Terima kasih
1)kerana bersama melangkah menerima pembaharuan untuk kebaikan; walau belum tentu kita mencapai kebaikan itu.
2)kerana memahami, dalam kita mencari kepuasan peribadi, ada rakan kita yang masih mencari keperluan diri.
3)kerana bertindak merendah diri dan mengalah kepada yang lain; walau diri tidak perlu bertindak dalam kapasiti itu.
4)kerana berusaha memudahkan mana yang susah; lagi-lagi, bila ia bersifat kesukarelawan, pada masa ramai yang lebih 'suka-rela-lawan'
5)kerana berjumpa dan berbincang secara terus; siap dengan menyusun kata, dan berbudi bahasa; bila ada masalah atau perlukan penjelasan; daripada memilih cakap-cakap di belakang, atau disampaikan kepada orang ketiga.
6)kerana yakin dan percaya dengan tindakan; bahawa ia datang dari mesyuarat. Dan Setiap dari mesyuarat itu, kalau tidak tepat, ia adalah hampir tepat.
7)kerana mampu bekerja dalam satu pasukan, dan menunjukkan kebersamaan untuk membuat kebajikan dan menegakkan keadilan untuk semua, walau kadang-kadang, terpaksa pendam dalam hati; bila ada pergeseran. Lumrahlah- dalam kebersamaan, atau keperbezaan.
8)kerana bisa menahan telinga dari kata-umpatan orang dan menganggapnya suatu cabaran kecil dalam menguruskan manusia. Bersangka baik sahaja dengan yang lain; mungkin ada keberkatan yang tidak diduga.
9)kerana pengalaman dalam kesempitan yang lalu, mengajar kita mencari kesempatan lain agar tiada yang lain akan tersempit lagi.
10)kerana bersedia menjadi pendengar dan pembaca yang baik serta memberi dorongan dan penghargaan untuk terus bergerak kehadapan!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Fikrah-
1) Dedikasi penghargaan kepada semua yang terlibat secara alami mahupun ruhiy.
2) Maafkan - Patik pacal hina baru belajar berterima kasih.
3) ...Dan selepas ini, kita akan terus bergerak kehadapan tanpa menoleh lagi!
(insyaAllah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan