Sabtu, Mac 28, 2009

PPSMI lagi dan lagi

Temubual /wartawan Harakah dengan Prof Dr Awang Seriyan yang juga Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia China, Universiti Pengajian Asing Beijing baru-baru ini. Dr Awang juga bekas Presiden Persatuan Linguistik Malaysia(PLM).

HARAKAH: Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Hishamudin Tun Hussin mengatakan akan meneruskan dasar PPSMI ini walaupun mendapat bantahan daripada pejuang bahasa. Apa respons Prof?

PROF. DR AWANG SERIYAN: Soal ada ugutan atau tidak, beliau mesti berfikir secara rasional. Bukan ertinya meneruskan pelaksanaan tersebut disebabkan ada ugutan. Jika tidak ada ugutan pun dia harus menghentikan juga pelaksanaan PPSMI itu kerana rasional telah diberikan. Kajian telah dibuat, pandangan telah diberikan baik dari segi falsafah, dari segi dasar negara dan dari segi amalan atau praktiknya PPSMI itu tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Bahkan ia akan menjerumuskan kita kepada satu bencana. Jadi, tanpa ugutan pun dia patut berfikir secara rasional dan menghentikan dasar yang tidak betul itu. Dasar itu tidak betul dari segi dasar negara kerana bertentangan dengan Dasar Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 serta akta-akta lain termasuk Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

HARAKAH: Pada pandangan Prof, adakah tindakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi bantahan dasar ini, betul-betul dapat mendesak kerajaan untuk memansuhkan PPSMI ini?

Boleh atau tidak itu soalan kita. Ini kerana kuasa eksekutif itu terletak di tangan kerajaan yang memerintah. Kita ada amanah dan tanggung jawab serta pandangan. Dan ini mesti dilihat secara serius sebagai satu sumbangan pemikiran. Kalau pemikir dan ahli ilmu tidak lagi dihormati, kerajaan mestilah berani menanggung akibat seperti dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud "Apabila ahli ilmu tidak lagi dihormati,tibalah saat kehancuran sesuatu bencana itu".

Itu amaran yang diberikan dalam al-Quran. Kita memang tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan dasar tersebut tetapi kita hanya boleh mendesak atas dasar ilmiah serta atas dasar rasional.

Jadi, mereka mesti membuka pintu hati walaupun hati telah tertutup, tetapi masih ada ruang untuk membuka pintu hati bagi memikirkan rasional PPSMI itu dihentikan.

Saya berharap dengan adanya gerakan seperti ini bagi membentuk perarakan mengadap Yang Di Pertuan Agung dan perarakan keranda 152 oleh Gapena, diharap akan menjadi satu bentuk momentum daripada usaha kita selama ini.

Yang mana usaha kita selama ini dengan pelbagai cara seperti bantahan melalui seminar, melalui memorandum serta pertemuan secara bersemuka dengan pemimpin-pemimpin.

HARAKAH: Tidakkah langkah yang diambil ini agak lewat?

Hishamudin pernah menyatakan dahulu, kenapa sekarang kumpulan-kumpulan ini membantah. Gerakan ini tidak boleh dianggap satu gerakan yang lewat kerana sejak dahulu lagi kita berjuang mempertahankan isu ini. Tetapi kita berbudi bahasa.

Kita bercakap secara ilmiah serta berunding secara halus. Tetapi jika itu juga tidak difahami, ada usaha yang lebih dapat membuka mata mereka iaitu dengan gerakan secara lebih agresif, tetapi masih dalam lingkungan undang-undang.

Kita melaksanakan himpunan 'halal' dan diharap akan diberi permit. Ini merupakan perhimpunan suara rakyat bukannya perhimpunan menentang kerajaan. Jika mereka faham, perhimpunan ini sebenarnya menyokong kerajaan kerana mempertahankan dasar negara. Jika kerajaan salah bertindak, kita mesti tegur (klik) kerana itulah peranan ahli ilmu atau pemikir. Nanti kita pula dituduh tidak memberi pandangan.

(bacaan lanjut... klik sini)
(temuramah ini diterbitkan pada hari Jumaat 16 Januari 2009) (Himpunan yang dimaksudkan itu pada 7 Mac 2009)

Bacaan lain:
1) pkpim.net
2) prihatin.net
3) memorandum GMP

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Kenapa harus baca? Untuk mendapat penjelasan daripada orang yang ahli tentang sejarah dan bahasa. Persoalan KENAPA harus dijawab dengan rasional dan tuntas.

2) Kenapa HARAKAH? Pastinya sekali, media arus perdana tidak menemuramah dan mendapatkan penjelasan daripada tokoh-tokoh ilmuan ini.

3) Kenapa di sini (imayu05)? sebagai medium pendidikan untuk yang masih tidak tahu. Bukankah tugas pendidik adalah untuk mendidik? (oh, saya silap.. sekarang, Kementerian Pelajaran.. Tugas guru hanya mengajar sahaja)

4) Persoalan dan pandangan peribadi :-
a) Perhimpunan di Masjid Negara pada hari itu- telah mendapat permit (klik). Yang tidak ada, perarakan ke Istana. Soalannya, kenapa 'water cannon' ditembak pada perhimpunan di Masjid (klik)? Kenapa perihal mendapat permit ini tidak diberitakan di media massa? (seolah-olah ada agenda untuk memburuk-burukkan perhimpunan 'halal' ini, dan memberi fokus kepada gempuran FRU itu; lantas memberitakan perhimpunan 'haram')

b) Perhimpunan / Persidangan Meja bulat berkenaan PPSMI yang digerakkan sendiri oleh KPM adalah suatu pendekatan yang sangat baik. Namun, dalam 5 kali pertemuan, dan mungkin ada lagi selepas ini; Resolusi untuk persidangan itu seharusnya dibuka dan diwartakan untuk perbincangan umum. Ia pastinya dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat untuk turut mengambil tahu persoalan pendidikan.


1 ulasan:

en_me berkata...

salamm cekgu dr me dikejauhannns..