Anak-anak perlukan kasih sayang. Dalam menempuh usia remaja, pendekatan berkongsi kasih sayang dengan memahami bahasa mereka, akan menjadikan kita lebih hampir dengan mereka. Eh, bukankah semua orang juga begitu? tak kira, muda remaja, malah orang dewasa, dan tua juga... kita ikut gaya bahasa mereka, akan segeralah kita diterima. Kalau tak, mungkin kita kelihatan lebih berbeza.
Program Maju Diri ini, suatu program yang baik, dari segi modul (di atas kertas). Bagaimana pula perlaksanaannya, apabila guru tidak bersedia, dan memahami modus operandi modul tersebut? (Memandangkan modul di letak di dalam kelas, dan guru membaca modul tersebut apabila sahaja sampai ke kelas). Kalau yang sudah biasa, memang tidak ada masalah untuk menghuraikannya. Kalau yang tidak ada pengalaman, alamatnya, modul yang baik akan menjadi bosan dan membosankan. Lagi-lagi bila tidak faham.
jika hendak di'sub'kan kepada satu-dua kaunselor, alamatnya, sampai bila hendak habis? Jika hendak diborongkan sekaligus pula, tidak kesampaian pula sasaran hendak menyentuh hati-perasaan setiap dari pelajar. Susah juga... Mungkin harus dilatih sekumpulan guru yang betul-betul mahir dalam pelaksanaan modul, dan seterusnya melayakkannya untuk menjayakan modul ini dengan berkesan. Alternatif lain, boleh juga dijadikan program kursus dalaman kepada guru-guru;
Mungkin ini, adalah yang terbaik untuk kali ini; Masih ada ruang untuk diperbaiki dan ditonjolkan kekuatan modul ini. Syabas dan tahniah kepada para kauselor yang bertungkus-lumus menyediakan bahan modul ini (walaupun sudah digunakan dulu ;-)= Kita mengharapkan modul yang baik ini dijalankan dengan baik; dan yang lebih penting, para pelajar merasai kemanisan perasaan ingin memajukan diri setelah melalui proses Program Maju Diri ini.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada guru-guru yang melaksanakan modul ini sebaik mungkin. Kita mungkin tidak mampu menyentuh hati kesemua anak-anak ini. Sekurang-kurangnya, hati mana yang tersentuh, akan merasai kemanisan sentuhan kasih-sayang; tanda ingatan cikgu mereka dan seterusnya, meningkatkan kualiti hidup mereka pada hari-hari esok. (insyaAllah)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah-
1)Percayalah, setidak-tidaknya, bila mulut kita bercakap, telinga kita adalah yang paling hampir. Muhasabah ini adalah untuk saya, dan kita bersama.
2)Tips fasilitator- Berkongsi dulu kisah kita, baru orang akan berkongsi dengan kita..
3)Teringat zaman-zaman muda-remaja dulu; betapa cikgu yang paling disayangi, dan diingati adalah cikgu yang paling memahami bahasa kita, dan yang paling mengambil berat dengan penuh kasih sayang.
Rasanya, Boleh ke jadi cikgu yang begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan