Khamis, Mac 05, 2009

ANNOUNCEMENT; SPM 2008 candidates

SPM results out next week

KUALA LUMPUR, March 5 — The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 examination results will be announced on March 12, Education Director-General Datuk Alimuddin Mohd Dom said.

In a statement, he said, candidates can collect their results from their respective schools from 10am.

"For private candidates, they will receive theirs through the post," he said.

A total of 442,936 candidates registered for the SPM examination comprising 388,079 government school candidates, 16,019 candidates from school operated by state government, 10,331 private school candidates and 28,507 private candidates. — Bernama


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Fikrah-

1) Calon-calon SPM 2008; yang mana sedang bekerja sambilan di Jusco Bukit Tinggi, di Banting, di KL, atau hanya suri rumah sepanjang masa, bersiaplah untuk mengambil cuti daripada majikan dan bos masing-masing.

2) Datanglah ke sekolah dengan berpakaian yang kemas dan tidak menjolok mata. Ya, memang anda telah tamat persekolahan; namun adalah suatu sikap yang mulia dan murni untuk menghormati sekolah sebagai pusat keilmuan. Lagipun, peraturan sekolah tetap terpakai dalam kawasan sekolah; walau siapa pun anda.

3) Bawa bersama kamera untuk saat yang mendebarkan ini. HARUS DIINGAT; ini adalah SIJIL yang pertama setelah 11-12 tahun bersekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pastikan kamera tersebut ada bateri yang mencukupi.

4) Walau apa pun keputusannya, ringankan tulang; berjumpa dengan mana-mana cikgu untuk menyatakan penghargaan kalian kepada mereka. Sekali lagi; ini juga merupakan olahan sikap dan nilai murni dalam menghormati ilmu itu, serta penyampai ilmu itu sendiri. LEBIH-LEBIH lagi, sekiranya keputusan menunjukkan ILMU tersebut TIDAK SAMPAI ke jiwa kalian.

5) Walau apa pun keputusannya, sampaikan keputusan tersebut kepada ibu-bapa kalian dengan hati terbuka dan penuh rasa kesyukuran. Ingat; ibu-bapa berhak mengetahui dan berkongsi sama rasa suka-duka kalian; terutama yang melibatkan hasil keringat mereka untuk waris darah daging mereka. Ucapkanlah Alhamdulillah bagi yang Muslim; Ciuman dan pelukan istimewa juga boleh disampaikan kepada ibu-bapa kalian! Ingat lagi.. WALAU APA PUN KEPUTUSANNYA...

6) Teruskan kehidupan kalian dengan iltizam untuk menjadikannya lebih baik dan hebat daripada hari semalam. DI negara ini, biasanya, keputusan SPM akan membawa kalian ke dalam bidang apa yang akan diceburi dalam masyakarat kelak. Yang pasti, satu perkara sahaja yang tetap tidak akan terpalit bersama keputusan SPM ini; iaitu ukhuwah kita bersama. Kekalkan, kukuhkan, dan semadikan di dalam benak jiwa kalian; KITA PERNAH BERSAMA DAN AKAN KEKAL BERSAMA di dalam hati dan jiwa sebagai pejuang-pejuang dari TELOK PANGLIMA GARANG.


4 ulasan:

..::aNA sOFieyah::.. berkata...

waaaa...
seram nya mau ambl result..
cikgu rasa mcm nk lari jerp..
berdebar2 plk...
doakan kejayaan ktorg semua..
tq utk cikgu gak coz bnyk ajar ktorg..huhu.

Tanpa Nama berkata...

serrrraaammm!!

hidayah adie ismail berkata...

cikgu...
thanx 4 this reminder,
saya & kawan2 dah usaha yg terbaik cikgu.moga2 kami, anak2 murid cikgu bukan je berjaya utk spm,
tp utk dunia & akhirat skali cikgu.
INSYAALAH.
yg paling penting,utk cikgu saya kirim terima kasih...

radin fatihah husna berkata...

terima kasih kembali untuk kalian...
seram dan gementar...
cikgu dahulukan ucapan tahniah!

Tahniah kerana telah menjalankan tanggungjawb sebagai pelajar dengan baik.

Tahniah juga kerana telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang lalu...

We have face the battle.
Tomorrow, we'll see where it ends!
soon, we'll win the war..

kita jumpa di puncak jaya!