Ahad, Januari 31, 2010

Falsafah Kambing


“Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?” saya berbual dengan seorang teman.
“Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elokmood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari” katanya.
“Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?” saya bergurau.
“Turun minyak naik minyak sahajalah kerjanya. Seperti gajah!” beliau membalas.
Memang benar.
Penting sekali untuk kita mulakan pagi dengan cara yang terbaik. Pada tanggungjawab solat Subuh, berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki. Lebih cantik jika didahului dengan Qiamullail. Biar ringkas, asalkan konsisten.
“Jangan ikut falsafah kambing!” saya menokok.
“Macam mana tu?” tanya beliau.
Anta pernah tengok kambing bangun pagi keluar kandang dan berazam nak jadi kambing yang lebih baik berbanding semalam?” saya menyoal.
“Haha…!” beliau hanya ketawa.
Kambing bangun pagi, apa yang difikirkannya ialah apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini! Itu sahaja…” saya mengulang kenyataan yang sering disebut di dalam ceramah.
Malang betul, ramai manusia yang memulakan pagi dengan falsafah kambing itu. Malah lebih hebat, bukan setakat hari ini aku nak makan apa, tetapi hari ini aku nak makan siapa!” tambah beliau lagi.

sumber:

Tiada ulasan: