1)Baca dengan gaya tersurat dan tersirat. Kemudian, lakukan pula muhasabah kepada diri sendiri dan masyarakat.
2)Bacaan pula, pastikan sesuatu yang memberi provokasi kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk mencabar minda dan seterusnya, agar mahir dalam membuat keputusan.
3)Baca dengan mata, namun, dalam kehidupan harian, baca dengan hati serta berhati-hati.
4)Apabila tidak faham apa yang di baca, timbulkan pertanyaan; dan harus dirungkaikan kepada bentuk perbincangan ilmiah bersama-sama.
5)Sesetengah bacaan, harus dipraktikkan ilmunya untuk difahami. Harga buku boleh dibayar. namun, harga ilmu dari bacaan itu adalah tiada ternilai (priceless)
6)Mentaliti dan keupayaan mental seseorang juga dapat dikenal dengan melihat apa yang sering dibacanya; sama ada akhbar, majalah, komik, atau buku. Malahan, kualiti perbandingan perbahasan, perbincangan atau sembang-sembang juga dapat dinilai daripada sumber bacaan seseorang itu.
7)Tabiat datang dari sikap. Sikap datang dari penetapan mental atau pendirian. Penetapan mental datang dari ilmu dan pengalaman. Pengalaman datang dari kehidupan. Ilmu datang dari bacaan. Kehidupan yang baik datang dari ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat datang dari pembelajaran. PEmbelajaran harus berasaskan pembacaan.
8)Pembelajaran harus berasaskan penyampaian ilmu, pengalaman dan pembacaan; dari guru kepada murid. 3 faktor itu harus datang seiring; baru boleh menghasilkan suatu pendidikan. kalau tinggal salah satu, ia hanyalah suatu pelajaran. Pelajaran dan pendidikan pula tidak sama maksudnya.
9)Orang yang membaca, biasanya... laluan tindakannya dari akal baru ke hati, dan seterusnya anggota badan bertindak. Hasilnya, selalu rasional; jarang sekali tidak.
10)Orang yang kurang membaca, biasanya... laluan tindakannya dari hati ke akal, dan seterusnya anggota badan bertindak. hasilnya, mungkin rasional, sering kali tidak. Sering juga dari hati terus ke anggota badan. Ini namanya melatah; Melatah itu tidak rasional dan melatah juga adalah penyakit nyanyuk.
Fikrah-
1) Lebih baik banyakkan membaca daripada dapat penyakit nyanyuk sebelum masa tiba.
2) Jadilah pendidik yang bermanfaat; bukan sekadar pengajar.
3) Pembelajaran yang baik, akan menghasilkan tabiat yang baik dan berkesan.
4) Jadilah orang yang meletakkan nilai tinggi kepada ilmu. Caranya, membaca diletakkan keutamaan pertama!
Selamat pulang ke sekolah; murid-murid, dan guru-guru sekelian.
2 ulasan:
Blog yang penuh dengan maklumat dan its very kreatif.Teruskan...Tahniah atas kemenangan berganda...menjadi ayah dan mejadi pemimpin..Hamba sentiasa menyokong rakyat jelata yang arif dan bujaksana
PAtik masih belajar dengan melihat dan membaca buku, dan membaca sikap masyarakat, sebagai panduan diri dan dikongsikan kembali dalam bentuk yang ilmiah. Terima kasih dan sila datang lagi...
Catat Ulasan