Jumaat, Januari 08, 2010

AJL 24

Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bakal bersaing di pentas AJL24 mengikut giliran persembahan:

1. Aurora (Komposer/Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)
---**; unik, segar; tapi macam pernah dengar.

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)
---**; sedap di dengar; cuma kurang seninya.

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)
---**; unik, segar, dan susah dibawa, kekuatan penyanyi mainkan peranan. Lirik sangat halus dan penuh dramatik.

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)
---**; sedap di dengar; masih tiada perubahan rentak dan irama terlalu ringkas; kurang halus liriknya.

5. Situasi (Komposer/Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)
---**; cergas, unik, dan sedap di dengar; gegarannya kuat; senikata berseni dan topik menarik.


6. Pakai Buang (Komposer/Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)
---**; cergas, unik, dan menampilkan topik menarik. Gaya lirik agak janggal.

7. Pergi (Komposer/Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)
---**; unik, halus, seni dan sangat mengusik jiwa; cuma, terlalu monoqnos.

8. Aku Skandal (Komposer/Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)
---**; unik, cergas, tapi mendatar; macam pernah dengar.

9. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)
---**; unik, segar namun bergantung penuh pada penyanyi; sangat sukar dibawa dan diikuti;

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)
---**; (i thought) langsung tak layak masuk final. bergantung pada penyanyi, klise

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)
---**;sedap di dengar; kurang halus seni katanya; topik biasa.

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)
---**; unik, segar, dan sangat mengusik jiwa; Variasi utama setakat ini. bergantung sangat kuat pada penyanyi dan persembahan.

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)
---**; unik, segar, sedap di dengar. Halus seni katanya.

14. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)
---**; unik, segar, dan popular, masih macam pernah di dengar.


Komen di atas adalah daripada seorang yang hanya telinga Radio oriented; yang tiada pengetahuan ilmu muzik. Sekadar memberi ulasan berasaskan ketenangan dan kesenangan di hati apabila mendengar dan menghayati seni katanya...

Yang di hitamkan di atas adalah pilihan saya!

Harus diingat; ini adalah pertandingan lagu;
Pada pemerhatian saya, Yang mencetus, memperbaharui serta menyegarkan kesenian dan variasi industri muzik semasa akan diangkat sebagai juara.

Tiada ulasan: