Rabu, Oktober 15, 2008

Politik baru YB J ; suatu sastera melayu (UTUSAN MALAYSIA)

Adakah Utusan Malaysia mengisyaratkan supaya ahli politik Cina yang kasar memperjuangkan kepentingan bangsanya dibunuh atau adakah akhbar itu mengingatkan bahawa ahli politik Cina mungkin terbunuh kalau degil sangat dengan pendirian mereka?

Dalam entah apa-apa yang bertajuk "Politik baru YB J", (klik pada tajuk) akhbar itu menutup pengkisahannya seperti berikut:

Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

Saya orang Melayu dan saya bangga serta bersyukur dengan taqdir dan ketetapan Allah s.w.t. yang dikasihi yang menetapkan saya sebagai Melayu. Saya tidak akan memperlecehkan ketetapan Allah yang menjadikan saya Melayu dengan menghina bangsa saya sendiri.

Sebagai Melayu, saya sedih dengan fiksyen dalam Utusan itu yang menggambarkan orang Melayu sebagai kaum terdesak dalam mempertahankan hak mereka. Utusan menggambarkan seolah-olah orang Melayu bangsat hujah, buta perut tak dak akal untuk berhujah mempertahankan hak mereka sehingga menutup cerita rekaannya dengan pembunuhan yang kononnya dilakukan oleh watak yang sebangsa dengan YB J.

Adakah Utusan menggambarkan Melayu sebagai bangsa terdesak yang mengimpikan tindakan yang barbaric untuk menyelesaikan masalah mereka? Kalau kebangsatan akal seperti itu yang menunjangi cerita rekaan yang samdol dan hamlau itu, kalau benar demikian; kurang ajar bukanlah perkataan yang memadai terhadap tindakan Utusan yang menghina otak Melayu itu!


(sumber:http://penarikbeca.blogspot.com/)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah Imayu - Dalam berita tv3 malam tadi pun, ada keluar jugak isu ini... Dalam parlimen, YB Lim Kit Siang telah mengutarakan kepada sidang dewan, tentang novel ini dengan menyatakan bahawa ia mengatakan tentang YB Seputeh;
Kinabatangan (Bung Mukhtar) tanya balik; "Macam mana YB tau ni, ditujukan kepada Seputeh (YB Teresa Kok)? Mungkin kepada mana-mana YB atau hanya sekadar fiksyen?"
Kemudian, mereka berbalas hujah... dan itu sahaja yang TV3 tunjuk... tapi, akhirnya, ditonjolkan YB Lim Kit Siang ni macam membawa perkara mengarut dan fiksyen ke parlimen.

Pada pendapat saya, ini adalah suatu artikel / cerpen provokasi yang serius kepada rakyat negara ini,lebih-lebih lagi disiarkan dalam akhbar yang majoriti orang melayu baca ,iaitu Utusan Malaysia. Nampak sangat seolah-olah orang melayu sengaja mencari gaduh; walhal ia tidak perlukan provokasi seperti itu.

Novel ini 'kelihatan' benar - kerana jalan ceritanya 'kelihatan' seakan selari dengan berita yang ditonjolkan dalam akhbar tersebut sebelum itu. Wal hal, berita yang dimuatkan dalam akhbar itu pun, sering kali bercanggah dengan sumber-sumber berita dari media yang lain.

Benarlah kata orang - mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

4 ulasan:

Khai2020 berkata...

Bahaya. Bahaya... Politik bahaya

radin fatihah husna berkata...

http://www.malaysiakini.com/news/91631

lagi link jawapan balas penulis cerpen 'Politik Baru YB J' Saudara Chairil Warya

radin fatihah husna berkata...

http://www.malaysiakini.com/news/91638

PAkatan rakyat pula membalas kisah ini...

radin fatihah husna berkata...

http://malaysiakini.com/news/91665

DAP membawakan isu cerpen kepada forum... Semalam, TV3 memaparkan YB Teressa menyalahkan YB Khir Toyo atas penangkapan beliau dalam ISA kerana tulisan dalam blog YB Khir, menuduh dan memberi 'anggapan' bahawa YB Teressa yang bertanggungjawab dalam isu azan. dan meminta YB Khir memohon maaf.

YB Khir menolak tanggungjawab itu, dan menyatakan bahawa UTusan Malaysia yang mengambil artikel itu, dan kemudian, YB Teressa menyaman UTusan, kenapa beliau harus memohon maaf?

keep on deceiving.....