Ahad, Januari 03, 2010

Kenangan SMK Pakan 2006-2007

Fakta asas:-
1) Fikrah menjalani program Diploma Pendidikan KPLI (Matematik-Matematik Tambahan) di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (sekarang IPTAA) - Januari 2005-November 2005
2) Penempatan pertama setelah tamat kursus perguruan, adalah di SMK Pakan, Pakan, Sarikei. (Sebuah daerah kecil dalam Bahagian Sarikei) Jarak perjalanan adalah dalam lingkungan 50km dari pusat bandar. - Januari 2006-Jun2007
3) Kemudian, atas komitmen keluarga, ditempatkan pula di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. - Jun 2007 - Disember 2009

Dan ini adalah sebahagian kecil pengalaman di Pakan....



Aktif (secara tidak sengaja) dalam menjadi jurulatih olahraga (acara padang- rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, dan lompat tinggi) pasukan 'track-n-field' SMK Pakan, apabila menjadi tenaga pengajar subjek PJK di sekolah. (Oleh kerana terlebih guru Matematik-Matematik Tambahan). Secara otomatik, sebagai Hardcore figure dalam Ko-kurikulum di sekolah. Antara pencapaian kami; menghantar atlet sehingga ke peringkat negeri. (atlet yang saya latih, dapat tempat ke 2 bahagian Sarikei. Ok lah tu..)


Berehat di tangga pejabat, setelah penat bersukaneka sempena Hari Guru. Dalam gambar, semua guru-guru baru posting dari semenanjung. 2 orang je, orang tempatan.







Jamboree Unit Beruniform SMK Pakan, pertama kali dianjurkan semula, setelah lebih 10 tahun, kali terakhir dianjurkan. Yang menyertainya, guru-guru bujang juga... Alang-alang dalam unit ko-kurikulum, kita pulun sampai habis... Perkhemahan 3Hari 2Malam ini dijalankan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Di sini, saya bertindak sebagai Ketua Guru Penasihat Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) (di Maktab dahulu juga kami didedahkan dengan KRS; automatik sebab saya seorang sahaja yang sudah ada pangkat Leftenan (KRS) terlatih). Pasukan baru, silibus baru; pendekatan baru; jiwa baru; Antara pencapaian kami tahun 2007 adalah membawa seorang calon sehingga ke pangkat Pegawai Waran 2. Saya sendiri adalah salah seorang jurulatih KRS (tali-temali) negeri Sarawak.



Kenangan guru-guru bujang ber'picnic' di tepian sungai... Airnya jernih; mandi-manda... ada 2 orang anak dara ikut sama... hehehe.. (3 orang anak tempatan; yang lain, dari semenanjung). Seronok sebab dapat bbQ cara asli dengan gaya tradisional. Diorang la yang ajar. (Selepas kejadian di atas, salah seorang dari kami balik dengan selipar di mulut.. Hahahaa)


Tugas terakhir di SMK Pakan, adalah sebagai guru kelas Tingkatan 3H. ( Kelas ada sampai I ) Budak-budaknya, ada yang besar (makan banyak kot), ada yang kecil sangat (tak cukup makan kot). 5 orang tidak menguasai 3M. Tugas besar guru-guru di sini adalah untuk memberi motivasi peri pentingnya pendidikan, dan datang hadir ke sekolah. Rumah mereka sangat jauh dari sekolah (ada yang mencapai sehingga 1 hari 1 malam perjalanan. Kalau balik hujung minggu, alamat, datang balik, hari Selasa atau Rabu... , maka, 80% daripada murid tinggal di asrama.




Yang ni, gambar selepas perhimpunan pagi. Hari Khamis kot, sebab pakai baju batik. Yang tak ada, pakai baju formal, dan ada juga yang pakai baju melayu. Lantak ler... Ada lebih kurang 35-40 orang sahaja guru di sini. Dan, guru dari semenanjung ada dalam 10-15 orang... Ramai juga sebenarnya... Cuma, perkhidmatan guru semenanjung ni, tak lama... Saya sendiri hanya 1 tahun setengah sahaja di sini.

Apa yang penting, kehidupan di sini dapat mendekatkan saya dengan masyarakat Iban secara amnya. Dari cara mereka berfikir, kehidupan sosial mereka, sosio ekonomi mereka dan sebagainya, setidak-tidaknya memberi input kepada saya sebagai pengalaman seumur hidup.

3 ulasan:

sarahunny berkata...

hehe. bestnya!! rindu pulak nak join school activities. dulu malas2.. skrg dah rugi..haha.. harap cikgu sihat selalu :)

cikgu azma berkata...

Saya juga merupakn bekas guru d smk pakan 1997 hingga 2001. Mengajar disana byk mberi pengalam bharga yg x dpt dbeli dgn wang ringgit... Saya rindukn suasana damai sekolah diatas bukit...

Lemia Melang berkata...

Eh , Cikgu rupa nya . lama tak dengar khabar . harap cikgu sekeluarga sihat :) bila baca blong ne , ternampak cikgu ulas pasal kem jamboree. saya salah sorang student yng follow. ingt lg masa tu. ada khemah student terbang sbb angin kuat sangat , kawad. memasak . nice one :)