Menerobos
1)Menyelinap ke dalam suatu kawasan yang kusut, masai, dan penuh cabaran dan masalah yang bakal mendatang.
2)Mungkin perkataan merempuh lebih tepat daripada menyelinap; memandangkan menerobos adalah lebih agresif dan gagah bunyinya daripada menyelinap, yang halus dan berhati-hati bunyinya.
3)Pokoknya, menerobos adalah suatu tujahan kuat dengan pelbagai liku dan ancaman yang bakal menggugat si Penerobos.
4)Menerobos juga mengungkapkan suatu lapisan yang tepu, tebal dan liat; amat sukar untuk masuk ke dalam lapisan itu; mungkin kerana terlalu lama di situ, atau sudah terlalu selesa dengan keadaan itu.
Merungkai
1)Kekusutan dan simpulan-simpulan yang berselirat dibuka satu-persatu; dan dicari punca kekusutan itu, menjadi sesuatu yang mudah dan kemas.
2)Biasanya, keselerakan itu berpunca daripada punca tali yang tidak tahu punca. Lantas, membawa keseluruhan ekor-ekornya turut sama terlingkar.
3)Membuka sesuatu simpulan ini perlukan sokongan dan dokongan; dan mungkin juga suatu galakan dan kekuatan; kerana biasanya, sesuatu yang telah lama kusut, sudah ketat simpulannya, amat sukar untuk dirungkai. Dibimbangi, akan semakin kusut.
4)Tambahan pula, ada kekusutan yang ada tepung di atasnya; kalau ditarik secara kasar, berselerak tepungnya; semakin tercalit dan comot keseluruhan kawasan rumah. Namun, tidak pula boleh dibuat secara lembut; Lagi tidak akan merungkai sebarang kekusutan. Lebih baik comot, dari kusut.
5)Nasihat orang tua, untuk menyelesaikan kekusutan, jangan pula ditambah kekusutan yang lain. Lagi satu, lebih baik lambat, dari terus tidak datang (it's better late than never).Maknanya, pilih yang mana lebih baik; atau antara dua perkara buruk, pilih mana yang paling kurang buruk.
Menjernihkan
1)Kalau dibicarakan pasal air di sungai, adanya kocakan, keruhlah air itu; Lantas tidak nampak segala yang tersembunyi di dasar sungai; bukan sahaja yang tersembunyi, yang ada jelas di atas dasar sungai pun tidak kelihatan.
2)Dan kalau kocakan berlaku secara berterusan, tak mustahil, apa yang ada di dasar sungai, mahupun yang tersembunyi akan hilang terus ditelan pasir, dan kalau hidupan, akan mati dan yang boleh lari, sudah lama melarikan diri mereka.
3)Tempat yang indah yang boleh didiami, keruh; dikeruhkan pengganggu yang sebenarnya punya pilihan; Sama ada menjernihkan, atau mengkeruhkan.
4)Ternyata, bila pilihan telah dibuat, kesannya, bukan sahaja kepada pengganggu, tetapi kepada seluruh komuniti sungai.
5)Rungkaian suatu kekeruhan ini juga merupakan keindahan kebijaksanaan yang berhikmah; terpancar dari tindakan, tutur kata, dan keberanian untuk memberi manfaat kepada orang lain lebih daripada diri sendiri.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah-
1)Setiap komuniti harus sedia menerobos, merungkai dan seterusnya menjernihkan kembali apa yang keruh, apa yang liat, dan apa yang buruk.
2)Mungkin sukar bertindak secara berseorangan; lantas, kita harus guna pengkalan untuk rungkai segala kekusutan bersama-sama, sebelum kita pulang semula ke lapangan.
3)Bertindak secara berhikmah dan bertanggung-jawab tidak sekompleks sains roket, namun, ia memang berat; jika melakukannya dengan emosi.
Selamatkan keluarga kita...
Fikrah Imayu
2 ulasan:
Bro,
tapi ada juga perkataan ceroboh! Apakah hak orang untuk ceroboh? Siapa yang tentukan di mana had menceroboh? perlukah di beritahu untuk tidak menceroboh? Perlukah pagar? Manusiakah kita?
Menceroboh lebih kepada perbuatan tanpa keizinan; sudah tentu negatif. Tiada istilah menceroboh dengan izin. Itu Amerika-Israel.
Menerobos dalam konteks artikel ini; secara tersirat; adalah melakukan sesuatu yang sukar atas sebab kebiasaan dalam sesuatu komuniti itu.
Ibarat kata; Yang biasa itu betul, padahal belum tentu betul.
Cuba baca keadaan komuniti kita. Apa yang perlu dibetulkan? nak selinap? ceroboh? atau menerobos?
Yang benar tetap benar... Mungkin sudah terlalu lama kita menerimanya dan melihatnya.
Namun, keadilan untuk semua harus diperjuangkan!
Catat Ulasan