Rabu, Januari 21, 2009

Lagu Untukmu; Sampai Syurga




Ini adalah antara lagu yang paling saya minati; mungkin kerana nyanyian yang sangat terkesan dalam hati pendengarnya. Faizal Tahir, salah seorang bekas penyanyi nasyid kumpulan Mirwana, (yang juga saya minati)sebelum beralih arah untuk bergerak secara solo; terus berjuang untuk muzik yang beliau hayati sepenuh jiwa; rock-pop-balada. Lontaran vokal yang sangat tepat pada pitchingnya, dengan Penghayatan, kosentrasi serta penyampaian persembahan yang unik dan menarik membolehkan beliau menjuarai kategori Balada, persembahan terbaik dan vokal terbaik.

Dengan sikap ingin mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai gaya, menjadikan beliau seorang yang terlalu berani melakukan perubahan; sehingga dikecam dengan pelbagai kontroversi yang menggugat dan menggigit personaliti beliau. Akhirnya, terserlah juga; percobaan beliau kali ini tidak sia-sia.

Juara lagu 23 /2008 bagaimanapun jatuh kepada kumpulan Meet Uncle Hussin (MUH) dengan lagu yang sangat bertenaga; Lagu Untukmu. Tidak dapat disangkal lagi!
MUH juga memperjuangkan lagu ini sejak tahun 2005 lagi! HAnya pada tahun ini, hasilnya kelihatan berbaloi. Siapa lagi penyanyi lelaki atau wanita yang punya 'key' suara setinggi ini? Tahniah untuk pemuzik tempatan atas perjuangan mereka, yang sedikit-demi-sedikit bangun dari terus ditenggelami muzik luar yang terus menggugat dan menggigit seni muzik tanah air.








3 ulasan:

Khai2020 berkata...

Tp aku x minat dia sbb jap nk jd superman.. Mlm tu plak kuku pjg.. x sesuai. Takpelah tu. Nape blog ko ari tu aku x boleh bukak?

radin fatihah husna berkata...

Saya hanya mengkagumi kejayaan beliau dalam perjuangan beliau. Moralnya ialah, kalau kita bersungguh-sungguh dan memberikan sepenuh hati dalam sesuatu perkara, kejayaan adalah kesudahannya!

Mungkin, seorang lagi penyanyi yang juga punya sejarah yang hampir sama- (atas kesungguhan beliau); Cikgu Khai boleh rujuk kisah Penyanyi Adibah Nor apabila memenangi Juara Lagu tahun 2005?

Khai2020 berkata...

Adibah Nor saya tabik la. Bagus.. sanggup kluar bajet sendiri. Faizal tu cuma tang tu la sye kurang stuju...