Khamis, Oktober 16, 2008

mari blogging

Hari ini, tingkatan 5 dicutikan. Secara teknikalnya, guru-guru yang mengajarnya juga tidak ada kelas PnP. JAdi, guru-guru mengmabil peluang ini untuk belajar cara untuk berblogging, iaitu satu medium baru dalam perkongsian maklumat dan pengalaman. Kaedah kursus secara perkongsian juga dilaksanakan untuk ini; yang mana sesiapa saja akan mengajar sesiapa saja yang mahu belajar. Ini suatu pendekatan yang realistik dan sangat berintegriti.

Maknanya, siapa yang mahu, dia yang dapat. Yang tidak mahu, tiada paksaan. Masing-masing sedar akan tanggungjawab masing-masing, dan melakukan apa yang dirasakan betul dan bertanggungjawab; berasaskan pertimbangan masing-masing. So, 'no hard feeling'. Bagaimanapun, sebagai suatu program berstruktur, terdapat juga nama-nama yang dilantik sebagai 'J.U' untuk program ini.

Perkongsian pengalaman dan ilmu bukanlah suatu yang rumit. Yang penting, mahu bertanya; sedia untuk belajar dan bersedia melakukan tugasan yang diberikan; sebagai 'homework'- untuk memastikan ilmu yang disampaikan digunakan. (knowledge delivery system)

Sudah tentu perlukan contoh dan lain-lain rujukan bagi mendapat hasil yang baik. Yang menariknya dalam dunia blog di Malaysia dan di dunia barangkali, tajuk-tajuk blog yang mendapat tempat (hit) dalam pelayar internet adalah blog yang berkaitan :-

1) politik kepartian dan pandangan / analisis politik pelbagai
2) hiburan dan artis serta gosip
3) berita-berita tempatan dan dunia semasa
4) maklumat mengenai pengetahuan tertentu seperti teknologi, agama, dsb nya.

Nak belajar mengenai blog, kena terima bahawa blog adalah medium perkongsian; dan bila berbicara mengenai perkongsian, kena terima apa yang orang lain mahu kongsikan; barulah apa yang kita kongsikan dalam blog kita akan diterima. Tidak perlu segan, atau takut atau mengecam mana-mana blog. Bukan siapa yang menulis menjadi ukuran; tetapi apa yang ditulis. Ini prinsip asas dalam menerima maklumat dan berkongsi maklumat.

Harus jelas bahawa di dunia ini, ada pelbagai kerenah manusia. Mungkin ada yang 'sekepala', dan banyak yang tidak. Menerima pandangan orang tidak bererti bersetuju, dan begitu juga sebaliknya. Pengalaman orang lain mungkin dan selalunya berbeza dengan pengalaman kita. Dan secara tradisionalnya, semakin tua usia kita, pengalaman kita akan bertambah; (semakin tua, semakin banyak pengalaman). Tetapi, ingat, pengalaman bukan berasaskan usia. Pengalaman adalah berasaskan betapa banyak kita berjumpa manusia dan punya maklumat tertentu. Maklumat adalah ilmu. Nah, dalam dunia blog, anda akan punya jutaan maklumat=jutaan pengalaman orang lain. Secara automatisnya, ini adalah dunia yang mematangkan hidup kita, jika kita gunakan ilmu dan pengalaman tersebut dengan baik. Ini premis yang harus dipegang dalam dunia ini.

selamat berblogging cikgu-cikgu; semoga kita akan mempunyai 'Weltanschauung' aka world view (pandangan hidup) yang lebih baik mengenai kehidupan ini.

Rabu, Oktober 15, 2008

Politik baru YB J ; suatu sastera melayu (UTUSAN MALAYSIA)

Adakah Utusan Malaysia mengisyaratkan supaya ahli politik Cina yang kasar memperjuangkan kepentingan bangsanya dibunuh atau adakah akhbar itu mengingatkan bahawa ahli politik Cina mungkin terbunuh kalau degil sangat dengan pendirian mereka?

