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat meminta maaf.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, saya akan mengaku.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
A Sentiasa 
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri saya di tempat orang itu.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi saya tidak menganggap sedemikian.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan kehadiran saya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

29. Jika saya mengkritik, saya akan pastikan saya mengkritik perbuatan seseorang itu, bukan mengkritik individu tersebut.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

30. Saya mampu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa rasa marah.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

31. Saya sedar tentang status emosi saya dalam sesuatu perbualan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

32. Saya cuba mengelak untuk membincangkan perkara yang sensitif.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

33. Saya boleh bersemuka dengan orang yang melukakan perasaan saya.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

34. Saya cuba mengelak untuk meluahkan perasaan tidak setuju saya terhadap sesuatu perkara kerana saya tidak mahu dimarahi.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah



Kira jumlah markah yang anda peroleh.

A 1 markah
B 2 markah
C 3 markah
D 4 markah
E 5 markah

Lihat dalam kategori mana anda berada. Terdapat 3 kategori, iaitu:

Kategori A: Markah anda di antara 136 - 170
Kategori B: Markah anda di antara 99 - 135
Kategori C: Markah anda di antara 34 - 98



Sumber:
jawapan, penerangan, dan muat turun, klik di sini

Rabu, Januari 13, 2010

Modul solat hari-hari

1) Pendekatan terbaik untuk menyelami satu sama lain adalah meluahkan dengan kata-kata. Setiap perkataan, pertuturan disulami dengan budi bicara dan berbekalkan rasionaliti akan menjadikan setiap hujahan difahami dan dirasai oleh semua pihak. Sudah tentu, faktor emosi harus diminimumkan kalau tidak mampu ditiadakan. Yang malangnya, ramai dari kita menganggap menjaga rahsia dan mendiamkan satu-satu isu dapat menjaga hubungan dengan lebih baik, dan menganggap, masalah akan selesai dengan sendirinya, lambat-laun.

2) Isunya adalah untuk memahami sesuatu tindakan, haruslah dengan kefahaman dan niat yang jelas. Selain itu, kaedahnya juga harus bersistematik dan berteraskan kepada satu-satu modul yang dirangka khusus untuk tindakan tersebut. Apa lagi kalau tindakan itu bersifat jangka panjang. Jika tidak disiapkan dengan kelengkapan ini, maka, akan berlakulah keciciran dan ketidak-setiaan atau keletihan di tengah-tengah perjuangan. Yang lebih membimbangkan, sasaran hala tuju yang semakin tidak jelas dan akhirnya, hanyut dibuai badai dan terus sesat entah ke mana. Ada lagi yang lebih teruk? apabila Tidak tahu pun, sebenarnya, diri sudah hanyut dan sesat dengan haluan yang sebarangan.

3) Hari-hari kita diajar untuk memperbaharui niat dan syahadah. Paling kurang, 5 kali sehari dalam modul Solat. Ia merupakan perkara Wajib dalam rukun Islam. Kepentingannya diletakkan pada yang kedua selepas mengucapkan Syahadah; yang lebih ketara, WAJIB untuk menunaikannya walau dalam keadaan apa sekalipun, waima sudah mati! Hubungan dengan Tuhan harus jelas sepanjang hidup kita, supaya kita faham hakikat sebab musabab kenapa kita dihidupkan? dari mana kita datang? hendak ke mana kita akhirnya? dan siapakah kita? Nescaya, inilah modul khusus dari Allah, diajar Nabi kepada kita untuk memahami diri dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.

4) Ambil modul yang sama yang dituntut dalam solat kepada kehidupan kita. Sama ada dalam kehidupan peribadi, kehidupan sosial, dan kehidupan kerjaya. Perbaharui niat dan komitmen. Pilih sikap Mahmudah dalam kehidupan ini untuk menjaga hubungan sesama manusia. Komitmen yang kita galas, kita kaitkan dan pastinya kita akan berjumpa dengan Pencipta yang maha Esa. Berhati-hati dalam berbicara. Berbicara pula dengan jujur dan ikhlas. Luahkan dengan hati yang tulus dan suci, dan lebih penting, penuh beradab dan disisipi dengan doa dalam setiap perlakuan kita. Juga ada tertib dalam mengharungi satu tindakan. Persis Solat.

5) Kadang-kadang, dalam tindakan, harus juga kita merendah diri, melihat dan mengucap salam kepada mereka yang berada di kiri dan kanan sebagai teman muhasabah dan penasihat kita. Walau dalam keadaan apa sekalipun, hanya jiwa yang tenang, berserta memahami setiap patah perkataan, dan mengawal setiap laku perbuatan kita, akan menjadikan kita 'Khusyuk' dalam mencari redha Illahi. Di sinilah benteng pertahanan diri dibina dengan mengabaikan kata-kata pujuk rayu, nista, cela, umpat, keji, hina, di luar sana. Dan akhirnya, kita akan berdoa dan bertawakkal untuk diri kita, dan semua umat semua di luar sana sampai kita mati.

Sesungguhnya, rasa manis itu hanya akan dapat dirasai bagi yang khusyuk.

Sebagai Ahli jemaah,
Barulah kita tanya diri semula, 'Khusyuk' kah amalan kita setakat ini? selama ini?