Dalam entah apa-apa yang bertajuk "Politik baru YB J", (klik pada tajuk) akhbar itu menutup pengkisahannya seperti berikut:

Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

Saya orang Melayu dan saya bangga serta bersyukur dengan taqdir dan ketetapan Allah s.w.t. yang dikasihi yang menetapkan saya sebagai Melayu. Saya tidak akan memperlecehkan ketetapan Allah yang menjadikan saya Melayu dengan menghina bangsa saya sendiri.

Sebagai Melayu, saya sedih dengan fiksyen dalam Utusan itu yang menggambarkan orang Melayu sebagai kaum terdesak dalam mempertahankan hak mereka. Utusan menggambarkan seolah-olah orang Melayu bangsat hujah, buta perut tak dak akal untuk berhujah mempertahankan hak mereka sehingga menutup cerita rekaannya dengan pembunuhan yang kononnya dilakukan oleh watak yang sebangsa dengan YB J.

Adakah Utusan menggambarkan Melayu sebagai bangsa terdesak yang mengimpikan tindakan yang barbaric untuk menyelesaikan masalah mereka? Kalau kebangsatan akal seperti itu yang menunjangi cerita rekaan yang samdol dan hamlau itu, kalau benar demikian; kurang ajar bukanlah perkataan yang memadai terhadap tindakan Utusan yang menghina otak Melayu itu!


(sumber:http://penarikbeca.blogspot.com/)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah Imayu - Dalam berita tv3 malam tadi pun, ada keluar jugak isu ini... Dalam parlimen, YB Lim Kit Siang telah mengutarakan kepada sidang dewan, tentang novel ini dengan menyatakan bahawa ia mengatakan tentang YB Seputeh;
Kinabatangan (Bung Mukhtar) tanya balik; "Macam mana YB tau ni, ditujukan kepada Seputeh (YB Teresa Kok)? Mungkin kepada mana-mana YB atau hanya sekadar fiksyen?"
Kemudian, mereka berbalas hujah... dan itu sahaja yang TV3 tunjuk... tapi, akhirnya, ditonjolkan YB Lim Kit Siang ni macam membawa perkara mengarut dan fiksyen ke parlimen.

Pada pendapat saya, ini adalah suatu artikel / cerpen provokasi yang serius kepada rakyat negara ini,lebih-lebih lagi disiarkan dalam akhbar yang majoriti orang melayu baca ,iaitu Utusan Malaysia. Nampak sangat seolah-olah orang melayu sengaja mencari gaduh; walhal ia tidak perlukan provokasi seperti itu.

Novel ini 'kelihatan' benar - kerana jalan ceritanya 'kelihatan' seakan selari dengan berita yang ditonjolkan dalam akhbar tersebut sebelum itu. Wal hal, berita yang dimuatkan dalam akhbar itu pun, sering kali bercanggah dengan sumber-sumber berita dari media yang lain.

Benarlah kata orang - mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

Selasa, Oktober 14, 2008

The Knight, The Villain and The Guardian

Ada sesiapa yang belum tengok movie The Dark Knight? Well, i just saw it last night, and what can i say is- this film is one of the most brilliant super heroic movie and i really think you people should see this! Kisah sambungan Batman Begin ini juga adalah diterajui oleh pengarah dan hero yang sama. Jadi, kalau anda siri yang pertama, maka, siri yang kedua ini termasuk dalam ‘must watch movie’ criteria.

Yang menariknya, adalah persoalan besar, siapa hero? Or who is the Knight? Dari awal, pengarah menonjolkan di bumi yang penuh korup dan jenayah Gotham City, Batman adalah penyelamat kepada masyarakat. Namun, munculnya beliau adalah membawa kepada munculnya penjenayah-penjenayah lain yang lebih fancy dan klasik. Klasik dengan erti kata; melakukan jenayah bukan untuk harta, permata dan sebagainya, tetapi adalah ‘for the sake of enjoyment’- Munculnya new villain, The Joker; The master of deception and evil! Memang jahat giller. Premis beliau; “no point of being descent in undescent world” (tidak ada guna menjadi baik dalam dunia yang tidak baik).

Kemudian, munculnya, hero dalam masyarakat, digambarkan seorang ‘Pendakwaraya Daerah’ (Harvey) (aka Peguam negara laa) yang menentang kejahatan secara terbuka dan menggunakan sistem perundangan sedia ada. Jauh berbeza dengan pendekatan Batman yang ‘dark’ dan secara sembunyi. Mungkinkah dengan hadirnya ‘hero’ atau ‘knight’ ini akan memungkinkan tidak perlunya seorang Hero Gelap seperti Batman di Gotham? Gotham mungkin perlukan light knight instead of dark knight. Juga terdapat seorang ketua polis (Gordon) yang sangat berkaliber; (jenis tak makan rasuah punya).

Dalam kisah ini, Joker menggunakan pengaruh jahatnya dan memberi ugutan serta provokasi yang berat kepada beberapa pihak:-

1) Batman, Harvey, dan Gordon – Diorang berpakat untuk tangkap penjahat beramai-ramai; penegasan siapa ‘Light Knight’, dan siapa ‘Dark Knight’
2) Batman, awek (Rachel), dan Harvey – Kisah cinta 3 segi. Akhirnya, Rachel memilih seorang hero dalam dirinya secara terbuka.
2) Pihak polis dan ahli keluarga mereka – Kalau keluarga diugut, sanggupkan kita mengkhianati sahabat dan rakan?
3) Ahli kongsi gelap dan ahli-ahli geng mereka – Penjahat juga memerlukan pemilihan pendekatan. Ibarat kata Joker, “I’m classic criminal. Not just a criminal”
4) Seluruh masyarakat Gotham ( orang ramai vs banduan) – Bab yang ini paling best. Ni, tengok sendiri...

Provokasi berat yang memberikan persoalan siapa hero, siapa penjahat (villain). Bolehkah menilai watak-watak sebegini melalui penampilan? Bagaimana pula sifat hero? Dalam cerita ini, definisi baik dan jahat akan dicabar sama sekali. Berbaloikah menjadi baik dalam keadaan semua orang jahat atau kelihatan jahat? Siapa orang yang boleh kita percayai dalam suasana yang gawat? (Siapa kawan, siapa lawan?)

Kecundangnya hero itu apabila dendam menguasai diri. Malah, seorang hero (the light knight) akan berubah menjadi penjahat yang besar (the dark villain; The Two Face) apabila matlamat untuk reformasi (perubahan) kepada kebaikan dilandaskan kepada manusia atau semangat yang sementara. Dalam Islam pula, matlamat perubahan (hijrah) adalah kerana Allah. Jadilah Penjaga (GUARDIAN) yang sebenar; memberi inspirasi, bersemangat waja, berjiwa besar, berilmu, berharta, sihat tubuh badan, dan menjaga kepentingan masyarakat lebih dari kepentingan sendiri. Susah juga... kan?

Akhirnya, pengarah merumuskan bahawa terlalu besar harga dan pengorbanan untuk menjadi hero yang memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat. Jiwa harus besar, dan tidak mengikut emosi dalam tindakan. Akhirnya, yang penting, bukanlah menjadi hero di mata orang ramai, tetapi sebagai ‘GUARDIAN’ atau penjaga kepentingan masyarakat; walau dihina dan dicerca oleh masyarakat yang kita jaga itu.

Dalam masyarakat kita hari ini, siapa Hero? Siapa villain? Siapa Guardian? Hmm....

Isnin, Oktober 13, 2008

hartanah

DAlam 10 hari raya aidilfitri tahun ini, antara topik yang paling sering kali dibicarakan oleh rakan-rakan dan saudara-mara adalah topik belian hartanah. Masing-masing, menyatakan pentingnya bertindak sekarang untuk membeli hartanah terutama rumah sebelum terlambat. Yang menariknya, dalam 5 kali orang yang sembang pasal beli rumah ini, 2 orang menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, lagi 3 orang, guna pinjaman bank.

Masing-masing memberikan hujahan masing-masing... Memang la rasa ketinggalan pulak bila tidak punya hartanah sendiri. Saya sering tertanya-tanya, boleh kah mereka mengekalkan 'over head' bulanan? Ini yang menjadikan saya belum bertindak membeli sebarang hartanah. Umur; sebaya... kerja; lebih kurang... Maknanya, komitmen bulanan juga adalah lebih kurang ... Kenapa mereka mampu, saya tidak mampu? ataupun, mereka bersedia dengan risiko, dan saya masih berkira-kira...

Nak kata tak mampu, sebenarnya, tak logik juga... Soalnya, ini adalah komitmen jangka panjang dan pelaburan terbesar setakat ini. Saya ada juga melakukan sedikit survey dalam web yang berikut:-

1) i-property; kira housing loan
2) tanah-tanah di Malaysia
3) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan
4) Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan - Anggaran bayar balik
5) Borang permohonan BPP online

Banyak rupanya kaedah untuk mendapatkan hartanah di MAlaysia ni. Saya banyak juga membincangkan dengan isteri perihal ini, dan beliau juga bersetuju. Sekarang, masa untuk bertindak. RAsanya, apa-apahal pun, kena bangunkan rumah abah dan mak di Kebun Baru dulu. Lagipun, tanahnya juga sudah dinamakan kepada Isteri. Belanjanya pun lebih rendah berbanding membeli rumah baru. Maka, pinjaman akan berkurangan- (beban jangka panjang ni), dan untuk itu, pinjaman (peminjam 1) adalah daripada beliau, dan kami akan membuat pinjaman bersama. Maka, kami harus menunggu lebih kurang dalam 1 tahun lagi, untuk membolehkan beliau sah dalam jawatan; dan layak untuk membuat pinjaman.

Risiko kami;
1) perbelanjaan keluarga akan bertambah - lagi-lagi sudah beranak-pinak
2) Baki kewangan bulanan akan terjejas serba sedikit. (high over head)
3) Risiko pembelian hartanah yang tidak berbaloi dan bermasalah.
4) Harga tanah yang semakin tidak mampu milik.

Namun, kalau tidak berani mengambil risiko, mana mungkin akan capai suatu kejayaan. Semua orang mahukan harta yang selamat untuk masa depan. Semoga tidak terlewat dalam melakukan tindakan. BIarlah, pada hari persaraan nanti, sudah tiada hutang-hutang dan bebas dari bebanan kewangan yang lain. Maka, rancanglah sekarang.

Khamis, Oktober 09, 2008

SEmalam, hari ini dan hari esok.

Semalam, dalam pukul 3.00 petang, dapat satu panggilan yang menarik. Hmmm... isinya atau siapa pemangginya belum boleh cerita lagi... tapi, cukup untuk membuatkan saya akan memikirkan hala tuju saya selepas ini... hmm... Daripada ngantuk petang, terus terngiang-ngiang, dan hati berdebar-debar sepanjang hari. Panggilan itu memerlukan saya membuat keputusan penting!

4.00 petang - Anak-anak murid, Zamry, Yus dan Mad; ni geng-geng band; artis di SMKTPG; datang beraya ke rumah. Budak-budak ni, datang naik motosikal. siap sesat-sesat lagi. "Tulaa Zamry... Cikgu dah cakap, dekat SMK BANDAR BANTING, bukan SMK BANTING. Dengar betul-betul" Kesian... dah sampai dah dekat Taman Cempaka, patah balik ke TESCO... Takper laa... ambil pengajaran... dengar betul-betul... Diorang beraya sampai jam 6.45 petang. Maklumlaa.. Hujan pun lebat bukan main lagi petang tu... Terima kasih... Cikgu siap bagi hadiah kasut baru kat Zamry... HEhehe.. REzeki orang datang raya.




Hari ini harus dipastikan lebih baik dari semalam. Bagaimana? Sudah tentu dengan iltizam dan semangat yang sangat tinggi untuk terus melakukan yang terbaik. Awal pagi, dalam jam 2.30 pagi, saya terbangun- mimpi ngeri la pulak.... dah lama tak mimpi cerita hantu... adoi laa.. apa pasal laa... Fikiran masih melayang-layang kot....

5.30 pagi - Bangun sahur. Hari ini, Khamis. Maknanya, dapat 4 hari untuk puasa Syawal. Then, boleh rest kejap, sambung lagi Isnin dan Khamis depan. Terus mandi, siap pergi ke sekolah.

6.35 pagi - Alamakk... saakit perut laa pulak...

7.15 pagi - sampai ke sekolah dan dapat sms daripada Cikgu Naim (6.33pagi) mintak tolong untuk buat spot check tingkatan 3. Maklumla.. persediaan sebelum PMR. Tuan hjJumiran pulak, bentang laporan dan ulasan tentang aktiviti pelajar dalam minggu depan. Kebanyakkan kelas tingkatan 5 (yang hujung-hujung laa) diberi cuti rehat. Kalau tak, bising dan mengganggu peperiksaan. Yang form 3, ramai ya amat yang kena cekup. Lepas tu, budak-budak peperiksaan pergi MAjlis kerohanian masing-masing... yang mengambil kesempatan ponteng... lagi ramai... Yang best nya, dalam tengah sibuk2 serius perhimpunan, Puan Maizatul panggil.. ingatkan nak cakap di perhimpunan, rupanya, mintak order kuah rojak!

9.00 pagi - Siapkan markah Darawi - hmm.. dapat 43%. Lulus jugak budak ni... Alhamdulillah... Then, masukkan markah Ko-ko 5PA1- yang hantar, bagi A; yang langsung buat tak endah, terus C... Terus pergi kedai photocopy seberang, mak tuan... lambat nak mam*%$. mahal pulak tu.... hajat nak bagi soalan SPM MAth 2002 dan SPM 2000 di kelas, nampaknya, kena minta diorang ambil sendiri; buat sendiri...

10.30 pagi - Bilik LK kecoh dan sibuk... 2 biji komputer dipasang (meja PC yang dah lama sampai di sekolah, tapi tak digunakan); yang menariknya, siap ada internet (WiFi card). Yang paling layannn, cikgu Jailani dan anak-anak muridnya, 5LK... Saya tumpang gembira... Ini suatu usaha yang lama! (seriously)

11.35 pagi - memulakan menulis entry. Hakikat hari ini macam sangat banyak kisah dan peristiwa yang berlaku... semestinya hari ini berbeza... Bila difikir-fikirkan, rasanya inilah yang akan dijadikan memori saya di SMKTPG... di mana laa agaknya saya hari esok? Eceh... Lain macam bunyi ni... (adooii... kusut fikiranku....)

Rabu, Oktober 08, 2008

Kenali diri.. Cermin2 lah diri selalu..

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dia orang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak : Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

(sumber : pepias@yahoogroups.com)

Fikirkan moralnya...

Selasa, Oktober 07, 2008

Program Motrivasi tingkatan 5




Antara projek yang sempat dilakukan bersama PEPIAS dengan SMKTPG tahun ini (2008) adalah program motivasi tingkatan 5, anjuran Panitia Pendidikan Islam. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar tingkatan 5 terlibat. Program ini diadakan pada 26 April 2008. Program ini adalah serentak dengan beberapa program ko-kurikulum yang lain di sekolah, seperti KRS dengan PKBM... Jadi, ada beberapa kumpulan sasaran yang tidak dapat bersama mengikuti program ini sepenuhnya.

Fasi dari PEPIAS- antaranya dari MAtriks UIA, dan juga Main Camp UIAM. Trainer adalah saudara Kamarul Azami, Ahmad Zulhilmi, dan kumpulan dari IQ Class Management. Saya pula adalah sebagai penggerak dan pemantau perjalanan program supaya bergerak lancar dan memberi kesan kepada peserta dan sekolah secara umumnya.

Program ini barangkali akan membuka lebih banyak lagi program pengisian motivasi pendidikan kepada PEPIAS-ABIM dan SMKTPG, insya Allah...

Perang dunia bakal menjelang?

Isnin pagi semalam, pasaran saham di bursa saham London, Paris, Frankfurt, Brussels – jatuh mendadak.

FTSE – Financial Times Stock Exchange London telah jatuh 5% atau 245 point.
Dow Jones – jatuh 214 point. Nasdaq – 36.50. Dax German jatuh 281.71 point. Nikkei Tokyo jatuh 465.05 point.Hang Seng jatuh 878.64 point atau 4.97%.

Harga bahan bakar petrolium jatuh 3 dolar. Kini satu tong minyak mentah berharga 91 dolar

Kaum pemodal kapitalis sedang menggelabah. Rakyat dunia wajib bersedia. Bila kaum kapitalis menghadapi masaalah mereka akan melakukan jenayah perang. Perang adalah sebahagian dari hukum ekonomi kapitalis.

Kapitalis akan melancarkan perang untuk memusnahkan apa yang telah wujud – bangunan, kilang, bandar dan kota, senjata dan warga negara. Apabila kemusnahan telah berlaku maka kaum pemodal kapitalis akan dapat membangun semula. Ini terjadi pada perang Dunia Pertama dan Ke Dua.

Eropah dan Jepun dibangunkan semula sesudah selesai permusnahan dalam Perang Dunia Ke Dua.

Di Greece dan German kerjaan telah berjanji akan membayar kembali jumlah wang disimpan dalam bank. Janji ini dibuat agar duit-duit dalam bank tidak dikeluarkan. Ini dilakukan kerana orang ramai telah mula mengeluarkan duit dari bank dan membeli emas sebagai benda yang tidak akan turun nilainya berbanding dengan kertas.

(Sumber - tukartiub.blogspot.com)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nampaknya, ekonomi hari ini semakin teruk, di dunia dan di Malaysia. Barangkali, sudah tiba masanya untuk bertukar aset kepada aset emas berbanding nilai kertas. Masalahnya, memang tidak ada aset; baik emas mahupun kertas. Hahaha....

Gelak la sementara boleh gelak... nanti, bila ekonomi dunia dah betul2 merudum, hanya iman, dan ilmu sahaja yang mampu menjaga diri kita dan keluarga kita. Sikap ketamakan dan kebobrokan dunia akan terus digunakan manusia dan dizahirkan secara terang-terangan. Tuhan maha Kaya. Kita lihat nanti, manusia yang leka dengan materialisme, dan keduniaan akan terus dimainkan dengan kapitalis ini...

Bagi kita yang tiada harta, sudah tentu akan terkena tempiasnya... Mungkin lebih teruk! jika tidak bersedia dengan berhati-hati. Bersedia untuk perang?

Isnin, Oktober 06, 2008

Lepas RAya

Cuti Raya dah habis...
maka, bermulalah semula hari persekolahan... Cikgu pun, kira sama-sama bersekolah lah.. walaupun ,mengajar.. sama jer...
PAda minggu ini, rupa-rupanya, saya kene bertugas lah pulak... PAdahal, saya hanya tahu dan maklum perkara ini pada pagi Isnin, semasa hendak memulakan perhimpunan. Mujur juga, datang awal ke sekolah hari ni. (Akibat tak baca buku Takwim sekolah)

TErus, Cikgu FAtimah datang tanya, "boleh tak jadi Pengacara majlis perhimpunan pagi ni?" (SEorang Guru bertugas kena naik pentas) "Emmm... boleh la.." Saya jawab perlahan... DAlam hati, dah tak pernah mengendalikan mejlis perhimpunan rasmi Hari Isnin, memang ada rasa gubra jugak... TApi, Ustaz Kadis tak ada... Maknanya, i'm the man... bila lagi nak belajar, kan... Bismillah...belasah jer laa..

Mula-mula, terasa juga terketar suara bercakap...Bagi masa sikit, then, dalam 2-3 minit dah mulakan pendahuluan, boleh la sikit-sikit.. Terus selesa... Siap boleh goreng apa-apa lagi... Yang menariknya, pelajar-pelajar macam dengar jer.. tengok diorang... diam jer.. memang in my favour... baru buka sekolah, kan... mood masing-masing blur jer... so, it helps me a lot untuk gain the strength bercakap di atas pentas.... Thanks all! Thanks God!

Masa bercakap, kena kawal suara... pastikan tone suara jelas.. Cakap sepatah-sepatah. KAwal suasana dengan permainan intonasi yang tegas dan jelas. Ini, tips yang saya pegang bila bercakap menggunakan mikrofon. Kan dah biasa jadi penceramah, fasilitator, jadi, senang untuk diaplikasikan dalam suasana yang baru. YAng penting, langkah pertama harus diambil. BIla orang dah panggil dan memberikan tanggungjawab, maknanya, ia datang sekali dengan kepercayaan. MAsa ini, kredibiliti saya dilihat oleh orang lain. TErdengar suara sinis gurau di barisan guru lelaki "Mana punya calon Keadilan pulak bercakap ni?"... Laa... macam ahli politik rupanya...

DAh berani pegang jawatan, kena berani mengambil tugas jurubicara, dan akhirnya kena berani menanggung risiko yang bakal dihadapi atas segala keputusan yang diambil. Belajar dari kesilapan, dan teruskan bergerak kehadapan. Sekolah; tempat yang paling sesuai untuk belajar dan saling belajar. PErcaya dan saling mempercayai. Lepas raya, kita akan sibuk dengan musim peperiksaan pula. Mulakan dengan periksa jiwa kita, mungkinkah akan terus bermotivasi dan terus cemerlang dengan proses pentarbiyahan Ramadhan? Teruskan iltizammu.. wahai graduan-graduan Universiti Ramadhan.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Selamat Hari Raya

Salam lebaran untuk semua,

sesudah sebulan berpuasa, pada 1 Syawal, maka, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Di Malaysia, budaya kunjung-mengunjung adalah suatu yang sangat disenangi, dan diturunkan turun temurun. Ini adalah waktu terbaik bagi berjumpa orang lain, terutamanya sanak saudara terdekat. Bukan mudah hendak berjumpa dan mengumpulkan kembali ahli keluarga apabila masing-masing sudah berumah tangga.

YAng paling indah adalah budaya maaf-bermaafan. Ucapan yang paling klise- Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini seharusnya datang dari hati yang ikhlas, dan disusuli dengan keinsafan dan taubat tidak akan melakukan lagi kesalahan yang lalu, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sebenarnya, adalah lebih sukar, namun sangat mulia hasrat apabila memohon maaf kepada insan yang dosanya tidak dapat kita lupakan, apa lagi memaafkannya. Klise, tapi sangat terkesan di hati.

Istilah 'forgive but not forget' adalah sangat relevan untuk dirungkaikan sehabisnya pada bulan Syawal ini. Sesudah kita momohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita, walaupun insan itu tidak berjumpa dan memohon maaf! perasaannya adalah sangat lapang... Terasa suatu beban yang terpikul di bahu sudah terlepas dan terasa ringan.

'Maafkanlah apa yang kita tidak dapat lupakan' dan 'Lupakanlah apa yang tidak dapat kita maafkan'... Bukan suatu yang mudah, namun, ia tidak kompleks. Ia adalah jelas. Yang menyukarkan adalah perasaan dan emosi sahaja. Dan apabila bersabit dengan emosi, ia adalah nafsu. Bukankah Nabi Junjungan sudah berpesan bahawa setelah tamat perang Badar, perang yang lebih besar dari itu adalah perang menentang hawa nafsu. Maka, benarlah bahawa memaafkan itu memang suatu perjuangan yang mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri- Maaf Zahir dan Batin.